Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Si Dia. Show all posts
Showing posts with label Si Dia. Show all posts

24 January 2012

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

...Cerita Mula...


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o…

P/s- Lagu ni khas untuk kawan-kawan tempat kerja, best friends yang selalu temankan aku makan, shopping, jalan-jalan, tengok wayang & bercuti sepanjang aku berada di Melaka... lagu terakhir sebelum aku tingalkan korang semua kat Melaka ni.. Serious sedih nak berpisah dengan korang semua.. Doakan kejayaan aku yew.. Thanks all.. love u so much.. :(

...Cerita Tamat..

10 January 2012

Terima Kasih.. :)

...Cerita Mula...



P/s- Thanks kepada peminat yang sudi bagi hadiah ni.. 

...Cerita Tamat...


06 January 2012

Cara Nak Melupakan Orang Yang Kita Pernah Sayang

...Cerita Mula...

Hye all, morning... Pagi-pagi aku dah cerita pasal cinta dan sayang-sayang ni. Ada juga yang cakap prince dah buang tebiat. Ekceli aku nak berkongsi dengan u all semua macam mana aku melupakan seseorang yang pernah sayang suatu ketika dahulu. Serius aku ambil masa 2 bulan lebih untuk melupakan dia. Okay u nak tau macam mana aku lupakan dia? 

1. Jangan Terlalu Ingatkan Si Dia

Okay.. Ni yang paling penting sekali. Aku tahu.. Kalau baru putus cinta. Pagi petang siang malam korang asyik ingatkan dia.. Confirm mandi tak basah, makan tak kenyang tidur tak lena kan. So, jangan jadi bodoh.. Kalau nak ingatka juga.. boleh.. Tapi ingat apa benda  yang dia buatkan u all sakit hati.. Cuba ingatkan kejahatan yang pernah dia buat dekat u all.. Contoh.. Dia curang dengan lelaki or perempuan lain... Dia ada ramai scandal.. dia suke korek hidung sambil jentik kat muke korang. Secara tak langsung hati kita sakit.. So... lagi cepat kita lupakan dia... 

2. Mencari Pengganti Lain

U all ikut je prinsip aku.. patah tumbuh hilang berganti.. Bunga bukan sekuntum.. Kalau pergi  satu, satu bas yang datang.. Tapi.. memang tidak dinafikan..  Memang susah nak cari pegganti.. Tapi, u all percaya atau tidak.. Aku boleh mencari pegganti dalam masa kurang dari satu bulan.. Nak tahu macam mana? Yeahhh.. Face Book, Twitter, My Space, YM, Skype & Tagged. Semua ni laman sosial yang boleh digunakan untuk mencari pasangan. Korang boleh pilih nak jenis macam mana.. yang cantik.. yang hodoh..  hidung mancung.. mata juling.. gigi jongang.. semua ada.. pakej 3 in 1..  Mula-mula u all kawan lah biasa-biasa dulu..Ingat.. jangan nak lebih-lebih.. Nanti dia cepat bosan...  Kalau rasa serasi.. Go on jew..  Jangan nak jual mahal sangat.. Macam aku kan.. Aku just ambil 10 yang terbaik, then lakukan proses penapisan.. Serius aku cakap.. Benda ni memang berkesan.. Memang aku dapat lupakan dia.. 

3. Manfaatkan Waktu Yang Terluang

Aku nak nasihatkan u all semua jangan selalu duduk bersendirian, dok sorang-sorang dalam bilik or jadi kera sumbang. Nak tau sebab apa tak boleh? Sebab korang akan selalu ingat dengan si dia walaupun korang cuba nak lupakan si dia. Aku nak nasihatkan supaya carilah aktiviti yang berfaedah.. Contoh, window shopping dengan kawan-kawan, main dengan kucing, keluar dengan kawan-kawan.. Kalau paling malas pon.. U all chat lah dengan kawan-kawan or main game dalam FB.. Kalau rumah tak da intenet.. Cara yang paling terbaik.. Karok sampai pagi.. Selagi tak mengantok.. korang karok lah.. Then cari kawan seramai yang boleh.. Sebab cara ni sangat berkesan...



My friends cakap prince semakin gebu.. Gebu kat mana pon tak tahu.. Aduh.. macam-macam lah kawan-kawan aku ni..  Jom ramai-ramai gelakan aku.. auwwww.. :p

P/s-Okay.. cukup lah 3 jew dulu.. Aku dah malas nak taip.. Yang pasti.. Cinta tu ada dimana-mana saja.. Bak kata pepatah.. Bercinta biar satu.. Berscandal biar beribu.. hahahaha.. boleh tak macam tu? kalau my baby  baca pepatah ni.. Sure kena ikat kat pokok kelapa sambil kene gigit dengan kerengga.. wakakakaka...

...Cerita Tamat...


04 December 2011

Happy Birthday Prince HairiAks PART 2

...Cerita Mula..


Bila dapat hadiah ni.. Terus diam tak terkata.. 10 kali fikir nak ambil or tak... Apa-apa pon.. Orang dah bagi.. Ambil je lah..


Tahun lepas, hadiah ni yang paling special.. Dalam dia bear yang sangat besar.. Tapi tahun ni.. 30 kali ganda special dari tahun lepas.. Korang fikir lah sendiri apa yang aku dapat.. :)


P/s- Thanks kepada someone yang bagi hadiah ni..Hadiah yang sangat bermakna.. 1st time dapat hadiah macam ni.. Korang teka lah apa dia.. Panjang kotak 40 cm, Lebar 30 cm. Aku tak boleh bagi tahu.. :)

...Cerita Tamat..

13 October 2011

Perahu oh Perahu...

...Cerita Mula...



Hye all, Assalamualaikum. Tetiba pulak malam ni teringin nak mengupdate. Ekceli bukan nak buang tebiat. Just nak bagi tahu yang aku happy dengan job sekarang ni. Nak tahu kenapa happy? 1st dapat berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. tak kira lah..yang tua, yang muda, yang hodoh, yang comel, yang cute, cantik & macam-macam lagi lah..

Paling best dapat team kerja yang sangat best. Biasalah, orang baru macam aku ni tak banyak sangat knowledge. So, kawan-kawan yang banyak bantu. Alhamdullilah.. dekat 2 minggu kerja.. Aku dah boleh berdikari atas kaki sendiri.. Dah tak malu jumpa dengan orang... Setakat manager, CEO, Executive. Semua okay.. Siap tukar business card lagi... Yang penting.. Penampilan kena jaga..Mulut kena manis time bercakap.. dan tak lupa.. Confident sangat penting bila ada date dengan orang-orang macam ni... Last sekali... VOGUE.... hahahahahaha...

P/s-Dah penat aku mencarut.. So pepatah untuk malam ini.. "Terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak kata... Badan binasa..Terlajak lampu merah En Polis saman.. Terlajak makan perut boroi... So, if dah terlajak semua ni.. Aku just say...  Hye..hye... bye.. bye.. lah kau... Assalamualaikum....

...Cerita Tamat... 

06 October 2011

Semua Dah Berakhir...

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Ekceli aku dah tak da idea nak update my blog. Tak tahu nak carutkan apa dalam ni. Boleh tak aku nak terus tulis......

...Cerita Tamat...

Hahaha.. kalau aku tulis cerita tamat..Sure korang bagi penyepak saiz 42 kat aku kan? Okaylah..Hari ni secara rasminya.. Aku dah bebas dari segala-galanya.. Malan ni aku berjaya block lebih kurang 50 orang yang sering ganggu hidup aku dalam FB..Orang yang buat hidup aku tak aman, damai, harmoni dan tenteram. 150 orang friends yang agak kurang penting dah remove.. Harap Maklum...


Sekian Terima Kasih..

................END..............

...Cerita Tamat...

16 September 2011

Kenapa dengan FB Hairi Aks?

...Cerita Mula...

Ha3.. Ramai yang tertanya-tanya.. Kenapa wall FB aku tak ada sebarang status.. Tiba-tiba semua status kat FB aku padam. Sebelum tu aku nak bagi tahu 1 dunia. Akhirnya aku berjaya memadam semua status dalam FB. Tepat jam 7.15 malam / 16-09-2011. Korang bayangkan.. aku dah ada account  FB dari tahun berapa tah.. 4 hari 3 malam aku nak padam semua status ni. Semua dah tak ada.. Kalau ada pon, just quiz & benda yang tak penting.

Sebab apa padam? Sekarang dah banyak sangat spy. Budak-budak kaki skodeng kat FB aku. Then, inbox benda yang bukan-bukan. Then, ada pulak yang jenis jaloz & meroyan tak pasal-pasal bila bace status kat wall aku. Kalau aku ni artis. Sure lagi ramai manusia durjana yang suka ambil kesempatan. Sekarang hidup aku dah bahagia tanpa sebarang masalah. Dalam bulan ni, aku dah boleh hidup aman, sentosa dan makmur.

Thanks kat  my best friends 4 ever..Yang banyak bagi  nasihat & tunjuk ajar. Dia banyak bantu aku dalam  2 bulan ni. Apa-apa masalah semua di dengar. 



Sebagai tanda penghargaan kepada dia. Prince berbesar hati nak bagi hadiah yang tak seberapa ni.. Ambil kau.. Besar lagi.. Siap ada cop mohor lagi.. mwahhhh... Import dari Pengkalan Balak, Melaka.

...Cerita Tamat...

15 August 2011

Seronoknye Bila Dah Single


...Cerita Mula...

Hye all, alhamdulillah.. 2 minggu lagi nak raya. Mesti korang semua dah mula buat persiapan kan? Rasa macam tak sabar nak tunggu raya. Nak tunggu duit raya.. J Nak pakai baju baru.  Tahun ni, raya yang sangat bermakna bagi aku. Ahli keluarga pon dah bertambah sorang. Tahun depan tambah lagi sorang.

Ekceli, korang tak tahu kan.. Yang aku dah single sekarang ni? hahaha.. tu dia.. siap publish dalam blog lagi.. ye lah.. mana lah tahu.. ada pulak anak-anak Dato, Tan seri, Tun, Toh Pendewa Sakti, or Anak billionaire yang nak berkenalan kew? Boleh jew.. kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan..  ngee…

Rasa seronok bila dah single ni. Nak tau kenapa? Aku tak payah nak mesej, nak bagi laporan dan sebagainya. Hidup pon tak dikongkong. Aku nak buat apa pon boleh. Yang pasti, patah tumbuh hilang berganti. Aku dah malas nak gaduh-gaduh or bermasam muka lagi. Aku anggap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Semua dah ditentukan olehNya.

Walaupun dia pernah janji macam-macam. Aku tak amik peduli pon. Bagi aku.. Janji is lie..  Sebab aku sendiri yang buang dia dari hidup aku. Aku tak mahu jadi manusia plastik.. Aku tak mahu jadi manusia hipokrit.. Okaylah.. Aku nak tanya dengan korang. Korang sanggup hidup dengan seorang penipu besar? Ada yang sanggup? Sure korang tak mahu. Kalau aku tanya dengan budak 3 tahun pon. Jawapan dia  NO.. TQ

Rupa-rupanya.. Banyak benda dia tipu dari aku. Bila aku dapat semua bukti pon. Boleh lagi dia tak mengaku. Aku pon tak tahu lah manusia jenis apa tu. Elok lagi scandal aku yang lama.. 1000 kali lebih elok dari dia. Bukan apa, contoh ex kekasih gelap aku dulu. Bila dia buat salah, dia akan mengaku. Kalau aku dapat tangkap dia menipu aku.. Dia still lagi mengaku dan minta maaf. Bukan lah aku nak bangga kan ex yang dulu. Aku putus pon sebab tak sehaluan. Dunia kami sangat berbeza. Macam langit dengan bumi. Tapi berbeza dengan yang sorang ni.. Kalau korang tanam dia hidup-hidup pon. Belum tentu dia nak mengaku. Hati batu, hati kayu.. Macam menyesal pulak pernah kenal dengan dia.

Paling best, aku ni banyak spy.. tahu apa dia spy? Lebih kurang macam mata-mata lah.. kalau mata-mata pon tak tau.. korang gi terjun laut. Hahaha.. tiba-tiba teringat kata-kata dia.. “ i tak akan curang... i janji x akan noty dengan orang lain, tak layan orang lain”  ayat dia yang tak boleh pakai sampai sekarang. Dia cakap  “Sebab aku dia jadi setia”. Jom ramai-ramai gelakan dia. Hahahahaha... setia wak lu.. nak gak aku skru kan wayar dia yang dah putus tu..

P/s-Aku yakin dan percaya. Lepas dia baca entry ni. Sure dia makan hati & sakit hati. Memang dia tak akan publish dalam FB or mana-mana blog. Sepanjang 4 tahun di UPSI aku dah kenal dengan bermacam orang. Salah sorang adalah DIA. Aku pon boleh menilai yang mana KACA, INTAN DAN PERMATA. So, aku dah jumpa kaca. Bulan lepas jumpa PERMATA. J

INGAT YER.. Hari ni kita curang, kita menipu, anaya, dan tidak jujur semasa berkawan mahupun bercinta. Jangan terkejut suatu hari nanti orang lain akan buat beribu kali ganda apa yang kita dah buat kat orang kepada kita.. Hahahaha.. (Thanks Allah yang telah memberi petunjuk kepada hambamu).


Amik kau.. Pic paling hot & spicy tahun 2011.. biaq sampai terkeluaq biji mata depa dok lihat pic ni.. :p

...Cerita Tamat...

30 June 2011

Cara Untuk Melupakan Insan Yang Kita Sayang

…Cerita Mula…

Hey all, ekceli  hari ni aku nak  berkongsi macam mana  nak lupakan orang yang pernah kita  sayang @ yang kita  suka suatu ketika dahulu. Tip ini my friend yang bagi. Ternyata ianya 50% berjaya. Lagi 50% tu pandai pandai lah korang nak usahakan.  Takkan semuanya aku nak suap… J

1.       SMS- Pastikan jangan reply semua mesej yang DIA hantar walaupun dia minta maaf dan merayu seperti wanita yang sedang meroyan. Korang anggap lah kalau reply SMS tersebut Kredit korang kena tolak RM10 untuk satu SMS.

2.       CALL- Kalau si DIA sms tapi  korang tak reply. Sure dia akan call rite? So, make sure korang jangan nak mengatal angkat hp tu. Biar dia call sejuta kali pon. Korang jangan angkat. Kalau rasa nak cepat lupakan DIA, korang OFF je Hp sekejap. Agak agak dia dah tak call, baru korang ON kan balik.

3.        BILA TERINGAT SI DIA- Yang ni kes berat sikit. Bila korang duduk sorang sure teringat kat dia kan? So, aku syorkan korang cuba ingat apa keburukan dia, tabiat buruk yang dia suka buat. Contoh kawan aku ni, dia suka sangat kentut dekat kawan kawan, kalau yang jenis tak ada bau aku tak kisah. Ni yang jenis bau bangkai punya, bapakan busuk dowh. Kalau lalat lalu masa tu, sure leh mati. Keji kan perangai dia? Kalau tak da pon, korang buat lah andaian yang dia ada LELAKI or PEMPUAN lain. Mesti korang sakit hati kan? Cuba cari benda yang boleh membuatkan kita sakit hati dengn dia.

4.       TIPU- Kalau ketiga cara yang tu tak berkesan juga. Aku guna cara yang terakhir. TIPU. Memang lah tipu tu berdosa. Tapi kalau tipu sunat sekali sekala tak apa. Tipu je dia. Cakap dah ada Pempuan & Laki lain. Kalau dia tak caya,  cakap nak betunang  atas pilihan keluarga. Padahal memang kita dah benci dengan dia. Tak boleh terima dia sebab dia curang dan tak setia pada yang satu. Cara yang paling keji untuk sakitkan hati dia, cakap dah couple dengan JANDA or DUDA lama. Lagi lah dia makan hati berulamkan jering.. kan.. kan..



P/s- Sebenarnya semua janji is LIE. LIE is tahi kucing kau. Cakap tak serupa bikin. Tak mahu layan orang lain, kadang kadang ada yang sanggup cakap.. kitalah yang terkhir dalam hidup dia, kitalah insan istemewa. Cukup lah kita sorang di hati dia. Arrggghhh.. Semua tu LIE…TIPU..DUSTA.. KARUT.. Mulut manis macam gula, tapi hati macam NERAKA. Teruskan menipu dan menipu untuk selama lamanya. Pergilah kau melayan JANTAN & BETINA kat luar tu.. Opsss.. Prince macam dah marah jew.. hahaha..

…Cerita Tamat…

17 June 2011

Trouble Is A Friend



Trouble will find you no mater where you go, oh oh. 
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh. 
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh. 
Your fine for a while but then start to loose control. 

Chorus 1: 
He's there in the dark, 
he's there in my heart, 
he waits in the winds 
he's gotta play a part. 
Trouble is a friend, 
yeah trouble is a friend of mine. oh oh! 

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh. 
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh. 
He sees what I see and he knows what I know, oh oh. 
So don't forget as you ease on down the road. 

So don't be alarmed if he takes you by the arm. 
I won't let him win, but im a sucker for his charm. 
Trouble is a friend, 
yeah trouble is a friend of mine. Oh oh! 

P/s- Mood Jiwa Kacau Malam Ni.. Kenapa aku susah sangat nak maafkan orang. 

Nak Marah Laju-Laju

...Cerita Mula...

Aku sangat emo malam ni, jiwa aku kacau. Bak kata pepatah, sudah jatuh kena timpa dengan  tangga besi. Memang sakit.. Lagi sakit rasanye dari cabut gigi taring. Urmmm.. Sebenarnya email & YM aku dah dekat 1 bulan tak boleh buka. Aku rasa aku masih belum hilang ingatan, masih belum terencat akal dan masih ingat kata laluan untuk email aku. So, kenapa aku tak boleh nak log in semua itu? Nasib baik Facebook boleh nak log in. Kalau tak, memang aku dah menghanjing.

Apa yang pasti, YM aku ada orang yang guna. Tapi bila aku try YM dengan makhluk durjana tu. Boleh dia wat bodoh.Mula-mula dia layan. Then diam tanpa khabar berita. Sakit hati dowh. Aku rasa nak bagi penyepak saiz 45 kat dia. Selagi boleh sabar aku akan sabar. 



P/s- Aku sayang dengan YM & Email tu.. Yang ni baru betul " Patah tak tumbuh, hilang tak ada peganti"

...Cerita Tamat...

03 June 2011

Bersukari Di SP

...Cerita Mula...

Hye all, beberapa hari yang lepas aku sempat bersukaria dengan Lyn kat Kedah. Seronok dowh. Sempat lah aku pergi rumah kawan kawan. Destinasi pertama Sungai Petani. Seterusnya Alor Star & Perlis. Kalau korang nak tahu. Memang banyak petani dalam sungai tu. Sehingga tak boleh dikira dengan jari. Kalau nak tahu apa yang menarik di SP. Jom tengok kat bawah.. Jeng.. Jeng.. Jeng..


Kalau korang nak tahu.. Ni lah 1st time aku naik basikal macam ni.. Mula mula kekok gila.. Sebab Lyn berat sangat.. Hampir berkali kali nak jatuh... 


Best gile naik basikal ni.. Time ni rasa macam kat Korea lah pulak.. Tiba tiba aku  terbuka pulak  lagu Full House.. So sweet. Makan hati Minah & Mat  Indon yang tengok aksi aku dengan Lyn.. 

P/s- Thanks En Hilmi yang bagi pinjam basikal.

...Cerita Tamat...

26 March 2011

PANAS!!!.. Scandal Terbaru Prince HairiAks

...Cerita Mula...

Hye all,ekceli aku nak bagi tahu satu dunia, seluruh benua Afrika & Eropah yang aku dah dapat scandal baru. Wow.. Memang cantik.. Memang cute.. Memang gebu.. Memang runcing.. Memang muncung tirus..  Memang tinggi.. Memang kurus.. U know,  macam pakej 10 in 1. Semua lengkap.. Apa yang tak da..? Semua ada..Urmmm..  Soalan lazim dari kawan kawan aku. Dapat kat mana scandal tu? So, macam biasa lah.. Aku mula buat cerita bohong.. Siap tambah kicap, gula, MSG, dengan sos tiram lagi..Dipendekan cerita aku dah macam belangkas sangat.. Pergi mana mana mesti dia ikut.. Kadang kadang rasa nak bosan pon ada.. Tapi aku terpaksa dan dipaksa bawa scandal tu. Korang yang tak kenal belangkas.. Mari sini aku tunjukan.. 



Ini dia rupa belangkas.. Kalau mengikut teori usahawan yang aku belajar, belangkas ni adik beradik dengan ikan todak. Bezanya mak dengan ayah belangkas ni tak sama. Sorang stay kat London dan lagi sorang kat Nepal. Tapi mereka satu budaya dan satu bangsa. Boleh tak macam tu? Hahaha.. Dah macam 1 Malaysia lah pulak..

Hahaha.. Ok lah.. Aku malas nak merapu petang-petang ni. U know, tiap tiap hari aku bersama dengan Cik Rotan Binti Buluh Betung. Dia lah scandal terbaru. Tolong jangan makan hati dengan aku. Tolong jangan nak rampas scandal aku. Kalau korang nak tahu, Cik Rotan yang banyak membantu aku semasa di sekolah. Dia lah yang membuatkan budak budak diam, dialah yang membuatkan budak jadi baik tahap dewa. 


So, apa macam? ok tak scandal baru aku? Ada sape sape yang nak ngorat dia? 

P/s- Thanks Cik Rotan yang banyak berjasa kepada kau..

...Cerita Tamat...

27 February 2011

Ada En. Zuhairi @ HairiAks Kisah?

…Cerita Mula…

Hye all, aku terbaca satu komen, komen dari orang yang memang sangat sakit hati vs makan hati dengan aku. Biasa lah, agaknya aku pernah tolak cinta dia kot. ( mood perasan). Boleh dia mengutuk aku depan depan. Rasa nak bagi penyepak saiz 56 jer. Cik Puaka cakap dia dah bosan bace blog aku. Dia dah tak minat nak baca. So, kalau dah tak minat. Sila keluar secara sopan satun dari sini. Suka hati aku lah nak menulis untuk siapa. Do i care? Aku harap korang jangan nak bosan bace blog aku yer. Yer lah, setiap kali update mesti nak cerita pasal sekolah? Kalau tak cerita pasal sekolah, sure pasal student, kalau tak student.. konpom pasal cikgu & tukang kebun kat sekolah. 

Aku nak tanya korang semua, kalau aku tak tulis pasal sekolah. Aku nak tulis pasal apa? Pasal berita dunia? Pasal cik puaka? Or nak cerita jiran sebelah rumah aku. Macam tak berkembang pulak minda kan? Boleh trauma dowh. Kalau lah masih stay dekat Tg. Malim sure aku cerita aksi sengal budak rumah aku. Siap publish gambar lagi. Hahaha.  

Oppss.. Ekceli aku nak cerita yang aku berusaha dan terus berusaha untuk menyiapkan soalan ujian formatif 1. Kalau sebelum ni copy paste dari intenet. Tapi, aku kena perah kepala otak ni supaya boleh menyiapkan soalan ujian. Untuk ujian formatif 1, tak ada copy paste pon. Semua atas usaha sendiri. “USAHA TANGGA BEJALAN” OMG..OMG..  Silap dowh “USAHA TANGGA KEJAYAAN”. Betul ker? Kalau tak betul, boleh tak tolong betul kan? Ngee..


Dulu... Boleh pacakan rambut setinggi KLCC... 


Sekarang.. Semuanya dah berubah.. Rambut, bapakan skema kan.. Urmm..

P/s- Korang ada cadangan tak? Cadangan untuk merawat blog kesayangan aku. Ramai dah bosan bace entry aku.  Aku nak nagis jap... urmmm.... Puas dah...

...Cerita Tamat...

02 December 2010

Surprise By My Dear

...Cerita Mula...

Aloooo... Baru je post entry.. Tetiba nak update lagi.. Tak apa.. Aku tak peduli korang nak cakap apa. Yang penting aku sangat bahagia hari ni. Masa lunch tadi, tetiba kawan aku dari Rawang ajak lunch sama sama. Tapi naluri memang dah berkata kata. Kompom dia nak celebrate birthday aku. Masa tu dia suruh aku gi Secret Recipe. So, aku pon gi lah. 


Yang ni antara cake yang aku makan, korang nak tahu. My dear order 8 slide yang berlainan flavour. Sampai nak muntah aku makan. Paling best banana. Yang paling terbaru. Terangkat kening Prince makan. So, macam biasalah. Aku makan sikit sikit jer. On diet lah katakan.. ~lol~


 Sementara nak tunggu  spaghetti & Nasi Lemak. Sempat sedut air dulu. Memang meriah sangat sangat. 


OMG.. Tetiba pulak  pekerja kat situ datang dekat aku bawa kotak besar & bagi hadiah besar. Sweet sangat sangat.. Siap nyanyi untuk aku dowh.  Aku ingat dia orang semua buang tebiat. Rupa rupanya semuanya sudah dirancang. Siap dapat kad lagi. 1st time dalam hidup aku orang buat kejutan macam ni...
 


Paling kelakar time ni. Aku pergi naik moto. Bila nak balik masalah besar pulak. Kotak tu besar sangat. Aku tak boleh nak bawa sorang. So, sudah tiba masa menyusahkan kawan kawan. So, aku kena pulak jemput kawan aku tolong bawakan hadiah. Terima Kasih kepada dia ek. Siapa dia tak perlu tahu. Ekceli aku malas nak suruh my dear tolong hantarkan hadiah kat rumah. U know, takut budak budak rumah nampak. Tal pasal kecoh satu rumah.


1,2,3.. Jom gelak ramai ramai.. Seumur hidup aku... Ini kali pertama dapat bear.. Hahahaha... selamat colour coklat.. Kalau colour pink.. Memang menagis family aku tengok.. Mesti kakak, mama, sibling & dad bahagia tengok aku dapat bear.


Comelkan bear ni, macam orang yang bagi jugak. So, kepada my dear. Thanks sangat sangat. Memang surprise sangat. Selamat prince tak pensan dekat situ. ~lol~. Oppss.. lupa pulak nak say thanks kat dia.. Semua dia yang belanja.. :-)

P/s- Tunggu entry yang seterusnya.. :-)
 

...Cerita Tamat...

Prince HairiAks 23 Year (Celebrate by Pija & Wan Besut)

...Cerita Mula...

Hey all, hari ni aku sangat terharu gila. Macam macam kejutan dapat dari kawan kawan. Ekceli aku nak bagi tahu yang Pija & Wan Besut celebrate my birthday. Aku pon  tak perasan sangat yang dia orang nak celebrate. U know, kami selalu keluar dinner sama sama. Tiba tiba aku rasa pelik semacam bila dia orang order makanan banyak sesangat. Oklah, korang layan je lah pic kat bawah.



Jom nyanyi untuk aku... Selamat HAri Muda...  
Selamat Hari Muda...
Selamat Hari Muda Prince HairiAks...
Selamat HAri Muda..


 Tetiba pulak aku buat buat terkejut...~lol~


Yeah.. Sate yang best sangat sangat...



P/s- Thanks kepada Pija & Wan Besut yang celebrate my birthday. Sayang kat korang. Hik3.. Thanks daun keladi.. Nanti aku nak lagi...

Tunggu update yang seterusnya... Banyak lagi nak story...

...Cerita Tamat...


30 October 2010

Bila Kupu-Kupu Malam Menggila


...Cerita Mula...

Hey all, malam tadi sempat aku menghabiskan sisa sisa hidup di Tanjong Malim bersama someone. Maybe inilah kenangan paling manis sebelum aku nak berpraktikum. Jika sebelum ni, asyik aku je nak ke Rawang or ke Bukit Beruntung. Tapi semuanya berubah. Tiba tiba je malam tadi dia jemput aku dekat rumah. Best sesangat. Kalau u all nak tau, time tu dekat jam 11.30pm. Ingatkan dia main main. Rupanye betul betul dowh.

So, apa lagi. Aku ikut je la. Aku redha je kemana dia nak bawa aku pergi. Jangan  jual aku kat Siam sudah. Memang kena penampar saiz 42. So, u all layan je lah pic aku ni. Bak kata pepatah, dimana ada Prince di situ ada pic gedik dia. Hahaha.. 


Hahaha.. Kalau aku tak yang bagi tau pon. U all semua dah tahu kat mana aku sekarang ni.


Wah.. Cantiknye...Sampai nak terkeluar bijik mata time ni. Cahaya yang sangat terang menderang. Kalau pasang di Tanjong Malim. Mesti meriah kan?


Walaupun duri cactus dah banyak yang tercabut. Tapi, ramai juga yang nak bergambar kat sini. Sehingga berlakunye aksi tolak menolak antara satu sama lain. 


Baaaa.. Cakk... Apa macam? Comel tak  pic aku kat sini. Hahaha.. ( Mood gedik)


Ok lah.. cukup cukup lah tu.. Orang pon dah bosan nak tengok pic aku kan. Yang ni pic akhir aku...En. Blogspot dah pening kepala tengok aksi aku.So, dia dah warning suruh tamatkan entry. :-(

P/s-Thanks kepada someone yang bermurah hati nak bawa jalan jalan kat i-city. Sayang kat dia.. Dekat Jam 4 pagi sampai rumah. Penat, tapi aku happy sangat sangat.

...Cerita Tamat...