Assalamualaikum....
Aktor Hollywood yang terkenal dengan lakonan dalam filem The Fast and The Furious, Paul Walker, 40, meninggal dunia hari ini dalam satu kemalangan jalan raya di Santa Clarita, utara Los Angeles, California.
Laman web selebriti TMZ melaporkan, kemalangan dahsyat itu berlaku apabila kereta Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar dan meletup.
Walker dan pemandu Porsche dipercayai kawannya, maut di tempat kejadian.
Menurut pengendali Facebook aktor terbabit, Walker ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis amal yang diadakan organisasi dinaunginya iaitu Reach Out Worldwide yang sedang mengumpul dana bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda Filipina bulan lepas.
Di bawah, kami sertakan video terakhir yang dirakamkan krew TMZ ketika Walker masih hidup serta gambar kereta dalam kemalangan yang meragut nyawa aktor kacak tersebut - sumber SINI
* My hubby suka sangat tengok citer The Fast and The Furious ni, start dari yang first sampai yang latest mang ada cd dia, mang keje dok ulang je citer ni, sampaikan anak-anak pun dah jadi minat. Erm.. takde dah hero yang hensem ni lagi.