Assalamualaikum....
Ramai jugak pembaca blog yang bertanya soalan mengenai tajuk entri ni. Aku pernah postkan pasal Caesarean pada ENTRI sebelum ni. Kalau ada yang teringin nak baca bley lah baca ye. Aku pun tak berapa nak arif sangatlah berkenaan ngan bab Caesarean ni. Cuma apa yang aku bley bagi hanya pengalaman aku semasa menjalani dan selepas menjalani caesarean ni.
Macam soalan puteri nadia ni, kalau ada sapa-sapa yang ada pandangan bleylah share sekali ye. Apa yang aku bley jawab ni adalah berdasarkan apa yang doktor atau nurse penah bagitau kat aku la ye. Yelah anak pun dah 3 orang confirm setiap kali mengandung ada saja info yang diberikan.
Ok, macam soalan puteri nadia ni, pada pandangan akulah, aku tak sure sangat kalau dia nak pregnant dan bersalin secara normal. Sebab benda ni bergantung kepada sejarah kelahiran yang lepas. Mesti doktor ada rekod kenapa puteri kena bersalin secara caesarean kan?. Macam aku dulu terpakse bersalin secara caesarean sebab baby songsang dan aku n hubby takmo amik risiko. Doktor pulak bagitau yang tulang punggung aku kecik. Kan ke aku dulu koruuuusss keding. Punggung pun takde.
Untuk pengetahuan puteri jugak, biasanya sebelum nak pregnant balik doktor suggest tuk jumpa doktor pakar dulu dan doktor akan tentukan samada bley pregnant dalam jangka masa terdekat atau tak. Kalau bley pi lah hospital yang sama, sebab semua rekod kita bersalin ada kat situ kan. Lagi senang. Benda ni penting sebab bekas jahitan takkan sembuh sepenuhnya dalam jangka masa setahun. Paling kurang doktor selalunya akan suggest dua atau tiga tahun baru bley nak pregnat balik.
Macam aku dulu dua tahun pun rasa lagi ngilu dia bila angkat benda yang berat.
Ok, aku amik pengalaman kawan-kawan yang kedua-dua anaknya lahir secara caesarean. Memang lagi sakit masa nak jaga bekas czer tu sebab tak sampai setahun dah pregnant lagi. Diaorang kata "tobat dah nak pregnant lagi, sakit...". Bukannya aku nak takut-takutkan tapi tu lah kenyataannya.
Seeloknya bagilah bekas czer tu pulih sepenuhnya. Tapi kalau dah "ter eksiden" nak buat camana kan?. Doktor pun tak bley nak kata apa. So, berpantanglah pas bersalin tu sebaiknya.
Kalau kawan-kawan yang penah bersalin czer ni. Masa pregnant selepas tu sure misi akan rujuk kepada doktor pakar dan doktor pakar akan scan balik perut, nak check samada bley bersalin secara normal atau tak. Dia jugak akan check jugak bekas czer yang lepas tu dah ok atau belum.
Masa aku pregnant yang 2nd ngan 3rd sama jugak doktor scan perut. Tak taulah pulak dia tengok camana kan, #dahdoktormestidiaterorkan? tapi doktor yakin mang bekas czer tu dah pulih sepenuhnya dan bley bersalin secara normal.
Rasanya ni je yang aku bley bagi pandangan kat puteri. So, kalau kawan-kawan yang ada pengalaman yang sama bley lah share jugak ye, sebab kadang-kadang pengalaman kita tak sama.
Sekian, Wassalam....