Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

MAMPU KE PJJ?


Assalamualaikum

Lamanya tak update blog ni. Bila ada benda nak cerita, tapi tak tau nak cerita kat sapa, baru teringat pasal blog. Lepas luah kat blog, rasa lega la sikit, konon dengan harapan ada orang 'mendengar' masalah kita. Walaupun sebenarnya tak ada sapa yang kisah pon. kan kan kan.

Haaa, so ada benda nak cerita la ni kan bila dh up post baru ni kan. hahaha. yelaaaaa...

Ok, actually En. Asben kena handle company di Melaka. Jadi awal bulan April dia kena pi sana dah. So tinggal lah kami anak-anak bersama bibik. Huhuhu sedihnya. Baru seminggu En. Asben pi sana, dah rasa rindu. Ecah pulak asyik tanya ja..

"mana ayah ni.. lambatnya"

selalu dia la yang duk tunggu ayah dia balik kerja sebab nak mintak ayah dia bawak gi jalan2 petang ngan motor. Dah pulak aku kena reka cerita cakap ayah meeting, ayah jumpa kawan, ayah banyak kerja. Bila time nak tidor pulak, dia selalu masuk tidor dengan ayah. Selalu cakap...

"mana ayah ni, ecah nak tidor ni..." 

Lagi sekali aku terpaksa menipu anak. Alih2 dia tertidur.Sedih jugak tengok dia mcm tu. hmmmm. Itu anak yang rindu, mak yang rindu nak cerita kat sapa ye? Hahahaha..

Tengok la seminggu dua lagi macam mana. Hope semuanya baik2 saja.

ok tata!!

Salam Sayang,

Saturday, 11 October 2014

MENANTU VS MERTUA (BAHAGIAN I)

Assalamualaikum
Ekceli sekadar cerita dan kongsi pandangan tentang masalah yang selalu berlaku kat masyarakat sekeliling. Alkisahnya seorang kawan aku, cerita pasal kawan dia yang bakal bergelar janda tak lama lagi. Kesnya sebab mertua dan suaminya pulak anak mak. Hmmmm. Sebenarnya kes ni banyak berlaku. Rata2 masalah dalam family berlaku bila duduk serumah dengan mertua.

Didikan keluarga
Kita sebagai menantu kena fikir dulu, didikan mak ayah kita dengan didikan mertua kita kdang2 sangat berbeza. Cuba tengok mak kita masak, mesti lain cara dengan mertua kita masak. Itu baru hal masak. Benda2 lain belum kita tengok lagi. Mak mana yang tak nak tengok anak diorang bahagia kan? Mestilah diorang fikir kita akan jaga dan care segala hal tentang anak dia sama dengan apa yang dia buat dan kalau boleh lebih dari itu yang dia nak. Bila kurang sikit, mestilah diorang tak puas hati.

Mind Set
Kebanyakan pemikiran orang tua2 ni lain dari kita. Dulu diorang kawin, semua benda isteri kena buat. Masak, membasuh, menyidai, melipat dan sebagainya semua isteri yang kena buat. Yelah kebanyakkannya suri rumah. Zaman sekarang kebanyakkannya isteri semua bekerja. Kadang2 pendapatan isteri lagi besar dari suami. Jadi bila masing2 bizi dan penat bekerja, keperluan diri semuanya uruskan sendiri. Dan yang lebih baik bila sama2 buat. i basuh u jemur, i lipat u sapu, i masak u kemas. Tapi orang tua tak fikir semua tu. Diorang fikir anak diorang (lelaki) tak boleh buat semua tu. Yelah masa belum kawin semuanya mak ayah buat. Bila dah kawin kena buat macam2. Mestilah diorang rasa anak diorang kena dera kan. Hahaha.

Satu Bumbung
Bila tinggal satu bumbung, kita tak boleh buat macam rumah sendiri. Kena ingat balik point kat atas tadi, didikan keluarga tak sama. Kat rumah mak ayah sendiri boleh la kita bermalasan. Tangguh buat tu tangguh buat ni sebab penat. Tapi kalau jenis mertua yang tak boleh tengok sepah, boleh jadi kes. Seminggu dua boleh la kita hipokrit bangun awal hujung minggu, sebelum gi kerja jemur baju, balik kerja lipat terus masak nasi. Kalau sebulan dua bulan, setahun dua tahun, mampu kita nak hipokrit? Mertua pun tak mampu nak tahan nak bebel jugak. Rumah sendiri boleh la mak bebel, mak marah suruh buat itu ini pon kita boleh la excuse macam2. Kita tak terasa. Tapi bila mertua bebel, marah, or perli konpem la terus sentap kan? 

Salah Faham
Bila berlaku salah faham akibat kesentapan mental dan fizikal, terus kita makan hati. Dan bagi kita, bila dah sentap tempat kita mengadu haruslah pada sang suami. Tapi sering kita lupa, suami kita tu anak siapa? Siapa mak nya? Di mana tanggungjawapnya hingga akhir hayatnya? Jawapannya ialah MERTUA kita a.k.a ibubapanya, keluarganya. Bila berlaku salah faham, suami tak boleh sokong kita 100% walau sayang mana pun dia kat kita. Itu kita kena faham. Jangan ingt bila dah kawin mean u sayang i cinta i 200% so u kena ikut cakap i, u kena sokong i. Kalau tak u hantar i balik rumah mak ayah i konon2 merajuk. Time bercinta boleh la gedik macam tu dear, bila dah kawin kasih sayang tu dah kena kongsi 50%. Itu seorang menantu kena faham!

Ego Manusia
Sebagai mertua, tentulah diorang fikir diorang lebih tua, so kena hormat. Mungkin ada la egonya. Nak2 if mertua yang memang strict dalam mendidik anak2, nak semua katanya betul. Mungkin tak nak mengaku salah. Nak tak nak menantu kena mengalah. Kena mintak maaf. Kalau dua2 keras kepala tak nak mengalah, itu lah masalahnya. Isteri berkeras tak nak mengalah, fikir suaminya berpihak pada dia. Dan mertua pulak berkeras, fikir itu anak aku, kau kawin dengan anak aku. Kau kena mengalah. So how? Yang merana, suami kita. Serba salah nak pujuk siapa? Pernah terbaca satu kata2 ni 

Berdosa seorang isteri jika dia membuatkan suaminya rasa serba salah untuk berpihak pada isteri atau ibubapanya

Haa macam gitu lah ayatnya. Tapi tak tau la fake ke ori ke betul ke tidak ke. Tapi sebagai seorang isteri, tak boleh la kita buat macam tu kan. Kalau boleh, mak dia tu kita anggap macam mak kita. Jangan anggap macam madu kita pulak sebab terpaksa berkongsi kasih. Parah tu.

Hakikat Seorang Menantu
Hakikat sebenarnya, kadang2 mertua nak tengok kita ni perfecto. Cantik, pandai masak, pandai kemas umah, pandai amik hati, rajin, baik dan sebagainya. Tapi mana ada manusia perfect. Pompuan ni perfect depan mertua seminggu lepas kawin je, lepas seminggu hancur la hahahahahaha. Ada juga mertua tak boleh tengok menantu duk diam. Bila tengok menantu terbongkang tengok TV, rileks, lepas tu terpandang kain sebakul belum lipat, dah dia fikir kelain. Yelah kita pun ada jugak hari penatnya, hari malasnya. Bukan tiap2 hari kita rajin kan? Kalau kita jenis lipat baju tu kumpul seminggu baru lipat, basuh semua pastu mertua pulak jenis hari2 lipat. Memang penat la kalau nak layan. Masing2 ada style masing2 kan. 

Keluar!
Sebaiknya, keluar lah dari kepompong!Tinggallah berasingan dari family. Baik family sendiri atau family mertua. Sewa la kat lain tinggal berdua. Lebih privacy dan lebih bebas. Nak nak jenis yang pemalas macam aku ni kan. Kau malas masak anytime boleh keluar makan. Boleh dera laki kau jemur baju, kemas rumah. Hahahaha. Yelah kita time macam ni lah nak bermanja2 dengan suami. Sama2 buat. Memang tak terkejar if kita buat sorang2. Sampai bila kita nak bergantung dengan keluarga. Kita dah kawin. Please. Bina rumahtangga sendiri. Berdikari. Sebulan dua mungkin rasa susah. Nanti lama2 kita lagi enjoy, lagi happy. Tak ada masalah dengan mertua dan sebagainya. Lagi syok jumpa sekali sekala then happening. Makan sama2. Kongsi cerita. Best kan?

p/s : tapi bila timbul masalah, ekceli suami kena bijak main peranan! Ibu atau isteri. suami, besar tanggungjawapmu!

Salam Sayang,

Tuesday, 26 August 2014

TASKA UNTUK AISYAH

Assalamualaikum
Harini berbincang dengan En. Rumate tentang Aisyah. Dah lama sebenarnya En. Rumate cakap pasal hal ni tapi kami hold dulu sebab Aisyah masih kecik. Now Aisyah 1 tahun 5 bulan lebih dah. Berjalan pun dah mahir, communications dengan kita pun okey. Tak boleh bercakap fasih tapi kita boleh paham apa yang dia nak sampaikan.

So, En. Rumate bercadang nak hantar Aisyah ke Taska. Taska tu dah survey lama dah. Bukan sekadar taska tempat jagaan kanak-kanak tapi more to school. Ada banyak aktiviti permainan yang boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Katanyaaa. 

Nama Aisyah dah booking sebenarnya. So bila-bila masa aje pihak taska boleh call suh hantar if ada kosong. Sebab tu kena discuss betol-betol hahaha. Harap-harap lepas pantang ni nama Aisyah dipanggil, at least boleh temankan and intai Aisyah dari jauh macam mana dia kat sana. 

Kakak aku cakap, kesian Aisyah tak dapat bermanja. Dah la masih kecik, dapat adik lagi. Pastu nak hantar taska pulakkk. Hahaha. Kalau nak ikutkan, kesian jugak. Tapi kami tak pernah pilih kasih. Dua-dua sayang sangat-sangat. Walaupun Aisyah ada adik baru, kami tak pernah sisihkan Aisyah tauuu. 

Lagipun tengok dia macam bosan aje main sorang-sorang. Main masak-masak sorang-sorang, tengok Upin Ipin sorang-sorang. Bila anak-anak jiran duk riuh main kat luar, dia macam excited aje tengok nak main jugak. Asyik panggil2 aje kawan-kawan kat luar.

Memang aku selalu duk main ngan dia jugak, tapi yelah macam kita la jugakkk, kuar shopping ngan mak atau ngan kawan-kawan, mana lagi best??? Kompem la shopping ngan kawan-kawan kannn?? Haaaa... Aku ni ibu yang memahami apeeee... 

So, everything for u Aisyah... 

Salam Sayang,

Thursday, 24 July 2014

MELAYU KITA. AKU KECEWA

Assalamualaikum,
Semalam aku ajak En. Suami jalan ke bazar. Kemudian kami singgah di kedai perabot area berdekatan dengan rumah kami. Katanya kedai Bumiputera. Untuk menyokong barangan kaum Melayu la katakan, kami singgah nak survey tilam. 

Yelah, mama, abah, adik Is dan beberapa lagi adik beradik tiri aku nak balik beraya dengan aku kat sini. Jadi mestilah aku kena lengkapkan keperluan yang sepatutnya. Lagipun memang kami nak lengkapkan memandangkan kami baru pindah kan. 

So, langkah masuk, dalam pukul 5 petang. Terintai-intai kami mana pekerjanya. Ada 3-4 orang kat luar tapi sibuk balut perabot nak hantar. Kemudian datang seorang salesgirl cantik bertudung. Then aku terus tanya pasal tilam. Katanya ada tapi dalam. Then dia terus ajak aku ke sana melalui celah-celah barangan perabot yang agak sempit. 

Mengeluh aku nak melangkah. Bayangkanlah perut yang memboyot ni aku nak lalu tempat sempit. Aku mampu tengok aja budak tu jalan laju-laju ke belakang. Then En. Rumate cakap lalu ikut lain. Aku stop, berundur then lalu ikut depan. 

Memang ada banyak tilam. En. Suami yang banyak tanya yang ni harga berapa? Yang tu berapa? Apa beza duanya? Sana pulak berapa? Jenama apa? Yang salesgirl tu pulak asyik jerit-jerit tanya salesman yang duk jauh dari kami. 5 kali tanya, 5 kali dia jerit tanya. Bila tanya berapa dapat paling kurang? Dia cakap kena tanya tokey. Tokey pulak, duk main handphone kat meja boss beberapa  meter dari kami. Langsung tak menoleh.

Then En. Rumate cakap, takpa lah. Nanti kami datang lagi kalau jadi. Kemudian kami teruskan ke area Bulatan Ladang Kuala Terengganu. Kedai tu Cina punya. Aku baru masuk kedai terus apek tu datang senyum2 tanya mau cari apa? Siap tegur anak aku Ecah makan roti tak puasa...

Bila cakap nak cari tilam, terus bawak aku area tilam. Siap cakap, "u lalu sana aa, sini jalan sempit" dalam hati aku terdetik cara layanan kat kedai sebelumnya tadi. Berbeza sungguh!! Bila sampai kat tilam banyak2 tanpa tanya apa-apa terus dia tunjuk satu per satu, yang ini harga berapa, kelebihan dia macam mana, yang 2nd berapa, 3rd berapa, kelebihan apa, beza dia. Siap tanya bajet aku nak berapa. Dan suggestkan aku yang mana... Details!

See!!! Nampak tak?? Terus aku konpem beli kat situ walaupun harganya mahal sikit dari tilam kat kedai tadi. Lagipun brandnya lagi bagus. Time nak bayar deposit, nak lukis peta, tokey sendiri tulis resit. Bodek2 dapat lah free gift bantal peluk sebijik lagi. Sepatutnya bantal tidur aje 2 bijik. 

Aku bukanlah racist. Memang kalau boleh aku nak sokong barang dari Bumiputera. Gerigi besi kat rumah pun kami tempah dengan bumiputera. Sebab nak support punya pasal. Nak-nak asben aku memang memberi keutamaan kepada bumiputera sebab company dia kerja pun salah satu company engineering bumiputera dan company dia mengutamakan supplier bumiputera berbanding yang lain. 

Bila jadi macam ni, aku mengeluh jugak lah. 

Patutlah kaum kita susah nak maju. Susah nak maju kalau macam ni lah sikap kita. Jauh beza. Sangat jauh!!! 

Kecewa betul.


Salam Sayang,

Wednesday, 23 July 2014

POPIAH BASAH MAHAL GILA!!

Assalamualaikum,
Haip!! Okey nak terus cerita, harini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa tahun ni. Itu pun bazar yang kecik-kecik tak bersesak dekat area Gong Kapas, Kuala Terengganu ni. Berhampiran lampu isyarat Gong Kapas dan aku rasa ada yang tahu. Kat situ puasa ke tak puasa ke memang ada orang jual kuih muih pelbagai jenis.

Memang banyak kuih muih tradisional negeri terengganu yang ada jual disitu. Kebersihan pun okey. Tak ada lalat. So kami berhenti la jenguk kuih apa yang ada. Dalam hati memang teringin nak telan popiah basah. 

Tersenyum aja bibir aku ni bila nampak popiah basah masih banyak 2 bekas besar! Then aku pun bertanya lah berapa harganya. Senang nak congak berapa nak beli. 

Aku : Bang, popiah basah tu berapa?
Dia  : Ni Singgit Tiga!
Aku : Haaa?? Singgit Tiga? (Gila murah, singgit tiga ketul?)

So aku pun mintak la Dua Ringgit. Dapat 6 ketul pun dah banyak. 

Dia : Eh, bukan Singgit 3 ketul, RM1.30 seketul.
Aku : Hahhhhh?????? Mahalnya?
Dia : Haah, mahal sikit popiah ni..

Hoi bukan mahal sikit la tu. Mahal banyak!! Selama ni aku beli 5 ketul RM2, takpun 4 Ketul RM2. Masuk bulan puasa ni naik sampai RM1.30 seketul??? Haihhh, inti apa dalam tu? Setakat sengkuang carrot sayur2 macam tu RM1.30?? Tak besar sangat pun. Lain la kalau besar macam yang jual kat foodcourt SOGO tu!! Logik la jugak...

OMG!! 

Aku tahu kat Terengganu, especially KUALA TERENGGANU ni antara negeri yang makanannya paling mahal. Tapi, takkan lah sampai macam ni. Terus tak jadi beli popiah basah. Bukanlah tak mampu tapi its too much. Macam menyampah pulak kalau aku beli. Grrrrr...

P/S : kalau korang tak percaya pergilah check sendiri. Bazar GONG KAPAS, berdekatan LAMPU ISYARAT. Berhampiran SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH KUALA TERENGGANU. Bazar lain aku tak tau. 

p/s : katanya di Melaka RM2 seketul. 

Salam Sayang,

Monday, 25 November 2013

BEKERJA ATAU BERHENTI KERJA? DILEMA PARA ISTERI?

Assalamualaikum,
Bagi mereka kaum ibu-ibu yang sedang bekerja mesti tak cukup rehat kan? Bangun awal, sibuk uruskan hal anak-anak then baru pikir hal sendiri. Pagi-pagi dah pi kerja. Balik lewat petang, penat. Malam layan kerenah anak-anak lagi. Mesti best kalau duk rumah goyang-goyang kaki kan?

Best ke?

Bagi pendapat aku la sebagai seorang ibu muda, yang pernah bekerja dan sekarang surirumah sepenuh masam masa. Semua perkara kita buat dalam dunia ni ada pro and contra nya. Ada baik buruknya. Duk rumah goyang kaki memang la best. Tapi harus tahu, goyang kaki tu hanya orang nampak dari luar rumah. Dalam rumah tak sapa yang tau kita buat apa. 

Bangun pun sama macam orang pegi kerja. Kadang2 lagi awal sebab baby bangun awal. Lagi penat jaga baby dari mengemas satu rumah tahu! Kalau diberi pilihan, nak kemas satu rumah ke nak jaga baby? Aku akan pilih, awak jaga baby jap, saya kemas rumah! Tapi tatau la kan sebab aku bukan jenis yang suka duk saja2 mcm tu.

Bila baby start tido dalam sejam dua, aku terus start buat kerja rumah. Kemas bilik, dapur, ruang tamu. Basuh baju, sidai. Kadang-kadang tak sempat siap tapi baby dah bangun. Kadang-kadang baru aje letak punggung nak duduk tapi dia dah terjaga. So kena layan baby pulak. Mandikan, susukan, mainkan. Then bila dia tido balik buat kerja lain lagi macam masak ke, nak mandi ke ape ke. Rehat? Takde.

Dan bagi aku, sesiapa yang tengah bekerja dan yang terlintas nak berhenti kerja tu, pikir la dulu. Before 35, kerja la sehabis daya. Umur muda rugi sangat kalau tak kerja. At least boleh la buat simpanan. In case apa-apa yang kita tak tau apa akan jadi kan. Lagipun kita perempuan, perlu ada something yang kita boleh bergantung. 

Tapi terpulang lah atas budi bicara keluarga masing-masing. Bagi aku kalau kerja minda lebih berkembang. So tak ada la terperap dan buat gosip mesyuarat tingkap aje kejenyeeee, then asyik nak mencari salah orang aje... 

Aku? Opkos la tak keje, tapi masih menyahut cabaran En. Rumate. Katanya kalau nak kerja sangat dia akan izinkan if gaji yang dapat melebihi elaun yang dia kasi. Or dia akan kasi aku kerja if aku ada ijazah. So now, tengah  pikir2 untuk sambung degree! Degree in accounting?? OMG...

p/s : pendapat masing-masing. jangan ada yang melatah sudah!

Salam Sayang,

Thursday, 11 April 2013

ITU BUKAN SWEET, ITU GEDIK!!

Assalamualaikum,

Sweet ke gedik?? Selalunya berlaku dikalangan pasangan2 yang sedang hangat bercinta. Tak kira la sama ada sudah berumahtangga atau.... Emmm skemanya ayat. Ulang balik! Sweet ke gedik?? Besanya orang2 yg duk hangat kapel2 la ni yang selalu menggedik2 tak kisah la dah kawin ke belom... Haaa gituuuuuu....

Konon nak orang kata sweet! Tapi orang yang melihatnya berbulu mata boleh pintal dengan bulu betis dah. Hahahaha. Ni nak habaq mai, xyah la nk romantik2 depan2 org ni ceq oiiiii... Nak buat pa tunjuk kat org. Tak dak kejaaa kaaa... Buat tambah dosa orang ja aih duk nengok. Bukan nak kata jeles ka dengki ka, orang len kawin anak beratus2, tak dak la pulak duk merenyeh lagu tu...

Gedik itu annoying tahu!!

Ni contoh pi rumah mertua ka, rumah family ka. Depan2 tv hat orang duk berkumpul tu laaa ampa nak bermanja2. Duk atas riba bagai... Alaaaahai, pelisss laaa. Nak manja2 masuk bilik! Senang cite. Nak duk atas riba ka, nak duk dalam kain ka, hat tu ampa punya pasai. Kakakakakaka... Itu bukan sweet! Itu gedik!! Gedik itu apaaa??? Gedik itu annoying Kak Tonnnnnnnnnn....!!!!

Hat ni pulak time makan together-gether with family ka (mertua), ngan budak2 opis ka, dinner ka, budak class ka, tang tu jugak laaaa nak bermanja2 suap menyuap. Berpegangan tangan, bergeselan kaki. Hadoi, lemah semangat mak nok. Maluuuuuuu kat meja2 sebelah, or satu meja dengan yang lain!! Itu bukan sweet! Itu gedik!! Gedik itu apaaa??? Gedik itu annoying Kak Tonnnnnnnnnn....!!!!

Ini pulak tempat awam. Contoh kat sini ialah bustop or sebagainya. Tengah orang duk ramai tu laaaa dia nak berpeluk2. Nak tunjuk kat sapa ntah. Bahagia camna pun, aihhh bukan nak kata iri hati tapi MORAL, MORAL!!! Itu bukan sweet! Itu gedik!! Gedik itu apaaa??? Gedik itu annoying Kak Tonnnnnnnnnn....!!!!

Haaaa ini memang selalu la. Nak2 kalau kat traffic light. Dia peluk orang depan sampai boleh pusing 360 darjah! Nak kata fobia naik motor, muke duk tersengih2 stim gituuuuu hahahaha. Jahatnya bahasa aku. Biaq pi, geram neh. Nak kata motor tu laju sangat, kekadang tengok bawak 40km/j aje ponnnn, dah tuuuuuu takot sangat pasaipaaa... Aku takmau aihhh laki ang. Hahaha... Itu bukan sweet! Itu gedik!! Gedik itu apaaa??? Gedik itu annoying Kak Tonnnnnnnnnn....!!!!

p/s : kalau ampa salah seorang pelaku2 di atas, mohon insaf ye. Tu belom lagi aku sentuh bab menggedik kat fb, tweet, dan sebagainya... Gedik tau dak! Gedik Gedik Gedik!!! Dan mohon ampun if terkecik hati. 

Bak kata Kak Tonnnn... Itu bukan sweet! Itu gedik!! Gedik itu apaaa??? Gedik itu annoying Kak Tonnnnnnnnnn....!!!! 

Salam Sayang,

Monday, 11 March 2013

DEPAN LAIN, BELAKANG LAIN

Assalamualaikum

Kau nampak gambor ni? Kau paham? Mai nak habaq... Dalam dunia ni sebenaqnya memang ramai yang macam ni. Pentingkan diri sendiri walau dimana jua berada... Dalam apa keadaan sekalipun, mesti pikirkan pasal diri sendiri dulu. Tak suka tengok orang lain bahagia, tak suka tengok orang lain senang!

Kadang2 ada orang hanya di depan kita aja nak tolong. Buat2 sibuk, buat2 ambik berat, buat2 risau, semuanya hanya dibuat2. Padahal dalam hati menyumpah seranah. Dan paling zalim mengumpat mengata dibelakang kita. 

Dunia, 

Semuanya possible.... Kan?

Salam Sayang,

Tuesday, 23 October 2012

SOYA DAN IBU HAMIL

Assalamualaikum
Okey berkenaan entry sebelum ni http://bit.ly/XGkrzS tentang apa yang boleh dan tak boleh untuk ibu mengandung, ada seorang teman kasitau info tentang susu soya. Katanya soya tak elok untuk ibu hamil. Kalau terlebih amik soya ada yang kata baby kurang kalsium, tulang tak elok dan mudah dapat penyakit. So, bila di google2, di cari sana sini maka aku dapat lah satu info baru. (thank ingtkan kiera)

Untuk pengetahuan, soya ada banyak jenis. Ada yang elok dan ada juga yang tak elok. Jadi kita kena pandai buat pilihan untuk pilih soya yang terbaik. Ada satu artikel yang aku baca, banyak kriteria yang kita kena pilih untuk dapatkan khasiat yang terbaik. Salah satunya dari segi penanam, dari segi biji benih dan banyak lagi. Cara penanaman pulak ada yang secara organic dan secara kimia. Yang kimia ni tak elok. So, itu yang menyebabkan khasiat soya tu hilang. 

Maka, pilihla soya yang elok untuk kesihatan yang terbaik. Tapi kalau ragu2 boleh tanya doktor, atau elakkanlah. Minum boleh tapi jangan berlebihan semata2 menginginkan baby tu putih. Dan ada juga kawan blogger yang tgh sarat sekarang ni pesan makan kurma banyak2 (thanks kechixx)... Khasiat kurma pun sangat hebat sebenarnya.

p/s : aku tak reti nak terangkan so boleh baca selanjutnya kat http://bit.ly/RgAkKx

Salam Sayang,

Friday, 27 July 2012

SUAMI BUNCIT, SALAH SIAPA?


Assalamualaikum... 

Hari ni dah 7 Ramadhan. Semalam encik suami ajak pergi beli barang dapur. Memandangkan stock dapur dah banyak habis, then gaji pulak. So aku ape lagi, rembat troli paling besar punyaaa... Bersyukur sangat dianugerahkan seorang suami yang sangat memahami. Layan aje dengan aku ni. Kalau degan mama, mesti dah lama bising. 

Masa tengah beratur kat kaunter nak bayar, aku baru terperasan 3, 4 pasangan mungkin baru kawin dalam 2, 3 tahun kot. Kenapa suami mereka buncit? Ye, rata2 suami a.k.a lelaki yang dah kawin konpem buncit. Terus aku bisik dengan encik suami, tentang persoalan yang bermain kat minda isteri dia ni. 

Encik suami gelak aje. Katanya nanti perut dia pun mungkin akan sebuncit mereka2 kalau tiap2 bulan troli penuh macam ni. Then kata dia lagi suami buncit sebab isteri pandai masak. Ouch!! Tersenyum simpul aku depan kaunter. Tapi sambungnya lagi, isteri tak pandai masak pun suami buncit juga. Sebab kena habiskan nak amik hati. Cis! Tapi tak kira lah... Nasib baik perut dia maintain lagi... 

'Awak, jaga perut. Saya tak larat nanti nak jaga kalau kembar...'

p/s : Tapi sebenarnya aku rasa semuanya mungkin salah troli. 

Salam Sayang,

Thursday, 28 June 2012

KENAPA POLIS TAK PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?



Tali Pinggang Keledar a.k.a Seatbelt!

Hari ni aku nak cakap mengenai benda diatas. Kalau sapa yang rajin baca paper Berita Harian, topik sekarang ni yang hot pasal benda alah tersebut. Tapi diorang bukan mempertikaikan kenapa kena pakai seatbelt tapi apa yang mereka pertikaikan ialah :
"kenapa petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang tidak memakai tali pinggang keledar!"
Walaupun aku ni dikatakan bukan berpihak pada parti pembangkang, tapi aku jugak sering mempersoalkan kenyataan di atas. Kenapa? Kenapa? Tapi aku tak nak MEMPOLITIKKAN isu ni. So, harap isu ni tidak DIPOLITIKKAN. Sebab time kena saman tak ada pun polis tanya kau orang UMNO ke BN ke PAS ke PKR ke BERSIH ke ape kann?? So, tak payah nak politik sangat la!

So, kat sini aku nak share sedikit sebanyak info yang aku terima dari salah seorang kawan. Sumber baik punya! Bukan omong kosong cakap tanpa bukti…

UNDANG-UNDANG!!
Kalau ikut undang2 sedia ada, KAEDAH2 KERETA MOTOR ( Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 321 ] Ianya mewajibkan pemandu dan penumpang2 kenderaan bermotor memakai tali pinggang keledar. Berkuatkuasa sejak 1 JANUARI 1979 lagi. Tapi pada 1978, Seksyen 7 (a) Keselamatan Tali Pinggang [ P.U. (A) 378 ] dikuatkuasakan. Seksyen ini memberi pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulans untuk pakai tali pinggang keledar! Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dalam tugas kawalan VVIP untuk memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan!

Ada faham?

Cuba bayangkan kalau kamu, kamu dan kamu ni petugas kereta peronda then terserempak dengan incident tembak menembak or something yang kecemasan/kelam kabut la, so benda tu sangat menyukarkan mereka untuk bertindak pantas. PDRM tak bekalkan anggotanya pakai senjata berat cuma pistol yang terletak kat pinggang mereka. So, jadi masalah if something bad happen okey? So mereka diberikan pengecualian. Harap maklum.

Lagi satu, dah  buat salah tu kena la saman. Tak perlu menyalahkan orang lain dengan kesalahan yang kau buat. Tali pinggang bukan untuk kepentingan pihak mana2 tapi untuk keselamatan kau, kau dan kau jugak. Tak perlu nak pertikai kenapa aku kena,  kenapa dia tak kena? Let say if kau, kau dan kau tak pakai seatbelt, dan aku pun tak pakai. Then berlaku kemalangan, kau, kau dan kau mati tapi aku tak mati. Takkan kau nak pertikai pada yg Pencipta kenapa kau mati tapi aku tak mati???

Jelas?

p/s : Pakai la seatbelt, spupu aku eksiden, tgk kereta konpem org kata dh mati. Tapi dia hidup cuma limpa hancur, kena buang sebab xpakai seatbelt, dada terhentak pada stereng. Ramai org kata kalau dia pakai seatbelt, insyallah dia boleh kuar keta sambil sapu tapak tangan. Apa pun semuanya kuasa Allah s.w.t


Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...