Showing posts with label family first. Show all posts
Showing posts with label family first. Show all posts

Friday, 13 January 2012

Rasa TAKNAK Kahwin

Semalam sebelum tidur, macam biasa main cubit-cubit,tampar-tampar, tarik-tarik selimut dengan emak..yer saya tido dengan mak saya walaupun dah berumur 25tahun.eh dah nak masuk 26 la..ngehee.. tapi kadang-kadang turun pangkat jugak kena tidur bilik lain bila adik-adik balik..

sebelum tidur memang biasa akan buat aktiviti2 di atas..tapi akan berakhir dengan berpegangan tangan sebelum tidur..romantik kan kami..haha..tapi...tapi...tapi... malam tadi mak saya dah buat saya sangat sedihhhhh...Emak tiba2 cakap "Nanti kakwa kahwin, tinggal mak sorang la~~".. Saya terus senyap..~~speechless~~sentap~~nak nangis~~..then jawab kat mak.."Nanti mak ikut la dok KL.." Tapi macam biasa jawapannya mesti la TAKNAK..pastu terus dua2 senyap..

sedih...


rasa taknak kahwin...


dah bincang dengan incik mat kool nak dok asing after kawin...


tapi beliau bagi 3 bulan je...


dah pujuk2 bagi macam2 alasan...


then incik mat kool bagi masa setahun untuk kami duduk asing...


ermmmmm..selepas setahun???


macam mane emak saya???


kesian kalau emak duduk sorang2 kat rumah...


kesian jugak incik mat kool duduk sorang2 kat KL lepas kawin...


kesian dekat dua2...


urmmm..sedihhhhh.....


nak tengok mak senyum hari-hari...

Thursday, 22 September 2011

Supermak buat dodol Superhebat

ni la harta aku paling berharga =)

ni cerita 2minggu lepas.. mak aku baru habis puasa 6. dia ada cakap nak buat makan2 a.k.a open house kat rumah. aku pun on jer la sebab aku memang teringin nak makan mi rebus johor. mi rebus johor kan leceh sikit nak buat. kalau buat untuk makan berdua je dengan mak aku, memang malas sikt la. so, bila mak dah plan nak buat open house, aku pun terus ~ok menu utama mi rebus~~ dan2 je kan..

ok pasal mi rebus kita cerita lain kali la.. sila tengok title entri yer. suka tersasar aku nih.

pada suatu hari(ayat buku cerita weiii) , aku balik kerja lebih kurang pukul 6++..masa tu hujan lebat. aku sampai rumah, tengok rumah gelap je.lampu kat ruang tengok tv tu tak on. aku pelik jugak la mane mak aku.hati risau gak sebenarnya. mak aku kan tinggal sorang..

then, bila g dapur, agak terkejut la. mak aku tengah kacau dodol sorang. MANUAL okeyy.. takde machine2 macam zaman sekarang. mak aku umur 62 tahu. tapi mampu lagi kacau dodol sorang2. memang tabik spring la kannnn

kalau sape2 yang pernah makan dodol mak aku buat, memang akan siang terbayang malam merindu. ade jiran-jiran aku yang datang raya kat rumah, mesti tanya buat dodol ke tak. datang bukan niat nak mintak maaf ke hape. tapi nak makan jer..ehhh macam cakap dekat diri sendiri jer..haha

kalau korang tak caye, meh aku bagi bukti siap..

aku post ni kat fb aku(sampai sekarang aku hanya ada fb.takde twitter. kesian kan aku.takutkan perubahan..huhu)

dan tengok la komen budak 2 orang nih.
aida n ifa ni geng karib aku time diploma dulu. setiap kali lepas raya, memang wajib aku bawak dodol kat diorang. ifa a.k.a fasihah mansor kat atas tu, pernah ikut aku balik kampung then suroh mak aku buat dodol. tapi masa tu kitorang kacau la.berpeluhhh koo. kacau beramai-ramai pun dah macam semput gitu, apetah lagi nak kacau sorang-sorang macam mak aku..boleh bayang tak??taknak bayang pun xpe..huhu

korang nak resepi dodol superb mak aku??nanti aku try tanya..kalau tanya aku, memang tak dapekk la..yang aku tau bahan dia tepung, santan,gula. dah tu je. tepung ape tak tahu. santan nak banyak mana tak tahu. gula nak gula merah ke, putih ke, melaka ke, pahang ke, aku tak tahu. kang aku pandai2 bagi resepi, korang buat jadi asyura kang camane???huahuahua



Wednesday, 10 March 2010

RESULT SPM

hari ni result spm keluar.kepada noorfarah shaheera aka ektawah aka mak palah aka ami , congrates 4 ur result.. wlaupun x cemerlang straight A, tapi masih ok kn. so, cepat2 isi borang2 apa yang patot. BI A kn? ehem2.. nampak gayenyer boleh la apply FA. jangan nak dok umah tunggu orang minang lak. berani nk langkah bendul kakwa. kakwa mintak mcm2 nti.bg bankrap laki ko..haha..adik, ini langkah permulaan untuk bergerak ke depan. walaupun tak straight A, tak bermakna kita tak boleh sambung belajar tinggi2. selagi kita nak, selagi tu ada jalannya.. cuma nak ngan taknak je.
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
gambar wajib-->*si pencerita bersama si watak utama* dalam entri kali ini
harap2, segala apa yang di citakan akan memperoleh kejayaan dan keberkatan.
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers