kita2.... ;-p

Showing posts with label kp dr len. Show all posts
Showing posts with label kp dr len. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Pertandingan #anakemakgigicantik

Haaaaaaaa Dr Len nak buat contest sket la.

Syarat pertandingan :
1) mak dan anak kena posing bersama / jika belom ada anak, boleh posing dgn anak sedara, anak jiran, anak kawan sekerja, anak bos. Asalkan gambar tu menunjukkan ada org dewasa, ada budak kecik bawah 6 tahun.
2) gambar hendaklah menampakkan gigi yg sihat dan bersih. Mak kne nampak gigi, anak kena nampak gigi. Kalo gigi mak tak tersusun elok pun xpe, asalkan bersih dan sihat. Sbb susunan gigi hanyalah kosmetik semata2. Yang penting gigi bersih dan sihat.
3) hashtag #anakemakgigicantik dan tag @dr_len kat gambar tu yea.

Hadiah pertandingan :
1 innowhitepen (gel pemutih gigi) utk emak
1 tooth mousse utk anak
Ubat gigi dan berus gigi utk emak dan anak.
Nilai hadiah2 tu semua RM200.

Pemenang dikira berdasarkan like terbanyak.
Nanti Dr Len akan letak sini gambar yg masuk pertandingan untuk di like hokehhhh. Jadi, korang yg masuk pertandingan ni, rajin2 la warwarkan kod kawan2 supaya like banyak.

Apalagi, jom la. Tarikh tutup akan diberitahu dari semasa ke semasa.


Ada yg tny pic anak dgn ayah boleh x? Boleh je asalkan ada org dewasa dan kanak2 6 tahun ke bawah yea.

Saturday, August 23, 2014

ringgit yang sama,nilai yang berbeza



 Bukan nilai bandingan hari ini dengan zaman 80an yang saya ingin bualkan.  Sebab, memang jauh bezanya nilai ringgit di waktu itu berbanding sekarang. Ibu kata, dulu, RM10 boleh beli sekilo gandum, sekilo gula, sebiji kelapa dan sepaket minyak masak. Sekarang RM10 tu budak sekolah buat belanja seharian di sekolah saje. Memang lumrah duniawi, semakin pesat membangun Negara itu, semakin tinggi kos sara hidupnya. Siapa kita untuk menyangkal. 

Nilai bandingan yang saya mahu coret di sini adalah bezanya saya yang dulu dan saya yang sekarang. Saya bukan mengeluh, jauh sekali mempertikaikan rezeki saya. Cuma sekadar coretan agar satu hari nanti, apabila saya belek kembali kisah2 di blog sendiri, tahulah saya, di awal perniagaan memang penuh jerih dan lelah.
Ya, ini bahana membelek intagram menelek satu persatu apa sahaja yang dijual di laman itu. Naluri saya, naluri membeli. Hakikat sekarang tidak boleh boros kerana perniagaan masih terumbang ambing. Bila menyekat nafsu sendiri, mula la tiba rasa gundah, rasa tertekan. Payahnya hidup apabila duit menjadi kekangan.

Tambahan lagi, usai Aidilfitri seakan semua org tidak berduit. Mungkin ada yang sakit gigi. Mungkin ada yang perlukan rawatan. Tapi ditahan keinginan tunggu tiba gaji dahulu. Maka saya juga kerjanya menunggu sajalah. Tunggu tunggu, datang la seorang pesakit. Tunggu lagi, layan anak2 makan. Tunggu lagi, ajar Qasyaf tulis A. Tunggu lagi, datang lagi seorang pesakit. Tunggu lagi, buka facebook. Tunggu lagi, buka instagram. Cetak skrin. Buat nota di mental, nanti kalau pendapatan  hari ni banyak ni, nak beli la skirt ni. Kalau pendapatan banyak ni pulak, nak bli la dress ni. Hujung hari, pendapatan tak capai target, skirt tak boleh beli, dress apatah lagi, mula la nak marah2 rasa tertekan. Sampai qasyaf dan Qisya pun jadi mangsa. Bukan mangsa dera. Mangsa bebelan je. Bila hati gembira, anak2 buat sepah, bebelan dalam sepuluh patah. Bila hati gusar, anak2 buat bising, bebelan boleh jadi seratus patah perkataan. Betul tak?

Untuk memenuhi nafsu membeli, saya tidak minta pada Arjuna. Kesian dia. Dia bayar sewa rumah, tanggung segala bil, beli brg dapur, belanja hal2 rumah dan anak, malah duit untuk saya isi minyak kereta pergi kerja pun Arjuna beri. Kami disiplinkan diri untuk tidak usik duit hasil klinik. Sebab hutang klinik besar. Kan saya dah cakap, modal klinik gigi ratusan ribu. Usia klinik belum pun sampai setahun. Jadi boleh agak la kan, banyak mana lagi hutang saya. Overhead bulanan pun tinggi. Mana yg lebih2 buat bayar gaji staf, byr hutang pinjaman, bayar sewa kedai, bayar hutang supplier, saya tarik la sikit2 buat ubat nafsu membeli atas talian. Kalau takde lebih, duk diam, tarik nafas hembus tarik nafas hembus sajalah.

Berbeza sungguh rasanya masa zaman kerja gomen dulu. Kuasa membeli di tangan saya! Tengok sajalah gadget Qasyaf masa tu. Carseat dia, stroller dia. Masa tu saya hanya kenal snuggbaby. Sbb tu beli snuggbaby. Kalau tahu adanya TULA, kompem dah beli TULA. Hurrmmmm…Berbeza sungguh nilai ringgit dulu dgn sekarang.
Dulu, boleh selamba belanja adik2 . Tgk sajalah baju2 adik bongsu saya.
Dulu, setiap hari pos laju hantar barang ke klinik. Semua benda saya beli. Itu belum masuk shopping complex sekala sekala.  Nasib baik sekali sekala je kan. Sbb sini takde shopping complex. Harap bila merayap ke KL sajalah. Sekarang, kalau nak beli apa2, mmg fikir 4 kali. Perlukah beli? Nanti guna berapa kali? Tak membazir ke? Ni kalau guna duit klinik ni, kan supplier mintak hutang xle bayar plak…Kne fikir semua tu..Dah 2 tahun saya tak beli handbag tahu! Lagipun dah janji dgn diri sendiri. Tak nak beli handbeg selagi tak mampu beli designer handbag. Eh, cita2 kne ada. Baru lebih kuat berusaha. 

Masuk bidang perniagaan ni mmg fikiran dan jiwa pun berbeza dari dulu. Dulu macam tak terasa rezeki tu datang dari Allah. Kerajaan yg beri gaji kan. 25 haribulan dapat gaji. Banyak pulak tu. Belum cerita waktu dapat bonus. Mmg suka hati betul la. Apabila kerja sendiri, buat saya betul sedar. Rezeki itu Allah yang beri. Patutlah nabi berniaga. Patutlah 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Dgn berniaga, kita meminta pada Allah. Dgn berniaga, kita memohon pada Allah. Ya Allah, datangkan lah rezeki buatku. Jika ia di langit turunkanlah. Jika ia di bumi keluarkanlah. Jika jauh dekatkanlah. Jika sukar, pemudahkanlah. Jika haram, halalkanlah. Betul2 mengharap dan buat kita merayu pada Allah. 

Bila berdoa dan merayu pada Allah, buat saya malu untuk pandang rendah pada kewajipan tutup aurat sepenuhnya. Buat saya malu bila tinggalkan al quran. Ye la, kita minta pada Allah, tp yg disuruhNya kita tak buat. Tak malu ke?. Syukur, walau hidup lebih sukar sekarang ni dek kekangan kewangan, saya lebih berusaha untuk dekat pada Allah. Cuma satu, saya belum berjaya solat malam. Rahsia org cemerlang adalah solat malam. Payahnya nak bangun solat tahjud. Itu azam saya yg satu. Semoga Allah permudahkan.

Doakan saya kuat. Berniaga bukan mudah. Tapi ia sunnah nabi kan. Senyum !

Monday, August 11, 2014

luruskan gigi yang tak teratur tanpa memakai braces

Assalamualikum dan hai.

Sesiapa yang follow akaun fb Klinik Pergigian DR Len, atau follow IG saya, tentu dah pernah ternampak saya iklankan tentang benda ni kan.

Ya. Ini adalah satu teknologi baru untuk memperbetulkan gigi yang tidak teratur.
Nama benda ni adalah aligners. Dari syarikat Clearpathdental.

Aligners ni adalah sarung gigi yg berwarna jernih, yang disarungkan kepada gigi. Ia melekap ketat pada gigi, dan boleh membuatkan gigi bergerak menjadi susunan yg teratur.

Masih keliru?

Ok, saya akan cuba terangkan di sini secara am.

Apabila pesakit datang ke klinik, doktor akan mengambil acuan gigi pesakit. Doktor juga akan mengambil gambar keadaan gigi pesakit. Jika perlu, pesakit akan diarahkan untuk mengambil xray.

Acuan gigi pesakit tersebut, akan dihantar ke Dubai, tempat aligners dibuat. Kemudian, doktor gigi dan kejuruteraan Clearpathdental akan menganalisa acuan tersebut. Ada sesetengah gigi yg terlalu tidak teratur memerlukan cabutan. Cabutan ini adalah untuk menyediakan ruang supaya gigi2 boleh disusun dgn elok. Sesetengah pesakit pula tidak memerlukan cabutan. Semuanya bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Selepas sebulan, aligners akan siap dan dihantar ke klinik. Aligners buka satu. Tetapi ada banyak. Di dalam set pesakit, mungkin ada 10 aligners, mungkin ada 15 aligners dan bermacam2 lg. Ia bergantung kepada keseriusan kesesakan gigi pesakit. Lebih sesak gigi pesakit, lebih banyak aligners mungkin diperlukan.



Satu aligner perlu dipakai selama 2 minggu. Apabila selesai memakai aligner pertama, pesakit perlu menukar kepada aligner kedua dan begitulah seterusnya sehingga gigi menjadi teratur.

Aligners adalah removable iaitu boleh dipakai dan dibuka sendiri oleh pesakit. Pesakit perlu memakai aligner sekurang2nya 22jam sehari. Ini bermakna, pesakit perlu memakai sepanjang masa dan boleh membukanya ketika memberus gigi sahaja.

Pemakaian aligner bergantung penuh kepada komitment pesakit kerana ia adalah removable. Jika pesakit asik terlupa untuk memakai aligner, atau kehilangan aligner, rawatan memperbetulkan gigi akan terganggu dan akan lambatlah proses meluruskan gigi.


Aligner mempunyai banyak kelebihan berbanding pendakap gigi atau braces. Aligners adalah plastik lutsinar. Jika pesakit memakainya, tiada sesiapun akan tahu. Tidak seperti pendakap gigi yg penuh dgn besi dan wayar. Jadi, pesakit yg memakai aligner tidak akan mengalami masalah ulser kerana tercucuk besi dan dawai.

Jika memakai aligners, gigi lebih mudah dibersihkan. Hanya perlu menanggalkannya, dan gosok gigi macam biasa kemudian memakai semula aligner tersebut. Tidak seperti pengdakap gigi. Agak sukar membersihkan gigi yg ada besi dan wayar.

Dgn memakai aligner, pesakit tidak perlu berjumpa doktor gigi setiap bulan. Hanya pakai aligner mengikut urutan yg telah disediakan. Jika memakai pendakap gigi, pesakit perlu berjumpa doktor gigi setiap 4-6minggu untuk mengaktifkan pengdakap.


Walau bagaimana pun, jika kesesakan gigi terlampau serius, seperti gigi terlalu jongang, rahang tidak seimbang, pesakit masih perlu berjumpa pakar orthodontik dan tidak sesuai memakai aligner.

Itulah penerangan secara ringkas.

Jika ada kemusykilan, bolehlah menghubungi Klinik Pergigian Dr Len. 09-6176051.

Saturday, July 19, 2014

promosi pemutihan gigi utk raya

Eh, dah nak raya kan...Tak sampai sepuluh hari pun lagi...Baju raya Qasyaf yg ke 2,3,4,5 dan seterusnya belom setel lagi. Haishhh...Qasyaf ni payah sikit nak beli baju..Sbbnya dia kan montel. Kalo bli on9 kompem xmenjadi..Kne bli di alam nyata jugak..Kne try dulu, tgk dulu, suh dia pusing2 dulu baru boleh beli. Saya x suka beli baju besar utk anak2. Tak suka istilah beli baju besar supaya boleh pakai lama. Kesian kat anak tau..Masa baju tu still baru, dia pakai gedoboh je sbb besar...Bila dah muat2, baju tu dah buruk...Owh, no..I dont like..

Dedinya sibuk dgn tokma yg sakit. Bila x menguruskan tokma, dedi bz dgn kerja opis pulak. Bila la nak cari baju raya Qasyaf neh...Baju raya dedi sendri, selai pun xde lg kecuali baju melayu utk 1 syawal la. Baju Qisya, senang babe...Dia kan petite...Perempuan plak tu...Mcm nak rembat semua...Semua cantik..Dah la tu, x rugi bli banyak sbb Qisya lambat menggemok...Baju2 dia zaman baby bnyk ble pakai lg...Dress zaman baby dah jd blouse skang...Sluar zaman baby boleh jadi legging...Sbb dia x gemok..Hanya memanjang...Hahaha..Baju saya?...Klik dan klik saja..Terus sampai di muka pintu klinik..Siap simpan tali inci..Seller mention saiz dan ukuran, terus ukur, klik dan esok lusa dah terima...Hihihi...

Ni, esok lusa Arjuna nak balik kampung lagi. MIL dah ada appoinment operation buang batu karang...Lastwik,5 hari jugak dia warded kat Hospital Kubang Kerian. Doc suh balik lu, Isnin depan masuk balik, Selasa buat prosedur tu...Its not real operationyg mcm kita selalu bayang tu..Doktor pakar kat Hospital Perdana dah cite detail dah..Bukan amik pisau belah perut pun..Cuma kne masukkan alat melalui saluran kencing, pastu, tembak stone tu. Tp ye lah, layperson, bila dgr operation mmg mgigil kan..Lagi2 org tua...Ni td Arjuna kol tny khabar, MIL ckp xnak buat prosedur tu...Haiyaaaa!!!..Arjuna dah pujuk ckp nanti nak buat majlis solat hajat apa semua baru mcm ok sket..Tp, appoinment Selasa ni...2,3 hari ni perasaan boleh berbolak balik lagi kan...Tolong la doakan my MIL ye readers..Doakan dia sanggup buat prosedure buang batu karang, doakan dia cepat sihat dan selera makannya kembali.

Sepanjang Arjuna xde lastwik, saya berbuka kat rumah ibu je...Hari apa ntah, saya gediks nak buat sagupal..Tau x kuih sagupal?..Atau asam gupal?..Tak tau sila google...Saya xde gambar nak show off sebab sagupal saya selamat masuk tong sampah...Huhuhuhu...Maknya x menjadi la oi..Frust weh...

Then, saya ajak ibu buat kuah lodeh...Kami berbuka dgn lontong...Fullamak, org ganu sekali sekala masak style Johor terer jugak...Sedappppp....

Hari ni, saya berjaya masak kerutuk daging utk berbuka...Arjuna puji sedap..Kembang hati ai tau..Cuma ada sedikit drama...Pukul 6.15pm baru start menumis sbb minyak habis, tunggu Arjuna balik kerja baru beli..Hahaha..Makanya, daging sedikit liat..Tp xpe, sbb kuahnya menjadi kan...Hihihi...

Hurmmmm, apa lg nak cite ek?...Ni saya kat klinik sebenarnya..Qisya tido dlm buai..Qasyaf ikot dedi gi kira stock kat opis...Patient semua tgh pilih baju raya atau tgh borong kuih raya agaknya..Sorang pun xde mlm ni..Haishhhh....

Dah alang2 menaip blog ni, meh sini nak bgtau..Klinik pergigian DR Len ada promosi pemutihan gigi sempena nak raya ni...

Rawatan pemutihan gigi di klinik RM600 percuma pen pemutih gigi berharga RM110..
Utk kesan maksima, utk gigi putih bersinar2 mcm Fazura dlm iklan tv tu, kne buat rawatan pemutihan kat klinik, plus, sambung buat rawatan intensif kat rumah..Harga semua sekali RM1200 percuma pen pemutih gigi dan tooth mousse...Tawaran hanya sampai 29 Ramadhan saja tau...So, sila kol klinik utk temujanji yea..Nombornya 09-6176051...Atau w/a je saya 012-3876051...

Ok lah...Itu saja...Daaaaa....


Thursday, June 19, 2014

#ihatenumbersandaccount #ijuzlovemoney

Hastag paling best di dunia. Kan?...
Saya mmg xsuka la dgn nombor2 neh... Pening la tgk nombor. Nak kira 108 + 27 pun i pakai calculator tau..Mmg xle la congak...Kadang tekan kalkulator pun salah. 5,6 kali kira baru dpt jawapan yg sama.. Bak kata Kak Ros, tak suka tak suka tak suka!...

Masa zaman amik subjek KH masa form 3 dulu, akaun saya selalu x seimbang. Debit lain kredit lain. Kadang saya tipu, saya ejas bagi kredit debit sama padahal pengiraan dari atas tu salah..Hahahaha...Matematik pun saya x reti sgt..Oleh kerana cikgu SPM saya handal, dan saya plak belajar kat sekolah bijak, dapat la jugak merasa Matematik moden A1, Add math A2..Hihihi...Kalo ikotkan, saya mmg payah nak hadam benda berkaitan nombor kecuali duit..Haha...Kalo sale, 40%? 30%? saya boleh congak je...Hihihi...

Apa yg duk kalut sangat dgn nombor dan akaun neh?

Ni haaaaa, kne buat efiling tuk individu ada punca pendapatan perniagaan. Individu yang xde punca pendapatan perniagaan dah selamat dapat rebat semua kan?..Ke ada yg kne bayar plak kpd kerajaan?..Arjuna la tu..Huuuu....

Nak buat efilling ni susah sket..Sbb perniagaan kan..Kne buat akaun dulu..Kira kos utk mewujudkan sebuah klinik, kira sale bulanan, kira untung rugi...Argghhh pening!...Sebenarnya kawan baik saya yg kawen dgn kawan saya tu, dah tolong buatkan excel, siap dgn formula dan arahan..Tinggal nak isi je. Nak isi saje pun pening.. Apasal kalum untung bersih tu tak keluar apa2??!!!!...Stressnya la hai..

Arjuna plak bz manjang..Bila dia wasap tny buat apa saya ckp buat akaun dia ckp gudluck..Gudluck je?..Mai la deliver pizza ke, coklat indulgence secret recepi ke seketul dua..Huuuuuu....

Hari ni, bawa Qisya je dtg klinik..Minah tu ratu tido..Dr kul 10.30am tadi tido skang kul 1.45pm x bangun2..Sbb tu bawa dia..Senang mami nak buat kerja...Kalo bawa Qasyaf, akaun ntah ke mana la. Qasyaf menangis2 tadi bila mami tinggalkan kat rumah bebu..Malam ni kita peluk2 ye Qasyaf..

Owhhh ya...Pagi tadi sempat buat rendang ayam...Berdesup keluar beli santan lg dan terus ke rumah ibu mintak ibu buatkan pulut kuning...Hehehe....Sekali sekala nak mengidam walaupun x preknen.....

Ok lah...Nak solat Zohor lu.. T ada masa kita cerita2 lg yea...Daaaaa!!!!


Monday, June 16, 2014

ada la cite sikit2

Bila dah jarang2 tulis blog ni kan, mula ada perasaan malas nak layan kat blog. Mmg la ada benda nak cerita, tapi bila asik tertangguh, terus lupa nak tulis apa. Bila ready nak menulis plak, dah tak tau nak mula dari mana. Begitu lah saya.

Sayang la kalo tinggalkan blog. Kat mana lagi nak simpan kisah suka duka seharian kalo bukan blog. Nak tulis diari?..Kuno nya ko..Pastu bila simpan lama2, lipas pun makan diari tu. Huuuu.

Jadi skang ni, meh la paksa diri menulis sedikit sebanyak. Nak cerita pasal apa dulu ek? Pasal anak2 la.

Qasyaf dan Qisya berada di fasa bercakap dgn banyak skang ni. Qasyaf sgt pelat tapi org sekeliling yg dah biasa dgn dia, boleh je faham. Qisya lebih fasih menyebut perkataan cuma x bnyk la vocab dia berbanding Qasyaf. Masing2 berebut nak bercakap. Kalau dua2 lepak kat klinik dari pagi sampai malam, mmg saya akan rasa exhausted teramat sgt walaupun patient xde la ramai pun. Exhausted sbb melayan karenah 2 org tu. Kalau bercakap, dua2 berebut nak bgtau benda yg sama. Kalau btnya soalan pun mcm tu..Abang dah tanya, mami dah jawab, adik plak tanya. Benda sama je pun. Kalau derang bercanggah pendapat, abang kata "bukanlah dik".....Adik pun jawab "huhhhh!!!!", terus jadi pergadugan tampar menampar cubit mencubit. Skang Qisya gemar tarik rambut abang. Melalak2 si abang tu. Kalau xde mood nak melalak, dia akan kejar Qisya dan bg cubitan kat mana2 bahagian yg sempat dicapai. Lepas tu adik pun meraung...Adolaaaa...

Sbb tu ibu prefer saya hantar Qisya ke rumah dia. Barulah dua2 x sakit katanya...Tp, kalau bawa Qasyaf sorang, mmg dia bosan. Mmg dia akan masuk ke bilik rawatan kalau saya ada patient. Bila ada adik, reti plak derang dua org main2 dalam bilik. Kadang dgr la pgaduhan dan tangisan..Tp saya biar je. Yang bahaya bila derang diam je. Ada la tu projek besar derang kerjakan. Macam lastwik, derang dua org main dlm bilik. Saya ada patient 3 org berturut2.. Mmg lama la nak handle patient kan. Bila setel patient, saya masuk bilik, rupanya derang tgh kerjakan crayon...Qasyaf berjaya buka laci meja. Keluarkan crayon...Derang patah2kan, derang conteng sofa dan meja dgn jayanya. Grrrrrrrrr...

Nasib baik boleh hilangkan kesan crayon tu. Saya mintak staf tolong lap dgn chemical tuk basuh barang dental. Hilang xde kesan pun. Nasib baik...Kalo x, dedi pulak akan marah mami. Dedi tu mana boleh ada contengan di dinding, kotoran di sofa. Huuuu...

Sbb tu saya xde masa nak jenguk blog. Asik uruskan anak2. Skang Arjuna balik kul 11pm selang satu malam. Time dia balik lewat tu, mmg kami xle nak tunggu dah. Sbb sgt penat. Kami?..Eh, bukan kami. Anak2 boleh je btahan aktif sampai kul 12 mlm pun. Mami ni hahhh keletihan...Selalunya, balik je dr klinik, mandi, masukkan kain dlm mesin basuh, terus panjat atas katil. Lepak2 tido..Bila mami tido,anak2 pun tido la. Masak dinner pulak tgk atas permintaan. Bila Arjuna balik awal, masak la. Tp dia pun bosan makan luar..Sanggup tahan lapar balik kul 11pm baru makan kat rumah...Terpaksa la jugak masak sbb suami request nak mkn kat rumah kan.

Last 2 wiks dah cite pasal kami balik kampung kan. Lastwik balik lg. Sbb MIL sakit. Ingat xnak ikot sbb sayang nak tutup klinik. Tp dah dgr MIL menangis2 kesakitan macam kurang ajar sgt la plak x ikot balik kan. Alhamdulillah ada kawan boleh locum kat klinik saya. Tak perlulah tutup klinik. Kadang, bila fikir, kerja sendri mcm ni lah... Kita rasa takot nak memberi sbb kewangan sesak, rasa takot nak cuti jumpa saudara sbb nnti income hari tu xde. Tp, bila kita buang semua rasa negatif tu, Allah gantikan dgn rezeki yg lain.

MIL sakit sbb dia xnak jumpa doktor..Mmg payah kan...Tp lastwik Arjuna berjaya pujuk mak dia. Bawa gi Hospital Perdana Kota Bharu. Buat ct scan mmg ada seketul batu saiz 1cm kat salur antara buah pinggang dan pundi kencing. If x buang, buah pinggang akan rosak. Hurrrmmmm.....Satu hal pulak nak pujuk buat operation...Tgk lah mcm mn, sapa dlm 5 org anak MIL tu bjaya pujuk. Skang btahan dgn ubat sahaja.

Klinik masih lagi terumbang ambing. Last month income drop. Tak tahu kenapa 2 minggu pertama bulan Mei patient kurang...Huuuu....Harapnya bulan ni akan naik balik la. Saya nak mula provide rawatan betulkan gigi yg x teratur tanpa perlu pakai braces. Nak tahu lebih lanjut boleh usha blog kpdrlen . Atau buka fb klinik pergigian DR Len...Usha my personal IG Harzlenaharun pun buleh.

Ok lah....Itu je lah dulu sedikit sebanyak...Daaaa!!!



Saturday, May 10, 2014

orang cakap klinik cina

Len.
Ah Len?
Len Seng?

Len singkatan from Lena la.....!!!!!!

Stress nya aku!!!!..

Stress bila org cakap, org x dtg klinik saya sebab ingat klinik cina. Tp klinik yg betul2 cina kat bandar nun, ada jugak melayu yg pergi. So, what is the problem??...

Kawan saya yg sorang ni insist suh tukar nama. Rebranding katanya. Buat promosi balik, letak banner balik. Tukar mentaliti penduduk setempat katanya. Hurmmm.....

Apa pendapat korang??

Betul ke ia soal nama?

Klinik saya ni bukanlah x laku langsung. Cuma very slow. Modal besar babe... Bukan puluhan ribu.. Tapi ratusan ribu...Jadi, income sebulan harus lebih daripada bisnes jual tudung,ye dak?...Jangan pikir dentist kaya sebab crown 600ratus sebatang, bridge beribu sebatang... Bukannya ada patient crown bridge tiap hari kan. Dan, ingat, modalnya ratusan ribu...Huuu...

Satu lagi sebab ada pesaing yg very otai kot..Klinik gigi satu lagi belah belakang ni je. Susah sket nak tackle customer dia.  Eh,bukan nak curi pelanggan,rezeki masing2 kan..

Saya rasa saya mahu bertahan. If selepas setahun klinik beroperasi, income masih di bawah par, mebe kne rebranding.

Skang, saya mahu bertahan. Saya lancarkan bbrp stategi dulu. Nextwiken nak jemput blogger buat review klinik. Saya akan bg rawatan scaling percuma. Sapa nak????

Sapa yg baca entry ni, tolongla sebarkan ini klinik melayu islam muslimah gitu. Dan doakan saya dpt melepasi saat genting dlm berbisnes ni. Kdg2, benda mcm ni buat saya stress, mudah nak marah,mudah terasa. Begini rupanya hidup berbisnes.

Doakan saya yea.




Saturday, April 26, 2014

hepi besday maminoh

Heeee.... Kami bahasakan adik saya kak ngah dgn panggilan mami ngah..Tp Qasyaf sebut maminoh...Hahaha...Belasah je la....

Hari ni besday maminoh yg ke 29 tahun..Wahhh sudah tua adikku...Aku lg tua..Huuu...

Hari ni ada autoshow kat Kuala Krai Kelantan. Di mana ada autoshow, di situ ada Arjuna. Biasalah kan. Huuu...So, kul 7am lg Arjuna dah kluar rumah bertolak ke Kuala Krai. Saya mcm biasa, uruskan anak2 bawa gi klinik. Hari ni hari Sabtu. Org gomen baru dpt gaji. Konon ramai la patient hari ni. Takot x terkawal anak2, saya minta ibu hantarkan chudik. Rutin ibu ayah setiap pagi Sabtu adalah pergi masjid dengar ceramah haji. Kebetulan hari ni ibu ayah banyak jemputan kenduri kawen. Chudik mmg malas nak ikot. Maka chudik jadi babysitter anak sedara je la.

Bila ada chudik, lega la sket saya. Derang pakat duk menempel, memanjat, main dan buli chudik. Lapang mami buleh buat kerja dgn aman.

Lepas ceramah haji, ibu ayah singgah klinik.

Chudik lepak sampai petang..Ingat nak hantar chudik lepas tgk hindustan...Sekali kul 4.30pm, hindustan diberhentikan sbb tv3 tunjuk rancangan khas ketibaan Obama...OMG,plez la....Stress hokey...Tak tau ada sambung x hindustan lps tu sbb kul 5.45pm saya kluar pergi hantar chudik ke rumah ibu ayah. Qasyaf dan Qisya pun stay sana tunggu dedinya amik otw balik dr autoshow...Sbb tu saya ada masa tulis blog ni...Hehe...

Owhh ya, Gino menang 1st price lg. Hehe....Ni kali kedua Gino masuk autoshow selepas accident hari tu...Dua2 dpt 1st price...Dan sejak accident hari tu, saya x pernah drive Gino lagi...Gerun mak...Huuuu...

Ok lah...Tu je nak cite...Ni dah dpt rentak update blog balik...Sehingga jumpa lg...Daaaa!!!!

Saturday, March 22, 2014

promosi klinik gigi ni..cepat datang!

Sempena cuti sekolah, sempena ramai balik kg ke Kuala Terengganu, saya nak buat promosi besar2an neh.

1) Oleh kerana ramai pulak yg bukan bakal pengantin bertanya harga pemutihan gigi yg promosi tu,maka ,saya nak buka la promosi ni utk semua org....
Harga biasa tuk satu sesi pemutihan gigi di Klinik Pergigian Dr Len adalah RM600.
Utk promosi cuti sekolah, harga tetap RM600 tp  saya bg percuma pen pemutih gigi bernilai RM100. Pen ni boleh digunakan di rumah sebagai maintenance. Gigi dijamin akan sentiasa putih!

2) Pemeriksaan gigi sahaja tanpa rawatan tidak akan dicaj!

3) Free gift menarik akan diberikan kepada semua pengunjung Klinik Pergigian Dr Len. Free gift tu termasuklah ubat gigi, floss dan ubat kumur!

4) Tooth mousse perisa mint hanya dijual dgn harga RM60!!!!!!






Datang ramai2 yea!.....Dan jgn segan nak bgambar dgn saya....haha

Wednesday, March 19, 2014

promosi pemutihan gigi!

Muka dah cun.
Gigi kena la putih.

Tuesday, February 25, 2014

cegah dari awal...xyah jumpa dentist

Heeee..... Eh,kne jugak jumpa dentist skali skala. Cek kot2 ada lubang pd gigi yg xnmpk dgn nganga saja depan cermin.. Tp at least,kalo dapat mcegah dari rumah,xde la tiap tahun perlu ngadap dentist kan.

Jadi,sila la beli tooth mousse. Hihi.

Apa la yg hebat sgt dgn tooth mousse ni? Dah la mahal kan.

Hey,hebat tau tooth mousse ni. Ia diperbuat dari susu. Mengandungi kalsium dan fosfat. Bertindak maksima dgn kehadiran air liur. Mewujudkan persekitaran mulut yg beralkali,sbb nak lawan pembentukkan asid. Asid kan boleh menghakis gigi. Menyebabkan gigi blubang(karies) atau menyebabkan gigi sensitif.

Haaa,itulah kelebihan tooth mousse.

Habis tu,apa beza tooth mousse dgn ubat gigi biasa?

Lebih kurang je fungsinya.
Cuma ubat gigi biasa tu bahaya kalo asik tertelan. Pedas plak tu. Berbuih mcm sabun lak tu,xkan nak pakai buat sapu kat gigi kan.

Kalo rasa berani,amik la ubat gigi biasa pastu sapu kat gigi pastu tinggalkan xyah kumur. Sbb nak dapatkan kesan maksima ubat gigi yg mcm duk iklan dlm tv yg kata ubat gigi ini hebat, ubat gigi tu bagus.Haaa ada beran?hihi.

Jadi,sbb tu lah kne beli tooth mousse ni. Cara guna tooth mousse adalah dgn amik sikit sebesar kacang pea. Sapu pada gigi,main2kan dgn lidah.... Pastu tinggalkan.....Jgn makan jgn minum jgn kumur at least setengah jam. Bestkan. Segala khasiat tooth mousse dpt diserap oleh gigi tanpa rasa tak selesa. Tooth mousse ni sedap,ada perisa stoberi, melon, tutifruti,vanilla dan mint. Sbb tu selesa je nak tinggalkan dlm mulut xyah kumur xmcm ubat gigi biasa.

Jadi,apa lg,cepatlah beli.

RM70 + postage RM6 (semenanjung) /RM9(Sabah/Sarawak)

Msg / whatsapp 012-3876051


Nak tgk budak gigi cantik?





Itulah dia budak 24/7 menempel dgn mami je..... Dua2 baru baik demam... Tu yg nmpk mcm kurus sket Qasyaf tu. Mami dia plak?....
Asal pakai shawl baru je selfie...Tp IG buat dajal.... Asik weng je.... Lama day xle log in....huuuu OK la.... Kita cita2 lain kali ek. Taip kat phone je ni. Daaaa....

Saturday, February 15, 2014

mari mari! saya jual tooth mousse

Dapat elakkan gigi dr berkaries.
Kalo dah berkaries,boleh elakkan jadi lebih teruk.
Boleh hilangkan gigi sensitif.

Cepat dapatkan sekarang!
Semua org nak gigi cantik kan.






msg / whatsapp 012-3876051

Friday, February 7, 2014

macam-macam hal

Seminggu ni macam2 hal berlaku...

1) Saya dah tamatkan perkhidmatan babysitter. Dah cakap elok2 kenapa nak stop. Ngam2 sebulan je la dia keje. Masa nak bgtau nak stop tu punyalah saspen. Saya ni nampak je garang,suara tegas bak kata Athi. Tp hati lembut seh. Dalam hati ada taman bunga. Haha. Bukan apa, takot bs salah anggap. Nnti dia ingat kita benci dia. Atau saya takot dia frust jobless lg. Mcm2 pikir tau nak jaga hati org neh. Taknak dia bawa mulut bukan2. Satu lg sebenarnya sbb saya x reti la nak slow talk dgn org,bgtau tpaksa stop kan perkhidmatan dia. Takot org xle terima. Tp alhamdulillah bs ok je. Dia pun ckp dia mcm xbuat pape kat klinik sbb Qasyaf and Qisya xnak sgt dia layan. So,ok lah. Tamat kisah bs. Mari lah btungkus lumus sendri jaga anak sambil bkerja.

2) Tooth mousse sgt laku. Ada je order masuk. Skang stok dah habis. Tinggal satu je lagi kat klinik,itu pun perisa mint. Bila berniaga on9 ni ,kne btungkus lumus pergi pos laju la plak. Maka tpaksa la angkut budak dua org tu. As always,dukung Qisya,pimpin Qasyaf. Gigih x?  Tp x jugak kurus. Huuuu...

3) Eh,dah tau mcm mana nak kelentong org dlm IG suh muka nampak kurus bila selfie. Hahaha. Skang gian on9 shoping dah dtg balik. Nak bli handbeg blom mampu. So,beli blouse and shawl sajalah. Semua IG jual baju jual shawl yg Balqiesh letak kat blog dia tu saya follow. Ada la selfie dgn shawl baru sekali tu,ramai org komen kurus. Haha. Alasan kukuh neh nak bli shawl lagi. Haha. Lagipun bosan dah tudung btingket2 tu. Btw, sapa nak follow my IG, sila la. Nama harzlen.

4) Arjuna plak sejak keje kat KT,bz manjang. Hamik kau. Takle nak komplen byk la sbb  saya yg suruh mntk pindah kan. Skang miting jauh2 dah. Malam tadi br balik dr KL. Exhausted la jugak menguruskan anak2 dr pagi sampai malam sorang diri. Huuuu...

5) Vocab Qasyaf bnyk sgt skang sampai x terlayan. Kadang cakap teganu,kadang ckp kelate,kadang ckp standard. Tp mmg pandai bodek la. Mntk itu ini. Cakap itu ini,penat mami nak layan. Hehe....Selalu la buat mami marah. Tapi tetap nak peluk ciom mami dan skang langsung xle berenggang.Mmg nak ngikot mami je la.

6) Salah seorang staf saya dah bhenti keje secara kurang ajar. Yes,penggunaan kata kurang ajar tu. Sbb langsung xberadab, tak sopan sedangkan dia nmpk sgt lembut dan sgt baik. Nak tau cite? Heee mmg nak cite ni. Staf saya ni, smlm shif ptg. Patut masuk keje kul 3pm. Tp kul 3.30pm lom sampai. Saya msg tak balas. Then saya kol,masuk voicemail. Ptg kul 5pm saya kol lg, masuk voicemail lg. Ishk,takot ada kemalangan or kecelakaan je. Risau jugak kan. Malam, kul 10pm saya kol,masuk voicemail jugak. Saya pun msg staf lg sorang mntk tlg dia cover lg tuk hari ni. Staf saya dua org je. Pastu staf saya reply katanya tadi staf yg mhilang tiba2 ni dah on phone. Ahhh,ini menimbulkan syak wasangka. Tgh mlm, sambil tunggu Arjuna sampai dr KL says kol lg. Dia x angkat. Saya kol lg dah masuk voicemail balik. Saya pun msg tny ada masalah apa,kalo xnak keje,pulangkan kunci klinik. Dia x reply. Pagi tadi saya ke rumah dia. Berpuluh kali bagi salam tp xde org keluar sedangkan saya mmg tnampak mak dia tgh sidai baju kat blakang,tengok saya, cepat2 lari masuk menyorok. Lama saya tunggu konon pikir dia nak tukar baju ke pakai tudung ke apa kan. Tapi x jugak keluar. Haishhh sgt geram. Mau je aku goncang pagar sambil mjerit. Tp saya ada akal bukan mcm dia xde akal kan.huuuu... Saya pun ke klinik . Tak lama,staf tu sampai. Masuk dgn muka pucat tp berani. Siap bawa adik lelaki teman. Dia mntk maaf. Ckp nak bhenti kerja sbb tiba2 dpt kerja lain. Smlm x bgtau sbb   dlm keadaan bingung katanya xtau nak pilih keje mana. Sepatah msg pun x bgtau sbb dlm keadaan bingung. Bingung ke bengong ?!.Huuu...  dan dtg ni sbb nak pulangkan kunci klinik. Being me,tindakan refleks saya bila ditindas atau dibuli adalah fight back kan. Saya pun fire,sembur dia btubi2. Tp x pandai maki. Ibu ayah saya x ajar maki. Suara je bergema...
 Dia juz minta maaf minta maaf. Saya bkn  marah dia bhenti keje. Tp saya marah dia buat kami mcm org bodoh yg ttanya2 mana dia pergi. Kenapa dia dan mak dia x buka pintu masa saya pergi rumah dia. Saya, Arjuna, ibu ayah,Mak bapak staf sorang lg pun semua tlibat la. Dah semua pelik mana dia mhilang. Mak bapak staf sorang lg pun heran la apasal anak dia kne keje pg sampai mlm sedangkan biasa satu shif je kan. Hishhh mcm2 jenis manusia la. Nampak luar sgt sopan dan baik...Eeee boleh blah!

6) Ni tgh cari pekerja baru. Menyusahkan aku je. Dugaaaannnnn...

Thursday, January 30, 2014

mahu gigi cantik dan sihat?



Bagaimana rupa gigi anak anda?

 Begini?

Begini?

 Atau lebih teruk, begini?

Susah sangat nak gosok gigi anak?
Anak sering mengamuk bila tiba masa gosok gigi?
Anak suka makan manisan?

Atau,
Anak suka gosok gigi,tapi gigi tetap rosak.

Atau,
Anak mudah memberus gigi tapi masih menyusu.

Atau,
Anak sering mengadu sakit gigi, tetapi takut sangat nak berjumpa dentist.

Saya boleh tolong. Saya kini menjual tooth mousse.

Tooth mousse adalah berasakan susu. Ia mengandungi kalsium dan fosfat. Ia membantu memineralisasikan semula struktur gigi yang telah rosak. Dgn kata lain, ia membantu memberhentikan kejadian karies dan gigi berlubang. Jika diguna secara berterusan ia dapat mengecilkan caries.

Tooth mousse tidak dijual di kedai biasa dan hanya boleh didapati di klinik gigi kerana ia adalah preskripsi profesional iaitu hanya boleh diberi/dijual oleh doktor gigi berdaftar sahaja.

Oleh kerana sesetengah tempat, sukar untuk mendapatkan tooth mousse ni,jadi eloklah kiranya saya tolong kawan2 yang memerlukan.

Tooth mousse bukan ubat gigi...

Cara guna; 
Pakai sekali sehari sahaja utk kanak2.Tp jika kanak2 mengalami caries yg serius boleh pakai 2,3x sehari. Gosok gigi mcm biasa dgn menggunakan ubat gigi lain...
 Kemudian amik sikit tooth mousse sebesar kacang pea.Sapu pada keseluruhan gigi dgn jari yg bersih.Biar selama 3 minit.Kemudian ajar anak main2 gigi dgn lidah.Tujuannya tuk bagi tooth mousse ada kontek dgn air liur.Kemudian biarkan.Jangan kumur,jangan makan dan jangan minum at least 30minit.

Tak berbahaya jika ttelan sbb tooth mousse ni berasaskan susu.

Tak sesuai kpd yg alergik susu. Oleh kerana tooth mousse ni jatuh bawah kategori ubat,kalo ada sebarang elergi seperti kemerahan pada mulut,kne stop pgunaan. 

Org dewasa juga boleh guna utk kurangkan sensitif pada gigi.

Harga hanya RM70 + RM6(pos semenanjung) n RM9(pos Sabah Sarawak).

Jika berminat boleh msg/whatsapp saya yea 012-3876051.

Juga sgt sesuai digunakan oleh orang dewasa untuk hilangkan sensitif gigi dan juga untuk mengawal caries. Cubalah!


Saturday, October 5, 2013

kembali bekerja

Mula 1 Oktober baru ni la. Arjuna tanya, apa perasaan?...Hahaha, xde perasaan pun. Ntah la..Mcm plain je rasanya. Mebe sebab hari pertama buka klinik bukan untuk beroperasi lagi kot. Juz sbb nak ajar 2 org staf pasal selok belok kerja. Banyak juga benda nak kena ajar sbb derang xde basic langsung dlm bidang ni. Isntrument punya la banyak derang nak ingat. Tak termasuk material lg. Tp setakat ni Alhamdulillah, derang nampak sgt berminat. Saya bg kebebasan tuk derang label sendri semua barang2..Sbb derang jugak yg akan amik simpan barang2 tu kan..Nampak mcm elok je derang susun atur barang, siap ada nota2 kecil tuk peringatan kat kaunter tu..Ok la tu kan.. .

Anak2?...Qasyaf saya hantar rumah ibu, Qisya saya bawa gi klinik. Secara jujur, bawa anak gi ke tempat kerja ni, tak praktikal langsung. Sekarang boleh la, klinik belom beroperasi sepenuhnya..Patient pun xde..Boleh la melayan Qisya. Lepas ni, in shaa Allah, klinik maju, patient ramai, tak kan nak biar Qisya berbelit di kaki jugak kan. Plannya, bulan 1 tahun depan nak hantar Qasyaf masuk taska dan ibu jaga Qisya plak. Tak pe lah. Qasyaf pun kne belajar dan bersosial kan. Mmg la saya resign kerajaan sbb nak bnyk masa bersama anak. Dgn cara mcm ni pun, saya akan lebih banyak masa dgn anak berbanding kerja kerajaan. At least saya boleh dtg klinik lmbt, balik awal kan..Takde sapa nak marah..Dan utk setahun dua ni je..Bila anak2 dah besar sket, derang dah reti, dah faham, xde la nak melalak je mntk perhatian mami kat klinik kan...Harapnya begitu la...

So, sape yg duduk Terengganu, atau org terengganu, atau ada kampung kat terengganu, sila2 la ke klinik saya yea. Klinik Pergigian Dr Len, di Chendering. Betul2 depan sekolah menengah Chendering. Dekat dengan UiTM dan istana Syarqiyyah. Dekat dgn Puspakom jugak..

Nanti bila ada masa, ada gambar cantik, saya akan buat blog klinik, beserta fb sekali..Jgn lupa like tau!.

Daaa!!!

Monday, May 13, 2013

Tinggal 8 hari bekerja saja lagi.

Weee....
Selepas ni, xde dah setiap bulan tunggu 25 haribulan.
Selepas ni, xde dah perasaan seronok bila patient x ramai, gaji tetap jalan.
Selepas ni,kalo xde patient, menangis sorang2 la saya. Heeeee...

Perasaannya adalah excited. Sbb nak buka bisnes sendri kan..Label sendiri tu.. Oh ya Nahwal...Nama klinik, Klinik Pergigian Dr Len...Hihi...Hey, nama saya la tu. Nama saya Nurharzlena...People call me LEN...kalo kat Tganu ni,jarang la staf tau nama penuh saya..Semua panggil Dr Len...HARZ tu nama dlm alam maya je..But still my name kan...Hihi...

Perasaannya juga adalah takot. Takot klinik x laku. Takot bisnes x jalan. Takot bisnes org dengki. Nama pun bisnes kan..Macam2 dugaan..Haishhh..Sangat saspen.

Perasaannya juga adalah sedih bila memikirkan terpaksa long distance marriage. Semenjak ada anak ni, banyakkkkkk sgt Arjuna tolong kat rumah...Macam mana ni?..Tapi, bukan senang nak senang kan..Saya mahu senang dari segi masa..Mahu menguasai masa..Tak semua benda yg kita nak,kita boleh dpt..Nak sesuatu,tpaksa korbankan sesuatu...Huuuu....Sapa dia org kual Felda?...Or ayah org kuat Felda?..Sial ejas suami saya supaya dpt pindah KT... Nanti saya upah rawatan gigi percuma..Heee..


Ok,lah....Lupakan sekejap pasal perasaan yang macam2 tu..

Lastwiken, balik mengundi kat Kelate kan..

Wiken baru ni plak naik KL...
Penat tau travel ke sana dan ke mari..Bukan dekat.. Paka - Rantau Panjang = 5 jam..
Paka - KL = 5 jam
Ada dua org kanak2 riang lagi.
Penat!..
Plus, saya x suka basuh baju rumah org mahupun rumah mak mertua..Tak kira la lama mana pun balik kampung, saya x basuh baju. Siap2 dah bawa baju tuk 2 hari?, 5 Hari?, seminggu?...Jadi, boleh bayangkan laundry yg tpaksa dibuat bila balik dr kampung mahupun balik dr bercuti...Dgn nak sidai lagi..Dgn nak lipat lagi..Jadi, travel + laundry after travel adalah penat..Sekian..

Heeee....


Wiken baru ni saya ke KL sbb ada dental conference and exhibition..Biasanya ada banyak booth jual peralatan dental. Maka harus pergi sbb nak bli barang tuk klinik kan..Barang besar2 mcm dental chair, compresor dan lain2 mesin2 tu semua dah order. Ni naik KL sbb nak mintak quotation tuk brg2 kecik mcm playar cabut gigi,spana cabut gigi dan sebagainya..Hahaha..Bunyi mcm horror...Tu bahasa Arjuna la..Playar n spanar cabut gigi..Hahaha...

So, terpaksalah nek KL..Kalo ikotkan badan penat,mmg malas..Tp tpaksa la kan sbb nak bli dental instrument and dental material..Conference ni bukan macam soping komplek,ko boleh bawa anak then anak akan berlari2 atau meraung2 buat perangai..Jadi,tpaksa tinggalkan anak...

Terbaru saya tinggalkan anak2 dua minggu lepas sbb saya ada kursus..Tinggalkan dgn ibu. Siang saja. Malam saya balik tido rumah sbb kebetulan kursus area KT je..Qasyaf ok..No hal..Dia dah  besar..Kerjanya main je la..Tp Qisya, Ya Allah, dia buat hal...Nangis nangis dan nangis..Tak nak susu, tak nak makan dan tak tido..Sampaikan ibu xtau nak buat apa..Ibu x mkn x minum sbb jg Qisya..Seb bek kursus tu sehari setengah je..Hari pertama Qisya buat hal..Hari kedua, awal2 lg ibu bawa dia gi jalan..Pusing Giant dr pagi sampai tengah hari..Qisya gembira..Haha...

Jadi, naik KL wiken baru ni, saya bawa Qisya dan tinggalkan Qasyaf..Sian Qasyaf..Sedih sgt nak tinggalkan dia. Tp xde cara dah sbb Arjuna of kos xle handle 2 org sekali gus masa saya nak jumpa supplier nanti..Lagipun,budak xle masuk dlm exhibition..Beberapa hari sblm tinggalkan Qasyaf, bukan main manja lagi dia..Mcm tau je mommy nak tinggalkan..Asik nak berdukung,berkepit dan berpelukan je..Adik plak terabai..Hehe...

Sebelum hantar ke rumah ibu, sempatlah blikan beskal baru tuk Qasyaf..Takot dia bosan kat rumah ibu,boleh main beskal...

Tengok, kan dah cakap, semua benda nak bawa masuk bilik tido..Dengan beskal ni sekali dia main dlm bilik...Gambar ni sebelum kena hantar ke rumah ibu ayah...Sian anak mommy...Masa nak tinggal pun,tinggalkan senyap2..Tok ayah bawa dia naik motor pusing kampung,kami pun blah..Kalau dia nampak sure meraung nak ikot..Sian anak mommy...Mommy terpaksa sayang...Mommy dah bli baju baru dah sebagai upah kne tinggal..Heee...


Kami bertolak ke KL kul 9pm hari Khamis..Sampai dlm pukul 2am..Terus check in hotel...

Baru sampai....Mata bulat sbb dah pulun tido dlm kete...Mommy pun sama,tido dlm kete..Sedar2 dah masuk KL...Hampeh kan mommy..Sian daddy drive sorang...


Pagi esoknya, kami ke conference kat KLCC naik cab je..Sbb pergi dgn Gino, daddy amat sensitif soal parking bila pergi dgn Gino...


Ini anak tunggal tuk 2 hari...Hehe..2 hari x kne lepuk dek abang. 2 hari aman dr sebarang cubitan dan cakaran...Hahaha...


Pusing2 exhibition, tinggalkan kontek no kat supplier, dlm kul 2pm,selesai...Jumpa my aweks aka my old frens Idah and Shida. Pergi lunch sama..Petang balik hotel,ingat nak lepak je,sekali kawan2 ajak makan2 plak..Ni mommy rasa bersalah ni tinggalkan Qasyaf..Kalo hal kerja mommy mcm pagi tadi x bersalah sgt sbb mmg hal kerja kan.Ni hal bergembira,makan2, Qasyaf xde rasa x best sgt..Huhu...2 tempat kami mkn..Kawan sekolah blanja makan kat Kg Baru...Restoran ada kapal tu..Korang org KL mesti tau...Kawan Gino Arjuna blanja makan kat Ampang..Dapat la merasa beger bakar Abang Burn...Femes eh?...

Malam,balik hotel,pengsan..Sbb penat dan kenyang.....

Ini budak yg pengsan dulu...Sian, kepenatan sbb mommy usung ke hulu ke hilir...
Sabtu pagi, check out...


Qisya kena kipnap...Lama benor tunggu lift kat hotel,sampai Qisya kne buli kat foreigner...Heee

Bukti tunggu lif sgt lama...Siap posing2...Haha...Lama weh tunggu masa tu..Dlm setengah jam jugak...
Lepas check out, balik Tganu...
Masa sampai rumah ibu, Qasyaf tgh mandi..Saya intai,nampak saya,terus x nak mandi dgn ibu..Hahaha....Malam tu, Qasyaf tido,asik nak suh peluk dan gosok belakang dia je..Rindu sgt la tu...
Oklah..Tu saja nak coret...
This coming wiken plak, nak ber reunion dgn awek2 UM kat Pantai Tok Bali Kelate...Tak sabarnya... Dah 6 tahun kami x berkumpul sama2...Sangat x sabar hokey!.. :-)