Assalamualaikum....
Kenapa Kurma Makanan Terbaik Semasa Berpantang?.
Khasiat kurma memang banyak sebab kurma adalah pemberi tenaga kat kita coz kurma mengandungi gula yang cepat di ukar kepada haba yang cepat di serap. Sebab tulah wanita yang baru lepas bersalin, kehilangan banyak darah dan tidak bertenaga, kalau makan kurma mang elok sangatlah. Kurma mang makanan yang terbaik.
Cam aku jugaklah. Baru-baru ni je baru amalkan, bley pulak terlupa nak makan kurma. Sebab aritu buh kurma tu dalam peti ais, bila dah bersalin jarang-jarang lah aku bukak peti ais. Ntah camana semalam bley teringin nak makan kurma. Tu yang amik buh kat luar, bagi dia tak sejuk baru makan. Tapi aku kalau makan tak cukup sebijik, bila makan sebijik cam nak dua bijik, bila dah dua bijik cam nak makan banyak-banyak pulak. Sebab kurma tu sedap kikiki....
Selain tu jugak, kurma mengandungi zat besi yang tinggi dan pottasium yang boleh meransang pengeluaran susu untuk di berikan kepada bayi. Jadi khasiat kurma itu sampai kepada si ibu malah terus kepada si bayi melalui penyusuan.
So, jadikanlah kurma sebagai makanan wajib kita sewaktu dalam pantang, kalau boleh hari-hari pun takpe. Kurma tu kan makanan sunnah dan kalau kita memakannya dapat jugak pahala.
oklah,
Sekian, Wassalam....