Assalamualaikum.....
TEMA : ARABIAN NIGHT
TEMPAT : HOTEL GURNEY, PULAU PINANG
MASA : 8.00 MALAM
Majlis ni adalah sempena meraikan Hari Inovasi Office @ Annual Dinner hihi.... Majls bermula pas maghrib area 7.30 malam camtulah. Aku n the gang dah stay kat hotel tu dari pukul 4.30 petang lagi. Coz unit kitaorang ditugaskan tuk jadi AJK sambutan, dah confirm-confirm kena mai awal.
Sementara menunggu para hadirin sampai, apalagi possing lah kita... Hahaha! wajib tu sebagai kenangan. Tu adalah "Gadis Arab" yang tak berapa nak arab kahkahkah!. Takmo beli baju yang pelik-pelik sebab takot pasni tak pakai dah. Tu kan dah membazir namanya.
My fren!. Yang pakai baju ada jalur merah kuning tu (ala-ala bendera selangor tu kikiki) adalah bos aku. Jan mara ye bos!. Sporting lah bos aku tu... hihi...otak lebih kurang sama je ngan anak buah. Tapi bab keje, tak bley main-mainlah bos is bos. Kena akur perintah.
Kami lagi!
Time ni perut aku dah menggediks-gediks mintak diisi. Tak sabo nak makan dah. Yelah kata je pukul 8.00 malam start, nak dekat pukul 9.00 malam baru nak start. Tu belum lagi majlis pembukaan oleh pengarah lagi. Lastly area pukul 9.30 lebih baru dapat makan. Mang perut masing-masing dah tahap kebulur dah.
Abis je melantak, pe lagi. Cabuuuuttttttlah!. Takmo tunggu majlis abis sebab mang confirm lambat. Walaupun ada cabutan bertuah, tak ku tunggu jugak. Cuma aku sempat tengok persembahan dari setiap daerah dan institusi je. Masa kitaorang nak balik tu pun dah pukul 11.00 lebih. Hubby dah dok tanya, pukul berapa nak balik. Yelah!, takut gak isteri dia ni balik drive malam-malam. Tapi, sib baik ada teman nak balik, Farah tumpang sampai Seberang Jaya, Syuzi pulak tumpang sampai simpang Astana. Alhamdulillah, sampai umah dengan selamatnya area kul 12.30 malam.
p/s: jumpa lagi di Hari Inovasi 2013 yang tak tau lagi apa dia temanya.