Showing posts with label Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Pelamin. Show all posts

Wednesday, 4 January 2012

Pelamin Bunga Besar


Sekarang memang tengah in pelamin bunga besar2 ni..dari jauh nampak bunga je lebih..saya sangat suker!!! tadi saje la gedik2 tanye kat Eezi Bridal Centre ni. nak tahu harga bunga ni..harganya boleh tahan mencabar...kalau setakat guna 5 6 kuntum ok lagi..tapi kalau nak penuh satu pelamin, memang fikir banyak kali la kan..takut makan bunga tu je lepas kawin nanti sebab bajet beli beras dah habis beli bunga..haha..

Kalau tengok macam ni, tak jatuh cinta sangat kot..cer dah letak kat pelamin.Sangat cantik okey..



ada 3 jenis bunga ni..Harga ikut saiz..ni harga yang eezi bridal tu bagi. tak tau la kalau boleh nego lagi ke tak.

PRICE : 8":RM20, 12":RM29, 16":RM39, 20":RM49..
ok sila kira bajet sekarang!!

sumpah nak pengsan tengok gambar ni.. hover kan..sila jangan pengsan dulu..kalau tak dapat pelamin macamni nanti baru pengsan..ehh..
gambar dicilok dari google. pelamin Marion Rose Caunter dengan SM Nasaruddin.. dah aku ni sape nak pelamin sama dengan mereka??berangan tu perlu~~eeuuuwwww

ni pun gojes ya amat.. tema sama pulak dengan tunang haritu.ngehee
~cilok gambar dari group bride to be 2012~saje taknak link.dah jadi secret group kan kat fb

Plan A-->Cari butik pengantin yang boleh buat pelamin ada bunga besar ni..
Plan B-->Cari sponsor yang nak sponsor bunga2 ni.boleh DIY je pelamin.eh bajet je nak cari sponsor..berangan boleyyy

Tuesday, 6 December 2011

Review Pelamin Tunang : Bunga Tisu

Bunga tisu memang meletopss sekarang kann.. kalau rasa nak jimat kos macam aku, memang sesuai la sangatt.. aku pun tak ingat belaja buat bunga tisu ni kat mana. so, sori la tak boleh nak link.. yang biasa tengok, orang buat kecik2 dan comel2 je kan. tapi sebab aku punya bunga tisu ni nk letak kat pelamin, maka haruslah buat yang gedabak~~sebenarnya malas nk buat kecik2 sebab dah takde mase.malam majlis baru setel semua..huhu..

tisu yang purple aku guna tisu ikea. rm11.90/50pcs..tisu biru guna yang macam kat atas ni je. tapi tisu ni lembut sangat la.cepat koyak..better beli yang dekat ikea.walaupun harga mahal sikit, tapi ada banyak lapis.


ni bunga yang dah siap..sori la tak sempat nak ambik gambar step by step. tunjuk yang dah siap pun ok la kan..cer korang taip kat google cara buat bunga tisu. konfem boleh jumpa. blog aku kan tak berapa nak berguna.. so, jangan mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari blog ni..haha.. eh lupa bagitahu. bunga ni aku buat 4lapis. 2lapis biru,2lapis purple. tapi letak selang seli..baru jadi macam tu..

aku buat 24pcs bunga tisu campur biru purple macam kat atas ni, dan 14pcs bunga tisu purple sahaja. gigih okey memintal menda alah ni. perangai burok aku, tak boleh buat menda yang sama dalam waktu yang lama. aku boleh buat 5perkara dalam satu hari tapi kelima-lima tu tak siap sepenuhnya. semuanya sekerat jalan.. maka, nak siapkan bunga tisu ni, paham-paham je la berapa lama aku ambil masa. buat sekuntum,stop.buat sekuntum,stop.dah tu bla boleh siap??memang malam majlis la hegeh-hegeh setelkan semua.

ni yang dah siap gubah kat stand. actually takde la gubah sangat pun. juz letak2 tampal2 je. janji ada rupa bouquet.pun boleyyy...

sila lihat kiri dan kanan pelamin. itu la hasil tangan ni memintal2. fuhhh lega boleh dapat hasil. kalau tak, melopong je la tepi tu takde bunga.ngeh2... eh lg 1, yang ikat langsir tu pun bunga tisu tau..

p/s : kemon la buat bunga tisu beramai-ramai..serius jimat kos.cantik pulak tu sebab bila kembangkan, memang gedabak la bunga tisu ni. so, bila nak gubah tu, juz letak2 je dah okey sebab dah semulajadi kembang..ececeh semulajadi la sangatttt..padahal ko yang kembangkan..hakhak

Review Mini Pelamin Tunang : DIY

Perkara paling mencabar mental dan fizikal bila nak buat pelamin ni. saya adalah tidak tetap pendirian.awal-awal lagi dah siap lakar bagai.tapi bila dah last minit baru la nak tukar itu ini. last2 hasil tak memuaskan hati.last2 stress.last2 balik ke idea asal.last2 bazir masa..huahua padan pada muka sendiri..

Bajet untuk mini pelamin ni

1. Kain base yang light purple : rm2.40 x 6m = 14.40
2. Kain Biru n dark Purple : rm2.80 x 9m = 25.20
3. Karpet = rm150
4. Lantern : 10pcs = +/- rm40
5. Lampu Ikea = rm60 termasuk pos(sewa kat b2b Yana)
6. Stand Bunga = Free(pinjam kat my sis)
7. Bunga Tisu = rm11.90 + rm4 = rm15.90 (tisu masih ada baki.means ak sampai rm15 pun untuk bunga)
8. Doily Paper = rm4.50 (still ada baki)

Jumlah : tak sampai rm310..kira ok la harga ni. karpet boleh guna semula.bunga tisu boleh guna semula. kain tirai boleh guna semula. lantern boleh guna semula.. kalau sewa, lepas majlis dah kena bukak. kalau DIY, boleh tengok sampai lebam. saya punya pelamin pun belum tanggal lagi..tak tau la sampai bila..agak-agak nak termuntah baru cabut la kot..hehe
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers