ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label turkey foods. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label turkey foods. Papar semua catatan

Selasa, 7 Jun 2011

Turkish Pide

_DSC0486
TURKISH PIDE

Salam dipetang hari selasa sume! :D

Sebenarnyer nak mengn3 tgh hari tadi tp sibuk ngemas asyik tak sudah2 sbb byk main dr ngemas wakakaka.. manalah nak siap kerja umah pastu g luar pulak byr duit majalah niii, yg gerammnyer org ckp nak pergi THONGLO SOI 15 TAPI teksi antu ni g bawak SOI 15 JAUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH sgt! huh! dah lah tgh hari mmg traffic gilerrr terpaksa naik skytrain nak ke THONGLO tuuu nak kata silap ckp tak pulak cuma dia tak dengar perkataan THONGLO tuuu haish! dah byk kali tersilap wakakaka...

Dah lama masuk list roti niii tapi yg ni pun geram sebab sapa yg duk ngejas si oben g switch kat api bwh jerrrr! huh! patut punnnnn yg atas tak mau brown! aaarghhhh! hari serba tak kena nmpknyer ari niii huh!.. Resepi leh tgk umah MAK AYU SG jugak ya.. :D SEDAPPPPPPP sgt! letak mozarella cis terlebih sudah tu pasal kembang! hihihi.... MAk Ayu mintak izin resepinyer! resepi asal kat umah KAK DIANA macehhh jugak buat KAK D :-)

TURKISH PIDE
Recipe: KAK DIANA
Source: CURLYBABE SATISFACTION KAK AYU

Bahan Doh pide
  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor


Bahan Inti pide
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka


Bahan sapuan pide
  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur



_DSC0490_DSC0492
Sedappppppp sgt3!!! tp silap bakar n terlupa sapu telor kulit dia, tu pasal pucat jerrr pastu sapa ntah punyer kerja setting kan oven tu cuma api bwh jerrr huh! patutlah tunggu yg atas tak masak2 ahahaha...

Cara membuat pide

  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

Cara membuat pide
  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

_DSC0477_DSC0474_DSC0475
gmbr ni jd kecik org letak size lain dia kuar size lain huh!