Showing posts with label Idea Anda. Show all posts
Showing posts with label Idea Anda. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Idea : Wardrobe Room

Assalamualaikum.
Saya sudah selamat sampai di Malaysia sabtu lepas.

Di hotel terakhir yang saya tinggal adalah di Brown Suite Hotel, Seoul.
Hotel yang lebih kecil berbanding sebelum ini.
Tapi lengkap dengan segala perabot basic secara compact.







Warna putih menyebabkan ruang nampak sangat harmoni.



Cabinet dapur yang organise.




Dan yang paling saya nak tunjuk adalah rahsia disebalik pintu ini.



Pada awalnya saya ingat ini adalah pintu almari wardrobe biasa.
Dah 1 malam duduk pun saya tak bukak almari ni.
Esoknya saya perasan ada suiz lampu kat sebelah pintu ni.
Terfikir, apasal letak lampu dalam almari.

Bila buka....



Terkejut makcik.
Apa lagi.. saya eksplore la bilik ni.





Bestnya.
Lengkap, organise dan tak tau nak cakap apa lagi.
Kalau tengok majalah2 deco2 memang ada yang buat bilik camner.
Terutama rumah besar la kan.
Tpi yang memang best,kecil dan tak mustahil untuk direalisasikan.
Sapa nak buat camni?
Nanti kongsi ye bila da buat.

Travel memang betul menambah idea.

Thursday, July 18, 2013

Idea Organising

Assalamualaikum.
Maaf kerana mendiamkan diri.
Saya sekarang training selama seminggu.

So sekarang ni ada rehearsal un akhir sesi training ini so ada sedikit masa untuk update blog.
Sebenarnya tak sabar dan excited nak share finding saya.

Sepanjang training ini saya da tinggal di 2 hotel.
Dan saya amat tertarik dengan design hotel yang ke-2 ini.
Kami diberi bilik berkonsep apartment untuk memudahkan kami menyediakan makanan sahur.




Ruang yang tidak besar tapi pada saya "PERFECT".

Ruang TV yang unik.


Kat dinding tu bukan cat atau wall paper.
Actualy tiles.
Simple dan menampakkan ruang sudah penuh.
Tak payah fikir nak letak wall deco lagi.


Ruang tamu, dining dan dapur.





Dapur yang simple tapi saya suka.


Ruang kerja yang lengkap.
Tidak perlu movement yang banyak.
Just pusing depan belakang dan selangkah dua.



 Yang menarik perhatian saya adalah singki.



Tempat letak sudu.
Nampak simple dan smart.

Dan kutleri organiser..

Mengidam.
Ni memang custom made.
Ngam-ngam dan tersusun.

Pada saya design apartment ni perfect.
sesuai untuk ahli keluarga of 5 orang.
Ruang yang tersusun yang menyebabkan ruang nampak luas.
Even dekat hall boleh anak2 main bacikal.

Dan kalau kat Malaysia dapat bina rumah yang tersusun dan tidak memerlukan ruang yang besar macam ni, rasanya semua orang akan mampu beli rumah.
Yup, ruang tak besar tapi sempurna untuk diduduki.

Huh.. Nak citer isu ni memang tak habis.
Heee.. Baru lepas baca pasal isu harga rumah dan selera rakyat Malaysia.

So anyway, kepada mana-mana developer yang baca blog ni, sila lah pertimbangkan design rumah gini ye.


Wednesday, May 8, 2013

Idea Anda : Diapers Arrangement

Assalamualaikum dan salam hari yang bersemangat.
Saya pun bersemangat nak share entry pertama untuk ruangan IDEA ANDA.

Sebenarnya dah lama saya cari idea macamana nak letak diapers anak-anak ni.
Saya just letak je dalam almari dan koyak je plastic diapers tu.
Xkemas and kadang-kadang susah nak ambil.
Terfikir nak guna diapers bag tapi tak jumpa yang sesuai untuk almari ni.

Dan bagai rezeki dan jodoh, ch@ dari blog Hijau Canti buat entry mengenai bagaimana dia susun CD.
Boleh refer sini.

Macam ni lah ch@ susun CD-CD.


Kemas dan nampak meriah.
So  makcik tanpa segan silu mengaplikasikan idea tersebut di rumah saya.

Jika sebelum rupanya begini.

Dan selepas,


Senang nak ambil dan nampak kemas.
Terima kasih ch@ untuk idea ni.


Anda ada idea yang ingin dikongsi?
Just email :sitinorhas_linda@yahoo.com


Tuesday, May 7, 2013

Idea Anda : Pengenalan

Assalamualaikum dan salam selasa.
Mood pilihanraya dah reda?

Mari kita naikkan mood nak ber Home Organizing pulak.
Pengunguman yang saya rasa membuatkan anda mesti excited kot.

Saya create 1 Lable baru yang dipanggil IDEA ANDA.
Dalam ruangan ni saya akan kongsi idea-idea yang menarik dari blog-blog yang saya lawat.
Dan jika idea tersebut saya ambil dan aplikasikan di rumah saya pun saya akan kongsi.
Ni baru betul Sharing is Caring.

Anda inspirasi saya.
Dan kepada sesiapa yang ada idea yang mahu dikongsi anda boleh beri link idea anda atau kepada yang tiada blog boleh hantar email dan saya kongsi idea anda di sini.

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

Entry pertama idea anda akan publish esok.
Tunggu..