Assalamualaikum....
Firstly masa blogging dulu, rase cam takut-takut sebab, dalam hati selalu kate "ada ke orang nak baca blog aku ni?". Tapi hati selalu jawab "takpe, tulis je apa yang kita nak tulis, baca tak baca itu adalah perkara kedua, sebab tujuan utama buat blog pun sebab aku suke menulis apa yang lahir dari dalam hati tuk kenang-kenangan".
Bila baca blog orang lain yang dah ramai follower dia. Ish, rase jeles pulak. "Camne dia bley dapat follower yang ramai tu ye?". Memulakan langkah pertama dengan menerjah je blog sape-sape. Pastu follow. Try pulak join camana nak tambah follower yang banyak-banyak tu. Alhamdulillah ada jugak peningkatannya. Hihi... Pastu asal ada je blogger buat segmen semua aku join. Dari situ lah aku dapat ramai kawan. Besh!
Follower aku setakat ni...
Pastu dulu aku rajin dok kire berapa kali orang klik masuk blog aku. Sehari tak tau berapa kali. Tapi sekarang, aku tak kisah sangat dah, sebab aku dahde sahabat blogger yang tetap. Yang rajin komen kat blog aku!. Aku ada terbaca kat blog sape tah, lupalah. Dia kate bila kita rajin komen kat blog orang makanya orang pun akan rajin singgah kat blog kita. So, aku pun praktikkan semua tu. Erm, mang betul lah, besh sangat bila kita saling bertukar-tukar komen dan pendapat. Penah jugak dapat hadiah sebab join GA diaorang.
Ni antara sahabat aku yang wajib aku terjah setiap hari. Ada lagi tau yang lain, semua kat tajuk Wajib Terjah! tu. InsyaAllah pasni aku nak tambah lagi sahabat aku ni. Sket-sket dulu ok, sebab kadang-kadang aku tak sempat nak terjah blog diaorang. Biasalah faktor masa. Tu pun kadang-kadang aku curik-curik masa jugak nak BW. Hihi.... Rase rindu pulak kalau sehari tak jenguk.