Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Apam pisang bercoklat

Pisang adalah buah tempatan yang murah dan mudah didapati. Boleh dimakan begitu saja atau dibuat dessert.  Kombinasi pisang dan coklat juga secocok, sering digunakan dalam membuat inti praline ataupun untuk dicelup kat coklat fountain. Anak saya gemar memakannya begitu saja bersama coklat syrup.





Hari ni saya cuma nak kongsi resipi apam pisang bercoklat yang mudah dibuat di rumah....

Resipi:

600 gm pisang
230 gm tepung
20 gm serbuk koko
120 gm gula
40 gm susu tepung
2 tsp bikabonate soda
secubit garam

Cara:
1) Campurkan tepung, susu tepung serbuk koko dan garam hingga sebati
2) Lenyek pisang bersama gula dan soda bikabonate.  Kemudian tambahkan campuran di atas dan gaul hingga sebati
3) Kukus ~1 -11/4 jam sehingga masak

Sesuai untuk breakfast anak-anak!



Selamat mencuba!
.

Monday, April 15, 2013

Chocolate Cappuccino Cup

Pada anda yang gemar minum kopi mungkin biasa minum cappucino. Cappuccino ni yang menarik adalah dari segi penampilannya..with frothy milk.... yang boleh menyebabkan seseorang tertarik untuk meminumnya.


Source: Goggle image
Disebabkan ia sungguh popular, penampilan cappuccino dalam chocolate confectionary juga boleh di dapati di pasaran samada dalam bentuk rasa atau penampilan.  Jadi kali ini saya ingin kongsi cara membuat coklat ala rupa cuppaccino....Caranya senang saja..buat coklat cup mengunakan coklat hitam...isi ganache perisa kopi...dan kemudian sekali tutup dengan coklat putih..dan taburkan sedikit serbuk koko...seperti gambar dibawah ni....mudahkan!



Untuk buat coklat cupppaccino ni, cup coklat boleh buat terus menggunakan mold  dalam bentuk coklat shell atau mengunakan cuvette (cup yang telah siap dan dikeluarkan dulu dari mold).





Ganache yang di isi kedalam cup boleh lebih cair dari biasa kerana tendency untuk melilih kurang berbanding dengan teknik shell coklat yang lain....Ini resipi ganache yang saya guna

Resipi (30 biji choc)

50 ml krimer sejat
100 gm milk chocolate couverture
1/2 tsp instant coffee
1/2 tsp serbuk koko
5 gm madu

Cara:

1. Panaskan susu, kopi, koko dan madu.  Tambahkan milk choc.  Kacau hingga larut.  Sejukkan sebelum isi dalam cup.

2.  Isi ganache dalam cup ~2/3 penuh..dan sejukkan sebentar dalam peti ais sebelum menutupnya mengunakan coklat putih.  Taburkan serbuk koko pada permukaan coklat putih tersebut.  Keraskan dalam peti sejuk.


Bila dah siap boleh pek dalam bekas untuk dijadikan hadiah..






Kan saya dah cakap mudah saja....Selamat mencuba!
.

Monday, April 8, 2013

Healthy Chocolate syrup

Sekarang ni sudah banyak jenama minuman sihat yang berasaskan koko di pasaran.  Ada yang mahal dan ada yang reasonable, begitu juga dengan "claim" yang di gunakan.  Walau bagaimanapun kita sebagai penguna perlu bijak memilih.  Kebanyakan produk tersebut dalam bentuk serbuk, hanya perlu campurkan dalam air panas.  Di sini kandungan gula, jenis gula dan jenis susu yang digunakan mungkin menghadkan sesetengah penguna yang ada alahan dari memenafaatkannya.  Jika anda tergolong dalam golongan tersebut atau seorang  penguna yang prihatin terhadap kandungan bahan yang digunakan anda boleh buat your own homemade healthy chocolate syrup yang boleh anda gunakan dalam membuat susu coklat atau sos tambahan pada dessert seperti ice-cream, waffles etc.

Di sini saya akan kongsikan resipi healthy choocolate saya di mana pemanis yang digunakan adalah gabungan madu dan gula biasa.  Resipi asal chocolate syrup ini saya tengok kat blog Chef Eddy dan seperti biasa saya olahkan untuk memenuhi citarasa keluarga saya...less sweet but healthy sweet!



Resipi

125 gm gula
125 gm madu
250 gm air
75 gm serbuk koko
secubit garam
secubit serbuk kayu manis (boleh ganti vanilla atau tak payah tambah apa-apa perasa)

Cara
1) Masukkan kesemua bahan dan panaskan sambil dikacau sehingga mendidih sebentar.
2) Masukan dalam bekas setelah sejuk (suggestion...botol yang mudah dipicit).  Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama...


Resipi susu coklat....Tambahkan sedikit chooclate syrup kedalam susu yang sejuk atau yang panas...berapa banyak..ikut takat kemanisan yang anda inginkan.  Susu boleh fresh milk atau powder milk (susu lembu, kambing, soya etc...)

Susu coklat yang dibuat boleh disimpan dalam bekas recycyle susu commercial.....senang aje untuk anak-anak minum bila balik dari sekolah!



Selamat mencuba!

.

Monday, April 1, 2013

Caramel Passion Fruit cream filling

Dah lama blog saya berhibernasi...bukan tak buat chocolate tetapi dah a bit "Malas" nak buat posting ...maklumlah sekarang ni dah dapat kerja tetap sebagai "driver" anak-anak ke sekolah.  Saya cukup hormat ibu-bapa yang memang tekun dan sabar menghantar anak bertahun-tahun lamanya.  Bulan pertama memulakan tugas sebagai "driver", saya jadi tension sekejap sebab terpaksa berkejar-kejar pada waktu pagi untuk mengelakkan traffic jam disamping kena redakan anak-anak yang kadang-kala mood paginya tak elok (berebut tempat duduk dan pemilihan stesen radio...sabar ajelah!).  Alhamdulilah dah masuk bulan ke empat saya dah relax..macam pro pula, dah tahu macamana nak kawal emosi anak-anak waktu pagi dan juga menghadapi kesesakan jalanraya...(apa yang saya buat ialah ajak mereka baca doa dan zikir dulu sebelum memulakan perjalan ke sekolah).


Source: Goggle image


Jadi resepi coklat yang saya nak kongsi hari ni mudah saja...Caramel passion fruit cream yang akan di isi ke dalam dark chocolate shell....mari tengok gambarnya dulu untuk menaikkan semangat anda untuk mencubanya..



Resipi asal caramel cream filling saya ambil dari buku Chef Peter Greweling-Chocolates & Confections ..pg 210, lepas tu saya tukar jenis cream disamping tambah passion fruit paste.

Resipi  yang telah diolah:
275 gm gula
1/4 tsp lemon juice
145 gm krimer sejat yang dipanaskan ( mengantikan heavy cream dlm resipi asal)
70 gm mentega
2 tbp MEC3 passion fruit paste (boleh dibeli dari Artisan Supplies Sdn Bhd)

Cara:
1.  Campurkan gula dengan lemon, kemudian dipanaskan atas api sedang sehingga bertukar kekuningan ...pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus.

2.  Tambahkan krimer sejat yang panas sedikit demi sedikit pada gula yang telah "caramelize".  Api mesti di kecilkan dan campuran sentiasa dikacau jika tidak gula akan jadi "lumpy" atau berketul-ketul.

3. Bila semua sudah sebati, tambahkan mentega dan passion fruit paste...kacau hingga sebati.  Sejukkan sebelum boleh di"pipe" dalam kelongsong chocolate.

Untuk resipi ini saya mengunakan dark chocolate dari Belgium (811 Callebaut)...mana nak beli? Pergi aje cari kat Artisan Supplies...



Selamat mencuba....sekotak chocolate sebagai hadiah!


Monday, August 27, 2012

Lemon Poppy Seed Praline

Diam tak diam dah seminggu lebih kita berhari raya..tapi masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari raya pada semua pengunjung blog...Pada yang mengemar chocolate, chocolate apa yang anda nikmati raya ini?  Ada yang special tak? Kalau ada bolehlah berkongsi resipi ya!  Raya tahun ini saya ada mencuba beberapa resipi baru, ini salah satu daripadanya : Lemon Poppy Seed Praline.  Dah lama saya ingin mencuba membuatnya sebab saya memang suka kombinasi perisa masam lemon dengan kerangupan poppy seed.. Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed choc)


Resipi ganache (~30 biji)
150 gm couverture putih yang telah di"temper" (atau compound putih yang telah dicairkan)
25 gm jus lemon
25 gm golden syrup atau madu

1/8 tsp parutan lemon (saya guna parutan lemon yang telah dikeringkan..kalau nak guna yang fresh pun boleh)
1 tsp poppy seed


Cara:
1) Campurkan kesemuanya dan gaul sehingga sebati...(pastikan suhu semua bahan berada pada suhu bilik ~30°C).
2) Isi sedikit coklat untuk meliputi bahagian bawah bekas yang akan digunakan untuk mengeraskan ganache (sebagai base untuk memudahkan proses memotong dan enrobe).  Keraskan di dalam peti sejuk sebentar.  Setelah keras barulah isi ganache.  Keraskan ganache di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum boleh dipotong mengikut bentuk cita rasa sendiri.



3) Enrobe mengunakan couverture hitam yang telah di"temper".  Chocolate boleh dihias mengubakan parutan lemon yang telah dikeringkan. Keraskan di dalam peti sejuk...setelah jadi bolehlah dinikmati bersama keluarga...




Selamat Mencuba!

Friday, July 20, 2012

Muesli Chocolate Finger

Dah lama saya tak berkongsi resipi, jadi kali ini saya ingin berkongsi resipi coklat yang termasuk dalam kategori coklat sihat yang sesuai untuk seisi keluarga.  Selalunya kalau kita mentioned coklat sihat kebanyakan akan terus fikir coklat hitam kerana industri coklat banyak menekankan tentang kelebihan dark chocolate yang kaya dengan flavanol (antioxidant). Tetapi tidak semua orang suka coklat hitam kerana  ia lebih pahit dan kurang rasa lemak berbanding dengan coklat susu.  Oleh itu salah satu cara untuk menjadikan coklat susu atau putih lebih berkhasiat adalah dengan menambah bahan-bahan lain kedalam coklat yang boleh menjadikan ia lebih sihat...kali ini bahan-bahan sihat yang saya tambahkan dalam coklat susu adalah homemade muesli.

Homemade muesli ni senang saja untuk dibuat...campur sajalah oat, nuts dan dried fruit.  Yang saya buat saya guna regular oat, slice almond, cocoa nib, raisin, dates, cranberry dan gogi berries. Untuk membuat muesli yang menarik dan enak pastikan campuran mengandungi bahan yang crunchy, manis dan berwarna yang menarik seperti gambar dibawah...Pengunaan kekacang memberi element crunchiness, sementara dried fruit eg raisin etc memberi element manis dan gogi berry merah menarik! Berapa ratio bahan-bahan...up to you!  Pada yang terlalu sibuk..you can buy ready made muesli kat supermarket (Mahal tau!...berbaloi buat sendiri).  Muesli ni kaya dengan serat, natural sugar dan antioxidant...sesuai untuk sarapan (ni nak puasa..untuk sahur bagi yang tak sempat memasak!).  Kebiasaannya di rumah saya yang makan muesli dengan susu sejuk hanyalah saya dan suami, anak-anak tak mahu.  Jadi cara yang terbaik nak suruh mereka makan adalah dengan dibuat coklat snack..




Resipi muesli chocolate finger

100 gm milk coklat couverture yang telah di"temper" (boleh diganti dengan coklat putih, hitam atau campuran)
10 gm hazelnut paste (boleh dganti dengan peanut butter)
100 gm homemade muesli

Cara
1) Campurkan kesemua bahan-bahan dan padatkan pada ketebalan ~1-1.5 cm dalam bekas yang telah dialas dengan plastik.
2) Keraskan di dalam peti sejuk...dan kemudian potong mengunakan pisau yang tajam.


Healthy Snack for the whole family!


Akhir sekali saya ingin ucapkan pada pengunjung blog selamat menjalankan ibadat puasa, semoga Ramadan tahun ini adalahlah lebih baik dari Ramadan sebelumnya..banyakkan bersedekah dan memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengasih!

Tuesday, February 14, 2012

Carrot Lemon Chocolate

Anak saya Ammar is at the stage yang mana one day dia "big boy" dan hari yang lain "small boy". Pada hari yang dia "big boy" senang sikit dimana beliau pandai pakai baju sendiri, kemas toys sendiri, makan VEGETABLES etc. Pada hari yang dia claim to be 'small boy" semua benda kena tolong, yang paling susah tak nak makan VEGETABLES!. Jadi for those day menu masakan mesti mengandungi sayur yang dihancurkan eg spaghetti or pizza with vegetable pasta sos. I guess tentu ramai ibu-ibu yang mempunyai anak pra-sekolah juga menghadapi masalah yang sama. Tentu anda juga as cunning as me in coming out with recipes to "con" the kid to eat vegetable.



Kali ini saya ingin berkongsi resipi coklat yang mengunakan sayur dan buah...Carrot Lemon Choocolate. Carrot adalah sayur yang cukup versitile di mana ia boleh digunakan untuk masakan, minuman dan dessert. Minuman carrot susu boleh dikatakan terkenal kat Malaysia ni dan ia digemari ramai. Jadi konsep yang sama boleh kita gabungkan dalam pembuatan coklat. Dalam recipe ini carrot saya gabungkan dengan lemon untuk menaikkan rasanya sebab rasa carrot is "subtle". Coklat ini mengunakan gabungan fresh carrot and lemon jus dalam ganache, sementara untuk hiasan kelongsong coklatnya saya gunakan serbuk carrot dan lemon (Serbuk carrot dan lemon mudah daja untuk buat sendiri...keringkan dan kisar saja!)



Resipi (~20 biji standard praline mold eg seperti dalam gambar):

80 gm coklat putih (couverture atau compound)
25 gm carrot yang dikisar tanpa ditambah air
20 gm krimer sejat
1 tsp fresh lemon jus
120 gm coklat putih untuk kelongsong (couverture yg sudah ditemper atau compound)
sebuk carrot dan lemon (hiasan kelongsong)

Cara:
1) Panaskan krimer sejat secara double boil, kemudian tambahkan coklat putih. Kacau sehingga sebati
2) Tambahkan carrot yang telah dikisar dan lemon jus. Sejukkan sekejap di dalam peti sejuk untuk to "firm" ganache sebelum dipaipkan ke dalam kelongsong coklat
3) Pada coklat putih tambahkan sedikit serbuk carrot dan lemon. Buat kelongsong coklat. Letak ganache, tutupkan kelongsong coklat. Keraskan dalam peti sejuk.



Ha..ha.. Ammar tak tahupun isi coklat ni mengandungi VEGETABLE..sedap aje dia makan! Selamat mencuba!

.

Thursday, January 12, 2012

Moist and Nutty Brownies

..dah lama tak berposting..bukan apa sibuk menguruskan anak-anak mula bersekolah dan early of the year home management (maklumlah kita yang full time home-manager ni pun kena buat yearly budget, family calender etc..). Kelas coklat baru saja mula semula setelah lama bercuti..jadi pada sesiapa yang masih belum belajar buat coklat marilah join my class...

Hari ni saya nak berkongsi resipi brownies yang mudah tapi very chocolaty yang diadaptasikan dari buku Chocolate Desserts by Pierre Herme. Being a French Chef sudah tentu pilihan brand coklat yang digunakan adalah Valrhona. Seperti yang pernah saya beritahu dahulu , chocolate Valrhona ini mahal (http://www.homechoc.com/2010/08/truffle-kurma-bersalut-pistachio.html) jadi saya hanya mengunakannya untuk recipe yang betul-betul saya rasa worth using it. Recipe brownies dalam buku ni mengunakan Single Origin Valrhona Caraibe, 66% cocoa content (source cocoa bean: Caribbean) dan kekacang yang dia recommend adalah pecan atau walnut.


Gambar brownies dalam buku ni memang cukup menyelerakan!


Tapi recipe brownies yang saya buat, saya gantikan Valrhona Caraibe dengan Valrhona Alpaco 66% cocoa content (source: Ecuador) kerana saya suka rasa Alpaco yang ada floral notes (Jasmine/orange) . Kacang yang saya guna ialah hazelnut sebab itu aja stock kacang yang ada kat rumah masa buat bownies ni.



Recipe Moist and Nutty Brownies (Adapted from Chocolate Desserts by Pierre Herme)

145 gm Valrhona Alpaco (kalau tak ada boleh guna strong dark chocolate)
260 gm mentega
4 biji telur bersaiz besar yang dipukul sedikit (lightly beaten)
250 gm gula
140 gm tepung
145 gm hazelnut yang dipanggang dan cincang kasar

Cara:
  1. Panaskan ketuhar/oven pada suhu 180°C. Kemudian, sediakan acuan 9"x12" (recomended..saya gunakan acuan 9"x9"..jadi brownies saya lebih tebal dan perlu dibiarkan dalam oven lama sedikit) dengan menyapukan sedikit mentega dan dialas bahagian bawahnya dengan parchment paper.
  2. Cairkan Valrhona Alpaco (atau strong dark chocolate) secara double boil atau microwave dan suhu coklat itu ~45°C semasa dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain nanti.
  3. Lembutkan mentega dengan dipukul secara pelahan mengunakan spatula atau senduk kayu sehingga berkrim (pastikan tidak dipukul dengan kuat supaya tidak naik macam buat kek!). Kemudian tambahkan coklat cair tadi dan diikuti dengan telur, gula, tepung dan kekacang. Kacau saja sehingga sebati.
  4. Masukkan bancuhan brownies dalam acuan yang telah disediakan dan masak selama 20 min hingga bahagian atas brownies kelihatan kering (seperti gambar dib awah) tapi jika dicucuk ada kesan coklat yang masih cair. Kerana saya guna acauan yang lebih kecil jadi browniesnya adalah lebih tebal jadi saya tambahkan masak memasak brownies tersebut dengan membiarkan ia di dalam oven yang masih panas tapi sudah di tutup letriknya selama 10 min lagi.


Brownies yang sudah dimasak...anak-anak dah ready untuk menikmatinya!



Yummy-yummy! Brownies ini simple saja tapi rasa coklatnya cukup menyerlah dan ia tidak terlalu manis ..simple but delicious!



Gambar coklat kat bawah brownies tu ialah Olive Choc..insya allah resipinya akan datang....rajin-rajinlah singgah keblog ni...


Selamat mencuba...

.

Tuesday, October 18, 2011

Chocolate Crunchie Bits

Pada anda yang gemar makan snack bar mungkin mengenali coklat Cadbury Crunchie dan juga Nestle Violet Crumble. Pada yang tidak biasa, snack bar tersebut adalah gabungan konfeksi gula yang ringan dan berongga-rongga (light, rigid, sponge-like texture) dan disalut dengan coklat susu untuk menambah kesedapannya dan juga melindungi konfeksi gula itu dari meresap lembapan. Konfeksi gula ini dikenali dengan berbagai nama yang mengambarkan keadaan rongga-rongganya struktur gula tersebut: sponge candy, sponge toffee, honeycomb toffee.. etc.

Bahan asas membuat sponge candy ini adalah gula, corn syrup, madu dan soda bikabonate (setengah recipe juga mengunakan sedikit gelatine untuk mengkukuhkan struktur rongga-rongga gula tersebut. Sementara sebahagian resipi juga mengunakan cuka untuk mengaktifkan tidakbalas dengan soda bikabonate (acid/base reaction to release carbon dioxide).


Violet Crumble: From Australia!


Ini pula satu video yang menunjukkan cara pembuatan sponge candy ...saya tergelak bila tengok peralatan yang digunakan untuk memotong sponge candy tersebut!





Pada anda yang ingin mencuba membuat sponge candy bolehlah mencuba resipi yang diberi oleh Chef Peter Greweling dalam buku beliau Chocolate and Confection atHome. Dalam buku ini penerangan langkah demi langkah membuat sponge candy diterangkan dalam mukasurat 163 &164 sementara resipiny apada mukasurat 189. Saya sudah cuba resipi beliau (saya cuma membuat separuh resipi..dapat banyak sebab pengembangannya 3-4x ganda volume asal).





Sponge candy ini sangat sensitive terhadap faktor kelembapan..jika ia meresap kelembapan struktur rongga gula tersebut akan collapse dan jadi mampat..lama-lama gula tersebut mencair sebab itulah jika buat ia perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara dan cara paling mudah untuk melindunginya ialah dengan menyalutinya dengan coklat. Disebabkan sponge candy ini di potong selepas konfeksi gula tersebut mengeras, keratan bentuknya tidak sekata kerana "brittle" atau senang pecah. Jadi jika kita hendak membuatnya sebagai praline yang kelihatan exclusive ia tidak sesuai, terutama jika praline-praline (molded chocolate) lain dalam kotak untuk dijadikan hadiah kelihatan cantik dan menarik.



Jadi bagaimana kalau kita nak buat praline mengunakan sponge candy tapi nak nampak canggih???Senang saja...cubalah buat resipi Chocolate Crunchie Bits ini.


Resipi:
200 gm milk choocolate couverture (atau compound)
100 gm dark chocolate couverture (atau compound)
30 gm sponge candy
15 gm almond nips (boleh bubuh atau tidak, ataupun ganti dengan kekacang lain & buah-buahan kering)


Cara:

1) Temper couverture milk dan dark chocolate atau cairkan coklat compound.

2) Masukkan sponge candy ke dalam plastik yang tebal dan kemudian seal (untuk melindungi sponge candy dari meresap lembapan).



3) Kemudian hancurkannya (jangan terlalu halus, nanti tak dapat rasa keadaan gula berongga tersebut)



4) Campurkan sponge candy yang hancur dan almond nips ke dalam coklat couverture yang telah ditemper...bubuh dalam mould. Keraskan dalam peti sejuk dan bila dah jadi demould dan nikmati...




Selamat mencuba!

.

Wednesday, October 5, 2011

Chocolate-dipped Ice Cream

Bulan lepas Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd melancarkan produk baru Magnum ice cream yang disaluti Belgian chocolate...Ice cream ini memang popular kerana gabungan creamy ice cream dan salutan coklat memang secocok dan pasti memberi kepuasan pada yang memakannya.



Jika keluarga anda gemarkan ice cream yang disaluti coklat bolehlah cuba buat ala ice-cream magnum..senang aje..

1) Buat homemade ice cream seperti resipi.. Easy Homemade Ice cream yang diberi dahulu. Pada yang tidak gemar ice cream yang berlemak tinggi boleh ubah sedikit resipi seperti berikut dengan mengantikan 30% kandungan whipping cream dengan low fat milk.



Ammar cukup suka makan strawberry ice cream yang mama buat!!


2) Campuran ice cream dibubuh ke dalam bekas empat segi yang tidak terlalu dalam supaya ia mengeras sekata. Biarkan ia mengeras semalaman.



Strawberry ice cream yang dibuat mengunakan MEC3 strwaberry paste


3) Setelah betul-betul beku, keluarkan ice cream dari bekas dan potong mengikut bentuk yang anda gemari..Setelah dipotong perlu di simpan di dalam freezer seketika untuk pastikan ice cream tidak mula mencair.


Vanilla ice cream yang dibuat mengunakan MEC3 french vanilla paste (1 1/2 tsp instead of 40 gm fruit paste)


4) Cairkan coklat couverture dan kemudian sejukkan ke suhu bilik (Ingat ..tak payah temper hanya cairkan saja). Kemudian campurkan sedikit minyak sayuran yang tidak berbau..(2 tsp minyak sunflower to 200 gm couverture). Untuk salutan coklat pastikan anda mengunakan couverture dan bukan compound kerana untuk memastikan coklat tersebut boleh mencair bila suhunya mencecah pada 17°C (jika guna compound coklat tidak boleh mencair pada suhu yang rendah..ini akan mengakibatkan coklat rasa macam lilin). Fungsi minyak sayur hanyalah untuk merendahkan takat kelikatan coklat supaya mudah menyaluti ice cream dan hasil salutan tidak terlalu tebal. Couverture yang telah dicampur minyak sayur ini tidak boleh digunakan lagi untuk buat coklat praline..jadi pastikan anda buat dalam kuantiti yang perlu saja..Pemilihan jenis couverture perlu disesuaikan dengan flavor ice cream yang hendak disalut..eg strawberry sesui mengunakan milk dan white couverture sementara vanila sesui dengan milk dan dark couverture. Pada yang ada Belgian chocolate boleh guna untuk dapat rasa macam ice cream magnum!





5) Untuk memudahkan proses pencelupan, ice cream yang telah dipotong dicucuk dengan lidi pencungkil gigi.





6) Proses pencelupan perlu dilakukan dengan cepat kerana coklat akan mula mengeras bila tersentuh ice cream yang sejuk. Setelah dicelup boleh susun atas penutup plastik. Bekukan semula ice cream yang telah disalut coklat di dalam freezer untuk beberapa jam sebelum anda nikmati..Lidi tersebut boleh dibuang atau dibiarkan saja...






Nikmatilah homemade chocolate-dipped ice cream!!!