Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Kitchen Garden



Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera...

Hari ini tiada entry masakan, saya gantikan dengan beberapa gambar pokok yang ada di Kebun Dapur saya yang sekangkang kera tu. Ada beberapa pokok asas untuk masakan seperti serai, kunyit, cili padi, cili besar, pokok kari, pokok limau purut, pokok kesum dan pokok daun kaduk.

 Pokok Delima yang sedang galak berbuah. Ada lebih kurang 10 biji dan masih berbunga dan berputik.


Antara pokok besar ialah mangga, delima, ciku, pokok nona dan yang paling tak tahan sekali ialah my husband beli anak pokok gajus. Saya dah cakap pokok tu besar mana sesuai tanam di dalam kawasan rumah yang sekangkang kera ni. Buat masa sekarang saya tanam di dalam pasu besar, rasanya nak pindahkan ke tepi padang. Oh ya, hari tu dia beli anak pokok lada hitam. Adoiiiii macam macam betul. Buat masa ini pokok tu masih hidup tapi entah boleh bertahan atau tidak.
 


Pokok kari ni selalu hampir tumbang sebab batangnya agak kecil untuk menampung berat daun yang banyak. So saya pacakkan besi dan ikat agar susah sikit nak tumbang bila dilanda hujan dan angin yang kuat. Selalu belek buang serangga yang makan daun.


Ini kali yang ke berapa saya tanam pokok kesum, selalunya berakhir dengan tragedi oktober.... Alhamdulillah kali ini ia hidup subur. Masa saya beli anak pokok tu kecil saja. My husband selalu tabur baja supaya cepat besar katanya.
 
Pokok Kunyit yang saya bawa dari kampung. Saya ambil anak pokok dan sekarang makin membesar. Saya ada 2 bekas pokok kunyit. So kalau nak masak rendang, separuh bahan dah jimat sebab boleh kutip dari kebun kecil, seperti serai, daun kunyit dan daun limau purut. Kadang kala kita hanya perlukan sedikit saja tetapi kalau beli selalunya dalam kuantiti yang agak banyak. So yang baki selalunya terbiar kering dalam peti ais. 

 

Monday, October 24, 2011

Pokok Lemon



Hari ini saya tak ada entry berkenaan makanan sebab hujung minggu saya bermalas malasan dan mendera my other half to treat me lunch and dinner. So confirm tak masak.


Since dah 2,3 hari tak ada entry, jadi saya letak gambar pokok lemon saya yang sudah mengeluarkan buah. Hari hari, sebaik sampai je kat rumah mesti pergi belek pokok lemon sebab risau buahnya gugur. Masa saya perasan dah keluar putik tu, rasanya ada lebih kurang 6 tapi sudah tinggal 3 sahaja.

Lagi satu tak tahan dengan ulat yang suka sangat makan daun limau. Kadang kala sampai 5,6 ekor sedang "berseronok" mengerjakan daun limau tu. Selain ulat, daun limau juga dijangkiti kulat yang menyebabkan daunnya  ada tompok tompok putih. Sudah 2 kali saya sembur dengan racun organik untuk mengawal pembiakan kulat tu....

Tak sabar nak tunggu buah lemon ni besar dan bertukar warna kuning seperti yang selalu beli di kedai tu....

Pokok Lemon


Pokok Cili Padi

Ini pula pokok cili yang saya tanam dalam pasu. Puas juga makan sebab memang banyak buahnya dan boleh tahan pedasnya. Kadang kala dia masak serentak, tak termakan saya sebab bukan hari hari nak guna cili padi ni.

Saturday, January 22, 2011

Bunga Ros


Semenjak dua menjak ni tersyok nak tanam pokok bunga ros pulak. Tapi selalunya end up pokok bunga mati kekeringan sebab tuan tanah sibuk + malas.


 So sekarang saya start tanam pokok bunga ros yang murah, diorang gelar ros kampung sebab tahan panas. Yang lagi satu diorang gelar ros cameron, yang ini kebanyakkannya kena letak di tempat yang berbumbung dan redup.


Tengoklah berapa lama pokok pokok ni boleh bertahan. Kalau tuannya rajin, panjang la hayatnya. Kalau tuannya malas, jawabnya tinggal pasu je la....

Monday, September 20, 2010

Takde cerita...

                                 
Antara pokok pokok yang ada kat rumah saya, ada yang ok, ada yang tinggal nyawa nyawa ikan dan ada yang tak dapat diselamatkan. Dulu rajin juga membelek pokok pokok ni, tapi bila sibuk mulalah diorang terbiar tak berjaga. Adakalanya MALAS yang melampau lampau.


 Ada setengah pokok yang hampir mati tapi bila sesekali tuan dia siram dan letak baja, dia hidup balik. Ada yang tak hidup hidup langsung.




Macam pokok tomato tu, kurus kering dan buahnya dah dimakan ulat dan ada yang dah gugur. Ada banyak putik baru tapi tak taulah nasib diorang.....

Friday, June 4, 2010

Bunga Kemboja


Dulu dulu kalau sebut pokok kemboja, first thing that triggers in my mind is a grave yard, KUBUR. Maklumlah pokok kemboja begitu sinonim dengan kawasan perkuburan terutama orang Islam. Tetapi sejak kebelakangan ni ramai orang yang tanam pokok kemboja dalam kawasan rumah. Sebenarnya bunga kemboja ni cantik , banyak juga warna lain selain dari warna putih.

Saya pun teringin nak tanam kat kawasan rumah, tapi saya letak di dalam pasu besar dan letak di bahagian depan rumah. Masa beli hari tu takde bunga lagi, tanya kat penjual tu dia kata bunganya bewarna merah hati atau pun merah jambu. Tak kisahlah warna apa pun, asalkan ada bunga dan berwarna. Mahal juga pokok kemboja ni, pokok yang kecil pun hampir RM60.

Minggu lepas saya nampak pokok ni dah keluarkan putik bunga, tak sabar nak tengok apakah warna bunganya. Hari Isnin baru keluar sekuntum bunga, rupa rupanya bukan merah hati atau merah jambu tapi campuran merah dan kuning.

Monday, April 19, 2010

Bunga


Hari takde cerita atau gambar masakan sebab weekends saya tak masak untuk breakfast, lunch atau dinner. Weekends adalah hari saya jadi mem besar, ada "driver" bawa saya pegi jalan jalan, shopping dan makan makan semestinya.My husband cakap, weekends adalah hari saya, so apalagi naik tocanglah perempuan sorang ni.

Since takde gambar food, saya letak gambar antara beberapa bunga yang saya tanam kat laman saya.Saya lebih sukakan pokok berdaun sebab senang nak jaga tapi since my husband cakap, kalau semua daun je nanti tak nampak berseri pulak. So ada beberapa species pokok yang berbunga selain pokok pokok orkid saya. Tapi pokok orkid pun dan banyak yang kering, baru je letak baja, harap harap tak mati la.


Wednesday, September 2, 2009

Buah Markissa

Dah 2 hari takde entri pasal makanan. Masa tidak begitu mengizinkan. Chewahhh......bukan main lagi bahasa dipagi Rabu ni. Jadi sebab takde gambar masakan, saya letak gambar buah markissa yang sudah hampir masak. Byk putik yang awal awal tu gugur, cuma tinggal sebiji ni je yang tahan lasak. Sehari 2 lagi dah boleh petik.



Updated on 080909

Monday, August 17, 2009

Pokok Dill berbunga....


Masa dok belek pokok kat depan rumah, baru perasan yang pokok Dill saya dah berbunga. Macam percikan bunga api pulak bila sesekali saya tengok.


Updated on 23/08/09

Sunday, July 12, 2009

Ku Lihat Hijau.......

Daun Sup

Pokok Thyme

Putik buah Markissa

Buah Markissa yang masih muda

Bunga buah Markissa

Wednesday, June 10, 2009

My Orchids

Antara bunga orkid yang ada kat rumah saya. Layan gambar je lah ye....






Edible Plant

Hari tu masa balik kampung, rumah my mom, tengok banyak pokok sayur yang dia tanam.Geram tengok pokok kobis, salad, terung, timun, bendi, tomato dan kacang panjang yang subur. Masa nak balik dia suruh ambil pokok kobis dan pokok salad, dengan tak malunya saya angkut bawa balik ke rumah saya. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak.




Yang ni pulak pokok cili besar yang dah banyak keluarkan buah dan selamat dimasak oleh saya. Sila abaikan latar belakang yang semak samun tu ye. Tuan rumah tak sempat panggil tukang potong rumput.


Dulu daya pernah letak entri pasal pokok bunga telang. Dah beberapa hari saya nampak bunganya yang berwarna biru, tapi masih kecil lagi.

Wednesday, May 27, 2009

Minggu Hijau


Minggu ni minggu hijau, jadi hari ni nak tunjukkan satu lagi jenis sweet basil yang saya ada. Kalau compare daun yang ni lebih bulat dan melengkung ke bawah.


Gambar yang kat bawah ni pula pokok thyme yang masih kecil. Masih bertatih lagi nak membesar.

Sunday, March 8, 2009

Pokok Bunga & Herbs

Ini poko sage, herba terbaru kat dapur saya.


Ini pula pokok orkid yang sedang berbunga kat rumah saya. Yang merah tu selalu berbunga tapi yang kuning tu kalau tak silap saya setahun 2 kali je berbunga. Mungkin tuannya tak letak baja kot.....




Friday, February 20, 2009

Pokok Salam aka Bay Leaf Plant

Ini ahlli baru herba kat rumah saya, Pokok Salam @ Bay Leaf. Banyak digunakan dalam resepi dari Indonesia, kadang kala tumis kangkung pun dimasukkan 1 helai daun ni. Esok esok boleh buka taman herba kat rumah saya ni.

Sunday, February 8, 2009

Tanaman

Pokok Limau Kasturi, walaupun masih kecil tapi dah start berbunga dan berbuah.

Yang ni pokok yang mesti ada kat rumah coz my husband is a big fan of curry. Kadang kala sampai gondol daun dia sebab selalu sangat masak kari. Masa dok membelek pokok pokok kat belakang rumah, baru perasan pokok kari ni keluarkan bunga/buah.


Yang ni pokok Kaduk naik junjung, dia mula keluarkan sulur untuk memanjat. Orang Thai guna daunnya untuk buat mieng kham dan saya gunakan masa buat otak otak ikan tempohari.