Pagi tadi hingga jam 3 petang aku bersama di program Qurban masjid. Aku yang tak punya kepakaran apapun ini cuma bawa sebilah pisau. Ingat cuma nak potong-potong daging saja selepas ianya dilapah.
Tahun ini masjid dapat buat qurban sebanyak 21 ekor lembu dengan 2 diantaranya adalah untuk kenduri aqiqah. Terfikir juga aku, ada banyak-banyak daging lembu ni nanti takkan habis semuanya dibedak kepada pemanggu dan orang ramai. Lebihan itu akan di beri kepada siapa?
Ingat nak balik dalam tengahari tapi bila melihatkan seorang demi seorang angkat punggung sedangkan lembu masih belum habis di lapah dan di potong untuk pembahagian, aku tunggu hingga selesai timbang.
Bila dah selesai timbang dan solat Zohor, kasihan pula melihat tinggal beberapa kerat ajk sahaja yang bertungkus lumus membersih dan mengemas dapur, tempat penyembelihan dan pinggan mangkuk habuan kenduri. Orang ramai memang dah surut balik ke rumah masing-masing.
Aku pun mengambil aleh mencuci cawan dan pinggan mangkuk. Naik lenguh pinggang dan kecut la tangan aku bermain air dan sabun. Tapi aku anggap ianya sebagai terapi.
Sebenarnya, badan aku masih terasa sakit... penangan mengurus qurban juga, yang aku hadiri 2 hari lalu yakni pagi hari raya di Permatang Janggus.
Dan seperti yang aku duga, memang ada puluhan bungkusan daging berlebihan di atas meja termasuk yang masih di masak di dapur masjid.