Assalamualaikum...
Tiba-tiba rasa sakit kat bahagian bawah perut ni. Cam mencucuk-cucuk gitu. Tak tau pasal pe. Oleh kerana risau sangat so, aku search lah kat google manatau kalau ada info pasal masalah ni. Memang ada pun.....
Sebenarnya kesakitan pada bahagian bawah abdomen agak biasa berlaku semasa hamil. Tidak seperti kekejangan, kesakitan ini disebabkan oleh penegangan otot-otot dan ligamen (tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda) yang menyokong uterus (rahim). Kesakitan ini biasanya dipanggil round ligament pain.
Hormon-hormon yang dihasilkan oleh badan anda semasa hamil menyebabkan penegangan ini. Anda mungkin merasanya apabila anda bangun daripada katil atau kerusi, apabila anda batuk atau keluar daripada bilik mandi.
Ia juga mungkin menjadi masalah apabila kepala bayi mula turun pada fasa akhir kehamilan. Masalah ini dikatakan lebih kerap berlaku dalam kehamilan kedua atau seterusnya.
sumber : SINI
p/s : sabar baby ye... kuar ikut due tau... jan kuar awal sangat.....
Sekian, Wassalam....