kita2.... ;-p

Monday, July 30, 2012

of diaper bags...chic diaper bags actually :-)

Well, i am handbags lover. Sangat suka pada handbag. Giler handbag mungkin. To be precise, branded & designer handbag actually. Hurmmm...Saya tak kisah pakai baju pasar malam asal handbag saya ada jenama. Saya tak kisah pakai sandle murah asal handbag saya mahal. Ya, it juz handbag. Masuk shopping mall, takpe tak singgah butik baju asal boleh cuci mata kat butik handbag. Kalaulah saya kaya, dah berbelas LV agaknya ada dalam koleksi saya. Kalaulah saya kaya,tiap bulan pun mau beli Gucci. Kalaulah saya kaya, Tods tu buat pakai gi pasar je. Iskk, tak baik berkata kalaulah. Syukuri apa yg ada. Dan kene berusaha untuk jadi lebih maju dalam hidup. Betul tak.

Ok,berbalik pada handbag. Princess Vee is doing her July Final sale!!!.Rambang mata ok!. Much cheaper than actual price kat butik. Bukan sebab barang tiruan. Tp sbb dia beli direct dr US kat outlet dan dia tak perlu sewa butik tuk beg2 dia tu.

Dan saya terus jatuh hati pada ini.
Dah lama sebenarnya jatuh hati. Tp,rasanya masa tgk hari tu kat satu website ni,harganya lebih mahal..Kali ni mcm murah..Sikit la...Yummy..Menggoda jiwa. Terus whatspps Arjuna ckp nak beli ni boleh?.And he said OK....Yeayy!.. But, but, but, im a mommy now. Kenape la bila dah jadi mommy ni, otomatik pemikiran jadi lebih matang la pulak dah. Berbaloi tak beli handbag tu? Pakai sekali sekala bila pergi miting je. Ya,juz bila pergi miting. Sbb datang keja kat klinik, saya tak bawa handbag pong. Sbb bila handbag mahal ni,macam sayang pulak nak buat bag basahan gi kerja,then letak kat klinik, then tetiba kne enviroment klinik,salah letak,terpercik air liur patient..Eeee,bek simpan kat rumah kan. Datang kerja pun jalan kaki je. Lenggang bawa purse sebiji sudahlah. Maka,handbag2 saya hanya digayakan sewaktu pergi miting sahaja sekarang ni. Sbb bila gi jalan2, most of the time, di mana ada saya,di situ ada Qasyaf. Bila ada Qasyaf, maka kena berangkut diapers dia la,botol susu dia la,burp cloth dia la. Jadi, sejak jadi mommy ni,say lebih banyak bergaya dgn diapers bag. Hurmmm,berbaloi tak beli? Kalo duit mmg bkepuk2,tak apalah kan nak beli banyak mana pun. So, now im thinking of buying bigger handbag yg boleh dijadikan beg anak2 jugak. (Ya,anak2 la. Kan ada sorang lg nak keluar ni..Hehe)...
Ini macam best kan. Sbb besar. Boleh sumbat macam2. Boleh guna untuk jalan2. Boleh bawak gi miting. Well,i dont mind oversize bag. Hurmm..Tp kan,dah nama pun handbag. Bukan diaper bag. Maka ia xde ciri2 yg diperlukan untuk sebuah diaper bag. Ciri2 diaper bag yg baik adalah:
- Mesti besar sbb nak sumbat macam2
-Banyak compartment sbb nak letak diaper, botol susu,toiletries baby, towel baby,purse mommy & handset mommy...Taknak la semua brg tu bcampur aduk dlm bag kan...
-KALIS AIR luar & dalam. Amat penting ya. Sbb susu tumpah & baby muntah adalah perkara biasa!

So,nampaknya handbag di atas takde ciri tu semua. Ayooo!!!!...

Huhuhu..Apasal la aku kecoh sgt ni?! Pasal nak beli handbag je pun kan.!

Sebabnya, mcm dah ckp awal2 td, i am handbag lover. Suka branded & designer handbag. Dalam masa yg sama, masih memikirkan pro & cons beli handbag mahal sbb saya bukan byk duit sgt. Plus ni nak raya lagi. Plus ni nak beranak lg. Barang2 anak2 lg penting kan. Heeee...Makanya, apa kata kita cari altenatif lain?

Just because you are a mom, doesn't mean you have to sacrifice your style! The fashion world has finally recognized that diaper bags don't have to be dowdy (or covered with cartoon characters!) to be functional, and there are some awesome choices out there when it comes to deceivingly stylish diaper bags. sumber

Ya,setuju sangat kan dgn penyataan di atas.

Diaper bag yg saya duk uli sampai lunyai dari Qasyaf mula lahir sampai sekarang adalah ini.
Sangat best sebab ada banyak poket luar dalam, kalis air, ada changing mat. Yang penting tak nampak macam diaper bag kan. Masa tu, takde plak tfikir nak beli designer diaper bag. Sbb tak tahu pun kewujudan designer diaper bag ni. Plus masa tu baru beli Coach sebijik.Takde la heran nak beli diaper bag yg mahal kan. Hehe..Kali ni,sbb nak kena beli diaper bag baru sbb ada baby baru & yg lama dah lunyai. Disamping tu,nak jugak beli handbag baru sbb....sbb...sbb...xde sbb la..Beli handbag kena ada sbb ke oi?!!..haha..

So, setelah menggoogle,saya jumpa bbrp designer / chic diaper bag yg boleh dibuat handbag jugak. Kita abaikan diaper bag-tak-mampu-milik macam LV dan Gucci ok. Kita tgk yg sedang2 tp bukan kartun2 warna warni...Jom intai!


Marc Jacob.. Ada dua tali. Boleh galas, boleh pegang. Siap ada changing mat. Ada kaler hitam & purple jugak. RM1220. Tp tak tahulah material dia mcm mn. Personally,saya mcm tak berapa berkenan.

Oi Oi Red Weathered Leatherette Ruched Tote Diaper Bag. Harga dalam RM600++ kot. Tp macam susah nak dapat je kat Malaysia ni. Ke ada sapa2 tau ni boleh dapat kat mana? Kalo siapa tau,plez inform me.
Storksak Olivia. RM599...Sukeeeee!!!!...Storksak mmg personalize in diaper bag. Dan biasanya mahal bangat. Tp yg ni rasanya affordable sesuai dgn design dan fuction nya. Ada jual kat Buggybabybuggie. Macam ini je yg dah melekat di hati ini. Heeeee....

Sementara perasaan ingin tgh meluap2 ni,kne beli cepat ni..Karang ada je duit terbang ke mana2 kan..Haha...

So, ada cadangan lain?...Do respon me ya!..Sehingga jumpa lg...Daaaa!...


Wednesday, July 25, 2012

cerita tentang makan..suka?

Assalamualaikum.
Kenapa ya,bulan puasa je org sebok pasal makanan. Padahal bulan lain,hari lain pun,makan jugak. Bukan x makan. Tapi,bila masuk Ramadhan,jadi macam pesta makanan plak. Kat area saya sendri, tapak pasar malam dijadikan tapak bazar Ramadhan dgn keluasan yg bganda dan kanopi yg bkali2 lebih bnyk dan besar. Macam2 juadah ada. Dan kita sendri,yg kurang gemar makan makanan beli,sampai pening2 kepala duk mikir nak masak apa tuk buka puasa. Padahal,dah mmg hari2 pun masak tuk family. Takde plak nak pening kepala. Ni,pelik,Ramadhan mjengah,kita sebok sgt2 fikir pasal makanan makanan makanan. Betol x? Saya ckp ni,bukan nak ngata sapa2,tp sebagai muhasabah diri sendri jugak. Masa bukan Ramadhan,saya x kisah pun xde kuih pencuci mulut lps mkn. Tapi, bila soal bbuka puasa,tekak ni suka la sgt kalo ada kuih muih selepas makan nasi tu. Haishhh!

So,kat sini hari ni,nak bg resepi sket tuk sapa2 yg xde idea nak masak apa as pencuci mulut. Juga idea tuk korang masak apa tuk family.

Last Thursday, klinik ada buat gotong royong. Saya kan tetiba EL. Duk rumah je dgn Qasyaf. Tp sempat la jugak sediakan food sikit tuk staf2 rasa. Dalam Qasyaf duk melilit di kaki dan menyepahkan segala yg ada di dapur sambil mulutnya mbebel2,dapatlah jugak menu yg kononya mudah tuk saya buat. 

pavlova & baked makaroni

Buruk kan rupanya.
Resepi pavlova boleh amik sini.
Resepi baked makaroni boleh amik sini.
(heeee,malas tol i nak menaip kan)...
Dua2 blog tu blog masak2 feberet saya. Begitu juga dgn blog Azlita Masam Manis. Dgn blog Kak Nor secubit garam..Cita2,nak jd mcm derang..Mak aih,tinggi tu cita2..heee

Sabtu 1st Ramadhan, kami balik rumah ibu ayah. Menu buka puasa, ibu masak rendang daging (my feberet forever & ever), ikan keli blada dan ulam2. Pas mkn nasi, mkn rendang dgn ketupat pulut yg dibeli kat bazar Ramadhan. Jgn tkejut yea. Mmg kat Terengganu,ketupat pulut tu makanan biasa,bkn makanan hari raya semata2..Hehe..Mkn jugak pulut panggang dan satar goreng dr bazar Ramadhan jugak. Sedap.

2nd Ramadhan. Ibu masak nasi minyak dgn ayam masak merah. Pcuci mulut juz beli onde2 (buah melaka) dr bazar Ramadhan. Saya sendri gediks gi cari red velvet cake kat satu kedai kek ni sbb teringin sgt nak mkn. Beli yg bentuk cupcake je. Bedal 2 ketul sekaligus.Haha.

3rd Ramadhan dah blk rumah sendri,dah kne masak sendri la. Menu simple je, singgang ikan tongkol.daging goreng kunyit letak sos tiram dan sira labu!..
Ya,sira labu.Ntah dr mana dtgnya selera nak mkn sira labu. Kebetulan mmg ada labu kat rumah,which is stok lauk tuk Qasyaf.So,songlap la sikit. Resepi sira labu ni of kos la ikot cara Kelate.Ada negeri lain yg tau sira labu?

Resepi sira labu :
Labu (pumpkin) dibuang kulitnya dan dipotong sejuring2.
Rendam dlm air kapur. (saya rendam dlm sejam je)
Gula melaka,dicairkan dlm air yg mendidih. Sikit sj yea sbb bukan nak hirup pun kuahnya kan.
Bila semua gula melaka dah cair,masukkan labu yg dah dibasuh tadi,masukkan sehelai daun pandan dan 3,4 biji cengkih,kalo nak manis lg,masukkan gula dan tutup periuk.
Tunggu sampai air kering.
Siap!

Senang je kan.Hehe..

Semalam,menu saya, daging singgang ala Kelate (gigih saya tumbuk cili kering tau sbb nak dpt rasa betol2 mcm yg Kelate punya. Seb bek Arjuna puji..Hihi)..Tu je yg saya masak. Kebetulan plak masa duk pikir nak masak apa lg,BS Qasyaf kol ckp nak hntr lauk.Dia bg asam pedas ikan tenggiri dan terung sambal lada.Arjuna plak gi beli pajeri nenas & murtabak ayam kat bazar Ramadhan. Makan itu la kami masa bbuka,Arjuna mkn lg slps terawih dan ada lg tuk sahur. 3x mkn br licin.

Hari ni punya,dah ada dlm kepala nak masak apa. Tp mcm penat la plak. Tgk lah mcm mn. Akan di pos tuk entry akan dtg kalau rajin.Hehehe...

Ok lah. Tu saja daaa!

Oh ya,btw,skang kat rumah ada 3 bekas makanan yg belum bbalas. 2 dr BS Qasyaf,1 dr staf.Yg staf punya ni dah bkurun dah...Nak balas dgn makanan apa ek?..Buntu. Ingt nak buat puding.Tp mcm leceh..Adeh...huuu

Monday, July 23, 2012

Ramadhan ketiga kami suami isteri

3 Ramadhan 1413h...Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua yg sudi jengok blog picisan ni.Saya pohon ampun kalau ada tkasar bahasa,dgn tak sengaja mguris perasaan siapa saja di antara kamu yg pernah singgah di sini.Maaf yea semua.Mari kita sama2 hayati Ramadhan ini.

Hurmmm,dah tiga hari puasa baru nak wish,Hehe.Mak x sempat la nokss.Buka blog sempat,tp x sempat sgt nak menulis panjang.

Nak mula dgn cerita apa ek?Hurmmm....

Little Q is getting bigger dan sgt aktif.Sometime i wonder,betul ke gender yg doc predict nih.Aktif semacam je.Menendang2 mcm lebih dasat dari Qasyaf je.Hehe.Dan juga mula mengeras mcm mgeliat dlm perut mommy.Buat mommy jd ketat perut bila duduk lama2.Bila bdiri plak,lenguh kaki,lenguh bontot. And i start wearing maternity outfit.Yg x bestnya,x byk baju baru pun.Ulang pakai baju lama je.Bosan!.Nak beli byk2 mcm mbazir sbb baju lama masih nmpk mcm baru.Tp ni tgh giat usha baju raya.Tahun ni 1st time beraya pertama kat rumah in law..Nak jugak 4,5 pasang baju raya cantik kan.Eh,ada kne mengena ke?Hahaha...Ok,bbalik pada kisah little Q. Masa awal pregnancy,saya kan x sedar pun sy preggy.Takde alahan apa semua.Ni bl dah masuk 3rd trimester,fuhhh,mula la semput,penat,cramp kaki,mcm2 la. Last wednesday,masa morning session,saya pergi skolah menengah tuk wat treatment.Ada sorang budak ni kne wat cabutan.Gigi dia dah teruk sgt.Badly caries sampai tinggal tunggul je.Mak aih,punyalah susah nak mcabutnya. Dah la dental chair kat sekolah tu,portable punya.Takle nak laras tinggi rendah.Rasa nk tcabut pinggang ni hah sbb gigi budak tu. Balik kuaters waktu lunch,yerus 'pengsan' atas katil.Ingat nak lepak kejap je.Tp x larat sgt nak bgn.Pukul 2pm,dgn x bmaya kol klinik ckp x masuk ptg tu.Pastu saya terus sambung pengsan sampai kul 4pm!.Kul 4pm tu la baru thegeh2 bgn solat zohor.Apadaaa..huuuu...Tp siyes,penat sgt!

Esoknya,Khamis,klinik ada gotong royong bulanan.Aduhai,pepagi,my energy mmg hebat.Tp kemalasan plak mbuak2.Malas tol nk gi keje kalo stakat nak mmantau anak buah bgotong royong.Then,sekali lagi saya buat klinik tu mcm klinik sendri.Hihi..Saya amik EL.Ingat nak hntr je Qasyaf ke bs.Boleh saya buat keje rumah skit.Hajat di jati nk masak2 sket tuk staf yg tgh gotong-royong.Tp,budak encem tu mgoda jiwa mommy la.Senyum,ketawa,buat muka manja,x jadi la hntr ke bs.Maka bsilat la saya di dapur dgn Qasyaf..

Kisah Qasyaf plak,he is getting heavier n heavier!.Check up 10m lastwik,timbang,dah 10kilo!.Tapi bila dukung,mcm 15kilo je rasa.Haha.Tambah plak skang ni dah sgt laju merangkak,dah mula nak try bdiri dgn bgantung kat kerusi,walker,katil,waduh2 penat betol nak kawal dia...Tmengah2 rasanya.Semput.Ada sekali hari tu,lastwik,tp lupa hari apa,kami mommy daddy sama2 tgh mandikan Qasyaf.Saya pegang,Arjuna jiruskan..Qasyaf mcm biasa la,bila mandi mmg tkinja2 seronok mcm x pernah jumpa air..Melompat2 dia masa tgh mandi.Sekali ntah mcm mn,dia tlepas dr tgn kiri saya..Kaki Qasyaf ms tu mmg kat lantai..Tp,licin kan,tgn kanan saya x dpt nak grip..Elok je dia tlentang dlm bilik air tu..Momentum jatuh tu mcm x kuat,tp selak la jgk menangis sbb tkejut kot..Tapi kejap je..Lpas tu,ok,dan aktif mcm biasa..Harap2 xde papelah..Yes,jg Qasyaf sekarang kne ada stamina yg tinggi...Kalo penat ke,lenguh ke,bek toksah..T mbahaya kat dia jgk..Huuu..Actually lengan kiri saya mmg lenguh2 masa tu sbb br lps kne injek tetanus booster...Huuuu...

1st Ramadhan tahun ni,jatuh pada besday Arjuna.Tapi kami x celebrate pun lg.Hadiah pun bini di ni x bg lg..Pospone yea bang..Tunggu gaji yea...huuhuhu...Kami buka puasa rumah ibu ayah,,Seronok betul derang bila Qasyaf balik..Dgn Qasayf plak mcm2 kerenah..Riuh rendah rumah ibu ayah,,Bila nak blk kuaters balik,mcm biasa,chudik akan menangis2 tak bg anak sedara ptama dia tu balik..Hailah,kesian tol tgk,,Tp nk buat mcm mn,mommy pun xle bpisah dgn Qasyaf,,Takkan nak tinggalkan Qasyaf rumah ibu ayah kan...huuuuuu...Hari ni dah kne masak sendri dah...Nak masak apa eh?Buntu..Setakat mkn 2 org,x bbaloi, asak yg hebat2 kn..Tp,kesian plak Arjuna kalo msk cincai2...Hurmmm.....

Thursday, July 19, 2012

psssttt....

Apa aku dah buat ni.....
Pink & girlie! Kalo keluar boy,mommy janji mommy on9 soping secepat mungkin lps kita balik hospital yea sayang.. Tak pun,otw blk dr spital kita singgah kedai beli baju baru ek.. Heeee

Masa Qasyaf dulu saya x plak bias ms beli baju walaupun dah tau gender..Kali ni xle thn godaan pink la..hihi

Tuesday, July 17, 2012

hilang ingatan

Bukan lah hilang ingatan mcm Lisa Surihani dalam Lagenda Budak Setan or mcm Drew Barymore dlm 50 1st Date..Cuma,hilang ingatan iaitu lupa. Tak ingat. Cannot remember. Aduyai. Bbrp bulan lepas ada member blog tulis pasal simptom mudah lupa masa hamil kan.Saya pun dah x ingt sapa yg tulis tu..Huhuhu..Sekarang,saya plak yg mcm tkena simptom tu.Haishh,mengandung ni mcm2 la..

Saya x biasa dgn lupa2 ingatan ni. Sbb saya jarang lupa. Saya ingt mana ibu simpan barang dlm rumah ibu ayah tu. Saya ingt mn Arjuna simpan barang dlm kuaters kami.Saya ingat tarikh2 penting.Saya ingat nak beli apa kalo gi soping. Saya ingat dgn siapa saya bjual beli dlm talian. Saya ingat saya sorok barang2 ttentu kat mn.Tapi sekarang,semua saya lupa.Mulanya saya sendri x perasan simptom ni tkena pada diri saya.Tp bila kerap sgt blaku,sah,kompem,saya kne simptom cepat lupa.Itulah,suka sgt ckp org lain nyanyok bila org lain lupa apa2.Sekarang tkena batang hidung sendri.Harap lps little Q keluar,semua kembali seperti biasa.Tak pun sbb byk sgt urat putus masa teran nak beranakkan Qasyaf dulu kot...Ntah..

1 hari tu Arjuna tny mana pouch bag dia. Saya ingt saya simpan,tp saya x ingt saya simpan kat mn.Puas geledah almari bilik kami,bilik tamu,rak kasut,rak tv,x jugak jumpa.Last2 perkara tu dilupakan begitu saja.Tapi hari tu,tetiba saya tjumpa blk pouch bag dia.Eh,jumpa kat mn eh?Ayoooo,lupa!..Dan x tau kat mn dah saya simpan blk...huuu...

Saya yg selalunya simpan surat2 penting,or dokumen2 penting or bil2 yg x bbayar lagi.Biasanya simpan satu tempat la.Tp,kadang2 bz,sy letak je mn2 dulu dan saya ingt saya letak mn.Tapi skang,dah xle tangguh simpan tu semua.Sbb saya mmg akan lupa kat mn saya letak.

Ada sekali,Arjuna pesan kalo gi kedai,blikan ridset.Saya siap tulis atas kertas dan bawa list brg nk beli tu takot lupa.Balik rumah,Arjuna tny bli ridset x,saya boleh blank,tkebil2 pikir lu.Padahal saya dah beli!..Parah!..

Tadi plak,siap kuar awal dr waktu lunch sbb nak bli groceries.Azam nak buat baked makaroni tuk staf ni.Maklumlah,Khamis ni kami ada gotong royong bersihkan klinik.Plis,dah nak puasa kan.Nak jamu la staf sikit dgn air tgn bos ni.Ok,nak buat baked macaroni.Semua bhn dah beli.Tapi saya lupa beli makaroni!!Ayoo!.Kne gi kedai lg sekali la nmpknya..huuu

Habit on9 soping mmg xle nak kikis.Tgn asik nak klik nak order.Tp,sejak2 hilang ingatan ni,boleh plak ttukar penjual.Saya beli dgn org lain,gi tny feedback mntk tracing no dgn org lain.Memalukan.Bila brg sampai lak,boleh tfikir sendri,bila plak aku ordee brg ni?..huuuu

Satu lg,bl melibatkan staf. Staf inform nak cuti ke,nak gi miting ke,nak mc ke,ada program ke,semua saya lupa dan btukar2..Mcm eh,kenapa dtg keje?Bkn ke tadi SMS kata demam nak MC?Staf pun akan blur,bukan sy Doc,rasanya si anu tu yg msg Doc..Ok,malu lagi.Lupa!

Huuuu,itulah dia apa yg saya lupa yg saya ingt nak tulis stakat ni.Sikit je Allah tarik nikmat,dah kelam kabut hidup kan.Insaff.

Sunday, July 15, 2012

10 months young!

13 Julai,Qasyaf turn 10m young!..
Sekejap je kan..
Tak lama lagi mommy boleh buat besday party..
Dah mula duk pikir pasal tema neh.Hihiho..
Tak pun,tema hari raya,sbb besday Qasyaf masih dlm bulan Syawal.Tgk la dulu mcm mn..Tp dlm kepala ni,dah mcm2 plan. Kek,food,deco,baju Qasyaf dll..Little Q,plez jgn keluar awal yea..Bagi la chance Qasyaf celebrate besday dulu..

10m,Qasyaf.....
.....dah pandai merangkak...Pantang kne tinggal,laju je dia kejar dgn merangkak.Pastu kalo jauh sgt,akan bhenti tgh jalan nangis sbb xde stamina..kahkah..
.....suka sgt geget hidung mommy daddy..Daddy sengaja je tu bg Qasyaf geget hidung dia!..Mommy plak,kne geget bila Qasyaf geram dgn mommy..Bila mommy marah dia buat sumthing,dia akan protes,naik atas badan mommy n geget hidung!..T mommy akan lemas dgn air liur dia yg byk...Eeee,,yaaakkkk!...hahaha...
.....Gigi dah tumbuh sebatang oi...Haha..Baru nak tumbuh..Tu pun x berapa nampak lagi...
.....Kehandalan menjerit mmg mjadi2..Tak puas hati jerit,seronok pun jerit..
....Dah pandai bad mood,pandai lambai,pandai tepuk tgn..
....Dah mula blajar mkn benda2 kasar..Tapi mommy lebih suka blend bubur supaya Qasyaf mkn lebih laju..Boleh mkn daging tp xle selalu..T naik gatal2..
....Pandai buat muka protes bila pagi2 kne hntr rumah bs...Muncong sedepa!Tp bila tgk muka bs,ok je...Xde lah nak nanges..Terima seadanya la tu kne tinggal rumah bs bl mommy keje..
....Asal duk atas carseat baru je menguap...Gerak x sampai 15 minit dah lena..Haha..Padahal nak kuar makan je pong..
.....Kalo berak byk and kerap sket,mula la bontot melecek..T akan nangis penuh kesakitan..Kesian anak mommy..Kulit sensitip sgt!
....Suka fresh oren!...haishhh,awak tu kecik lg!..mommy bg rasa hujung lidah je..
.....Kalo main dgn chudik,buat chudik ketawa sampai mengigau!...Seronok tol chudik bl ada Qasyaf..
.....Kalo dgr n tgk org azan dlm tv,terus bhenti main..Fokus pada tv...Besar jd ustaz ek sayang...heeee.
....Takde cerita fav..Juz suka tgk iklan....


Hurmmm,itu je kot pkembangan sikit sebanyak 10 m ni...
Wiken,kami tperap kat kuaters je sbb sy oncall...
Bila ada kes baru anak beranak ni kluar rumah...
Tp,ptg Jumaat,acara wajib,jalan2 kat pantai,pekena ABJ...
Air batu jagung....Tp sy selalu x mmpu nak habiskan semangkuk ni...Kenyang!...Tp xnak kongsi dgn Arjuna sbb t x puas..haha..Tamak...
Main jongkang jongkit...Abaikan dressing yg selekeh tu..Siap suar bunga topi kecik..hahaha...
Apasal duk senget tu?Mebe sbb takot jatuh..Tp muka mcm curious..Apakah ini?
Ni plak tgh mengejar daddy..Daddy nak ke dapur,sebok nak ikot..Abaikan rumah yg bsepah tu..Tu semua brg kereta Arjuna..Kete tgh cat..Semua aksesori kete duk tsadai kat situ dah sebulan..Smlm br kete siap cat..Daddy sila clear all those thing by this week yea..Serabut mommy tgk..Dah sebulan!
Sayang mommy yg x lama lg nak jd big brother!..Alahai,kecik lg dah jd big brother..I wont treat u as abang my boy..I'll treat u as little Q's fren!..Mmmuuuaahhhh!

Thursday, July 12, 2012

weight gain

Yes..its totally normal la tuk preggies kan. Buat apa nak risau. Tp in my kes,masa belum sedar preknen dulu,xde la naik berat badan bnyk pun. Masa buat buku pink,chewah,cantik je berat. Tak merah pun. Padahal dah 5 bulan masa tu. Sedangkan masa 1st dulu,awal2 lg berat kne tulis dgn pen merah. Overweight!!..Siap dpt sticker hijau lagi. Tapi,kali ni,bila dah tau preknen,mak aih,mendadak pulak berat ni naik. Dalam masa sebulan seminggu naik sampai 3.5kg!.Sampaikan kne gi check up lg dlm masa 2 minggu. Tuk monitor berat badan. tapi saya tak pergi pun. Malas la..Hihihi... As long as baby ok,x kesah la berat mommy naik bnyk mana pun kan. Cuma kne jaga2 takot dpt high blood presure and diabetis plak la. InsyaAllah,tak kot. Setakat ni ok lg. Mmg kne jg mkn la. No fatty food..No sugar food..Tp itu lah yg best kan..Aiseh..

Preknen kali ni,mcm malas je nak gi check up kat Klinik Kesihatan nun. Not that i dont care about this pregnancy, cuma,macam baru je duk ulang alik gi cek preknen,kne cek lg..Hihi..Kali ni,dah 2 bulan check up kat swasta. Doc kata everything is ok. So,mcm malas la nak gi cek kat KKIA yg kne cek kencing la.cek darah la..Sebenarnya plg mls sbb kne cek berat..haha..Mebe,saya dah agak confident dgn pregnancy kali ini.Maklumlah,dah ada pengalaman kan.Plus,little Q mmg x bg byk masalah kat mommy. Cuma lately,sbb dia pun dah besar,mommy semput jgklah.Dgn Qasyaf yg asik nak bmanja saja.Agak exhausted la jgk. Sampaikan mlm2,letak kepala kat bantal je terus lena.

One thing pasal little Q ni,dia sgt la aktif.Kuat menendang.Rasanya macam lebih kuat tendang dr Qasyaf dulu. Atau mebe kulit perut sy dah kendur sket kot pas branak,so,tendangan dpt dirasa lebih kuat. Ntah la. Kawan2 lain yg beranak lebih dari satu,ada x rasa mcm saya ni? Do respon me ya..TIA!

One more thing,kali ni,malam2 senang dpt cramp kaki. Dulu x pun. Betullah kata orang,lain pregnancy,lain experience nya.Anak2 pun nanti,lain perangainya. Kan. Dato Dr Fadillah Kamsah kata, anak2 ikot perangai mak masa mengandung.Anak pertama lebih manja sbb mak 1st time pregnant,xde pengalaman,xpandai handle perasaan,mudah menangis,nak perhatian lebih. Anak kedua,mak lebih konfiden. Sbb dah ada pengalaman. So,anak pun kurang manja,lebih konfiden. Hurmm,betullah tu kot.

Preknen kali ni,saya masih boleh pakai baju kurung sampailah sekarang. Alaaa,baju kurung saya,semua pinggang getah.Pakai atas daripada perut skit ok lah. Tp dulu x boleh.Kali ni mebe agak kurang gemok di bahagian lain kot.Perut je yg naik. Baju maternity pun x byk saya beli kali.Sbb dah ada yg hari tu punya.Rasa mcm baru je lagi pakai.Tp bosan jgk pakai baju yg sama kan. Ada la sikit2 terklik kat Hijabi Boutique dgn GetGeorgeous. Hihi..Ni tgh pikir nak melaram mcm mn raya nanti. Macam xnak pakai jubah dah. Ingt nak maxi dress je. Tp kang,mcm x raya plak sbb maxi dress byk kain jersy or cotton..Kalo ada sapa2 ada link jual baju maxi dress kain chiffon bgtau saya yea..

My biras baru je bersalin 2 hari lepas.Anak yg ke3.Baby boy jgk.My biras punya instinct,dpt baby girl.Persiapan pun bnyk brg baby girl.Tp,dpt boy jgk.So,cucu PIL dah 6 org semuanya.Sorang je girl.Yg girl tu pun dr anak perempuan which is my SIL. Adik beradik lelaki Arjuna semua dpt boy.Ishkk,kuat tol gen Y adik beradik dia.Saspen plak saya. Setakat ni,instinct saya disokong oleh keputusan scan.Hihi..Tp manalah tahu kan.Semua kuasa Allah. Saya terima je. Tak kisah boy or girl. Ok lah..Till then..Bye love!

Btw...
                                                                      Drooling okeh!

Tuesday, July 10, 2012

untungnya kamu anak...

Eh, raya ni ada bonus x?..Hari tu,ntah sapa ntah post kat fb sal PM umum nak bg bonus setengah bulan gaji. Betol ke ek? Harap2 betul la. Its not that we dont have money for raya..Cuma,kalo ada bonus, walaupun sikit,boleh melaram lebih2 lg..Plus, my car road tax mati tgh bln ni..Haishhh,time org nak beli belah tuk raya tu la road tax sebok nak mati. Huhuhu..

Baju raya saya dan Arjuna sepasang pun blom ada lg..Actually,dah beli kain sedondon laki bini anak hari tu. Nak tempah la kononnya. Sekali baru tau preggy lg. Mn la ble pakai baju kurung moden ketat raya ni. Kne la bli jubah or kaftan lg..Aiseh..Tp xpe lah,kain yg dah bli tu,upah jugak wat baju tuk pakai majlis cukur jambul little Q nanti la. Tu dia,dah plan sampai ke cukur jambul..Haha...Yes,hidup ini perlukan perancangan. Walaupun kadang2 we have to juz go with the flow..

Hurm,hari pertam puasa nnti,jatuh pada besday Arjuna.Nak bg apa ek? Im thinking of buying him kemeja baru je.Warna hijau. Kenapa kemeja dan kenapa warna hijau? Sebab....Sebab....Sebab saya dah 'terrrr'merosakkan kemeja hijau Bonia dia!!..Arjuna dah beribu2 kali pesan,bl basuh baju,asingkan baju yg mudah turun warna...Ya,saya ikot ckp suami.Tapi kadang2 bl tgesa2 tgopoh gapah,lupa jugak. Kemeja hijau Bonia kesayangan dia dah btukar jd kaler tompok2 merah!Adehhh!.Dan saya x bgtau pun. Saya juz sorokkan baju tu je..hihihi..Korang je la yg tahu sbb korang baca blog ni...And of kos,Arjuna x baca blog bini dia ni..So,kalo dia tetiba tahu,ada la di antara korang ni yg mulut bocor!..heeee...

Hurmmm,prep barang2 tuk little Q br 30% setel kot. Baju dah bli dah sikit2. Topi ehemmm,beanie hat yg dah lama mommy idamkan pun dah bli.. Hihihi.....Tilam,hr tu ckp nak pakai yg Qasyaf punya je.Tp mommy dah tbeli baru jgk..Apala mommy ni..Takpe la,untuk anak mommy kan..Untung anak mommy.Bila beli baju little Q,mesti terbeli jgk baju Qasyaf...Untungnya Qasyaf..

Semalam borak2 dgn Arjuna.Dia ckp,dia usha kasut Nike budak..Mak aihhh katanya,harga kasut budak besar Qasyaf separuh harga kasut org dewasa. Padahal saiz kasut Qasyaf x sampai separuh pun saiz kasut daddy..Saya diam je..Mmg harga dia mcm tu pun..Sekali masa duk gomol2 Qasyaf pastu,Arjuna ckp,t raya nanti,daddy bli kasut Nike ek..Kita bli kaler sama..Ehhh,td merungut mcm tak nak beli..Sekali siap pakat nak bli kasut kaler sama..Untung kamu anak..


Dah jadi parents ni,baru saya faham perasaan ibu ayah..Berkorban apa saja. Mahu beri yg tbaik.Sbb tu,bl anak lawan ckp,ibu ayah mudah terasa hati..Betul x?Sbb tu syurga di bawah telapak kaki ibu.Kan kan..

Little Q inside me sungguh aktif..Saya dah mula rasa semput,penat.Dgn Qasyaf yg makin manja dan asik nak dokong. Melepek rasanya..Ptg smlm sy x masuk kerja.Rebah kepala,x sedar sampai ke ptg.Exausted..Sblm ni ok je..Hurmmm...Rumah mmg bsepah..Takde la tunggang langgang..Arjuna rajin je tolong vacuum satu rumah.Cuma,ruang tamu tu,penuh dgn toys Qasyaf la..Kemas kanh,karang,dia main balik,sepah balik.Tp border sepahnya setakat karpet ruang tamu je la.heee...Hurmm,ok lah..Tak tahu nak tulis apa lg..Takde mood...Bye!
Qasyaf with his tok ma...2 hari my PIL dtg umah,2 hari Qasyaf x pergi rumah bs..Seronok sgt tok ma dan tok abah layan dia...Mommy blk tgh hr pun x heran.,Qasyaf Qasyaf,,,hehe...

Monday, July 2, 2012

mommy soping, Qasyaf boring

Alaaaa....Bukan soping barang mommy pun...Barang Qasyaf jugak. And barang adik la...Hehehe....

Muka yg ceria di pagi Jumaat..... Bangun2 je bg senyuman paling manis kat mommy dgn daddy...Its wiken for us,and we were on holiday,ingt nak tido lama sket pagi tu...Ye lah,check in pun lmbt kan,kalo check out cepat,rugi weh byr hotel...Tp,nak buat mcm mn,dlm hidup sy skang ada dua insan yg x tido pas subuh...Bgn pg je,trus ceria..Qasyaf ngikot daddy la ni...Takdenya nk tido balik bgn kul 9,10 pagi...huuuu...

Pas sarapan kami terus check out...Soping time!!!...Secara ringkasnya,soping brg Qasyaf and barang adik la..Saya dah scan gender lastwik...hihihi...Tu yg semangat nak soping tu....

Ok,malas la karang panjang2 sal soping...Jom tgk pic Qasyaf yg setia lah sgt tunggu mommy soping....hahahaha....
Sampai mall je dah buat muka bosan...Aiseh...Sbb kne duk dlm stroller...Kalo dukung,sonok je dia...Tp sapa la nak dukung budak semangat ni...Lenguh wehh....
Bosan dah sikit....Mula tgaru2 paha bam bam dia...Kalo stress mcm tu..Mula la nak garu sana sini.....
Tangan dah mula nak mcapai itu ini...Semua nak ditarik...Dipegang...Diketuk...
Adoyai bosannya....hahahhahaah....Sampai landing dagu tu....Hahahah....Mommy x sedar pun...Semua pic,daddy yg capture.....hahaha
Kesabaran dah capai tahap maximum!...Ngamok la,apalagi....Mommy x layan aku neh,bek aku jerit!!....Udah la tu mommy!!....haha
Ok...mommy dah bg mkn bubur,dah bg minum susu...Beyak pun dah basuh...Ngantok,terus tertido tanpa paksaan,..,.
Sambung tido dlm katil display kat littlewhiz.....Tak jaga sampai sudah...Senang mommy nak pilih barang...hihihi...
Sambung lagi tido dlm carseat baru....Syok tau....Selesa sgt...Jem 2 jam pun rilex je...Sian ank mommy,letih sgt..
Dalam hotel bl dah mlm...Tergolek2, terkinja2 seronok sbb dpt berehat atas katil...
Esoknya, mommy sambung soping lagi....Qasyaf tido je dlm pjalanan...Malas nak layan mommy la tu,bek tido..hahaha....

Tak byk pun yg saya soping sebenarnya....Window soping saja...Hanya bli keperluan dan kehendak Qasyaf...Eh silap,kehendak mommy dan daddy je...Haha....Kehendak daddy,carseat baru tu la...We bought maxi cosi tobi...Then beli 2nd pump tuk my bp,spectra3..Bli accesories spectra3 mcm membrane,filter,valve...Semangat ni nk pump semula..Then bli baju2 Qasyaf dan baju2 adik...Bli bouncer tuk adik sbb xde lg...Baju mommy 2 helai je..Daddy xde langsung..Daddy ckp xpe,setel hal anak lu...T nek kl soping lg tuk mak pak n anak lak...Aik,anak ada bhagian lg...Iyolah...heeeeee.... K lah...till then..bye!