Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

TERINGIN NAK BUAT KUIH RAYA

Assalamualaikum
Semalam pergi Giant, usha2 barang dapur plus nak cari kot ada kuih-kuih raya yang nampak macam sedap untuk dikunyah after berbuka. Hehehe... Bukan apa, asyik nak mengunyah aja sekarang ni. Aisyah pon, pantang jumpa makanan nak makan. 

So, kami anak beranak pergi lah usha. Tapi sayangnya kuih raya yang dah dijual di pasaraya nampak cantik tapi macam tak sedap. Macam banyak tepung. Tak ada langsung yang menarik dihati. Cuma beli kuih bangkit aja. 

Bila balik rumah pikir punya pikir, teringin nak buat kuih raya sendiri. Hehehe. Walaupun dah sarat tapi yang simple2 tu boleh la kot. Aku gentel-gentel, suruh bibik bakar hahahaha... Bibik gentel?? Euwww... no no no..

So tengah list barang-barang yang perlu dibeli. Kuih raya simple2 aje... Aummm... Moga En. Rumate rajin pergi beli. Teringat tahun lepas, kuih bunga cina. Tahun ni Insyallah. Ada 5 jenis jugak ni dalam list hahahaha... Beli pastu tak buat, nasib la kauu kena bebel nanti...

Salam Sayang,

Wednesday, 15 August 2012

ALMOND LONDON KAMI


Assalamualaikum,

Semalam buat biskut raya Almond London. Sibuk la encik suami masuk dapur bila bau badam di goreng. Then tengah duk sibuk mix adunan, sibuk jugak dia masuk dapur. Sekejap2 masuk dapur, sekejap2 masuk dapur. Tengok2, dah surut pulak badam yang goreng tadi. Adoyai. Geram sungguh. Then konon buat2 marah la kan, tapi tak boleh. Asyik nak tergelak aje. Eeeiii...

Bila time nak menggentel, sibuk pulak dia nak menggentel sama. Tapi okey la, boleh sembang2 sambil kami menggentel2. Maksud saya, gentel adunan bersama badam ye. Pasang pulak lagu raya. Aduh... Tapi sikit aje la yang dapat. Dalam 100 biji aje. Kalau badam2 tu boleh diselamatkan, mungkin dapat lagi dalam 50 biji ekstra.

Adunan lebih terpaksa tekap dengan pentekap kuih tu. Encik suami punya idea, suh gentel sama bentuk macam almond london jugak. Katanya, nasib la sapa yang makan tak ada badam. Huhuhu tak baik mentipu. Tak ape la, kalau tak cukup nanti boleh buat lain. Isteri dia ni kan, raaaajinnnnn....
Ini dah siap dibakar. 
Yang hangit itu, harus ada!
Salam Sayang,

Tuesday, 14 August 2012

RAYA KANAK2 DULU LEBIH HAPPENING!!


Assalamualaikum,

Raya dah nak mai dah ni. Hari ni dah 25 Ramadhan. Lagi 4 hari lagi nak raya. Sangat 'eksaited' nak smbut raya tahun ni. Awat 'eksaited'? Aahh, bape kali nak cakap... Tapi walau 'eksaited' mcm mana pun, raya sekarang sangat tak sama dengan raya zaman kecik2 dulu. Boleh tengok suasana kanak2 raya dulu lebih meriah, happening dari raya kanak2 sekarang ni. Betui dak?

Bunga api
Kalau dulu, lepas terawih semua kanak2 keluaq main bunga api. Anak2 jiran semua join sekali. Mak ayah pun sonok aja sembang2. Main bunga api yang batang dia merah yang biasa tu. Banyak asap. Sampai semput. Ada jugak main yang keluar banyak2 kaler tu. Dan paling cun yang besi tu. Kalau malam raya lagi meriah. Tapi laaaa ni, lepas terawih kanak2 balik duk umah diam2. Duk tengok anak2 jiran ni, senyapppp aja. Tak dak pun main bunga api dalam kawasan rumah. Haih, pelik sungguh. Tak feel sungguh raya!

Malam raya
Malam raya lagi seronok. Kami kumpul telur busuk (tembelang) sebanyak yang boleh awal2. Malam raya tu buat team. Kalau tak dak telur busuk, rembat aje telur dalam peti ais sorang 3, 4 biji kat rumah. Mana mak ayah pasan. Kumpul2, then main perang2. Memang jenuh la lari satu kampung. Balik rumah konpem kena bebel sebab busuk gile!! Tapi laaaa ni, malam raya tak seindah dulu. Tak ada lagi kanak2 duk meriah lari sana sini. Semua duk dalam rumah. Kalau ada pun duk kat laman main elok2. Tak feel sungguh raya!

Hari raya
Kalau pagi raya, balik smayang raya terus berkumpul salam2 dengan sanak sdara yang berkumpul. Then makan2. Pastu sepupu sepapat yang sama baya pegi beraya rumah ke rumah. Rumah tak kenai pun pegi redah aja. Tapi depa tak halau. Tapi laaaa ni, lepas makan pagi raya semua duk terbaring depan TV tengok drama raya. Kalau nak pegi beraya pun juz dengan parents. Kalau ada budak2 kampung mai raya, diorang buat layan tak layan aja. Kadang2 hulur duit ikut celah pagar. (oh sebab tu la kot dah tak ramai budak2 jalan raya satu group. tak dilayan rupenye ye... kesian). Tak feel sungguh raya!

Duit raya
Dulu pegi redah raya selalu dapat 20sen, 50sen. Dan aku penah dapat 5sen! Caya jangan tak caya. Memang kena kutuk la. Hahaha. Siyes. Memang tak ada la orang kasi RM1. Kalau ada pun if pegi dengan parents. On day way balik rumah tu purse dah berat dengan syiling. Walaupun tak la sampai beratus2, tapi seronok sangat! Duit tu kira2, masuk plastik ikat getah then simpan dalam almari. Tapi laaaa ni, RM1 tu dah tak ada nilai. Paling koman RM5 la. Tu pun if pegi dengan parents. Duit tu habis buat beli topup aja. Tak dak la nak simpan2. Tak feel sungguh raya!
yang bestnya kalau kat kampung uwan dan pakcik2 akan mtk kami undi sendiri angpau raya dalam kotak. sorang amik satu. tapi isinya ikut sapa bertuah. if ada yang dapat rm1 nasib la. yang paling banyak dalam tu rm50 sapa yang dapat, untung lah!!

Makanan raya
Tapi apa yang lebih meriah berbanding tahun dulu2 pada zaman laaaa ni, ialah bab MAKANAN!! Kalau dulu pegi raya rumah orang, juz kuih-muih semperit aja. Pastu sirap. Kalau yang advance sikit bawak keluaq ketupat. Rendang pun jarang bawak keluaq. Simpan aja la korang kat dapur tu. Memang jarang emmm tak dak la tuan rumah angkat keluaq bihun ka, laksa ka... Tak dak! Tapi bila pi mak ayah punya la sembang lama. Sampai kembung dah perut duk telan kuih. Tapi laaaaa ni, tu diaaaaa macam2 ada. Kadang2 kuih raya pun kadang2 aja ada. Yang banyak kek lapis, kek itu, kek ini, nasi minyak, nasi itu, nasi ini, sate ayam, sate arnab, sate beruang semua ada!!. Tapi, pas makan, terus lesap. Mai nak makan aja. Betui dak. Tak feel sungguh raya!

p/s : rindu sungguh la zaman raya dulu2. sangat rindu. wahai adik2 and generasi moden zaman laaaa ni, tersangat la rugi kamu semua, tak menikmati zaman kami2 akak2 ni masa kecik2 dulu. dan kepada kamu kamu kamu bebudaks bandar. tersangat la rugi kamu tak menikmati raya cara raya budak kampung. walaupun zaman dah berlalu, tapi sempat la aku menikmati saat2 indah tu. yang penting, enjoy!!!!

Salam Sayang,

Friday, 10 August 2012

PROJEK BUNGA CINA/DAHLIA LAGI


Assalamualaikum, 

Hari ni misi buat KUIH BUNGA CINA dah selesai. Tapi esok2 mungkin nak buat lagi. Kena buat banyak sikit tahun ni, nak bawak pergi rumah mertua2 jugak. Ni sume gara2 encik suami bagitau nenek dia yang aku pandai buat KUIH BUNGA CINA ni. Nak tak nak, kena la buat jugak untuk diorang. 

Yang buat hari tu, dah habis licin. Encik suami lepas satu2 dia duk makan. Tadi buat lagi. Siap salotape dah bekasnya. Hope sempat la untuk raya. Hehehe... Tapi apa pun aku tak la zalim sangat sampai dia tak boleh nak makan langsung yang kali ni punya. So, dah simpan sikit untuk dia...

Jeng jeng jeng....

p/s : baik kan bini dia??? kehkehkeh...

Resipi boleh KLIK SINI... TQ

Salam Sayang,

Saturday, 4 August 2012

KUIH BUNGA CINA/DAHLIA


Assalamualaikum,

Tadi pagi kuar pegi klinik. Then pegi beli sikit2 baju nak wat raya. Orang ramai jugak tapi tak seramai dekat2 nak raya jap lagi. So, baik beli siap2. Segar bugar mata bila tengok lelong2 sale sampai 50%. Yang monyok encik husband yang kena beratur kat kaunter, hehehee haruslah bayar sekali kan.... 

Balik dia suh buatkan yang dia request. Kuih raya BUNGA CINA. Bahan2 semua dia dah beli 3 hari lepas. Aku aje bertangguh. 1st time nak buat, rasa tak yakin. Tapi cuba jugak lah. Nampak macam senang aja. 

belum dibakar... 
picit pun ade kecik ada besar...

siap tadaa!! pink putih... lawa tak?? ehehehe...

Ini ori punya kaler. putih.

yang hangit wajib ade. tak sah kalau tak ada. 
hahahahaha...
Resipi :
- 100 gram mentega
- 90 gram gula halus
- 1 biji telur (gred A) tapi aku guna gred B
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung ubi

Caranya :
- Pukul mentega dengan gula halus sampai kembang.
- Masukkan telur. Pukul lagi.
- Masukkan tepung jagung + tepung ubi sikit2 sampai habis.
- Siap.

Untuk dapatkan belang2 pink tu. Asingkan sikit untuk dibancuh pewarna. Masukkan adunan putih sikit, pink sikit aje, putih lagi, pink lagi, selang seli... Then baru picit.

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...