ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Kuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuah. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2012

Sate Ayam, kuah kacang n nasi himpit :))

_DSC0114
SATE AYAM, KUAH KACANG n NASI HIMPIT

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi rabu sumenyer!! :-)

Oh! tgn kita dah lenguh2 pergelangan tgn mcm ada somting wrong, tapi alhamdulillah masih ok lagi, bahu kita ni yg sakit sgt, agaknyer keja menguli ajerr lah nii, tapi seronok tau sbnrnyer ehehe...

Menu semalam semalamnyer? dah lupa :D Resepi asal satay ni sbnrnyer di goreng tp kak hana buat versi bakar kita pun ikutlah versi bakar sejak tuuu hihihi.. setiap kali nak main bakar2 kat balkoni takut2 jugak, takut org ketuk pintu, jdnyer cepat2 lerrr kita membakar tu jgn sampai dikesan, pulaknyer asap kuuuuuuusemangat! mmg org ingat kebakaran agaknyer :D alhamdulillah selamat dahhh :D..... dah byk kali guna resepi ni, cuma utk sukatan gula tu kalau agak2 mcm manis ikut pada selera masing2 sbb kita pun tak tuang semua ikut manis tekak kita, tp kalau tak rasa manis mcm kurang pulak satay ni kan kan kan :D Untuk kuah satay ni kita kompius sikit, resepi kak hana atau kak hana ambik dr bro rozan itu kita kurang pasti, yg pasti mintak izin n halal kembali resepinya utk rujukan, terima kasih!
Terima kasih jugak untuk resepi satay ni dr kak fida MyR, sedap! alangkah bahagia kalau dpt makan satay lembu sbb stok daging cuma beberapa ratus gram, tsemalam baru g beli stok daging :D

SATE AYAM
Resepi Asal : SATE GORENG KAK FIDA MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu, 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup


_DSC0126_DSC0136
Alhamdulillah! dpt makan sate lagi, bila dpt makan lagi, tak tahu :D

Cara-cara

  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
_DSC0090_DSC0092_DSC0123

KUAH KACANG
Sumber : KAK HANA

Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Menu Iftar ke 18>>Lontong

_DSC0137
LONTONG

Salam kembali di ramadhan yg ke 19 buat semua! :-)

Eeeeeee.... esok dah masuk 20 hari berpuasa, sekejapppppppp sgt2! Mcm baru jer mulakan puasa semalam nii>mmg betul pun :P Ni menu berbuka semalam, sume org makan kecuali ninja kena masakkan lain, dia mmg tak gemar sgt tp kita dgn budak2 makan :D

Nmpk kat umah KAK UMMI tu yg terasa nak melontong jugak tuu pastu masuk FB chatting2 dgn KAK Q dgn CHE`IZA pasal buat nasi himpit guna daun pisang terus tak pkir byk, pdhal masa tu dah tgh hari nak buat kompem tak sempat! Lepas tu belek2 resepi dia tulis JANGAN GUNA BERAS WANGI atau BASMATHI terus terbantut nak buat nasi himpit sendirik last2 TERpaksa guna nasi himpit segera jer lah! wakakaka... Tapi raya kena buat nasi himpit sbb stok dah habes :-( Pastu yg bestnyer kak q ckp makan dgn kuah kacang, masa tu kita dah siap buat sambal tumis dah tp terasa jugak nk mkn dgn kuah kacang hihihi.,... selongkar freezer yg bhgn bawah TERJUMPA kuah kacang frozen zaman bila ntah! wakakaka... sib baik ada n boleh makan :D sgt heaven ok!

Sume org pandai buat lontong kan? Kita tepon mak kita jerr mcm mana nak buat sbb suke versi mak kita :D Tapi main campak2 ajer lah resepinyer sbb mak kita pun campak2 gitu tak de sukatan ehehehe... Ikut selera lah eak, nak buat kuah dia tuu :-) sbb yg makan masing2 kan bukan kita yg tolong makankan org, ye tak? :D Yg kat bwh ni versi dah biasa buat :-)

LONTONG
Resepi Asal : Arah

Bahan2
  • Kobis di hiris
  • Lobak Merah di potong memanjang
  • Kacang Panjang di potong pendek2 memanjang
  • Kentang dipotong memamnjang
  • Sengkuang, dipotong memanjang
  • Tauhu di potong dadu
  • Tempe>>takde stok
  • Tauhu Kering Di rendam
  • Soo Hoon
  • Beberapa ekor udang>>Tambahan
  • Santan
  • Air
  • garam
  • gula>>gantikan dgn ajinomoto kalau nak masukkan pon boleh terpulang
Bahan ditumbuk
  • 5 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit Ikan Bilis>dibersihkan
  • Sedikit Udang kering

_DSC0139_DSC0138

Cara2
  • Basuh dan bersihkan sume bhn2 yg di hiris.
  • Tumbuk bahan2 yg ditumbuk td, terpulang nak kasar atau halus.
  • Masukkan air dlm periuk sedikit, rebus bhn2 yg di hiris td, bermula dgn sayur2 yg keras dahulu kemudian masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan kobis dan tauhu kering serta soo hoon tunggu dlm 2 minit, masukkan santan, lebihan air, grm n gula, sambung masak sehingga masak, pastikan jgn pecah santan>> kita suke buat kuah tak berapa nak pekat sgt :D. Siap dan boleh dimakan dgn nasi himpit bersama kuah kacang dan sambal tumis ikan bilis atau telur :-)

Jumaat, 5 Ogos 2011

Menu Iftar ke 4>>Yong Tau Foo (^_^)

_DSC0192
YONG TAU FOO

Salam ramadhan yg ke 5 tuk hari nii :-),

Ni menu iftar semalam :D kan dah kata kita kekosongan idea semalam nak masak apa tapi nak makan YTF ni lamaaaaaa dahhh! Biasanyer puasa2 org byk jual YTF ni kan ? tapi kalau buat sendirik isi terhad lah kan guna mana yg ada jer hihihi... kita kalau mkn ni suke berkuah, utk kuahnyer kita biasa buat kuah mcm makan steamboat gituuu sbb bila dah di celur bhn2 tu nanti kuah tu akan berasa dan yg pasti sedapppp!!!

Utk sos kita dah biasa guna resepi dr MINAMI san kat MyR mmg sedap n kena dgn selera kita cuma utk sukatan gula melaka tak diberikan sbb nak ikut tahap kemanisan kiat sendirik, kita pun tibai jerrr lah! Tapi kan kita dah ckp kalau puasa2 ni berkat org puasa agaknyer, masak apa pun semuanyer tak de terkurang rasa :-)

Macam biasa mintak izin n halal kembali resepinyer tuk dikongsikan di sini mekaaseh!!! ni nak bgtau, santan byk guna tak masa bulan puasa? kita sejak puasa dah berkotak kotak santan abis wakakakaka... mcm ni mmg tak leh kurus lerrr:D

KUAH YONG TAU FU
REsepi Asal: MINAMI MyR

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto

_DSC0194
Yum yum!! mmg sedappp!

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Untuk kuah sup pulak kita guna resepi yg biasa kita gunakan, resepi dr sorang kawan cina kita kat sini :-)

KUAH SUP
Resepi Asal : Arah

Bahan2
  • 1000ml air
  • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
  • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
  • 1 labu bwg sederhana besar
  • Leek tak masukkan pun tak pe
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Secubit atau 2 cubit stok ayam
  • Lada sulah
CARA2

Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-)


_DSC0181

Rabu, 3 Ogos 2011

Iftar Hari ke 3>>Tepung Pelita

_DSC0099
TEPUNG PELITA

Salam bertemu kembali di ramadhan yg ke 3 :-),

Belum berbuka lagi yaaaa :D nak tyg pencuci mulut hari ni :D. Bila tgk gmbr tu serba tak kena dibuatnyer huh! kenapa? kita pun dah ala2 pitam gituuu tgk tepung pelita ni lama2 wakakaka... Resepi yg paling kita suke! n harus buat di bulan ramadhan juga, tak ramadhan pun boleh buat jugak kan kan :D

Tak leh bebel panjang2 sbb nak masuk OPIS dah niii.. selamat berbuka buat semua yg berpuasa hari ni!! semoga diberi kekuatan sehingga waktunyer insyaAllah!

TEPUNG PELITA
Resepi Asal: KAK YANI MyR

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

_DSC0095

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan



_DSC0107

Jumaat, 27 November 2009

Selamat AidilAdha buat semua umat muslimin dan muslimat dseluruh dunia :D

AYAM PANGGANG SATAY


Salam aidil adha buat semua yg beragama islam :-),

1st, nak ucapkan terima kasih yg sudi singgah kat sini walau tuan umah menyepi jerrr :D tgh tak sihat alaaa..cuma kena selsema tp tahap ke ngada ngadaAN tu yg lebih sikit :D hihihi.... semalam tunggu tuan umah tu menukang kabinet dapur yg dah nak roboh ni sampai tak makan huhuhu..ingat nak wat sup dan ingatkan sekejap ajerr rupanyer lama tu! dekat kul 2ptg habis! huh! sian dak kecik tu lapo.. Hari ni dlm kepenatan dlm ketidaksihatan kita masak2 lh jugak nak hidupkan suasana raya tu kan ni lerrr juadah YG MAMPU dbuat oleh tuan umah sempena raya korban ni haa.... tak de spesel pung biasa2 jerrr tp ttp menyelerakan.. betul! tak tipu ni hihihi..sedap tau mana yg bermalas malasan tu mmg sesuwai kalau nak buat ayam panggang sate ni jimat tenaga dan masa :D tak yah duk cucuk2 sakit tgn tak yah potong2 dagingnyer kerjakan lah ayam tu sekor2 atau separuh tp kita buat ni cuma separuh ayam dah siap potong sume tp rasa menyesal pulak sbb tak cukup! tak dpt nak bg org atas ni :-( mmg mcm makan satay :D Resepi dr umah KAK HANA tenkiu ya kak! muaaaaahhhh!! antor lembu sekor ke siam ya lembu jepun sedap2! :D Mintak ijin ya resepinyer gam kat sini pulak :D selamat hari raya! :D ngeeee..... kita pun perap semalaman :D kul 12tgh malam keja memblender memekak jerr :P

AYAM PANGGANG SATAY

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - bleh juga jika nk gune ketulan ayam@bhgn yg lain
  • *1/2 biji bwg besar
  • *3 ulas bwg putih
  • *2 btg serai- dihiris
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci halia
  • *1 inci kunyit hidop
  • *1 sk ketumbar
  • *1 sk jintan putih
  • *1 sk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 sudu mkn madu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1 sudu mkn minyak msk
  • garam secukupnyer
Cara-cara
  • Blend tanpa air bhn2 yg bertanda *. jika tk berpusing, tmbhkan air sedikit shj asal bleh pusing.
  • Satukan dengan bhn2 yg lain.
  • Cucuk2kan ayam agar rempah meresap ke dalam. Lumurkan rempah dan perap semalaman atau sekurang2nya 1-2jam.
  • Bakar dengan suhu 200darjah celcius selama 1jam atau hingga masak.sapu ayam setiap 20 min dgn rempah yg keluar dr ayam tuh.
  • Sedap di makan dengan kuah kacang sate atau dratah begitu sajer.

Sila2 duk bersila :D



KUAH LODEH


Yg ni pulak kuah lodeh lama dah tak wat! suke yg cara mcm ni tak cerewet sgt sume2 bhn sgt senang dan cepat tak yah selongkar2 sebok sure ada punyer :D, ni cara mak kita lah yg ajar dan kita tak baper suke sgt kuah yg pekat atau yg cair sgt sedang2 gitu.. :D senang jer buat dia ni sume org pun reti buat kan? yg ni cuma tumbuk bwg merah, bwg putih dgn ikan bilis.. pas tu letak kiub ikan bilis sikit.. sayur suka hati lah nak letak apa.. tak lupa juga UDANG! sedap tu letak udang :D



KUAH KACANG


Yg ni mmg dah biasa buat guna resepi ni dr sapa kita tak tahu tapi TERIMA KASIH buat tuan punyer resepi ya, sori ya sapa lupa pulak nak resepi kuah kacang ni leh rujuk kat SINI kat situ ada resepinyer bacalah sampai habis mesti ada terselit tuan punyer resepi kuah kacang ni :D hihihi... akhir sekali SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua! Hati2 semasa pulang ke kampung ingatlah IKA yg sentiasa mengingati kalian semua di sana :D.. jgn balik kampung lama2 cepat2 balik umah ya :D ehehe... HAPPY HOLIDAY!!! lupa pulak esok ada sports day kat tadika si kakak pastu ahadnyer ada PARTY anjuran KELAB SOGNI D ORO kelab bolasepak dimana si abang sertai jdnyer akn berjumpa kembali minggu depan insyaAllah.. :-)

Selasa, 13 Oktober 2009

Satay Ayam

SET LENGKAP SATAY :D


SATAY AYAM n DAGING sikit :D

Salam kembali buat sume :-),

KEBETULAN ya bukan rancang2 dgn MAMA 3D tu ya, dah lama sgt tak bual2 dgn kakak kesayangan kita yg sorang tu.. :D td bual2 kejap pun ank dah melalak hihihi....RESEPI YG SAMA jugak, dah perap dr semalam memula malas nak bako tp dah cucuk2 kat lidi terpaksa lah bakar jugak.. dgn ARANG ya dulangi dgn arang hihihi.... kali ni kita tak berpeluh peluh mengipas sbb ada pembantu KIPAS ANGIN yg tolong kipaskan ehehe.... huh! berkepul kepul asap kuar dr balkoni dapur niii nasib lah umah jiran sebelah ni td sbb mmg byk asap sbbnyer kat luar tu hujan!!! ekekeke....kali ni tersgt berpuas hati dgn rasa dia MEMANG SEDAP!! ssh nak kata, cuma sukatan gula kita masukkan sikit2 takut termanis nanti ada org kat umah ni kena kencing manis :D atau terkena kejutan sbb manis :D.. Resepi kat MyR dr KAK FIDA.. tenkiu ya kak!! mintak halal ya resepinyer letak sini buat rujukan sbb dah jatuh chenta dgn resepi ni :-) takcayer cuba lah buat sukatan madu pun kurangkan tp hasil mmg best!! ada madu jdnyer daging tu bila dah terbakar cantik jerrrr..eeeeeeee......kenyang betul hari ni, dapat byk jugak ni bg 3 buah umah kat atas nii harap2 dia org suke :D, kuah satay nyer pulak ambik kat umah MAMA 3D tu ya.. sedap!!! dulu dah penah buat dan dah jatuh chenta jugak mmg sedap sambal kacang tu ;-), copy dr umah MAMA 3D tu ya, tenkiuu buat sume org atas sumbangan resepi yg best2 ni :-)

SATAY AYAM

Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu,
  • 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • hana tambah bwg merah
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging@ayam bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.>>kita perap semalaman.
  2. Cucuk2kan ngan lidi sate dan bakarlah cam biasa.
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.
UNTUK KUAH KACANG leh tgk kat umah MAMA 3D ni ya.. mintak izin juga resepinyer dkongsi dsini :-) terima kasih!!!

KUAH KACANG

Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.



Sedapnyer!!!!! puas hati bako ngan arang cuma umah bau asap lerrr bdn pun tak kurangnyer jugak bau wangi!! :D



Yg ni sebelum kena bakar ya, kang owang ingat kita rembat SATAY kat luar sana tu ekekeke..... tak kuwahse satay yg ada kat luar tuuu sah2 mmg kaki pendek yg dia org guna uuwweeekkksss!! :D


Sekian untuk hari ni, jumpa ntah bila lagi ya :D rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sgt kat sume org insyaAllah kita g lawat umah sume org ya kalau free nanti, tenkiuu!!! n selamat malam!!!!! salam..