Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

Ayam Pandan




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Gara gara teringin nak makan Ayam Pandan, gigih buat sendiri. Plan asal nak makan dengan nasi lemak untuk menu hari sebelumnya tetapi tak sempat sebab balik kerja dah agak lambat. So saya sediakan bahan dan perap semalaman, jadi semalam baru saya goreng. Instead of makan dengan nasi lemak, cuma makan ayam saja.

Ada yang dah nampak garing dan sebahagiannya tidak. Saya sepatutnta goreng dalam minyak yang agak banyak atau deep fry. Tidak mengapa, lain kali boleh cuba lagi.
 


Resepi dari FB Mamak Haji, cuma saya kurangkan kuantiti. Resepi dibawah seperti yang diberikan oleh Mamak Haji.

Bahan bahan

8 - 10 ketul ayam yang telah dibersihkan. (size ketulan 1 ekor ayam di potong 16 bahagian).
3 batang serai diketuk hancur.
1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
10 helai daun pandan


Perencah dikisar untuk peram:
5 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inchi lengkuas
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil jintan putih.
10 biji cili padi/api.
100gm santan pekat.
1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
1 sudu besar sos perasa tiram.
Garam dan minyak masak.


Cara cara
1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. Biasanya digunakan isi ayam, tapi gunakan semua bahagian ayam lagi jimat.
2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejuk semalaman dalam bungkusan plastik.
3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayam dengan lidi (tooth pick).
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.







Monday, September 7, 2015

Ayam Goreng Cili Kering



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Memandangkan cuaca yang agak panas dan berjerebu, kurangkan aktiviti diluar rumah dan jangan lupa ambil air kosong yang banyak.

Semalam tiada rancangan untuk kemana mana, jadi saya sediakan masakan yang simple untuk menu tengahari. Menu campak campak, apa yang ada dalam freezer. Agak lama tidak membeli barang basah. Ada kalanya beli dan simpan hingga berminggu tanpa dimasak. So untuk mengurangkan pembaziran, beli barang basah jika saya ada perancangan untuk memasak.
 


Ayam Goreng Cili Kering
Bahan bahan
5 ketul daging ayam - cuci bersih, digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
10 tangkai cili kering, 4 tangkai dipotong 2
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang merah
2 sudu teh sechuan peppercorn
1 tangkai daun bawang di potong
Sedikit kicap cair

Cara cara
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hang telah dimayang hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering dan sechuan pepeercorn. Goreng sebentar.
3. Masukkan ayam dan tambah kicap cair. gaul sebati. Masukkan daun bawang.
4. Jika sukakan masin boleh tambahkan garam. Setelah semua sebati bolehlah dimatikan api. Enak dinikmati dengan sepinggan nasi putih yang hangat.
 

Friday, March 6, 2015

5 Spice Fried Chicken



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini kita explore satu lagi menu simple. Ayam Goreng. Kanak kanak biasanya suka sangat dengan ayam goreng. Kadang nasi dengan ayam goreng saja pun dah cukup. Kalau meratah begitu saja pun mereka suka.

Ada pelbagai resepi ayam goreng yang boleh kita jumpa di internet. So kita boleh cuba yang mana satu kita berkenan.

Kali ini kita cuba resepi Five Spice Fried Chicken. Biasanya saya gunakan 5 spice untuk memasak udang, kali ini saya jumpa resepi ayam goreng yang menggunakan rempah ini.

 

5 Spice Fried Chicken
Sumber: Internet

Bahan bahan
12 ketul peha ayam - cuci bersih dan toskan
1 sudu besar rempah 5 spice
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu serbuk paprika
2 biji telur
1 sudu besar air
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Perasakan peha ayam dengan 1/2 sudu besar rempah 5 spice,serbuk bawang putih,serbuk paprika, garam dan lada hitam.
2.Di dalam bekas lain, pukul ringgan telur dengan air dan tuang ke dalam bekas berisi ayam. Toss semua sehingga sebati. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain campurkan tepung, baki rempah 5, baking powder dan lada sulah. Gaul rata.
4. Panaskan minyak, ambil peha ayam tadi dan salutkan dengan tepung. Shake off excess tepung dan goreng hingga masak dan golden brown.
5.Hidang kan.
  
 
 
 

Tuesday, November 25, 2014

Blackpepper Chicken Pot Pies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan rumah dilanda mood malas nak masak sejak beberapa hari ini. Aduhhhh memang tak ada mood langsung nak buat apa apa. Even mood nak ambil gambar makanan pun entah ke mana.

Semalam selongkar peti ais, nampak ayam yang saya beli separuh minggu lepas. Pening kepala memikirkan apa yang hendak dimasak. Memandangkan my husband kurang sikit makan ayam kebelakangan ini so tak ada idea nak buat apa.

Akhirnya saya decided nak buat blackpepper chicken pot pies. Bukan apa, risau pulak kalau dah lama sangat dalam peti ais, ayam itu akan berakhir di dalam tong sampah, sayang dan membazir sangat.

Banyak resepi yang boleh kita google dari internet dan olah ikut kesesuaian dan bahan yang ada di rumah. Kebanyakan resepi lebih kurang sama saja. 

Friday, August 29, 2014

Grilled Chicken with Cous Cous




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 untuk negara tercinta, MALAYSIA.

Walaupun kebelakangan ini rakyat Malaysia di landa pelbagai musibah, tetapi buruk dan baik apa yang jua yang terjadi kita tetap rakyat Malaysia. Sama samalah kita bersatu hati berusaha mengharunginya bersama sama bukannya menunding jari  mencari salah orang lain.

Nampaknya hujung minggu merupakan cuti panjang, ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan masih ada yang membuat rumah terbuka walau Syawal sudah berlalu. Untuk menjamu jiran tetangga dan rakan taulan tidak semestinya dalam bulan Syawal saja kan...
 

Kebelakangan ini saya kekeringan idea untuk menyediakan makan malam. Bosan dengan menu yang sering kali dimasak. Ada masanya penat memikirkan apa yang rasa selera di tekak. Bayangkan masak nasi secawan pun tak habis. Tapi masalahnya tidak juga kurus...

Semalam saya suka suka mencuba membuat ayam panggang dan dimakan bersama sama cous cous. Mula mula plan nak memasak Moroccan Chicken, tapi ada sesetengah bahan tiada dalam simpanan. So saja just grilled ayam dan masak cous cous ikut arahan di paket dan saya campurkan dengan daun ketumbar dan potongan lobak merah.

Ayam anda boleh panggang menggunakan resepi Rosemary Grilled Chicken atau hanya guna simple ingredients seperti garam, serbuk cili, minyak zaitun, sedikit butter dan sedikit jintan manis.
 
  

Wednesday, June 18, 2014

Buttermilk Fried Chicken

  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekarang di mana mana orang sibuk bercerita pasal BOLA. Serba serbinya berkaitan bola tidak kira yang dewasa atau kanak kanak. Yang sebelum ini tak minat bola pun tiba tiba boleh jadi pengkritik bila meononton perlawanan bolasepak di TV. Kadang kala dia pula yang terlebih menjerit bila gol...

Nasib baik my husband tidak termasuk dalam kategori fanatik bola. Tidaklah sampai sanggup bangun pukul 3 pagi semata mata untuk menonton perlawanan bolasepak walaupun pasukan kegemarannya BRAZIL. So saya pun tidaklah stress sebab tidak perlu berebut remote control....



Semalam saya sediakan Buttermilk Fried Chicken versi simple. Enak di makan ketika menyaksikan perlawanan bolasepak. Jangan sampai tercekik tulang ayam sudahlah... Maklumlah bila terlampau excited nampak bola membolosi gawang gol, tak sedar tertelan tulang ayam...
 


Banyak resepi Buttermilk Fried Chicken di internet, tapi saya buat yang simple bergantung pada bahan yang available.

BUTTERMILK FRIED CHICKEN

Bahan bahan A
8 ketul chicken drummet
1 sudu teh dried rosemary
1/2 sudu teh lada hitam
1 helai daun bay
1 cawan buttermilk
2 sudu makan garam
2 ulas bawang putih - hancurkan sedikit
2 ulas bawang merah - potong dadu

Bahan untuk Coating 
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh serbuk cili

Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Campurkan semua bahan A ke dalam Ziploc Plastic atau bekas yang sesuai. Perap semalaman atau sekurang kurangnya 30 minit. Boleh sediakan di awal pagi sebelum ke tempat kerja dan goreng untuk makan malam.
2. Keluarkan chicken drummet dari larutan buttermilk. Tos atau boleh pat dry menggunakan kitchen towel.
3. Campurkan bahan untuk coating, gaul sekata.
4. Panaskan minyak, salut ayam dengan bahan coating, ketuk perlahan untuk membuang excess tepung. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Sedap dinikmati dengan mashed potato dan cicah dengan sos cili.

 

Friday, March 7, 2014

Baked Chicken.... Terhangit la pulak



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Panas panas panas.....
Bukan setakat cuaca saja yang panas membahang, macam macam cerita yang membuat ramai orang kepanasan sekarang ini. Bukan setakat cerita artis saja, cerita pasal catuan air dan juga kes kanak kanak yang di dera.

Nama pun manusia kan, yang kahwin tak ada anak habis beribu untuk dapatkan anak. Sedangkan yang diamanahkan anak oleh Allah swt, didera pula.Kepada ibu bapa, kalau sudah tak sanggup nak memelihara anak, lebih baik dihantar ke rumah kebajikan atau kepada mereka yang sanggup untuk memeliharanya. Dan kepada pengasuh, sebelum mendera anak orang, fikir dulu bagaimana kalau anak sendiri yang di dera sebegitu rupa. Kalau sudah tidak sanggup untuk menjaga, serahkan kembali kepada ibu bapa mereka. Itu lebih baik dari anda mendera anak anak yang masih belum mengerti apa masalah anda....
Aduh panjang lebar pula saya berleter hari Jumaat ni kan....

Sampai terlupa pasal gambar yang saya upload sebab sibuk berleter.... Malam tadi saya hanya masak simple, suka hati sebab my husband hanya minta saya buatkan baked chicken yang saya selalu buat. Resepi main ikut suka hati saja, tapi semalam agak terhangit sebab sibuk bergossip dengan my mum kat telefon. Terlupa nak balikkan ayam dalam oven.  So moral of the story JANGAN SUKA BERGOSSIP.....


Saturday, December 21, 2013

Steamed Chicken Boxing Curry


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Amboiiiiiii lamanya ahkak tak update blog kan..... ishhhhh susah betul nak cari ubat untuk buatkan diri ni rajin kemas "rumah" sendiri.

Tambahan sekarang my husband plan nak ubahsuai rumah sikit so banyak barang barang dalam store dialih kedudukannya. Susah juga nak cari segala peralatan/props ahkak...

Bila dah dipindahkan segala makhluk dalam store, maka jumpalah barang barang yang dibeli 2,3 tahun lepas tapi tak pernah digunakan. Sempatlah pakcik tu mengeluarkan amaran keras " Stop dulu beli your props or whatever it is"
Erkkkkk..... terkedu ahkak sekejap.

Tetapi memandangkan my husband nak ubahsuai rumah untuk memudahkan isterinya main masak masak dan ambil gambar jadi ahkak setuju jelah tak beli props sementara waktu. (psssst..... dia bukan tahu pun kalau ahkak beli)




Okay berbalik pada entry kali ini, saya tayang gambar Chicken Boxing.

Saya tahu...

Orang lain dah lama buat, saya saja yang masih ketinggalan. Baru sampai seru untuk buat chicken boxing ni. Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis dan asalnya dari Blog Diana Skyblue's Kitchen.

Jom kita berboxing......







Thursday, January 3, 2013

Kung Pao Chicken with Szechuan Peppercorns


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...


Kebelakangan ini lebih banyak entry kuih muih berbanding lauk pauk. So hari ini saya letak salah satu menu Chinese dish yang menjadi kesukaan saya.

Kung Pao Chicken...

Kebetulan masa cuti tahun baru yang lepas, saya dan suami sempat jalan jalan cuci mata so biasalah tempat yang saya suka pergi ialah pasaraya. Nama pun jalan jalan cuci mata kan, sambil jalan tengok jugalah apa yang berkenan. Tiba tiba ternampak Szechuan Peppercorns di bahagian rempah ratus. Biasanya kalau menonton rancangan masakan yang di host kan oleh Chinese Chefs, selalu ada menggunakan Szechuan Peppercorns dalam masakan mereka. So, just ambil satu packet untuk dicuba dalam masakan saya.

Apalagi..... surf internet, cari apa resepi yang sesuai dicuba yang menggunakan bahan ini.


Sichuan pepper

From Wikipedia, the free encyclopedia


Sichuan pepperSzechwan pepper or Szechuan pepper, a common spice used in Asian cuisine, is derived from at least two species of the global genus Zanthoxylum, including Z. simulans and Z. bungeanum. The botanical name of the genus is composed of two Greek words that together mean "yellow wood" (referring to the brightly coloured sapwood possessed by several of the species). The genus belongs in the rue or citrus family, and, despite its name, is not closely related to either black pepper or chili pepper.
The husk or hull (pericarp) around the seeds may be used whole, especially in Szechuan cuisine, and the finely ground powder is one of the blended ingredients for the five-spice powder. It is also used in traditional Chinese medicine. The pericarp (hull or husk) is the part that is most often used, but the leaves of various species are used as well in some regions of China.[1]
Another cousin native to China is Zanthoxylum schinifolium, called xiang-jiao-zi (香椒子, lit. "aromatic peppercorn") or qing-hua-jiao(青花椒, lit. "greenish-black flower pepper"), used as spice in Hebei.[1] Yet another Zanthoxylum species provides the African spiceuzazi. Because all 250 or so species of the genus seem to possess at least some of the aromatic and complex chemicals that enliven food, it is likely that most Zanthoxylum species have been used at some time as a spice.
While the exact flavour and composition of different species from the Zanthoxylum genus varies, the same essential characteristics are present to some degree in most of them. Thus, while the terms "Sichuan pepper" and "sanshō" may refer specifically to Z. simulans and Z. piperitum, respectively, the most commonly used varieties of the pepper (such as these two) are interchangeable in most cases.[2] Outside of scientific literature, it is common to see the names used interchangeably or as blanket terms for whichever particular species of pepper is available.



Ada rasa manis,masin,pedas dan rasa lemak dari gajus. Cukup sekadar menikmatinya dengan sepinggan nasi putih yang hangat. Tak terkata......

KUNG PAO CHICKEN WITH SZECHUAN PEPPERCORNS

Bahan bahan
300 gms isi ayam - potong saiz anggaran 1 inci
1/4 cawan kacang gajus
1/3 cawan cili kering, hiris menyerong
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
3/4 sudu makan szechuan peppercorns yang ditumbuk
Minyak untuk menggoreng ( Minyak kacang tanah lebih sesuai)

Bahan perapan
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan gula perang
1/2 sudu makan tepung jagung

Sos
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka hitam
1 sudu teh minyak bujan
1 sudu teh gula perang
3 sudu makan air

Cara cara

1. Campurkan isi ayam dengan bahan perapan, gaul sekata dan perapkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.
2. Masukkan 1/2 sudu makan minyak ke dalam kuali, dan goreng kacang gajus hingga keperangan. Keluarkan dan letak ke tepi.
3. Masukkan 1/2 sudu makan minyak, goreng isi ayam hingga masak. Ketepikan.
4. Masukkan 1 sudu makan minyak, goreng cili kering hingga sedikit garing, ketepikan dan masukkan halia dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
5. Masukkan semua bahan sos, dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan isi ayam tadi diikuti dengan kacang gajus dan cili kering. Kacau sekata. 
7. Matikan api, taburkan Szechuan peppercorns yang di sangai terlebih dahulu dan ditumbuk kasar.

Saya masukkan bahagian putih daun bawang untuk memberikan lebih rasa dan warna.




Wednesday, September 5, 2012

Rendang Pedas Ayam Kampung



Salam dan Selamat Pagi...

Aduhaiiii batuk ni tak mau hilang, segala macam ubat moden dan tradisional dah cuba tapi belum menampakkan yang ia akan baik. 

Hari sabtu lepas kami ke pasar mencari bahan basah untuk kegunaan selama seminggu. Sehari dua hanya masak yang simple dan biasa biasa saja. Semalam my husband request nak makan rendang ayam, mungkin tak puas makan masa hari raya dulu. Bila balik Perlis, kebanyakan saudara mara sebelah sana lebih kepada menyediakan gulai daging, sebab ia lebih sedap digandingkan dengan ketupat daun palas.

Saya pula lebih kepada ketupat nasi dan tentunya rendang ayam paling sesuai dengan selera saya.


Selain dari bahan basah lain seperti ikan, ketam dan sotong, saya beli juga seekor ayam kampung. Masa tu terfikir samada nak buat rendang ayam atau pun gulai ayam. Since my husband dah request nak makan rendang, so delamatlah ayam tu menjadi rendang......



Personally saya lebih sukakan ayam kampung masak rendang berbanding ayam biasa sebab isinya lebih kenyal dan sesuai untuk masakan yang mangambil masa yang agak lama untuk merenehnya. Tidaklah isinya hancur bila agak lama dimasak.


Sila jamu mata dulu ye,


Resepi boleh check di sini


Tuesday, July 10, 2012

Kepak Ayam Goreng Berperisa



Salam,

Dah makan malam? Alhamdulillah kami dah kenyang. Makan yang simple saja. Kebetulan pulak hari ni jalan jem teruk masa nak balik rumah petang tadi. Biasanya kalau ada kemalangan atau polis buat sekatan jalanraya, memang akan jem yang agak kronik. Selalunya perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit menjadi hampir 1 jam.

Jadi hanya buat yang simple saja sebab kesuntukan masa.  Sebenarnya saya plan nak buat Kepak Ayam Goreng berperisa ni semalam, tapi atas sebab sebab tertentu terpaksa dibatalkan. Jadi ayam yang sudah siap diperap, dimasukkan ke dalam plastik dan simpan dalam peti ais semula.

Jadi malam ni, hanya keluarkan dari peti ais dan goreng saja.



Tengok gambar dulu ye.....



psst.... nak temankan my husband layan citer tamil, pelakonnya Kamal Hassan ke apa namanya. 

KEPAK AYAM GORENG BERPERISA

BAHAN BAHAN

3 keping kepak ayam - bersihkan dan tos
1 sudu makan halia yang telah ditumbuk
2 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukupnya
1 pokok daun ketumbar - ambil bahagian batang

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan batang daun ketumbar hingga hancur. Campurkan dengan halia tumbuk, garam,serbuk kunyit dan serbuk cili di dalam beg plastik.
2. Masukkan kepak ayam ke dalam beg plastik dan gaul sekata.
3. Perapkan kepak ayam tadi di dalam peti ais selama lebih kurang sejam.
4. Panaskan minyak dan goreng kepak ayam hingga masak dan keperangan. Sedia dinikmati dengan sos kegemaran.
5. Untuk kali ini saya sediakan Vietnamese Dipping Sauce atau pun Nuoc Cham.

NUOC CHAM

Bahan bahan

1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 sudu makan sos ikan
3 sudu makan air hangat (luke warm water)
1 sudu teh perahan limau
Sedikit gula pasir
Hirisan daun ketumbar

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi hingga hancur. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan dengan bahan bahan yang lain.
2. Sesuaikan rasa.

Friday, June 1, 2012

Stir Fry Chicken



Salam Jumaat....


Dan selamat berhujung minggu. Entry kali ini ialah Stir Fry Chicken, kes nak habiskan stok ayam yang saya beli untuk buat rendang ayam tempohari. Padahal hari tu cuma beli 1/2 ekor ayam saja, 3/4 buat rendang ayam dan tinggal suku + leher ayam yang dapat percuma. Maklumlah penjual ayam tu jiran sekampung....

Esok cuti umum sempena Keputeraan Yang Dipertuan Agong, so saya dan suami akan pulang ke kampung. Kebetulan adik saya dan keluarganya pun dah ada di rumah keluarga saya di kampung. Seronok juga berkumpul beramai ramai sekali sekala....


Menu yang simple, menu campak campak kata orang. Tapi alhamdulillah my husband yang tak berapa gemarkan ayam pun boleh sukakannya.

STIR FRY CHICKEN

Bahan bahan
300 gms ayam - anggaran
1 inch halia - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 labu bawang besar - dihriris nipis
Sedikit capsicum merah,hijau dan kuning - dihpotong memanjang
3 kuntum cendawan shiitake - hiris

Bahan Perap
1 sudu makan kicap pekat
Secubit garam
Secubit gula

Bahan Perasa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah.

Cara cara
1. Perapkan ayam bersama sama bahan perap lebih kurang 15 minit.
2. Panaskan sedikit minyak, gorengkan ayam sebentar dan letak di dalam pinggan.
3. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi.
4. Goreng sebentar, kemudian masukkan cendawan shiitake dan biarkan seketika.
5. Masukkan bahan perasa dan potongan capsicum. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.


Friday, May 25, 2012

Rendang Ayam Pedas



Salam di pagi Jumaat,

Pagi ini agak nyaman sikit sebab hujan di awal pagi. Saya tersedar kira kira pukul 3.30 pagi bila angin bertiup kencang dan bunyinya seakan akan langsuir mengilai di dalam cerita hantu....

Saya dan suami sudah terbiasa dengan bunyi begitu jadi tak adalah menyeramkan pada kami. Bukan gangguan makhluk halus tetapi bunyi yang dihasilkan oleh angin yang bertiup kencang. Tetapi bagi saudara mara kami yang sesekali bertandang dan bermalam di rumah, bunyi itu agak menyeramkan...



Malam tadi saya buat Rendang Ayam Pedas atas permintaan my husband.

Ermmmm tiba tiba request nak makan rendang ayam, tambahan di hari bekerja. Kami jarang beli dan simpan stok ayam memandangkan suami saya bukan penggemar tegar sang ayam. Tetapi sebab semalam dia terasa nak makan rendang ayam, jadi sebelum balik kerja saya singgah untuk beli barang yang diperlukan.

Jadi malam tadi hanya ada nasi putih dan rendang ayam sebagai menu makan malam. Tak larat nak buat side dish yang lain.


Saya dah selalu buat rendang ayam dan setakat ini memang menggunakan resepi yang sama. Boleh check kat sini untuk resepi rendang ayam yang saya gunakan. Cuma kali ini saya goreng ayam separuh masak dulu sebelum di masukkan ke dalam kuah rendang. Kalau kita masak agak lama pun, daging ayam tidak akan hancur berbanding kalau kita tidak menggoreng terlebih dahulu.


Wednesday, December 21, 2011

Ayam Goreng Halia



Semalam masak menu yang simple saja, Ayam Goreng Halia.

Sebenarnya takde specific resepi sebab saya main agak agak saja. Ikut gerak hati dan sedap tangan sendiri saja. Lepas tu campur sekali dengan sayur sayuran yang ada dalam peti ais. Kira macam nak habiskan apa yang ada dalam peti ais tu la.

AYAM GORENG HALIA ( bersama sayur campur )

300 gms ayam - dipotong kepada saiz yg sesuai
2 cm halia - dihiris halus dan memanjang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 labu bawang besar - dihiris bulat
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit cili capsicum - dipotong memanjang
2 batang baby corn - dihiris menyerong
4 kuntum shiitake mushroom - dihiris nipis
Garam
2 sudu jus asam jawa
Sedikit campuran tepung ubi untuk memekatkan kuah

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng ayam sebentar.
2. Masukkan jus asam jawa, minyak bijan dan baby corn. Masak sebentar, kemudian masukkan cili capsicum dan cendawan.
3. Perasakan dengan garam dan gula jika suka. Masukkan bancuhan tepung ubi untuk memekatkan kuah. Masak sebentar dan bolehlah diangkat.

Sunday, November 13, 2011

Gulai Ayam & Kentang


Selain dari Ikan Keli Bakar, saya juga masak kari ayam & kentang.

Sebelum masak tadi, fikir fikir juga apa yang nak dimasak utk makan tengahari. Lepas tu terfikir bagus juga kalau buat kari ayam sebab kalau rasa malas nak fikir nak masak apa untuk minum petang, saya boleh buat roti jala saja. Jadi dah jimat separuh masa....

Tapi kalau rajin, saya ada plan lain untuk minum petang.....



Gulai ayam & Kentang

Monday, June 27, 2011

Ayam Sambal Bali


Selamat pagi....
Baru berkesempatan nak upload entry menu semalam. Dari semalam sampai hari ni kepala masih berdenyut denyut je, entah silap makan ke apa pun tak tau. Rasanya sebab makan buah durian dan petai agaknya.

Hari sabtu petang, my husband ajak ke pasar malam. Mula mula my husband request nak makan mee kari untuk dinner malam sabtu tapi cancel bila dia nampak ada penjual lauk pauk yang dia berkenan. Masa tu saya beli ikan bilis goreng dengan petai. Then nampak org jual buah durian, my husband beli sebiji. Penjual tu tanya, sebiji saja ke? My husband cakap, ya sebiji cukuplah. Agaknya penjual tu terfikir, cukup ke makan sebiji saja...
Semenjak dua menjak ni saya agak sensitif sikit dengan petai, kadang kala teringin sangat nak makan. Bila makan je mulalah angin dan kepala berdenyut denyut, tambahan makan durian pulak tu. Durian yang sebiji tu, makan malam sabtu separuh dan sambung makan hari ahad. Lepas tu siap berlawan, abg habiskan lah... you lah tolong habiskan. Akhirnya saya yang kena habiskan. Masa muda muda dulu setakat 2,3 biji sekali harung je. Sekarang dah tak boleh.....


 Dah lama tak masak sambal ayam. Semalam masa belek majalah ternampak satu resepi yang namanya Sambal Bali Ayam. Tengok simple je so saya terus mencuba. Not bad, macam sambal ayam lain cuma ada tambahan kicap manis.

Tuesday, June 14, 2011

Sayur Lodeh Hati Ayam

Sayur Lodeh Hati Ayam

Biasanya menu ini dimasak pada hari raya, tapi sekarang sudah menjadi salah satu menu sarapan di kedai makan atau restoren. Silap silap kat restoren mamak pun ada jual, maklumlah apa yang takde kat kedai mamak tu. Thai food, Chinese food even western food pun ada. Bak kata bebudak sekarang ni, " You name it, you got it". hehehehehe... 

Resepi Sayur Lodeh Hati Ayam ini saya ambil dari Majalah RASA, tak ingat bulan berapa, rasanya menu sempena Bulan Syawal kot. Memandangkan saya malas nak buat sambal tumis, saya buat ia sedikit pedas, lagipun bukan ada budak kecik kat rumah.


Saya akan berikan resepi asal dari Majalah RASA, tapi seperti biasa saya kurangkan kuantiti sebab ahli kat rumah ni tak ramai.

Bahan A
1/2 kg hati aya,
100 ml minyak masak

Bahan B (dikisar)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
1 cm kunyit hidup

Bahan C (disangai)
30 gms biji ketumbar
20 gms jintan manis
20 gms jintan putih

Bahan D
50 gms udang kering
80 gms cili kering dikisar
1 1/2 liter santan
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa

Bahan Bahan Sayur
Lobak merah
Kacang Panjang
Kubis Bunga
Kubis Bulat
Terung Panjang
Tauhu
Tempe
Fucuk - rendam hingga lembut
Suhun - rendam hingga lembut

Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis Bahan B dan Bahan C hingga berbau harum. Kemudian masukkan udang kering dan cili kering yang telah dikisar. Tumis hingga naik minyak atau cili masak.
2. Masukkan hati ayam dan biarkan hingga hati ayam masak. Masukkan santan dan sayuran yang keras terlebih dahulu.
3. Apabila santan mendidih, masukkan sayuran yang lembut dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi impit.






Sayur Lodeh Hati Ayam dimakan bersama nasi impit/ ketupat nasi aka Lontong