Showing posts with label kisah ramadhan. Show all posts
Showing posts with label kisah ramadhan. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

POPIAH BASAH MAHAL GILA!!

Assalamualaikum,
Haip!! Okey nak terus cerita, harini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa tahun ni. Itu pun bazar yang kecik-kecik tak bersesak dekat area Gong Kapas, Kuala Terengganu ni. Berhampiran lampu isyarat Gong Kapas dan aku rasa ada yang tahu. Kat situ puasa ke tak puasa ke memang ada orang jual kuih muih pelbagai jenis.

Memang banyak kuih muih tradisional negeri terengganu yang ada jual disitu. Kebersihan pun okey. Tak ada lalat. So kami berhenti la jenguk kuih apa yang ada. Dalam hati memang teringin nak telan popiah basah. 

Tersenyum aja bibir aku ni bila nampak popiah basah masih banyak 2 bekas besar! Then aku pun bertanya lah berapa harganya. Senang nak congak berapa nak beli. 

Aku : Bang, popiah basah tu berapa?
Dia  : Ni Singgit Tiga!
Aku : Haaa?? Singgit Tiga? (Gila murah, singgit tiga ketul?)

So aku pun mintak la Dua Ringgit. Dapat 6 ketul pun dah banyak. 

Dia : Eh, bukan Singgit 3 ketul, RM1.30 seketul.
Aku : Hahhhhh?????? Mahalnya?
Dia : Haah, mahal sikit popiah ni..

Hoi bukan mahal sikit la tu. Mahal banyak!! Selama ni aku beli 5 ketul RM2, takpun 4 Ketul RM2. Masuk bulan puasa ni naik sampai RM1.30 seketul??? Haihhh, inti apa dalam tu? Setakat sengkuang carrot sayur2 macam tu RM1.30?? Tak besar sangat pun. Lain la kalau besar macam yang jual kat foodcourt SOGO tu!! Logik la jugak...

OMG!! 

Aku tahu kat Terengganu, especially KUALA TERENGGANU ni antara negeri yang makanannya paling mahal. Tapi, takkan lah sampai macam ni. Terus tak jadi beli popiah basah. Bukanlah tak mampu tapi its too much. Macam menyampah pulak kalau aku beli. Grrrrr...

P/S : kalau korang tak percaya pergilah check sendiri. Bazar GONG KAPAS, berdekatan LAMPU ISYARAT. Berhampiran SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH KUALA TERENGGANU. Bazar lain aku tak tau. 

p/s : katanya di Melaka RM2 seketul. 

Salam Sayang,

Sunday, 13 July 2014

15 RAMADHAN

Assalamualaikum,
Hari ni Ramadhan ke 15. Diam tak diam lagi 2 minggu kita berpuasa. Lepas tu raya. Persiapan raya alhamdulillah semuanya dah settle. Cuma tahun ni, aku tak ada baju kurung. Huhuhuhu... Hanya dress macam jubah aje lah. 

Dah muktamad tahun ni beraya di Kuala Terengganu. Macam mana lah ye beraya di perantauan. Nak pergi beraya rumah siapa hari raya nanti? Saudara-mara tak ada kat sini. Yang ada hanya keluarga angkat En.Rumate di Seberang Takir. Nampak gayanya kami berkampung di sana la nanti hari raya pertama. 

Jiran-jiran pulak semua balik kampung. Tapi jiran sebelah bagitau ada jiran selang beberapa buah rumah memang orang sini, so tak balik kampung. Cuma hari raya pertama diorang balik ke rumah parents ajelah kampung sebelah. 

Nanti hari raya ke 3 hingga ke 4 boleh la berjalan raya ke rumah kawan-kawan En.Rumate. Yelah, selalunya hari raya pertama mesti diorang beraya ke rumah saudara mara rapat kan?

Engkorang macam mana?

p/s : nak buat kuih raya??? sapelaaaa nak makan ye dak? huwaaa!!

Salam Sayang,

Tuesday, 8 July 2014

REZEKI BULAN PUASA

Assalamualaikum,
Hye sayangs semua... Dah 10 hari kita berpuasa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masih penuh. Masih bertenaga untuk memasak untuk berbuka, melayan kerenah Aisyah dan ayahnya. Penat tu biasalah.

Menu harini sup ayam, telur dadar, kailan ikan masin, sambal bilis tempe. Menu tak pedas ajelah, sebab 'mem kecik' dah pandai buat muka pedas dah pandai demand. Tak pedas pun cakap pedas. Hahaha.

Minggu ni kena cari baju raya Aisyah sikit lagi. Haritu beli pun alang-alang tengah buat preparation untuk 'boss kecik' lupa pasal 'mem kecik'. Itupun kalau larat nak pergi jalan. Baby pun asyik mengeras je ni. Sabar ye, kasi ibu raya dulu baru boleh keluar.

Mengikut kata mama, lepas raya kena get ready mental fizikal semua. Sebab lepas raya tu dah masuk 36 minggu. Mama, kakak dan pengalaman aku bersalinkan Aisyah pun semuanya bersalin minggu ke 37-38 macam tu. So raya ni, kena makan banyak2. Hehehe..

p/s : alhamdulillah rezeki bulan puasa, dapat lagi 3 CPUV baru. Thanks NUFFNANG, sekarang rajin betol masuk jenguk nuffnang hehehe... cayang cikit MMMUUUAAHHHSSS!!!

semalam dapat dari Tesco Delivery Lab dan Julie's LINE New Packaging, harini dapat dari Kastam Malaysia pulak... :)



Salam Sayang,

Thursday, 3 July 2014

TERINGIN NAK BUAT KUIH RAYA

Assalamualaikum
Semalam pergi Giant, usha2 barang dapur plus nak cari kot ada kuih-kuih raya yang nampak macam sedap untuk dikunyah after berbuka. Hehehe... Bukan apa, asyik nak mengunyah aja sekarang ni. Aisyah pon, pantang jumpa makanan nak makan. 

So, kami anak beranak pergi lah usha. Tapi sayangnya kuih raya yang dah dijual di pasaraya nampak cantik tapi macam tak sedap. Macam banyak tepung. Tak ada langsung yang menarik dihati. Cuma beli kuih bangkit aja. 

Bila balik rumah pikir punya pikir, teringin nak buat kuih raya sendiri. Hehehe. Walaupun dah sarat tapi yang simple2 tu boleh la kot. Aku gentel-gentel, suruh bibik bakar hahahaha... Bibik gentel?? Euwww... no no no..

So tengah list barang-barang yang perlu dibeli. Kuih raya simple2 aje... Aummm... Moga En. Rumate rajin pergi beli. Teringat tahun lepas, kuih bunga cina. Tahun ni Insyallah. Ada 5 jenis jugak ni dalam list hahahaha... Beli pastu tak buat, nasib la kauu kena bebel nanti...

Salam Sayang,

Wednesday, 2 July 2014

ALHAMDULILLAH 8 BULAN

Assalamualaikum,
Salam Ramadhan... Dah 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah aku masih kuat untuk berpuasa. Cuma badan penat dan tak larat nak bangun sangat. Baby pun asyik mengeras aje sekarang ni. Maklumlah dah masuk 8 bulan. Tinggal sebulan aje lagi. Hope ibu sempat raya huhuhu...

Plan beraya mungkin beraya kat bumi Terengganu tahun ni. Maklumlah keadaan diri tak mengizinkan untuk berjalan jauh walaupun juz duduk dalam kereta. Badan penat tahu. Mak, mama dan kakak pun tak kasi balik kampung. Takut terberanak dalam keta pulak. Nak nak pulak jemm.. Naya je!

So pikir punya pikir, okeylah! Beraya kat sini aje lah. Lagipun dah rumah sendiri. Bila lagi nak beraya dirumah sendiri kan? Jadi my mum akan datang beraya kat Terengganu jugak menemani anak kesayangannya ni. Hehehe..

Barang baby pun 80% dah beli... Lagi 20% pakai Aisyah punya and tambah lagi sikit-sikit. Now tengah nak finalist nama baby. Turn ibu pulak kasi nama kali ni, harap ayahnya tak banyak songeh.

Okey tata!

Salam Sayang,

Saturday, 28 June 2014

SALAM RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum,
Bulan Ramadhan dah menjelma, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang berkat ini dan semoga bulan ini lebih bermakna kepada kita semua serta lebih baik dari yang sebelumnya...

Maafkan saya sekiranya saya ada terkasar bahasa, terguris perasaan dan termengumpat termengata tanpa disedari... Saya juga dengan berbesar hati memaafkan dan menghalalkan segalanya...



p/s : betul ke IKEA ada sale bulan June? tak caya? haaa cuba tengok ni..


Hehehe entry selingan untuk CPUV... Thanks sekali buat Nuffnang... Dapat lagi CPUV... Alhamdulillah... 

Salam Sayang,

Wednesday, 10 July 2013

SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Assalamualaikum
Salam Ramadhan. Haaa hari ni hari pertama kita berpuasa. Kalau tahun lepas 1st puasa ni aku tengah mengandung sebulan. Tengah loya dan muntah2. Makan sahur syok gila lepas tu 'keluar' balik. Tapi tahun ni sahur bertiga walau 2 orang aje yang puasa. 

Hari ni 1st sahur, sememangnya menu sejak turun temurun 1st sahur mesti sambal daging. Tapi aku panggil daging masak merah. Hehehe. Dari kecik sampai ke besar menu 1st sahur mesti sambal daging. Then semalam call mama, dah agak memang sambal daging. Call kakak pulak, ponnnn same!!  Hahaha. 

Okey jom semak resepi SAMBAL DAGING MUDAH CEPAT DAN SEDAP!!!

Bahan2 :
- Daging dipotong2 anggaran 3 genggam.
- Bawang besar merah 3 labu (kisar)
- Bawang putih 3 ulas (kisar)
- Cili boh 3 sudu besar
- Serai 1 batang (diketuk)

Cara2 :
- Panaskan minyak secukupnya.
- Tumiskan bawang2 yang dikisar + serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. 
- Masukkan secawan air.
- Masukkan daging dan kacau sekejap.
- Bila minyak mula kemerahan masukkan air sehingga sama aras daging.
- Perlahankan api sehingga kuahnya pekat then masukkan gula, garam dan perasa mengikut citarasa.

pic pinjam kat blog yusleen.blogspot
susah nk snap pic skrg guna hp, camera tak cntik
kalau dulu pakai hp sony camera memang tiptop
tp hp tu dh rosak! frust gile...

Salam Sayang,

Friday, 10 August 2012

PROJEK BUNGA CINA/DAHLIA LAGI


Assalamualaikum, 

Hari ni misi buat KUIH BUNGA CINA dah selesai. Tapi esok2 mungkin nak buat lagi. Kena buat banyak sikit tahun ni, nak bawak pergi rumah mertua2 jugak. Ni sume gara2 encik suami bagitau nenek dia yang aku pandai buat KUIH BUNGA CINA ni. Nak tak nak, kena la buat jugak untuk diorang. 

Yang buat hari tu, dah habis licin. Encik suami lepas satu2 dia duk makan. Tadi buat lagi. Siap salotape dah bekasnya. Hope sempat la untuk raya. Hehehe... Tapi apa pun aku tak la zalim sangat sampai dia tak boleh nak makan langsung yang kali ni punya. So, dah simpan sikit untuk dia...

Jeng jeng jeng....

p/s : baik kan bini dia??? kehkehkeh...

Resipi boleh KLIK SINI... TQ

Salam Sayang,

Monday, 23 July 2012

HARI KE-3 BARU DAPAT MERASA


Assalamualaikum... 

Selamat sudah berbuka untuk hari ke-3 Ramadhan. Hari ni 1st day berpuasa + bekerja. So far so good. Semua berjalan dengan lancar. Oleh kerana dah 2 hari teringin nak makan murtabak, hari ni balik kerja aku pegi beli sendiri kat bazar. Dapat murtabak terus pecut balik nak masak nasi dan goreng sayur sikit sementara suami balik beli lauk2 sikit. Sambil drive bercucuran airmata, sebak sebab akhirnya dapat jugak menjamah murtabak.

Bukan susah sangat pun nak beli murtabak. Dan bukan mahal sangat pun. Awat la payah sangat nak tolong belikan. Duk pi ikut nasihat mengarut Tuan Haji. Kata Haji, jangan beli terus makanan yg wife mengidam. Beli selepas hari ke-3 wife mintak supaya tak mengidam benda mengarut. Ntah mana dapat ntah. Ngarut je!


Lega dapat rasa murtabak. Walaupun lepas makan, semua terkeluar balik. Ini murtabak Terengganu. Kuah merah. Kuah kari tak dak! Kalau kat Kedah, dia kasi kuah kari. Kuah merah ni kalau nak kena mintak. Itupun mungkin dapat dalam 2 sudu aje kuahnye. Tapi aku suka kuah yang ini.

Salam Sayang,

CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Assalamualaikum, 3 Ramadhan!

Semalam dah 2 hari kita puasa. Alhamdulillah. Sepanjang 2 hari semuanya ok. Boleh masak, makan dan buat kerja rumah. Yelah kan cuti. Tapi hari ni kerja. Tak tau la sempat ke tak masak petang nanti. Balik kerja awal stengah jam dari biasa iaitu 4.30 petang. Sempat kot masak kan...

Emmm, sejak hari pertama puasa, teringin sangat nak makan murtabak. Tapi kecewanya bila husband tak dapat belikan. Maka lahirlah entry MURTABAK PUNYA HAL ini. So, semalam memang bajet dapat makan. Tapi agak kecewa bila tak dibawak balik murtabak, tapi dibawak baliknya karipap pusing pulak.


Kecewa sangat. Tapi sabar. Makan aje la karipap pusing pun. Dalam kecewa pun sampai 5 ketul aku makan karipap tu haa.. Sedap jugak. Emmm, hari ni balik kerja, nak singgah bazar sendiri. Nak beli murtabak tu sendiri. Hope dapat makan murtabak jugak hari ni. Xdapat banyak, sepotong pun jadi lah.

Salam Sayang,

Saturday, 21 July 2012

MURTABAK PUNYA HAL!


Assalamualaikum...

Hari ni aku kirim murtabak kat husband. Tapi dia call cakap murtabak tak ada. Tapi mustahil. So mungkin dia saja je tipu. Tapi bila dia balik, memang tak ada murtabak. Kecewa sangat. Menitik jugak la airmata aku ni pada awalnya. Tapi lepas dia cakap esok dia janji belikan murtabak special, terus terpujuk. Aku pun paham gak situasi dia, mungkin terlalu ramai orang kt sana, maklum la 1st puasa. Orang excited berbelanja. Dia pun mungkin penat. So, aku cepat muhasabah diri. Tak boleh nak ikutkan hati kita aje kan. 

Then bila waktu berbuka, aku makan sikit aje. Bukan sebab merajuk pasal murtabak. Tapi aku takut muntah balik nanti macam semalam and subuh tadi. So makan sikit aje, nanti lapar, makan la lagi kan. Tapi husband salah faham. Dia ingat aku merajuk sebab murtabak. So, dia terkecik hati pulak dengan aku, disebabkan murtabak aje, aku jadi sugul xmo makan. Pulakkkkkk....

Tapi bila aku dah terangkan sumenye, dia yang termalu sendiri. Ahhh, tacing lebey la masing2 pun. Hehehee. Dia mungkin lupa kot aku ni dah start morning sickness. Nasib baik tak teruk. Alhamdulillah, sepanjang hari tak buat hal. Cuma semalam dengan sahur tadi aje. Hope tak muntah lagi, perit tekak ooo....

Murtabak cilok dari blog KAK LM

Moral of this entry :

~ Sebagai suami atau isteri, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. 
~ Jangan membebankan suami walau sedang preggy sekali pun.
~ Perlunya komunikasi untuk elakkan salah faham.
~ Kena terima pendapat orang. Open mind. 
~ Jangan ingat kita aje yang betul (^_*)\/

Salam Sayang,

SAHUR 1ST RAMADHAN SEBAGAI ISTERI


Salam Ramadhan...

Hari ni 1st day kita berpuasa kan? So sebelum subuh tadi ramai lah antara kita yang bangun sahur. Konpem 90% dari kita akan bersahur pada awal2 ni. Nanti dah separuh bulan puasa, 50% pun tak sampai bangun kan. Aku dulu sebelum bergelar isteri orang ni, macam gitu lah. Awal2 ni rajin la bangun. Makan pun tambah2 aje.

Pengalaman pertama menyambut bulan Ramadhan bersama suami. Sangat berbeza dengan zaman anak dara dulu. Biasalah, bila status dah berubah, cara hidup pun mula berubah. Nak tak nak, i have to! Tanggungjawap namanya. Besar pahalanya tau...

If dulu mama kejutkan sahur 5, 6 kali baru nak bangun. Bangun tu kadang2 terus ke dapur telan nasi. Kalau kena bebel, baru la pegi cuci muka dulu. Sayang sangat kat tidur. Dah siap makan, sambung tido balik sebelum azan subuh. 

Sekarang, sebelum tido malamnya tu dah prepare lauk2 untuk sahur. Everything! Dan kena bangun awal untuk panaskan lauk2 balik. Kejutkan encik suami. Sekali kejut, memang tak gerak pun. Macam ni la kot perasaan mama bila kejutkan aku sahur dulu kan? Panasssss aje rasanya. Hehehe...

Menu sahur aku tadi daging masak merah, telur masin, dan sup sayur. Aku siap tambah 2 kali. Biasalah, penggemar nasi. Suami geleng kepala aje tengok bini dia ni kuat melantak. Tapi sayangnya, time nak wuduk solat subuh, semuanya terkeluar balik. =.=' Penat aje telan. Hope semuanya okey. Huhuhuhu...

Salam Sayang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...