Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukur dapat jugak kembali ke dunia blog!,
Apa khabar u all semua, rindu nak baca citer-citer korang,
Hari ni ada masa sket nak update blog ni,
Banyak sebenarnya cerita tapi aku update mana yang mampu dulu ye.....
Alhamdulillah jugak, aku selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.58kg pada 10 Julai 2013, tepat jam 11.04 malam.
Memang berkat bulan Ramadhan betul kan, tak sangka hari first Ramadhan dia keluar. Semua tu kehendak Allah jugak kan?.
Menceritakan kembali detik-detik kelahiran baby ni. Pagi masa nak sahur tu dah turun tanda sebenarnya, tapi disebabkan sakit tak berapa nak kerap so, aku bagitau hubby, takyah pi hospital lagi. Masa Fawwaz dulu pun camtu gak, sehari semalam baru dia keluar. Lambat sket nak bukak cm tu.
Memang seperti yang aku jangkakan, siang tu tak sakit sangat pun, cuma standby siap-siap incase tiba-tiba perut ni sakit. Petang tu siap pi pasar ramadhan lagi. Ingat nak join hubby ngan anak-anak bukak pose, tapi tak sempat rupanya. Perut ni dah semakin kerap pulak dia sakit. So, area kul 7.00 petang tu hubby ajak pi hospital terus. Sampai-sampai dah bukak 4cm dah. Terus masuk labor room tuk standby bersalin. Lama jugaklah sakit. Hanya Tuhan je la yang tau. Bila time sakit tu datang ya Allah... aku hanya mampu berdoa je semoga semua berjalan dengan lancar. Tepat jam 11.04 malam, keluar jugaklah seorang baby, yang ku rasa masa tu adalah supprise. Sebab masa pregnant aku tak tau jantina baby ni. Bila misi tunjuk je jantina. Haha! sama ngan dua orang anak aku. Apapun aku tetap bersyukur sebab semuanya dah selamat dan dikurniakan anak yang cukup sifat dan sempurna.
Bersalin kali ni tak sama ngan bersalin anak yang lepas. Hanya yang mengalami je tau betapa sakitnya time nak bersalin tu. Tapi disebalik kesakitan tu ada hikmah disebaliknya kan?.
Bersyukur jugak sebab baby ni demam kuning dia tak teruk. Dan tak menyusahkan ibu dia dalam tempoh berpantang ni.
Ok, ku perkenalkan disini baby ku yang baru dilahirkan dan kami beri nama
"MUHAMMAD HAFIY FIRDAUS BIN FAIZAL"
Maksud dia ;
Muhammad = Yang Terpuji, Dirahmati
Hafiy = Yang Memuliakan
Firdaus = Syurga Firdaus
Nanti bila ada masa aku update lagi ok....nak rehat jap.
Sekian, Wassalam....