Assalamualaikum...
TERIMA KASIH. Macam simple je kan?. Tapi bila kita amalkan setiap hari pada anak-anak. In Shaa Allah dia pun akan terbiasa ngan ucapan tu. Sebagai contoh kalau kita suruh diaorang tolong amik apa-apa ke. Bila dia dah bagi tu kita ucap "Terima Kasih" sebagai penghargaan. Salah satu sebabnya, bila kita ucap camtu sok-sok dia mesti ringan tulang lagi nak tolong kita kan?.
Dan alhamdulillah setakat ni aku mang amalkan camtu pada anak-anak. Dan alhamdulillah jugak, bila si abang tolong si adik. Si adik secara automatik kata kat abang "me acih bang..., sayang abang". Camtu jugak sebaliknya. Semoga amalan ucapan "Terima Kasih" akan tersemat di hati anak-anak sampai bila-bila.
Sekian, Wassalam...