kita2.... ;-p

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 1433H saya....

Tidak sakan.
Memenatkan.
Mendebarkan.

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri. Hari ini 10 Syawal. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yg sudi baca blog ni. Mohon ampun dan maaf sekiranya saya dgn tidak  sengaja pernah mguris perasaan kamu semua sepanjang penulisan saya di sini. Macam mn dgn raya kamu semua? Saya masih dlm mood raya dan bharap agar mood ini semakin best walaupun semakin ke penghujungnya. Ya, saya bharap mood raya ini tidak berakhir cepat sbb di awal aidilfitri, raya saya sedikit kurang sempurna dan hambar rasanya. Semoga,Syawal yg bbaki ini,boleh buat saya merasa raya dgn lebih gembira.

Tahun ini,buat pertama kali dlm hidup,saya beraya di tempat orang. Giliran beraya di kampung Arjuna di Rantau Panjang Kelantan. Mungkin itu sbb utama kenapa saya rasa raya saya tahun ni tak sakan kot.Heee...Bukan raya di rumah mertua x meriah. Meriah sungguh. Cuma,bila mengenangkan ibu ayah di rumah pertama kali beraya tanpa anak2 perempuannya buat saya sedih. Lily,adik perempuan saya juga beraya di rumah mertua kerana kebetulan belum habis pantang dan babynya masih dirawat di hospital.

Saya pulang ke Rantau Panjang selepas solat Jumaat. Ingatkan jalan jam,rupanya tidak. Tenang sahaja mungkin sbb ramai org dah mula balik sejak hari Rabu dan Khamis lagi. Hari Sabtu, kami tiga beranak ronda2 di KB. Pun tidak jam. Pelik jugak. Mlm raya, MIL dan SIL sibuk memasak juadah hari raya. Saya ada juga menolong sikit2.Tp agak tbatas la sbb si Qasyaf asik nak menempel dgn saya.Tmbh pulak saya sendri dah boyot sgt ni hah untuk bgerak aktif di dapur.Hehehe..Bunyi mcm alasan yg best kan..Hehe.Tp betul lah..Bila seharian melayan Qasyaf,menjelang petang,dr pinggang ke bawah ni rasa mcm lenguh2 dan cramp!..Penat melepek!..

Raya pertama,awal pg lg siapkan Qasyaf dulu. Tak pergi solat sunat Aidilfitri pun sbb Qasyaf la.Malas nk bawa dia sbb kompem dia akan buat hal kat masjid. Juadah rumah MIL,nasi dagang kuah gulai ikan tongkol dan gulai ayam.(kalo kat Terengganu,nasi dagang mkn dgn gulai ikan tongkol shj)..Ada juga nasi impit kuah kacang,ketupat pulut dan tapai. Semua MIL yg sediakan. SIL tlg2 je.Pagi,sebelum org pergi solat sunat Aidilfitri,saya dulu yg menyantap semua juadah tu. Hehehe...Lepas solat je,rumah dah penuh dgn tetamu. Bduyun2 org dtg. Sekali lg alasan tgh sarat pregnant dan Qasyaf xnak berenggang buat saya xyah susah2 kne basuh pinggang mangkuk kat dapur.Cuma layan2 tetamu je..Hahaha..Kat rumah PIL ni,xde la plak tradisi beratur salam raya mintak maaf sesama ahli keluarga. Bermaafan dan salam2 secara x formal shj. Kat rumah saya plak,bukanlah formal pun. Cuma ada la sesi beratur sapa salam sapa dulu tu. Sambil2 amik gmbr   semua tu.Ptg raya pertama,lps Asar,barulah jalan2 rumah jiran tdekat.Malam melepek kepenatan.

Raya kedua,kebiasaan rumah PIL ni,xde dah juadah special. Juz mkn biskut raya je la. Tak mcm rumah ibu saya,setiap hari dlm minggu pertama raya,mesti ada menu special tuk tetamu yg dtg. Contoh,kalo 1st day dah nasi dagang,2nd day mee kari pulak.Then soto ke..Then nasi ayam ke..Paling koman pun bila juadah utama dah hbs tp tetamu stil dtg sampai mlm,ibu saya akan buat mee goreng. Takdelah kne mkn biskut raya semata2..Jadi,bila kat rumah PIL ni,mak buyong ni mcm kebulur la jgk nk mkn juadah yg bmacam2.. Hahaha..Tu salah satu sbb rasa raya ni x sakan kot..Heee..Raya kedua pun,stil lepak kat rumah tunggu tetamu dtg je.Ptg br jalan2 ke rumah kawan Arjuna yg dekat2.Mcm tu la suasana raya Aidilfitri kat Kelantan kot. Bg saya,x meriah mana. Raya haji baru la berjalan sakan ke sana ke mari sbb kebanyakan sanak saudara yg buat korban,akan buat makan2 dan jemput semua org dtg makan.3 hari raya haji,barulah gi rumah org dan makan,gi rumah org dan makan lg..Raya Aidilfitri ni mcm x sakan sgt la.

Raya ketiga saya dah tak tahan.Apa kes hari raya main duk rumah tunggu org dtg je. Ishk,x seronok betul!..Awal2 pg dah ajak Arjuna keluar ke mana2 la yg boleh la. So,kami tiga beranak pun keluarlah. Mula2 gi rumah kawan2 Arjuna. Then pergi tgk Izni,member lama saya yg baru bsalin. Kemudian sempat jugak pergi wedding Farra,partner katil saya masa kat MRSM . Then pergi rumah kawan2 Arjuna lg. Menempuh jam dan panas...Hahhh,itu barulah raya namanya!.Malam,ada aktiviti BBQ bsama adik beradik Arjuna. Barulah rasa cam terisi skit hari raya saya.

Raya keempat,pg2 lg bsiap tuk balik KT...Yeayy,kita sambung raya di KT plak..Tak sabarnya nk collect duit raya tuk Qasyaf lg sbb kat KT sure bleh gi jalan beraya kat rumah lebih ramai sedara dan kawan2 saya. Tapi,tup2 ibu kol, ckp ibu nak ke Kuantan segera sbb baby Lily kne masuk ICU. Ibu dah bunyi mcm kelam kabut dan sebak. Baby adik saya tu,lahir x cukup berat. Juz 1.7kg je..Mmg belum keluar wad sbb nak pantau berat dia dulu..Then tetiba didiagnos ada penyakit jantung kongenital. Sebelum ni stabil je tp ntah kenapa tiba2,baby asik menangis je..Bila byk menangis,oksigen dlm badan akan drop dan baby tu akan kebiruan.Kne masuk ICU...Ibu mmg dah xle tunggu lama dah. Risaukan cucunya. Kesiankan adik saya jgk sbb sorang2 kat Kuantan tu.(Ya,mmg adik saya ada keluarga mertua kat sana,tp well,u still need ur own mom kan)..So,ibu terus ke Kuantan dgn adik2 saya yg lain.

Saya plak,dah otw blk KT ni,singgah dan join la jugak majlis tunang sepupu Arjuna sekejap...Dalam masa yg sama,Qasyaf dah mula nmpk mcm x sihat. Muntah dalam kereta 2x..Hbs baju daddy..Baju saya x kena sbb saya pandai elak.Heee...Mulanya ingat nak terus ke Kuantan jugak. Tp Qasyaf nmpk mcm x larat sgt. Nangis je. Arjuna pun mcm keletihan. Maka,kami singgah la kuaters kami kat Paka dulu. Rehat2..Basuh baju. Tido semalaman,mkn ubat, pagi Khamis, pagi raya kelima tu,barulah ke Kuantan.Kami x ke hospital pun.Sbb bukannya buleh gi tgk baby tu.Parents je dibenarkan melawat baby dlm ICU. Kami juz lepak kat rumah Lily. Tak buat apa pun. Juz lepak borak2. It a moral support la kan,satu family bkumpul. Takdelah biarkan adik saya suami isteri bdua je layan perasaan sedih dan risau derang.

Malamnya,lps Margrib,saya bawa adik2 keluar pusing2 bandar Kuantan...Lily lepak kat rumah dgn ibu. Ibu tolong barut dan tungku kan dia. Dia baru 14 hari bsalin seh!..Pas pusing2 bandar Kuantan,blk rumah ,terus tido. Tetiba dalam kul 2.30am,ibu kejutkan saya. Ibu bgtau baby Lily kne hntr IJN segera time2 tu jgk. Menyirap darah bila dgr. Terus segar rasa mata ni. Saya pun kejutkan Arjuna. Kami mcm xtau nak buat apa. Adik saya dgn suaminya dah kelam kabut bsiap. Kemudian,hospital kol lg bgtau salah seorang parents baby kne naik ambulan jgk.Kne iring baby.. Masa tu, kesian sgt tgk Lily dan suaminya. Lily dah x ingt dah dia still dlm pantang. Si suami plak mcm org yg xle nak bfikir. Nmpk serabut dan mcm xboleh nak bcakap dah. Derang dua org mcm ingt nk ke hospital tgk baby semata.Lupa dah bnda lain. Pas derang keluar rumah,kami yg melihat ni barulah boleh bfikir skit.Td blur semacam sampai biarkan Lily suami isteri ke hospital bdua je. Lps tu barulah tfikir nak temankan derang. Arjuna pun terus ke hospital dgn adik lelaki saya. Saya dan ibu tunggu dulu di rumah.

Lebih kurang kul 4am,Arjuna dan adik lelaki saya balik rumah. Katanya derang dah btolak ke IJN. Lily naik ambulan. Suaminya plak follow blakang dgn abah dia sendri. So,kiranya kami menyusul pagi soknya la..

Pagi Jumaat tu,kami sekeluarga pun btolak la ke KL. Terus ke IJN. Masa tu blom boleh melawat baby. Tp baby dah stabil. Ceritanya, tiub yg duk dlm mulut baby tuk bantu pnafasan baby tercabut. Org hospital duk pam oksigen tp oksigen x masuk2..Mmg la,dah tiub tu tcabut. Baby x selesa,so,x bhenti menangis la. Bila menangis,oksigen dlm badan drop. Derang duk pam2 lg..Oksigen x masuk2 jgk..Last2 derang kata jantung baby dah teruk,terus ke IJN. Sampai IJN,pakar cek,benda ptama dia buat,buka tiub yg tcabut yg duk dlm mulut tu..Baby selesa. Baby tenang. Terus x nangis. Oksigen dlm badan pun naik semula. Ok. Sgt hampeh kan!

Masa kami melawat baby ptg tu,baby dah ok dah..Juz pakai 1 wayar halus yg lalu hidung tu tuk bnafas. Kata Lily,bersih je nmpk baby sbb kat IJN,derang mandikan baby. Siap mntk bawa showel gel,losyen, bedak bagai. Dan baby kne pakai baju,mitten & booties mcm biasa. Bukan sekadar pakai diapers mcm kat wad hospital kerajaan biasa tu. Bila tgk semua dah stabil, malamnya,kami terus balik Kuantan rumah Lily semula. Lily dan suaminya sajalah yg stay. Lgpun 2 org kakak suaminya mmg duk KL.Kami ni hah yg kne balik kerja,sekolah semua.

Sabtu, ingt nak btolak blk pepagi lg. Tp semua org mcm penat. Bgn lambat. Tgh hari baru btolak balik. Saya ke Paka. Ibu ayah dan adik2 ke KT. Malamnya pulak,ingt nk berehat golek2 atas katil je,ada tetamu la plak. My SIL singgah otw blk KL dr Rantau Panjang. Pagi Ahad baru derang sambung pjalanan ke KL. Saya dah start keje. Hari pertama hari cabutan selepas raya,klinik mmg laku la. Bduyun2 la jgk org dtg nk cabut gigi. Fuhhh,penat!...Begitulah ceritanya minggu pertama Syawal tahun ni. Baby adik saya dah makin stabil. Dah duk kat wad biasa dan kne pindah balik semula ke hospital Kuantan. Juz nak pantau berat badan je la. Bila berat badan dah naik ke tahap yg ideal, baru gi IJN balik tuk wat operation jantung dia. Semoga Muhammad Wafiq AAmily cepat sembuh dan boleh main2 dgn Qasyaf....


Kami tiga beranak di petang hari raya dah..Comot dah...Pagi2 ms cun org ramai sgt dtg rumah x sempat nak bgambar... Ok lah..Itu saja.. Daaaa!!!

Thursday, August 16, 2012

Selamat hari raya

Selamat hari raya kepada semua yg sudi baca blog ni..
Hati2 di jalan raya yea.
Jgn mkn byk sgt nnti rosak diet.
Jgn lupa pada yg kurang bernasib baik.

Kita jumpa lg seminggu selepas raya okeh!

Wednesday, August 15, 2012

tetiba rasa sgt hiba

Tadi. Masa lepak2 atas katil waktu rehat tgh hari, saya buka blog mommy kepada Hanis Zalikha (xtau sapa Hanis Zalikha?..google sendri..Saya pembaca tegar blog Hanis Zalikha). Saje je. Sbb mommy Hanis Zalikha kadang2 post resepi yg best2 dan senang nak tiru. Tetiba ada cerita tentang dia teman anak bongsunya ke majlis buka puasa meraikan anak yatim. Tetiba dlm byk2 pic majlis iftar tu, ada pic seorang baby anak yatim. Baru 8 bulan. Baby boy. Comel. Terus.....

Owh,mcm mn nak tulis ni..Air mata nak tumpah lg...

Okeh...Tarik nafas dlm2..Kat klinik ni..Kalau nangis,staf nampak..

Tetiba terus rasa kesian sgt2 kat baby tu..8 bulan dah duk kat rumah anak yatim. Org bawa gi buka puasa kat hotel,ikot je la..Baik pulak..Tak meragam pulak kan..Kesian kat baby tu..Mcm mn la dia tido mlm2..Kalau xselesa mlm2,or mengigau ke,ada ke pekerja kat rumah anak yatim tu tgk2kan,peluk2kan dia. 8 bulan ni,beza dgn baby yg still kecik. Baby kecik,xtau apa lg..Tau nak nangis je bl lapar & x selesa berak or kencing..8 bulan,dah mcm ada perasaan kan..Dah kenal org..Dah pandai buat ragam sendri..Dah mula nak belajar itu ini kenal dunia. Tp,dia x kenal mak bapak dia.

Oh..i juz cant write this,,,Takle nak teruskan la!!!!
Hiba sgt!

Tuesday, August 14, 2012

GINO pun nak raya...

Hi...
Siapa yg follow blog ni dr awal tentu kenal dgn GINO..Salah sebuah ahli keluarga kami kan. Ya,dah mcm keluarga dah. Sekali dah jadi mcm madu saya. Sekali dah jd mcm abg Qasyaf pun ada..Hahaha...Tnyata GINO mmg ada tempat khas dlm hati Arjuna.

Malah,ada pengikut diam blog ni,kenal saya,dan tegur saya kat luar sbb cam bila tgk GINO. Ye lah,GINO dah lebih glamer dari tuan blog. Skang GINO dah berubah wajah tau.

Ini dulu...

Ya,sekarang dah berubah wajah

..Siap rim love2 gitu..


Sama je kot rupanya,cuma berubah warna..So, kalau terserempak dgn benda alah kaler ijau ni kat jln raya ms blk kg,jgn segan hon 3x okeh!..hahahahaa!!

Monday, August 13, 2012

mood kerja sudah ke laut!

Ye lah..Mana x ke lautnya. Semalam hari outpatient. Hari cabutan. 7 org je dtg tuk cabut gigi. 2 org datang tuk maternity dental checkup. Biasanya, mau sampai 30-40 org dtg klinik.Start pukul 8am,dah penuh patient menunggu. Kerja sampailah tgh hari. Ini,minggu terakhir puasa,semua org sebok buat kuih raya agaknya.Tak pong,sebok beli baju raya.Sudahnya,saya jugak yg bosanggg!..Hari ni pun,hari appoinment,xde org jugak...Ini yg buat saya mls nak kerja ni..Kalo x kerja,kne cuti.Sayang plak nak cuti x pasal2. Mula la rasa nak mengular. Kat rumah byk lg benda yg nak dibuat. Lipat kain. Kemas dapur. Baju2 Little Q pun belom berbasuh lg. Ingt yg besar2 mcm towel,blanket nak basuh dgn washing machine je.Yg kecik2 baru basuh tangan.Storage botol pun x basuh,x sterilize lg..Haishhh!..Byk kerja rumah nak dibuat.Tp tpaksa dtg kerja..Bila kerja xde kerja nak buat pulak..Adolaa!

Jadi,marilah hapdet blog. Huuuuu

Memula nak cite sal my sister. My sister preggy awal sikit dr saya.Kalo ikot EDDnya,dlm minggu pertama raya ni.Tp dia ada high blood pressure.Baby dlm kandungan plak kecik dr biasa.Tambah lg air ketuban dia dah kering.Maka,on 37weeks,pada hari Rabu lepas,my sister kne induce.Masuk ward Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Asalnya plan nak branak kat Kuala Terengganu je. Tp,dah duk buat follow up dgn pakar kat sana,kne terus masuk ward sana je. Apa lg,kelam kabut la.Sbb semua brg baby ada kat rumah my mom kat KT.Dah la tu,satu apa pun x pack lg,malah x bbasuh pun lg. Ibu la yg kelam kabut. Gopoh2 packing. Baru nak buang price tag kat baju satu2. Baru nak buka plastik satu2. Kejap2 kol saya kne bawa apa. Saya dah pesan dah sblm ni,get ready,pesan lg get ready..Tp my sis buat derk je. Hahh,skang,sapa kelam kabut?!..Haishh! Lps packing mn patut, ibu ayah terus drive ke Kuantan. Saya xpergi la sbb kerja..My sister plak,baru nak tny saya,maternity pad nak beli kat mana,brand apa. Nak suh hubby dia beli..Gamat2!..Masa tu baru nak urus semua...Haha...Mmg pengalaman bharga la..

Masuk je ward,terus my sis kne induce tnpa blengah2 lg..1st induce,bukaan juz 1cm. Esoknya Khamis,awal pagi,dah kne induce for 2nd time.Pakar cek,bukaan still 1cm. Tgh hari doc cek lg,bukaan 2cm. Nak dijadikan cerita,kuasa Allah,lepas je doc cek yg kata bukaan 2cm tu,my sis terus baring semula atas katil,terus tetiba rasa sakit. Sakit sgt2 katanya dan rasa macam nak tkeluar sesuatu.Masa tu waktu melawat. MIL,PIL,makcik dia semua ada. Mgelupur la dia thn sakit disaksikan ramai org.Tetiba keluar darah dgn byk.MIL dia dah nak pengsan tgk.Derang semua keluar sbb xtahan tgk darah.Tinggal makcik dia je kat bed tu. Makcik dia pun selak kain my sis, haaaaaa,baby dah keluar tsembam di katil dlm kain!!!!!!.. Apalagi,riuh semua org. My sister terus ditolak ke labour room utk buang uri dan buat episotomy. Wuhuuuuu,luka episotomy mmg panjang katanya sbb dia main teran je mcm nak berak tanpa apa2 teknik dan tanpa tahu tu nak branak..Adusshhh,saya x tgk pun luka tu,tp dpt rasakan keperitanya!..Sakit wooooo!...Then,semuanya selamat..Baby kne masuk incubator sbb kecik sgt...1.7kg je..Tp jantung,paru2 semua ok..Juz tlalu kecik je.

Ptg Khamis,lps kerja,terus saya ke Kuantan. Tgk emak je la. .Babynya duk dlm ward baby,pengawasan ketat,xle masuk,xdpt nk nengok..Lepas buka puasa dgn family, ibu ayah,balik lepak rumah my sis. Kami plak,terus nek KL. Soping time!!!

Hehehe,cite pasal soping,mesti sengeh je kan.Padahal duit habis. Padahal penat melampau.Padahal lenguh kaki sampai naik urat hijau kat betis ni hahh..Itulah,keajaiban soping..Kahkah..Baju raya saya dah setel.Tinggal tunggu tudung je sampai.(tudung beli on9)..Then,beli belah tuk adik2 jugak. Baju Qasyaf dan Little Q btambah lg..Haishhh,byk la plak baju little Q bila dikumpul tuk basuh. Mcm mbazir ke eh? Sbb saya mmg beli baju kecik2. Takde istilah beli baju besar supaya boleh pakai lama dlm kamus baju anak2 saya ok..Kesian tgk baby pakai baju gedoboh...huuuu....Dan dlm semua baju Little Q tu,sehelai je baju warna puteh bersih. Saya beli jugak puteh selai kot2 nnti Little Q tu boboi..Hehe..Kalo boboi,sementara bli baju baru,pakai lu baju Qasyaf ye sayang..Tinggal kasut raya Qasyaf je blom beli.Sandle dah beli.Nak jugak beli kasut.Itu daddy punya hal..Sbb dia beriya nak bli kasut Adidas jgk.

Tahun ni raya pertama kat Rantau Panjang..Sian ibu.Anak sulongnya pertama kali xde time raya. Anak kedua plak,belom tentu boleh balik sbb baby still kat ward. Nampaknya,anak ketiga dan keempat which is anak jantan la kne tolong masak and letak kuih dlm balang..Hurmm...Anak bongsu,anak gadis darjah tiga,boleh gak tolong lap2 pinggan gelas..Selebihnya tolong melaram je la..Tak kan nak suh wat air..Kecik lg..

So,itulah serba sedikit cerita bbrp hari lps..Tak tau la ada pos lg x sblm raya ni..heee...

Wednesday, August 8, 2012

randoms

Assalamualaikum readers...

:-)

Lama pulak saya x bsopan santun beri salam sebelum buka bicara kan..Heee...

So,how's ur Ramadhan?..Pejam celik dah nak raya pun kan. Lebih kurang 10 hari je lg Ramadhan akan tingglkan kita. Saya sendiri,Alhamdullilah,masih diberi kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa tanpa ponteng walaupun dah 2x tak terjaga tuk bgn sahur. Dan,lately, ntah kenapa,bila bgn sahur,sangat tak lalu rasanya nk mjamah nasi walau sesuap. Saya hnya mkn kuh muih atau roti saja. Dan minum milo atau susu. Ok lah..Boleh la bthan sampai waktu berbuka.Tp mjelang petang,lemah longlai la jugak sampai nk bcakap dgn org pun malas. Huuu.. Tapi bila sampai rumah,mengadap muka Qasyaf,serta merta lupa tentang lemah longlai. Budak tu,manja bebenor skang ni. Jumpa je ptg,nak kne gomol ciom2 dulu.Kalo x,dia yg dtg ciom mommy..Mommy nak berehat sambil baring2 golek2 atas katil pun xleh.Nanti dia akan dtg merangkak.panjat atas mommy,ciom2 mommy dgn air liur dia..Yakk!..hahaha...

Last wiken,kami balik kampung Arjuna.Nun di Rantau Panjang. 4 hari kami di sana. Kat kampung,walaupun ada tok ma dan tok abah,Qasyaf tetap nak bkepit dgn mommy daddy. Kalau boleh,dalam 1 masa tu,dia nak dua2 ada dgn dia.Pantang salah seorang bgerak lari sikit,mula la dia mengejar..Aiseh..Skang ni plak,dah pandai nak memanjat,kemudian bdiri,kemudian lepas tangan dgn eksyen. Kemudian jatuh kedebuk!..Tp,x putus asa,bdiri lagi..Dlm fasa mcm gini,dah bbrp kali dia jatuh thantuk..Melalak la seround dua..Huuu..Qasyaf jugak semakin garang.Tak boleh halang keinginan dia.Nanti dia akan mjerit2.Haishh,tu tanda protes nak dpt adik ke?

Baju raya Qasyaf dan daddy dah setel.Puas tu pusing KB cari baju melayu sedondon.Cuma Qasyaf punya agak besar sikit.Kne alter panjang lengan dan labuh seluar. Malas tol mommy nak pegang benang dan jarum skang ni.Huuu...Tinggal baju raya saya je la x setel lg. Susah nak cari baju cun bila preknen sarat mcm ni..Kalau cun pun,mana muat perut ni. Last year pun,dah last2 minit br beli jubah.Itupun bila pakai,bahagian belakang baju jd bkedut2 sbb agak ketat di perut.Alahai.Ini nak kne cari baju yg sesuai,sama kaler plak tu dgn anak dan suami. Jenuh seh. Untuk baju jubah or kaftan ni,i prefer not to do on9 soping.Sbb takot x padan. Baju lain xpe..Oh ya..Saya baru je terima parcel dr Jessabella. I bought 2 helai sleeveless maxi dress plus size.Very nice!Kain pun cantik.Nanti ada masa saya update gambar yea. Cuma,mmg utk plus size la.Kalau preggy mcm saya ok la.Boleh pakai..Itu pun agak longgar2..Dan be aware,baju dia labuh la..Agak meleret..Kne alter sikit nanti tpijak kain lak.Huuu...Saya ingt nak buat baju tu as baju raya je..Boleh pakai raya ke 2 ke,ke 3 ke..(raya pertama mesti ikot tema kaler sama Qasyaf dan Arjuna kan which is hijau!...Maxi dress yg saya beli on9 ni polkadot merah dan satu lg electric blue)..Oleh kerana sleeveless,nak padankan dgn chiffon cardigan dr Misslily..Oleh kerana cardigan tu pre order dan belom sampai lg dan tuannya ni dah x sabor nak pakai baju baru,maka,saya pakai je hari ni.Dipadankan dgn jaket hitam.Lagipun nak bg ceramah kat sekolah menengah hari ni.Mesti la bgaya sikit kan..Hehe...Ehemmm,itu soal baju..Barang special dr Buggybabyboogie pong dah sampai..Lompat bintang!.. Gorgeous ok!..Hihi...Will reveal dlm entry akan dtg yea..Heee..

Skang,tgh usha clutch plak..Ingat raya ni nak pakai clutch je. Mcm malas nak beli on9 sbb this wiken insyaAllah,kami akan bsama2 menyesakkan KL yg tgh sesak tu..Haha..Tgk lah mcm mn...

Ok,what about Little Q?..Hurmm,barang2 byk lg yg belom setel ni. Ada sebulan lebih lg kan. Sempat la kot..Baju,storage botol,breastpump,semua x basuh lg...Akan disetelkan sebelum raya kalau rajin..Hee..Last check up lastwik,berat saya turun sekilo. Agak memeranjatkan..Tp,mungkin sbb puasa kot.Tp Little Q aktif mcm biasa. Dan mula mengeras..Bila perut mengeras,Qasyaf pulak duk gomol mommy,mak aihh,senak rasanya!Tp xpelah,itu mungkin bonding antara Qasyaf dgn adik kan..Ingt mlm ni nak gi check up kat private pulak. Kita tgk gender sekali lagi yea..Jgn doc tukar ramalan sudah. Saya dah beli semua pink nih!

Rasanya,itu saja update kali ni...Till then..Daaaa!!!

Wednesday, August 1, 2012

budak kampung baru nak kenal STORKSAK

Saya la tuuu..hihihi....
Macam mana saya bertatih tuk kenal Carlo Rino,kemudian Guess, kemudian Coach..InsyaAllah nanti kenal Gucci, kenal Prada dan kenal Dior.
Macam tu la jugak saya bertatih kenal Disney Baby, kemudian Bumblee Bee, kemudian Carter.
Sekarang mahu kenal Storksak.
Oh ya..Im talking about bag again and again.
Sila jgn bosan. Sbb inilah saya.Jika bosan,pergi baca blog lain..Hehe..

Founded by Melanie Marshall and Suzi Bergman, in 2003 London.

Following Suzi’s career in law and Melanie’s in fashion and textiles, their combined experience has been paramount to the success in building Storksak.

Creating bags that are highly fashionable without sacrificing function, Storksak has carved out a new niche in parenting bags. Exceptional quality and detailing, the collection now includes; luxury leather Womens and Mens bags, accessories and original printed bags.


Setelah gigih menggoogle (gigih la sgt kan), saya jumpa dua penjual atas talian yg nmpk boleh dipercayai yg menjual storksak..

buggybabyboogie

babypinkcollection

Kedua2nya boleh dijumpai di facebook juga..
So,check it out!

Btw,glamer sgt ke Storksak neh?
Well....

Brad Pitt & Storksak Jamie Espresso

Angelina Jolie & Storksak Emily

Rebecca Gayheart & Storksak Jools

Jessica Alba & Storksak Dori

Till then..Daaaa!!!!