Assalamualaikum....
Syukur alhamdulillah coz Allah SWT masih memberi peluang untuk kita bernafas di hari Jumaat yang mulia ini. Masih diberi peluang untuk melihat, mendengar, bercakap, merasa.....alhamdulillah!
Ok, citer sebenarnya ialah arini aku E.L!. Tak larat yang amat, rasa cam seminggu tak rehat. Ntahlah, asal balik keje je jadi lembik. Masa on the way balik keje tak rasa. Semangat nak balik umah kot kan?. Ku gagahi jugak mendaki nak naik feri tuk balik seberang, penat wei!. Ari-ari pulak tu. Tapi nak buat camana rezeki aku kat Penang. Nak tak nak kene redha jugak. Tapi bila sampai je umah, dan dan tu terus tak larat, mang tak buat apa pun. Pinggang pun lenguh-lenguh. Nasib baik lah hubbyku sangat-sangat memahami. Terima kasih sayang!.
Semalam pun Firas dok mengamuk lagi. Asal aku tegur sket je dia merajuk, payah sungguh. Dah dia buat salah aku tegurlah bukannya aku marah pun tapi, dia pulak yang lebih-lebih. Lastly aku biar je. Tak larat nak layan. Hubby pulak p main bowling kat Taman Sejati. Dok melalaklah dia sorang-sorang. Fawwaz tido dah. Lama jugak aku biarkan dia melalak... Kesian pulak, hihi... so, aku suh dia diam, masuk bilik, tido. Sebelum tido aku pesan kat dia. "Lain kali dengar cakap ibu, ibu bukan marah. Ibu cuma tegur je, napa takmo dengar cakap ibu. Susah sangat ke?". Dia angguk kepala. Faham la tu. Baca doa tido, terus tido!. Penat, sebab melalak punya lama.