Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label SMKBJ. Show all posts
Showing posts with label SMKBJ. Show all posts

27 November 2011

Bersukaria Vs Bosan

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikkum.. Selamat petang.. Urmm.. lama tak update.. Ekceli aku sangat busy sekarang ni. Kerja Vs Kerja.. Time cuti pon still kerja. Ni pon update sambil kerja. Hebat kan? Walaupun kerja aku sempat gak luangkan masa dengan kawan-kawan. Teman dia orang shopping, karok & macam-macam lagi. So, korang layan je lah pic ni..


Prince with Untie Nusrah.. Boleh masuk Rupa bukan sekadar vokal tak?. Silap.. Vokal bukan sekadar rupa.. lol..  Kot ada sape-sape yang dengar suara aku.. Sure korang koma tak bangun-bangun.. :)


Hahaha.. ni kat Restaurant Kenny Rogers.. Korang nampak kan.. Aku pakai baju kerja.. Maknanya ni time kerja lah.. Sempat lagi melepak kat JUSCO.. :)


Pic ni tak mau komen banyak-banyak..

P/s- Tak sabar nak tunggu 2 DEC 2011. My Birthday ke 24 Years.. Agak-agak dapat hadiah apa ek dari someone.

...Cerita Tamat...

20 May 2011

Jamuan Perpisahan Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Semalam satu jamuan perpisahan diadakan untuk meraikan hari  terakhir aku di sekolah. Aku tak sangka ada jamuan. Korang nak tahu kenapa? Memandangkan hari guru jatuh pada 16 Mei. Pihak sekolah dah setuju raikan hari guru sekali dengan jamuan perpisahan untuk aku. Secara tak langsung boleh menjimatkan kos. Tiba tiba ada jemputan untuk jamuan perpisahan sekali lagi. So, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.


Majis penyampaian hadiah.. Tersipu sipu En. Zuhairi menerima Hadiah daripada En. Zul.

Part 2
^
^
^
^
20 Mei 2011..
Celebrate dengan En. Sahar, Cik Zati, Cik Nusrah, & Cik Sabariah di Pizza Hut Tampin.. 


Makan sampai pecah perut.. Semua makan tak HINGAT dunia.. :)


Aku dengan President Club Staf.. Cuba korang teka.. Umur sape yang paling tua?


3 orang anak dara sunti yang masih mencari calon suami.. Boleh pilih mana satu pilihan korang.. Sorang dah ada DG48 dan 2 orang masih lagi DG41. Hahahaha..

P/s- Thanks kepada kawan kawan yang dah celebrate aku. Terima kasih belanja makan. Thanks untuk semuanya.. Doakan aku dapat posting secepat yang mungkin. Amin...

...Cerita Tamat...

Terima Kasih SMKBJ

...Cerita Mula...

Hye all, akhirnya aku berjaya menghabiskan praktikal dengan jayanya. Terima kasih kepada kepada semua yang memberi kerjasama kepada aku sepanjang 15 minggu di SMKBJ. Banyak kenangan manis yang tak boleh aku lupakan. Paling tak boleh lupa dengan student  4 ICT, 4 MPV, 3 UKM, 3 UPM dan Kelas PPKI. Kalau korang nak tahu, aku suka gila mengajar class ni. Pelajar dia sangat best.


Pic  aku bersama dengan pelajar dengan kelas PPKI.


Sesi penyampaian hadiah.. :)


Terima kasih kepada guru pembimbing Pn Hajah Siti Hawa & Tn Haji Abd Raub yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. 


Hadiah daripada club staf SMKBJ untuk majlis perpisahan aku..
Jom tengok apa dalam dia..


Thanks Club staf untuk hadiah ni.. 

P/s-Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita bertemu lagi.

...Cerita Tamat...


18 May 2011

Surat Dari Peminat

...Cerita Mula...

Kalau korang nak tahu, aku dah peminat setia dowh. Tak payah nak masuk AF bagai. Cerita dia pada 16 Mei. Jam 7 pagi. Tiba tiba ada sorang gadis mengejar aku. "Cikgu Zeryy"!!! "Cikgu Zerry"! Sejak bila mama aku tukar nama jadi Zerry? dah macam nama anak orang putih lah pulak.. Mula mula aku wat bodoh jew. Lama lama dia datang kat aku.


Ni khas untuk Cikgu.. Amik lah.. Aku pon amik...
Bila sampai rumah.. Aku pon buka..
Korang nak tahu.. Apa kat dalam tu?
Ini dia...


Sangat terharu apabila seorang pelajar Pendidikan Khas bagi sehelai kertas yang tertulis "Selamat Hari Guru". Walaupun dia tak pandai membaca.. Dengan gigih pelajar ni menulis ucapan selamat hari guru untuk aku. Walaupun nama aku dia salah tulis.. Aku tetap hargainya... Thanks Eton...

...Cerita Tamat...

Happy Teacher's Day

...Cerita Mula...

Hye all, aku nak wish hari guru dekat cikgu cikgu yang pernah mengajar aku dari tadika sampailah aku sekolah menengah. Kalau dulu aku yang meraikan guru. Sekarang aku pula yang diraikan oleh pelajar. Sangat seronok. 


AWAS!!! Jangan cakap baju ni buy 2 free 1. Ini merupakan batik rasmi sekolah aku. Walaupun tak suka, aku kena suka jugak pakai baju ni.


Ini sebahagian daripada hadiah yang aku dapat. Boleh lah kan.. Dari tak dapat langsung.. :)


Terima kasih my student yang baik hati nak bagi hadiah kat aku.. TQ daun keladi  tahun depan bagi lagi.. Sayang kat korang yang bagi Cikgu hadiah...


Antara hadiah yang aku dapat...


Hadiah ni from Erra & Farhana.. Nak tau dalam dia apa? Rahsia...


Ni dari Ina.. 


Yang ni aku dah lekatkan dalam bilik... Cantik kan? ada maksud tersirat disebalik pic ni...


Hadiah daripada pelajar 3 UKM.. 




Hadiah paling besar yang pernah aku dapat.. Hahaha.. Rindu lah dengan dia.. Miss u.. mwahhh..

P/s- Yang ni baru sebahagian dari hadiah.. Thanks kepada yang sudi bagi hadiah..Hari ni masih lagi dapat hadiah..Esok update yang lain pulak..

Kalau korang nak tau, yang bagi hadiah.. Semua student pempuan jew, dapat lah 21 hadiah tahun ni.

...Cerita Tamat...

21 April 2011

Prince Hairi Aks Enjoy Dengan Student?

...Cerita Mula...

Hye all, kalau korang nak tahu. Aku ni memang suka update entry yang dah nak berkulat, entry yang  nak pupus. tapi nak buat macam mana kan. Dah perangai aku macam ni.  Kalau dah dasar pemalas nak update. Sampai kapan pon aku akan jadi super duper pemalas. Urmmm.. Minggu lepas anak murid  jemput gi party kat sekolah. Ada pesta tari menari dowh.. u all layan je pic ni.


Wak lu.. tari menari? Ni dia.. celebrate birthday budak budak milo.. Seronok layan perangai dia orang.. Kadang kadang macam nak terkencing dalam seluar gelakan dia orang. 


Ni dia.. Pn Khaira.. Guru class 4 MPV.. Sangat best cikgu ni.. Satu kepala ngan aku.. Dia pon join sekali celebrate budak ni..


OMG.. Macam kenal jer budak gemuk ni.. Pipi semakin gebu.. rambut semakin kontot.. Jari semakin runcing... Kuat makan lak tu.. Aduh... Tengok tu.. Senyum yang tak berapa ikhlas.. ngee...


Lorenzo @ Ato.. Bukan nama sebenar.. tidak merokok.. Ni salah sorang student saya yang celebrate birthday.. Sangat hyper aktif.. kalau buat lawak.. Sure lawak bodoh.. tak pernah buat lawak yang sopan santun macam cikgu dia buat. Kalau gelak.. Tuhan jer yang tau..

...Cerita Tamat...

19 April 2011

Budak Sekarang Perangai Memang Pelik!!!

…Cerita Mula…

Hye all, ekceli aku nak cerita apa yang berlaku kat sekolah.  Korang nak tahu? Peraturan sekolah memang sangat ketat bermula dari minggu lepas. Student yang tak pakai lencana, tanda nama, tie, seluar kecil & rambut yang kusut masai. Sure jadi mangsa kepada semua guru untuk menyebat  budak ni. Kalau setakat sebat menyebat. Memang  dah jadi tradisi kat sekolah aku.

Aku sangat lucu & very the geli hati hari ni. Korang nak tau pasal apa? Hahaha.. Ni khas untuk anak dara sunti MUSLIM yang masih belajar mahupun bekerja. Aku nak story pasal cara pakai tudung. Aku ulang sekali lagi.. Cara pemakaian tudung. Ramai budak budak sekarang suka pakai tudung yang TAK cukup benang, TAK cukup kain dan TAK cukup sopan. Kalau boleh nak dedahkan, memang dia orang dah dedahkan.

Langkah yang yang diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah ini. Berkuatkuasa hari ini. Semua pelajar yang memakai kain tudung singkat, dan tak cukup benang.  DIWAJIBKAN memakai kain telekung sepanjang hari di sekolah. Apa yang korang rasa bila hukuman ini dilaksanakan? Lucu? Lawak? Serius dah macam orang nak pergi umrah VS haji. Dia orang tawaf satu sekolah dengan pakaian seragam baru.

Aku rasa seperti berada sekolah Menengah Agama Tinggi. Kalau hari hari macam ni, sure displin sekolah akan berkurangan. Korang tengok sendiri macam mana rupa seorang pelajar memakai telekung di sekolah sambil berkeliaran tanpa arah tujuan. Hahahaha..


...Cerita Tamat...


05 April 2011

Selamat Tinggal SMKBJ

...Cerita Mula...

Hye all, Jumaat lepas aku sempat join majlis perpisahan Tuan Pengetua. My Pengetua tukar sekolah lain. So, lokasi pilihan A Famosa Resort, Melaka. Walaupun buat secara kecil kecilan. Meriah lah juga. So, layan je lah pic ni.
 

Aksi memoyokan diri.. Tangkap selagi boleh tangkap gambar.. :)


Antara cikgu & cekgi yang turut hadir. 


Hahaha.. Ni dia Tuan Pengetua yang diraikan.. Banyak dapat hadiah... Mintak satu bole? boleh lah.. boleh lah...


Dimana ada kamaera.. Di situ ada aku.. Hahaha...

P/S- Aku nak bagi tahu korang semua yang aku dah kurus sikit bila masuk sekolah ni. Hari hari main kejar kejar ngan student. Kalau setahun macam ni, sure tinggal rangka.

...Cerita Tamat...

22 March 2011

Aku Busy Nak Gila

...Cerita Mula...

Hey all, ekceli lama bangat  aku tak berbelog. Rindu dengan korang semua. Rindu setengah mati dengan korang. Nasib baik aku tak mati dowh. Aku rindu nak bace entry terbaru korang semua. Tapi kan... Masa memang cemburu dengan aku. Bila dah free nanti, Insya Allah aku explore korang nye blog. Thanks dekat korang yang tak jemu bace entry aku.

Kalau korang nak tahu, aku ingat cuti ni boleh lah online 24 jam. Tapi tak boleh lah pulak. Tak habis habis nak siapkan ABM, RPH , dengan cari bahan untuk class tambahan untuk student SPM. Then aku kena study sebelum ajar budak budak. Korang tahu je lah, budak budak sekarang ni pandai dia lain macam. Aku pon tak tahu apa yang dia orang makan sampai bijak nak mampos. Mesti mama dia orang bagi minum susu enfagrow A+ kan.

Kadang kadang soalan dia orang memang pelik. Lagi pelik dari program PELIK TAPI BENAR. Aku rasa macm nak kena kencing manis dengan soalan sengal vs merapu dia orang. Urmmm.. Program cuti sekolah aku? Hahaha.. Memang meriah sangat, cuci mata di Port Dickson 2 hari 1 malam, Trip Perlis 3 hari 2 malam.

Esok result SPM keluar palak. Harap harap ada yang dapat 10A+. Esok juga masa untuk aku membusykan diri kat sekolah untuk mengskodeng result student.. Wakakaka...

...Cerita Tamat...

27 February 2011

Ada En. Zuhairi @ HairiAks Kisah?

…Cerita Mula…

Hye all, aku terbaca satu komen, komen dari orang yang memang sangat sakit hati vs makan hati dengan aku. Biasa lah, agaknya aku pernah tolak cinta dia kot. ( mood perasan). Boleh dia mengutuk aku depan depan. Rasa nak bagi penyepak saiz 56 jer. Cik Puaka cakap dia dah bosan bace blog aku. Dia dah tak minat nak baca. So, kalau dah tak minat. Sila keluar secara sopan satun dari sini. Suka hati aku lah nak menulis untuk siapa. Do i care? Aku harap korang jangan nak bosan bace blog aku yer. Yer lah, setiap kali update mesti nak cerita pasal sekolah? Kalau tak cerita pasal sekolah, sure pasal student, kalau tak student.. konpom pasal cikgu & tukang kebun kat sekolah. 

Aku nak tanya korang semua, kalau aku tak tulis pasal sekolah. Aku nak tulis pasal apa? Pasal berita dunia? Pasal cik puaka? Or nak cerita jiran sebelah rumah aku. Macam tak berkembang pulak minda kan? Boleh trauma dowh. Kalau lah masih stay dekat Tg. Malim sure aku cerita aksi sengal budak rumah aku. Siap publish gambar lagi. Hahaha.  

Oppss.. Ekceli aku nak cerita yang aku berusaha dan terus berusaha untuk menyiapkan soalan ujian formatif 1. Kalau sebelum ni copy paste dari intenet. Tapi, aku kena perah kepala otak ni supaya boleh menyiapkan soalan ujian. Untuk ujian formatif 1, tak ada copy paste pon. Semua atas usaha sendiri. “USAHA TANGGA BEJALAN” OMG..OMG..  Silap dowh “USAHA TANGGA KEJAYAAN”. Betul ker? Kalau tak betul, boleh tak tolong betul kan? Ngee..


Dulu... Boleh pacakan rambut setinggi KLCC... 


Sekarang.. Semuanya dah berubah.. Rambut, bapakan skema kan.. Urmm..

P/s- Korang ada cadangan tak? Cadangan untuk merawat blog kesayangan aku. Ramai dah bosan bace entry aku.  Aku nak nagis jap... urmmm.... Puas dah...

...Cerita Tamat...

25 February 2011

Seronok Bila Jadi Cikgu?


…Cerita Mula…

Hye all, Assalamualaikum. Lama juga prince tidak berblog. Macam mana nak berbelog kalau 24jam busy. Hari hari mesti ada kerja nak buat. RPH ( Rancangan Pengajaran Harian) vs ABM ( Alat Bantu Mengajar). Setiap hari kena update benda ni. Sehinggakan terabai my lovely blog.

Hari sabtu minggu lepas sekolah ganti pulak. Tapi, Sekolah buat sambutan Maulidur Rasul. Sangat meriah. Sangat teruja dengan student sekarang. Berpuluh sepanduk dipertandingkan. Masa ni aku jadi hakim untuk perbarisan. Paling lucu bila budak ni lalu depan aku. Sure dia orang salawat sekuat alam.  

Dengan harapan dia orang semua boleh menang perbarisan. Dari segi pakaian pulak. Memang meriah. Macam macam colour dowh. Sesuai dengan tema  sambutan Maulidur Rasul “ 1 Malaysia 1 Ummah”. So, korang layan lah pic kat bawah ni.


Prince with adik adik Pendidikan Khas. Belah kiri tu Cikgu Sahar & Cikgu Sabariah.. 


Dengan student 5 ICT.. Teruja tengok kain rentang dia orang. Sangat kreatif..


Sempat snap pic dengan student 5 Sains.. Cuba tengok yang paling belakang tu.. dah macam student pulak.. Cute kan? ( Mood Perasan tahap dewa) hahahaha...

...Cerita Tamat...

07 February 2011

Hari Pertama Di SMKBJ

...Cerita Mula....

Hye all, akhirnya masa yang dinanti dah tiba. Hari pertama aku kat sekolah. Aku nak kongsi cerita dengan korang semua. Lalat belum terbang aku dah gi sekolah. 1st time rambut aku tak pacak macam gi kuliah. kalau korang tengok lah, mesti berguling guling gelakan aku. Hodoh dowh.. Urmmm.. Perjalanan  lebih kurang 5 minit dari rumah. Kalau korang nak tahu, macam macam aku buat hari ni. Pagi lagi dah dapat slip untuk ganti class.

Class pertama aku masuk 4 ICT. Masa ni bermulalah sesi kenal mengenal. Memang best class ni. Ada student yang hyper aktif & ada yang pasif. Then, aku explore kawasan sekolah. Yang pasti aku sempat beramah mesra dengan staf yang ada kat sekolah tu. Jumpa tukang kebun, kerani, uncle  library.


 Petang tadi ada meeting untuk SSK. So, tepaksa lah join sekali. Lebih kurang jam 4 baru habis meeting. Esok, aku terlibat  AJK merentas desa daerah Tampin. So,wish me good luck untuk esok. Hahaha..

P/s- Nanti aku uploadkan pic terkini kat sekolah. Sure korang gelakan rambut terkini Prince HairiAks.. ~lol~

...Cerita Tamat...