Chocolate Cappuccino Cup

Perkongsian resipi dan cara membuat coklat ala rupa cuppaccino.

Caramel Passion Fruit Cream Filling

Sekotak 'chocolate' sebagai hadiah.

Lemon Poppy Seed Praline

Praline ini mengunakan konsep ganache yang dicelup (enrobed chocolate).

Mini Oreo Cheese Cake

Cheese cake ini mudah kerana tidak perlu dibakar, tidak menggunakan telur, menggunakan peralatan asas di rumah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama.

Easy Homemade Ice Cream

Raspberry and Passion Fruit Ice Cream.

Banana Poppy Seed Mini Muffin

Banana Poppy seed muffin yang saya olah ini ala-ala resipi Jamie Oliver.

Art of Making Simple Cakes

Passion fruit Cheese cake with crunchy layer (paillete feuilletine).

Showing posts with label Produk. Show all posts
Showing posts with label Produk. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Menjelang Cuti Akhir Tahun

Menjelang cuti sekolah yang akan datang nie, apa plan ibu-ibu sekalian? Saya dan keluarga akan cuti-cuti Malaysia ke Sabah... jalan-jalan makan angin. Kepada ibu-ibu yang belum ada idea nak buat apa untuk mengisi masa lapang anak-anak mereka, ibu-ibu bolehlah cuba mengajak mereka membuat coklat di rumah. Ibu-ibu boleh menggunakan tiga jenis kit yang saya cadangkan ini iaitu:











Kit-kit ini bukan hanya untuk ibu-ibu sahaja tetapi boleh juga digunakan oleh emak-emak saudara mahupun ayah-ayah saudara untuk menghadiahkan kepada anak-anak saudara kesayangan mereka (he he he ....).

Untuk pengetahuan semua, harga kit ialah: (1) LolliCHOC Kit for Kids (RM33.00), (2) BarCHOC Kit for Kids (RM43.00) dan (3) OreoCHOC Kit for Kids (RM 43.00), pada yang perlu diposkan, harga poslaju untuk setiap kit ialah RM7.00. HomeChoc OnlineShop akan ditutup dari 28 Nov - 8 Disember 2010.


Thursday, July 1, 2010

Oreo CHOC Kit for Kids

Biskut oreo bukan saja sedap dimakan begitu sahaja atau dicelup ke dalam susu tetapi boleh dipelbagaikan sebagai coklat kreatif. Pernahkah anda terfikir untuk membuat coklat oreo bersama-sama dengan anak-anak anda sebagai memenuhi aktiviti mereka di rumah? Jangan risau untuk memikirkan di mana hendak mencari bahan-bahan untuk membuat coklat oreo ini kerana di HOMECHOC OnlineShop kami ada menyediakan set coklat baru yang dikenali sebagai OreoCHOC Kit for Kids. Set yang disediakan ini terdiri daripada: coklat compound susu (milk choc) atau coklat compund hitam (dark choc), 1 mold coklat Oreo, biskut Oreo, aksesori OreoChoc (box dan paper cup), sarung tangan pakai buang, cartoon edible image dan nota cara membuat OreoChoc disertakan. Coklat yang diberi boleh menghasilkan kira-kira 20 biji OreoChoc. Untuk pengetahuan semua, OreoChoc kit ini mempunyai dua tema utama iaitu: (1) OreoCHOC kit untuk kanak-kanak perempuan atau (2) OreoCHOC kit untuk kanak-kanak lelaki. Tema ini perlu dipilih untuk menentukan cartoon edible image yang akan disertakan.



OreoCHOC Kit for Kids ini bukan sahaja sesuai diberikan kepada anak-anak anda tetapi ia juga boleh digunakan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang.

Friday, March 5, 2010

BarChoc Kit for Kids

Seminggu sahaja lagi cuti penggal pertama akan bermula..mesti ibu-ibu telah membuat perancangan untuk anak-anak. Bagi ibu-ibu yang belum ada program bolehlah cuba ajak anak-anak membuat aktiviti bersama di rumah eg memasak, membuat kraf etc..Ini satu cadangan dari saya..ibu-ibu boleh ajak anak-anak buat coklat mudah dirumah seperti buat coklat bar, coklat bear/lollichoc.


Susah mencari bahan-bahan? Jangan risau..semua ini telah kami sediakan..BarChoc Kit for Kids dan LolliCHOC Kit for Kids.




Kit ini lengkap dengan semua bahan dan aksesori untuk membuat bar/lollichoc. Coklat yang disertakan adalah coklat compound yang bermutu tinggi dan ditanggung halal. Anggaran bar/lollichoc yang boleh diperolehi ialah 20 biji. Aturcara membuatnya juga ada disertakan. Kit ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak yang tersayang.......Keterangan lanjut sila ke Mas Des Fontaine OnlineShop

Monday, June 29, 2009

Dragon Fruit Delight

Kebanyakan coklat yang terdapat dipasaran lebih banyak mengunakan buah-buahan luar seperti strawberi, blueberri, oren etc kerana perisa buah-buahan ini telah lama diperkenalkan oleh syarikat-syarikat coklat luar negara. Alhamdulilah dengan penglibatan usahawan tempatan dan Lembaga Koko Malaysia, buah-buahan tempatan seperti durian, pisang dan cempedak telah mula diperkenalkan dalam pembuatan coklat buatan tangan.

Salah satu buah-buahan tempatan yang cukup menarik yang boleh kita gunakan untuk membuat inti coklat ialah buah naga (dragon fruit). Disamping warna merah/ungunya yang cukup menarik, buah ini juga kaya dengan khasiat vitamin A dan C. Kerana warna buah ini sungguh menyerlah, tiada bahan tambah perwarna diperlukan untuk memberi warna yang menarik bagi inti coklat ini. Inti coklat yang kami buat ini mengunakan buah naga yang segar dan ia tidak mengandungi sebarang bahan tambah. Gambar dibawah ini adalah contoh coklat Dragon Fruit Delight yang mengunakan coklat couverture hitam (57% koko) sebagai "shell" kerana keluarga saya gemar coklat hitam.

Kepada pengemar coklat bolehlah beli coklat Dragon Fruit Delight ini dari kami (RM 20 untuk 1 pak yang mengandungi 15 biji coklat) ....untuk lebih menarik anda boleh pilih jenis coklat kegemaran anda untuk dijadikan "shell" coklat ini...Penghantaran melalui pos laju boleh dibuat dengan syarat pembelian lebih dari 2 kotak.

Tuesday, May 12, 2009

LolliCHOC Kit for Kids

Cuti sekolah bulan Jun akan datang tak lama lagi...sudahkah anda fikirkan apa aktiviti yang boleh dilalukan bersama anak-anak? Jika anak-anak anda suka coklat, kenapa tidak melakukan aktiviti membuat coklat bersama mereka...ini yang telah saya lakukan bersama anak-anak saya dan kawan-kawan mereka....


Mungkin anda terfikir...macamana cara nak buat coklat lollichoc? Di mana nak cari bahan-bahan....Jangan risau kami telah fikirkan tentang ini untuk anda sekelian....memperkenalkan produk baru kami: LolliCHOC Kit for Kids.


Kit ini lengkap dengan semua bahan dan aksesori untuk membuat lollichoc. Coklat yang disertakan adalah coklat compound yang bermutu tinggi dan ditanggung halal. Anggaran lollichoc yang boleh diperolehi ialah 20 biji yang jika anda beli melebihi harga kit ini. Aturcara membuat lollichoc juga ada disertakan. Kit ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak yang tersayang.......Keterangan lanjut sila ke Mas Des Fontaine OnlineShop

Wednesday, March 11, 2009

Coklat Baru !

Mas Des Fontaine's Herbs n Spices Chocolates

Coklat berperisa herba dan rempah ratus jarang ditemui di Malaysia..sebab itulah kami ingin memperkenalkannya kepada anda...tak kenal maka tak suka..insya allah setelah anda cuba, anda mungkin sukakannya..

Buat masa ini hanya 4 jenis coklat berperisa diperkenalkan: Habbatus Sawda', Lavender, Limau Purut dan Kayu Manis. Herba dan rempah yang digunakan adalah asli bukan estrak tiruan. Habbatus Sawda' dan Lavender yang digunakan diperolehi dari Arab Saudi dan Perancis. Limau Purut (tanam belakang rumah) dan Kayu Manis boleh didapati dengan mudah di Malaysia...Asas coklat yang digunakan adalah coklat couverture dan ia boleh ditempah mengikut citarasa coklat kegemeran anda: coklat susu atau coklat hitam - 50% atau 70% koko. Seperti diketahui herba dan rempah ratus banyak khasiatnya, jadi untuk lebih bermanafaat adalah disarankan anda memilih coklat hitam, lagi tinggi kokonya lagi baik kerana ia mengandungi banyak anti-oksiden.


Harga:
1. Habbatus Sawda' : RM 20 per box
2. Lavender : RM 20 per box
3. Limau Purut: RM 15 per box
4. Kayu MAnis : RM 15 per box

Minimum order 2 boxes (Self collect)

Wednesday, October 29, 2008

Bungkusan jualan

Kami hanya menyediakan dua jenis bungkusan jualan untuk coklat sejenis atau berbagai (assorted):

Kecil (RM 10)*. Mulai Feb '09 harganya ialah RM 12


Besar (RM 25)*. Mulai Feb '09 harganya ialah RM 30


Coklat berinti ganache

Ganache atau krim coklat dibuat dengan mencampurkan coklat dengan krim berperisa atau tidak

Jenis coklat yang dijual:


Coklat padat

Jenis coklat yang dijual: