ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dessert. Papar semua catatan

Ahad, 16 September 2012

Puding Tauhu With Nata de Coco

_DSC0465-2
PUDING TAUHU

Assalamualaikum wbt semua!! :-))

Salam minggu semuanya :D.. menyepikan diri beberapa hari ni sbb projek mega kita tu lerrr hihihi.... ok ok, tak leh bebel lama2 sbb hari ni nak jumpa pakwe korea semalam baru sampai kat bangkok ececece... sapa dia??? biarlah rahsia ehehe... geram jer kan kalau bg jawapan mcm tu, kalau dekat mmg dah kena sekeh2 jer kan hihihi...

Menu ni dah lama buat :D Suke dgn puding nii, kita suke puding2 yg berkuah n tak berapa berat sgt nak makan maksudnya bukan coklat :D Mekaseh buat kakak secubit garam atas resepinya. salin lagi kat sini versi gram ^____^ minta izin n halal ya kak resepinya n buat semua pengunjung selamat berhujung minggu n beristirehat! TErima kasih juga dgn kunjungannya :-)


PUDING TAUHU
Resepi Asal : KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan:

utk puding:

  • 1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
  • 6 1/2 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan

utk kuah:
  • 1 tin laici
  • 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
  • 3 - 4 sudu besar gula

_DSC0462

Cara2:

utk buat puding:

  • Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
  • Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
  • Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
  • Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
  • Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
  • Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
  • Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk
  • Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
  • Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
  • Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

Selasa, 31 Julai 2012

Milo and Oreo Jelly

_DSC0434
MILO AND OREO JELLY

Salam kembali sume!

Ni n3 auto publish ya sbb tuan umah kat dlm library bekerja ehehe.... Puding pertama di bulan ramadhan :D senang sgt puding ni n sedap! lebih kn air sikittttttttt jer sbb nk dptkan kelembutan yg di kehendaki. Tenkiu kak rima n resepi asal dr Alongrozz (edited) thanks 4 sharing! tang milo tu heaven sungguh, terasa kecoklatan milonya :D btw, kalau milo kita tak pernah muak tp kalau coklat 100% mmg dah kurengggggg :D

Terima kasih setiap kunjungannya :-) tunggu petang nanti kita blogwalking insyaAllah. Mintak izin n halal kembali Alongrozz n kak rima(sumber) resepinya :-) mabeles! Buat semua selamat berbuka bila waktunya :-) jumpa lagi insyaAllah!

MILO AND OREO JELLY
Original Recipe : ALONGROZZ
Source : KAK RIMA

Ingredients :
  • 1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
  • 750ml Water
  • 160g Sugar
  • 1 can (400g) Evaporated Milk
  • 3/4 cup Milo Powder
  • 1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich together

_DSC0427
Milo layer harus lerr tebal2 ehehe... puding ni kita mkn dgn kuah susu cair sbb tak biasa mkn puding kering2 gini mesti nak buat kuah dia :D

METHOD:

1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved. Add in milk, stir well & switch off fire once boiled.

2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.

3. Pour 1 cup of the Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire. Let it set slightly on surface before pouring another layer. Pour the plain mixture on top. Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface. Pour the remaining milo mixture.

4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in the fridge.
Serve cold.

TIPS FOR LAYERING:
a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If this happens, scratch surface with a fork before pouring the next layer.
b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well.

Isnin, 30 Julai 2012

Homemade Cendol Resepi II

_DSC0465-1
HOMEMADE CENDOL II

Salam kembali :-)

Yg ni cuba resepi terbaru dr wendy, aishh! seronok tgk kejadiannya kalau tak sebelum ni rupa ala2 yg tu tuuuu ehehe... kali ni panjang2, thanks to wendy sbb bg idea guna plastik, sblm ni terpkir nak buat gitu jugak tp takut tak nak keluar adunannya :D belum cuba belum tahu kan?

Resepinya kita letak sini jugak ya, thanks for sharing wendy! Minta izin untuk di kongsikan di sini juga resepinya :-) Untuk semua, selamat berbuka bila sampai waktunya dan terima kasih juga setiap kunjungannya m(_ _)m

HOMEMADE CENDOL II
Original Recipe : WENDY table for 2

Ingredients :
  • 50g Mung Bean Strach
  • 50g Cornstarch
  • 600ml Pandan Juice + 1 drop alkaline water>>kita tak masukkan alkaline water
OR
  • 100g Cornstarch
  • 500ml Pandan Juice + 1 drop alkaline water

Method

  • Prepare a basin of ice water, keep it in the fridge. Or, prepare a basin of water and another container of ice cube ready (keep in Freezer). Prepare oven Mittens and food grade plastic bag (like ZIPLOCK or HDPE bags) and scissors, ready at your working spot.
  • Combine everything and cook on medium low heat until it turns thick, tranculent and glossy.
  • Bring out you basin of ice water.
  • Immedietly transfer the hot starch mixture into the plastic bag (Wear Mittens on your working hand.
  • Snip one corner of the bag (about 3mm) and squeeze the content into ice water.
  • Leave the cendol `noddles` in the ice water for 15 minutes. Strain and it ready to use.


_DSC0456-1
eeeee...sukeeeeeee dgn kejadiannya n kaler dia :D

Cendol Durian

_DSC0309
CENDOL KUAH DURIAN

Salam kembali :D

Ini 1st dessert kita di bulan ramadhan yg berasaskan ala2 minuman gituuu tp sgt2 mengenyangkan :D Dah beberapa hari ni cuaca mendung nak buat puding2 atau air2 yg sedap tak selera, ttp carik air kosong atau jarang ajerr. Itu hari kes ternmpk kat rumah KAK TTM, kak ttm pun terperasan kat rumah KAK MADIHA, kita pun rasa nak terbuat buat cendol tak jugak kan :D buat cendol tak ssh sbnrnyer tp mood malas dgn tak ajerr yg buat cendol tu jadik atau tak, kalau ada yg readymade tu senang byk sikit kerjakannya ehehe...

Resepi senang dr rumah kak madiha, mekaseh kak ttm n kak madiha utk perkongsian resepinya! nasib baik ada durian kejang dlm freezer hihihi... Mintak izin kembali resepinya, terima kasih! Dan terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

CENDOL KUAH DURIAN
Resepi Asal : KAK MADIHA
Rujukan : KAK TTM MELBEN

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang ) >>yg ni buat sendirik :D
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian

1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang)


Resepi Santan Durian

Bahan2
  • 1 biji durian ~ ambil ulasnya
  • 1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
  • 1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
  • secubit garam

Cara2 menyediakan

1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.



_DSC0316_DSC0314
Cendol heavennn :D letak pulut, kacang merah, yummyylicious!

HOMEMADE CENDOL
Resepi Asal :
MyR dr MARIAM
Boleh tgk kat SINI jugak

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Khamis, 5 April 2012

Bubur Pulut Hitam Wif Durian n munga dr Kak Nieza

_DSC0024
BUBUR PULUT HITAM WIF DURIAN

Assalamu`alaikum wbt, salam selamat petang sume :D,

Hari ni mcm free ajerrr.. haipppp! cepat3!!! nak kena g imigration atas urusan visa.. Lama rasanyer tak buat bubur pulut hitam, padahal kat sini bykkkkkkk sgt jual pulut hitam, n rasanyer siam punyer beras pulut hitam terbaikkkkk! panjang2 jerrr beras pulutnyer, kalu dulu2 masa kat mesia sikit punyer ssh nak jumpa pulut hitam, pastu bila dah jumpa, beli n masak rasa dia lain sikit lah, sbb dah ddk sini lama rasanyer siam puner beras pulut hitam terbaik! ehehe.. bukan beras pulut biasa pun mmg made in siam yg paling best ;-) ecececece....

Ok, resepi ni ambik kat MyR dr Siti azma, terima kasih tuan resepi, minta izin n halal kembali resepinya.. Kita tambah durian, kebetulan TERjumpa beberapa ulas durian soft yg ada kat supermarket, 2 ulas buat makan gitu>>maklomlah ssh nak jumpa yg lembut2 gini kan hihihi... yg lagi 2 ulas tu kita campak dlm bubur pulut hitam, sedappppp! Ok, nak mengundurkan diri dulu, selamat berhujung minggu buat semua, kalau esok sempat kita n3 insyaAllah! TErima kasih sekali lagi setiap kunjungan :-)


BUBUR PULUT HITAM WIF DURIAN
Resepi Asal : SITI AZMA MyR

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

_DSC0026
Aroma durian dia tak kuat sgt bau mungkin sbb guna pulut hitam kot ehehe atau durian yg kita beli ni jenis tak kuat baunya?? :D

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

Terima Kasih kak Nieza n tahniah jugak buat blog akak utk anniverssary yg ke 2!! Semoga terus berkongsi resepi2 yg mantap2 n gambar2 yg cantek2 n cerita yg menarik2 :-)

Sabtu, 17 Mac 2012

Jagung Manis/Sweet Corn

_DSC0937
JAGUNG MANIS

Assalamu`alaikum wbt buat sume :-),

Cakkk! ehehe.... kita ni muncul di hari weken sbb ninja pergi kerja so takde benda yg nk dibuat kita n3 ler mana2 yg tertunggak :D Semua org sihat? Kak sue tak sihat ya? jgn lupa makan ubat mana yg tak sihat tu n jgn lupa rehat yg secukupnya :D

Resepi mudah, semudah A B C alif ba ta :D Kalau jagung ni kita suke makan masin2 sikit maknanyer kurangkan susu, ikut selera masing2 ya, nak letak cheese ke, mayonaise ke sbb skrg ni jagung2 mcm ni mcm2 perasa kan? Ok, resepi dr Kak Azie MyR, resepi dr adiknyer yg meniaga jagung manis, semoga dimurahkan rezeki sbb tak semua peniaga nak berkongsi resepi kan? Minta izin n halal kembali resepinyer utk dikongsi n buat rujukan akn dtg, terima kasih! happy weken sume!

JAGUNG MANIS
Resepi Asal : KAK AZIE MyR

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500 gm jagung ( leh dpt dbhgn frozen )>>nak guna yg freash pun ok kalau rajin sbb lagi sedap!
  • 2 s b butter
  • 4 s b susu pekat manis ( kemanisn ikut suka )
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Kukus jagung dlm 20 minit..lg lama lg sedap :)
  2. Jagung dh masak..dlm bekas lain..masukkan jagung yg masih panas2, gaul dengan butter, susu pekat manis dan tabur secubit garam.
  3. Sebatikan..dh siap....enak dimakan semasa masih panas2..

_DSC0941
sedap!

Selasa, 13 Mac 2012

Tiramisu Biscotti

_DSC0539
TIRAMISU BISCOTTI

Salam pagi selasa :-),

Malam tadi jadik burung hantu :D siapa yg tahu maksud burung hantu dia akn phm ehehe... Jadinya nak segarkan mata burung hantu pagi2 ni, seawal 6.30pg dah kuar g jogging, tp kalau pagi2 gini makin ramai org lerrr, malas kalau ramai2 org nii sbb kita jadi berdebar debar gitu, kalau dah jadi berdebar debar mcm tuuu, jantung pun berdegup kencang, jogging pun tak leh byk round huh! hari ni surrender cuma 5 round dlm masa 20minit uuuwaaaaaa...... esok kena g pukul 7pg baru ok.

Dah lama mengidam nak makan tiramisu sejak diet2 sblm ni, buat ni dah lama da, dlm 3 minggu lepas kot ehehe.... Resepi dr KAK UMIE E dr MyR tp kita copy dr umah KAK HANA, mintak izin kembali resepinya utk rujukan supaya tak sesat :D Dah pernah buat byk kali tiramisu nii, mmg suke dgn resepi yg ni, sbb simple ehehe...

TIRAMISU BISCOTTI
Resepi Asal : KAK E
Sumber : KAK HANA,

Bahan-bahan
  • 1 peket biskut lady finger @ biskut tiramisu
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream>>yg ni kita gantikan dgn mascarpone cheese
  • 1/2 cawan gula halus>>yg ni kita guna 1/3 cwn jer
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

_DSC0546
kali ni cuba layerkan dgn fresh strawberry n biscotti selang seli dgn Strawbery :D

Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream.
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
  4. Celup biskut ke dalam air nescaffe sehingga basah@lembut.>>Untuk proses ni kita cdgkan spray mcm kak hana buat utk elakkan biskut td lembik.
  5. Susun biskut tadi ke dalam mangkuk@bekas.
  6. Sapukan adunan cream+cheese tadi atas biskut.
  7. Susun lagi biskut yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya

Selasa, 9 Ogos 2011

Jelly Tembikai

_DSC0343
JELLY TEMBIKAI

Salam kembali sume di ramadhan yg ke 9 insyaAllah!!

Ok tak leh nak taip panjang2 sbb byk kerja nak dibuat kat dapo lepas nii :D

Deesert pertama berasakan puding di bulan pose kali nii :-) Mekaseh KAK JUWITA!! Jelly akak telah menawan hatikuuuuuu suke tgk kejadian n kaler jelly niii, mmg cantek! Sini tembikai hari2 ada cuma kdg tu malas nak beli, ini pun beli yg dah siap potong 4 senang kerja lagpun adik tak larat lerr nak bwk tembikai gedabak gitu seorang :D

Macam biasa ya mintak izin n halal kembali resepinyer kak! Tenkiuuu!!! Selamat berbuka buat semua bila waktunyer!

JELLY TEMBIKAI
Resepi Asal: KAK JUWITA

Lapisan Jernih ( lapisan bawah)
  • 4 g serbuk agar-agar>>yg ni kita kurang kan jadi 3g sbb nak buat lembut sikit.
  • 400 ml air
  • 3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing dan kemanisan buah tembikai)
  • 100 ml jus tembikai yang ditapis dari buah tembikai ( ditapis ambil air sahaja hampasnya jangan buang)
  • sedikit pewarna merah ( ita tak letak sebab tembikai ni memang merah)

cara-cara

* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan jus tembikai yang telah ditapis dan pewarna jika warna kurang terang.
* ketepikan sehingga sejuk sedikit dan dimasukkan kedalam acuan yang bersesuaian.


_DSC0357
siap sedia masuk dlm sebokk!!! Nanti petang dah sejukkk!!! :D

lapisan atas
  • 2 g serbuk agar-agar>>Yg ni pulak kita letak 1.5g
  • 50 ml air
  • 250 ml hampas tembikai yang ditapis
  • 3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
Cara-cara

* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan hampas tembikai .
* Masak sebentar dan ketepikan sehingga sejuk sedikit.
* Apabila lapisan bawah didalam acuan telah keras sedikit boleh la dimasukkan lapisan ini.
* sejukkan didalam peti sejuk.


_DSC0349

Isnin, 8 Ogos 2011

Puding Sago Gula Melaka

_DSC0282
PUDING SAGO GULA MELAKA

Salam kembali di ramadhan yg ke 8 insyaAllah! :-)

Menghitungg hari niii jerrrr ahahaha... Ok, menu iftar semalam tak sempat nak snap sbb mcm biasa kelam kabut kita ni tak abis lagiii :D kalau nak tahu menu kita apa semalam ni pergi jer umah KAKAK SECUBIT GARAM pasti ada menu kita kat sana sbb kita org buat menu yg sama, NASI AYAM IPOH n CUCUR UDANG hihihi..kan kak nor :D Tp kita tak dpt nak buat show sbb semalam mmg tak sempat, cuma batallkan pose dgn air dulu baru makan kikiki....

Puding Sago Gula melaka ni mmg wajib buat, nmpk rumah KAK JUWITA JAMALUDIN buat tp versi kita ni versi pemalas, kaler gula punn cair jerr mcm org yg buat ni lerrr, IDEA itu pentinggg, terima kasih pd blogger2 yg bg idea nak masak apa tuk berbuka tahun nii, kalau tak de IDEA dr sapa dari sapa mesti tak terasa nak buat kan? kan? KErana adanyer blogger2 ni lahh baru dpt ilham nak berbuka apa :-) Mintak izin kembali resepinyer ya along! muaaahhhh!!! Mintak maaf ya komen2 dah baca cuma tak sempat nak reply kalau sempat kita reply ya insyaAllah!

PUDING SAGO GULA MELAKA
Resepi Asal: ALONGROZZ

Makes 5 glasses
  • 160g Green Sago - soaked with water 30min
  • Water
  • Coconut Milk>>Agak2 lah ya terpulang nak byk mana, kita guna fresh milk :D
  • Palm Sugar Syrup
_DSC0272
Tak leh nak tuang dlm cwn sbb tertuang byk air gula tuu wakakaka....

METHOD:
1. Strained sago & place in a pot.
Pour in water to cover sago about 1" above it.
Boil until sago turn translucent.
Strain & run under running tap water to get rid of some starch.
Scoop into glasses.
Chill.

2. To serve, pour few tbsp coconut milk then few tbsp palm sugar syrup.
The sugar syrup will sink to the bottom naturally.

3. To make palm sugar syrup, place 1 piece palm sugar in a pot, cover with water, add 2 tbp white sugar & 1 screwpine leaf. Boil until sugar is dissolved. Cool.

_DSC0271

Sabtu, 6 Ogos 2011

Lompat Tikam Kelantan

_DSC0253
LOMPAT TIKAM KELANTAN

Salam ramadhan yg ke 6 insyaAllah buat semua :-),

Hari ni ramai yg nak buka di luar ya? maklomlah weken kan kan :D kita mcm biasa jer lah kat rumah ni jugak hari2 pening kepala nak masak apa sbb sume nak dibuat hihihi.... tak leh nak bebel panjang2 sbb main course lom buat :D

Untuk Komen2 yg ada kat n3 bawah terima kasih kita ucapkan belum berkesempatan utk balas satu persatu, insyaAllah free nanti kita cuba balas kalau tak terbongkang awal lah mlm hihihi... Resepi lompat tikam kelantan dr KAK UMI E MyR, pestaim buat yg ada pulut ni, nmpk menarik! dah siapppp!!! belum buka lagi jap g nak masuk OPISSS, selamat berbuka buat semua! :-) Psst masih guna bunga orkid sbb belum layu hihihi....

LOMPAT TIKAM KELANTAN
Resepi Asal : KAK UMI E MyR(resecipe MIL kak umi e)

Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6orang) )

  • A: Tepung hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • secubit garam
  • sedikit pandan paste/pewarna hijau
  • B: Santan pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • secubit garam
  • C: Pulut merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • sedikit pewarna merah
  • D: Air gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • sehelai daun pandan


_DSC0247
Selamat berbuka buat semua!! :-)

Cara-cara>>kita masak tak guna mic. dlm kuali jerr :D

  1. Campur kesemua bahan A dan tapis
  2. Masak atas api hingga pekat
  3. Umie masuk dalam microwave tapi kena sentiasa dikacau setiap 2mins
  4. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (umie masuk microwave je - cepat)
  5. Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah (umie masuk microwave je - cepat)
  6. Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
  7. Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya :)
_DSC0259

Rabu, 3 Ogos 2011

Iftar Hari ke 3>>Tepung Pelita

_DSC0099
TEPUNG PELITA

Salam bertemu kembali di ramadhan yg ke 3 :-),

Belum berbuka lagi yaaaa :D nak tyg pencuci mulut hari ni :D. Bila tgk gmbr tu serba tak kena dibuatnyer huh! kenapa? kita pun dah ala2 pitam gituuu tgk tepung pelita ni lama2 wakakaka... Resepi yg paling kita suke! n harus buat di bulan ramadhan juga, tak ramadhan pun boleh buat jugak kan kan :D

Tak leh bebel panjang2 sbb nak masuk OPIS dah niii.. selamat berbuka buat semua yg berpuasa hari ni!! semoga diberi kekuatan sehingga waktunyer insyaAllah!

TEPUNG PELITA
Resepi Asal: KAK YANI MyR

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

_DSC0095

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan



_DSC0107

Sabtu, 9 Julai 2011

Puding Jagung Bersos Laici

_DSC0372
PUDING JAGUNG BERSOS LAICI


Salam pagi sabtu sume!

Macam biasa kalau weken gini ramai blogger yg menyepikan diri termasuk kita TAPI since ninja tu kena kerje, tak de apa nak buat baik update lah apa2 yg patut, boringnyer lah dah 2 minggu ni dia asyik kena kerje jerr ari sabtu :-( esok ni pun tak sure lagi mesti kena kerje jugakk uuuwaaaaaaa...... Sangat tak best :-(

Hari ni masukkan n3 puding jagung yg lemakkk berkrim disukaiiii ramai :D, Kak Hazila dah mention puding ni mmg sengaja dibuat lembik sbb tu ddknyer dlm cwn tak leh nak telangkupkan kena makan guna sudu tapi i likeeee!!! sedap bangat! Kak Zila, mintak izin n halal resepinyer!!! MEkasehhh!!! Selamat berhujung minggu sume :-)

PUDING JAGUNG BERSOS LAICI
Sumber : Kak Hazila

Bahan bahan ( anggaran 2 orang, dapat 4 bekas seperti di atas )
  • 600 ml susu segar
  • 2 1/2 sudu makan tepung kastad
  • 4 sudu makan gula
  • 4 sudu makan jagung dalam tin>>kita guna 2 sb cream corn dgn 3 sb butir jagung direbus atau dlm tin

Cara cara

1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
2. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.

_DSC0376


Untuk Vanilla Sauce
  • 1 cawan susu segar>>Kita letak 1/2 cwn susu segar dgn 1/2 cwn laici syrup
  • 1/2 cawan gula>>kita letak 1 sb sb dah guna laici syrup
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 2 sudu makan butter
  • 1/2 sudu makan tepung jagung>>kita kurangkan
  • Sedikit garam
  • Buah laici segar / tin
Cara cara

1. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
2. Tuang sos vailla ke atas puding jagung, taburkan dengan isi buah laici.

_DSC0359

Rabu, 6 Julai 2011

Puding Keju

_DSC0301
PUDING KEJU KARAMEL

Salam di pagi rabuuuuuu sume!! eh? dah nak masuk tgh hari ya? ahahaha...

Ok lah tak leh nak bebel panjang2(pun ayat berulang ulang ahahaha) Ninja mlm tadi tak balek, pepaham jer lah kan masalah lum settle lagi, doa buatmu dear! semoga dipermudahkanNYA insyaAllah...

Nmpk KAKAK Izah tayang puding keju ni baru kita teringat dlm simpanan ada gmbr niii :D buat ni dah lama tp dek malas punyer pasal fail tak disusun dgn betul dan menjadi satu kemalasan untuk menulis watermark ituuuu, alasannnn! org bijak mencari jalan org yg KURANG bijak mencari alasan>>ditujukan khas buat diri sendiri SITI KHADIJAH, lempang laju2 kasi sedor sikit, haish! Ok lah, resepi copy kat umah kakak SECUBIT GARAM, jgn lelebey okey! nanti kakak secubit garam marah :P, resepi asal dr ALONGROZZ yg cantekkkk, jgn pelik kenapa kita tak pnaggil kakak ros ke apa, dlm minda kita dah setkan kalau ALONG pangkat lebih tinggi sbb tu sapa2 yg ada nama ALONG kita tak panggil kakak ya jgn kecik ati ya, tp kita ttp panggil kakak walau tua setahun sbb dah terbiasa, terbiasaaaaa tp kita pulak tak kisah org nak panggil kita apa kalau panggil nama pun suke, panggil kakak kurang suke wakakaka>>perasan nak muda lah niii :P panggil apa2 pun bolehhhhhh... :-)

Da da jom tgk resepi, i told kak nor, inilah hasil derhaka, ntahlah! kita tak boleh tgk puding gondol gitu jerr mesti nak kasi banjir gituuuu, ikut selera masing2 lah ya :D Last but not least, ewahhhh! terima kasih buat penyumbang resepi n kak nor tempat kita copy ya :D Tenkiuuuuuu!!!

PUDING KEJU Karamel
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi

BAHAN2:
  • 13g Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120g Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400ml Susu Cair
  • 200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50g Mentega


_DSC0305
Sorilah eak, blender beskut tu main2 ajerrr tu yg ada ketul2 tu wakakaka..pedulikanlah :D

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

Jumaat, 1 Julai 2011

Lompat Tikam Sagu

_DSC0848
LOMPAT TIKAM SAGU

Salam kembali sume!

MAsukkan n3 ni sbb nak cepat, n3 tertunda jdnyer mmg dah habes :D Ramai yg dah buat kan? Rugi sapa tak cuba buat sedappppppp sgt!!! suke kita dessert2 mcm ni :D Tak leh lama2 mata kita ni mcm ada beras berkantung kantung, mengantukkkkkkkkkk sgtttttttt!!!!!!!

Resepi asal dr ALONGROZZ, maceh alonggg!!! dah buat lama dah along baru dapat publish hihihi... Mintak izin n halal resepinyer! Macehhhhh!!! Yg kita ingat KAKAK IZAH DAUT, KAK UMMI dgn KAK JUWITA jpn yg dah buat yg lain2 tak ingat sapa yg dah buat :D

LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi Asal: AlongRoz@HomeKreatio

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:Bold
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan


_DSC0837

CARA-CARA:
  1. Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  2. Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn)
  3. Kukus 20 min.
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  5. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  6. Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  7. Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  8. Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut

Sabtu, 4 Jun 2011

Peanut Butter Chocolate Puding

_DSC0505
PEANUT BUTTER CHOCOLATE PUDING


Salam sabtu sume! :-)

Hari ni kita sibuk sikit, hari hari sibuk hihihi... Lagi satu kita org nak dating ptg2 sikit ni nanti sbb tu kerja2 kena siapkan awal, panggil bbsitter tu datang kul 1ptg, jdnyer kena siapkan makan tgh hari dgn malam sekali, biasanyer masak yg senang2 ajerrr, tak pun kena tanyer dia org nak makan apa, biasanyer dia org nak order pizza jer lah! hihihi.... lg senang kerja mak ye tak? cuma masak tgh hari ajerr :D Keadaan kita skrg ni tgh tak stabil tp sibuk jugak nak outing sana sini :D

Ada yg tanyer kan ank2 kita, alhamdulillah dah ok dia org cuma yg kecik ni mcm tak ok sgt lagi tp demam dah tak de maknanyer dah tak risau sgtlah.. Tp nmpknyer mmg dah sihat tuuu :-) mekaseh~~ Resepi ni g kat link bwh tuuu, semalam semalamnyer nmpk kat foodbuzz mcm terbekenan pulak tang peanut butter tu hihihi... sedap! Tp nak kena adjust kalau ikut resepi asal rasanyer adunan puding tu mcm keras kita ni pulak puding2 tak minat yg keras aka kenyal2 sbb lagi suke yg berdangdut gitu hihihi... jdnyer with a few adjustment dr kita kira ok lah kita suke! sedap!!! lepas ni mmg kena byk berjalan :D

NOTA SIAM>> Ni kita nak share kat sini pulak, dpt kat wall KAK NAZIRA MALIK, Untuk setiap 25kg berat badan kena minum 1 LITER air SEHARI Jdnyer kalau 2 kali ganda dr 25Kg tu 2 LITER lah yerrr, sapalah tu yg kena minum 2 liter wakakaka.....untuk cuci2 lemak sooo mmg satu hari tu keja g bilik air ajer lah hihihi...

PEANUT BUTTER CHOCOLATE PUDING

Source:FOODIES@HOME

Lapisan Peanut Butter Puding
Bahan2:



  • 1/2 Cwn Gula>>yg ni kita kurangkan jd 1/3 cawan ajer
  • 5 tbs Tepung Jagung>>yg ni kita kurangkan jd 3sb sahaja utk dptkan puding yg lembut
  • 1/2 cwn Whipping Cream
  • 1 3/4 Susu Segar
  • 1/2 cwn Peanut butter>>yg kita letak tak penuh
  • 1 tsp Vanilla Essence>>tak letak
  • Garam>>yg ni tak letak
Bhn2 hiasan:
Whipping krim di pukul sehingga kental, serbuk koko atau apa2 topping kegemaran.

Method:

Di dalam periuk non stick, satukan semua bahan2 di atas kecuali peanut butter dan essen vanila. Masak di atas api sederhana besar sehingga mendidih, adunan hendaklah sentiasa dikacau utk mendapatkan hasil yg smooth tidak berketul ketul. Selepas itu, alihkan periuk td ke tepi dan masukkan peanut butter td dan kacau dahulu sehingga sebati dgn adunan td sebelum dimasak kembali di atas api sederhana besar. Masak kembali sehingga pekat kemudian matikan api dan sejukkan dlm beberapa minit dan masukkan esen vanila(yg ni kita masukkan sekali dgn adunan pertama) dan tuangkan didalam acuan kegemaran anda, letak tepi.


_DSC0509_DSC0510
makan bertoppingkan whipped creammm waduhhhhh.. num air byk2 lepas ni :D

Lapisan chocolate puding
Bahan2:



  • 6 Tbs gula>>yg ni kita letak 4sb ajer
  • 2 tbs Tepung jagung>>yg ni kita letak 1sb
  • 2 Tbs Serbuk Koko>> yg ni pulak kita tambah 1sk coklat emulco
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn whipping cream
  • 5 ounces Susu perasa coklat
  • 1 tsp vanilla

Method:

Di dalam periuk non stick, masukkan semua bhn2 di atas kecuali susu perasa coklat, dan masak di atas api sederhana besar sehingga pekat. Hendaklah sentiasa di kacau dan apabila sudah pekat ketepikan sebentar dan masukkan susu perasa coklat td dan kacau sehingga sebati. Masak kembali di atas api td sehingga adunan betul2 pekat (untuk adunan ni mmg kita buat lembut bukan lembik :D) Matikan api dan tuang adunan coklat td di atas adunan peanut butter puding yg telah di masak n dimasukkan kedalam acuan td, buat sehingga habis dan masukkan adunan puding yg telah siap di masukkan ke dalam acuan td di dalam peti sejuk sekurang kurangnyer 2 jam atau lebih.. Hiaskan dengan Whipped cream atau topping kesukaan masing2 sedap dimakan sejuk sejuk!!! :D


_DSC0504

Jemput ambik ya, tuan umah nak berjimba jimba :D

Rabu, 1 Jun 2011

Puding coklat Sos Kastard

_DSC0405
PUDING COKLAT SOS KASTARD

Salam dino rebu :D

Dah stgh tahun kan eak, kejap jer rasa....... hmmmm>>>Rasa sunyi kalau tak berblogging, tp ambik masa sekejap jerrr :D Buat ni sblm g sepital semalam tuuu, biarkan dia kat luar jerrr letak air dlm dulang biar semut tak dtg balik dr sepital dia dah sedang elok, jdnyer yg dlm gmbr ni sblm masuk sebok sbb tu tak de kesan2 peluh kat luar2 cwn tuu hihihi..

Semua org memuding kan skrg ni? kita pun cdg hari ni nak memuding lagi :D seronok buat dessert2 mcm nii senang dan sedap :D Rumah KAK SHEILA ari isnin, giliran rumah kita pulak ya hari nii, Resepi asal dr KAK DAYANG JACK n kita copy n paste kat umah KAKAK SECUBIT GARAM :D, sedappppp betul mmg mkn puding2 yg berkuah gini tp tau tau jerlahhhh hihihi... Lepas ni nak jg budak 2 org tu pulak, masing2 buat muka layuu jer tuuu, kesan ubat ler tuuu.. InsyaAllah kalau berkesempatan dan lapang akn buat balas kunjungan, measkeh sume!

PUDING COKLAT SOS KASTARD

resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Puding Coklat :

  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)>>yg ni kita tambah coklat emulco 2 in 1 :D
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla

_DSC0409_DSC0423
blackberry tuuu sapa nk bayor sorang 5 hengget sebiji hihihi... 1st time mkn blackberry fresh ingatkan nak buat inti macaron tp kesedapn duk makan gitu jerr hihihi...


Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)>> mcm kak dayang jugak
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

_DSC0416

Isnin, 16 Mei 2011

Sago Gula Melaka

_DSC0078
SAGO GULA MELAKA

Salam hari isnin sume,

HAPPY TEACHER'S DAY buat semua cikguuuuu yg bergelar cikgu!!! Hadiah yg paling beharga buat ank muridnyer adalah ILMU yg di ajarkannyer, kerana itu jasamu tetap ku kenang dan berterima kasih.. Tp tu lah sya ank murid yg nakal hihihi klau tak dah jd cikgu jugak agaknyer :D

Ninja balik esok petang, kids pun masih bercuti sampai esok, jdnyer emaknyer pun bolehlah menarik nafas lega dan tak yah nak pkir buat bentou :D.. Buat sago ni sbb nmpk kat rumah KAK ROSE, dan kita pulak mmg antu sago ehehehe... REsepi asal kat umah GERT, tenkiu!! Mcm biasa mintak izin n halal resepinyer :-) ty!! Sya mau rehat2 hari niii sbb semalam dari kul 10stgh sampai kul 1 pg mengerjakan kain2 yg tak bergosok, naik kejang kaki wakakakaka.. padah org yg suke tangguh2, dan lagi satu sebab kenapa rush sgt, big boss mau balik wooo.. :D Jom lah makan! :D

SAGO GULA MELAKA

Ingredients:

1 cup of small sago pearls
200 gram gula Melaka – chopped into small pieces
1 ¼ cups thick of coconut milk
¼ tsp salt
2 pandan leaves
_DSC0080

1. Wash and soak sago for 15 minutes. Bring 6 cups of water to boil. Strain the sago and add it into the boiling water. Keep stirring for 3 minutes, turn off the heat and cover for 15 minutes.
2. Pour sago into a strainer and rinse under cold running water to remove all the starch. Drain access water and set it aside to chill in the refrigerator.
3. In a small saucepan bring the coconut milk, salt and pandan leaves to a slow boil. (do not boil over high heat or else the coconut milk will curdle) Remove the pandan leaves and set it aside to cool completely in the fridge.
4. Put the gula Melaka and ¼ cup of water in a small saucepan over low heat. Melt the sugar, strain and set it aside to cool
5. Serve the pearl sago with coconut milk and gula Melaka syrup.

_DSC0082
kita tgk dalamnyer pulak.. cantik tak?? :D

Isnin, 15 November 2010

Tiramisu Swiss Roll Cake + Biscotti versi II

_DSC0892
TIRAMISU SWISS ROLL CAKE+BISCOTTI

Salam kembaliii!

Org byk kerja ni lg di kacau ajerrr wakakaka..... nak cepat niiii... Sejak tahu makan TIRAMISU ni jadi kesukaan pulak! dah 3 kali buat termasuk resepi yg ke 2 ni iaitu guna resepi dr CHEF HANIELIZA, tp kita cnp dr rumah ROSS kat jepun sana tu yaaa... Selamat bercuti ya rosss!! semoga selamat sampai ke destinasi pergi n balik! insyaAllah!.. Kita buat ni ptg semalam ya :D sampaikan projek yg satu tu tergendala tp hari ni buat ;-) tungguuuuuu :D

CUMA, untuk resepi ni kita buat 1st layerrr yg bhgn bwh letak swiss roll cake n layer ke 3 letak biscotti lebihan buat tiramisu itu hari, SEDAPPPPPPP sgttttt niiii! mmg harus kedekut! wakakaka.... Mcm biasa ya semua, especially tuk KAK HANIELIZA yg sumbangkan resepi ni n jugak ROSS tempat kita cnp :D macehhhhh!!! Kalau ikut resepi yg dulu dr KAK E lg senang yg tuu, SEDAP pun memang sedap! tak tipu... yg ni ada leceh sikit tp hasilnyer ttp sedap! tuan umah nak rehat :D

TIRAMISU SWISS ROLL CAKE+BISCOTTI

TIRAMISU - Versi 2
Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan:-
1 gulung kek swiss roll kopi ( ros guna 1/2 kek swiss roll perasa coklat)>>Kita guna perasa kopi
250 gm keju cream philidephia ( ros guna 100gram)>>sama mcm kak hanieliza
150 ml yogurt asli ( ros ganti dengan whipping cream)>>yg ni pun ganti dgn whipping cream
1/2 cawan gula ( ros guna 2 sudu besar gula)>>Kita guna 1/4 cwn gula
1 biji lemon [ambil jusnya] - (kalau xnak masam sgt, ambil separuh jus jek) - ros x letak.>>yg ni kita letak sbb suke masam :D
serbuk nescafe ( ros ganti dengan serbuk koko)>>Sama mcm ross ganti serbuk koko

Larutan Agar-agar:-

1/4 cawan air ( ros ganti dengan 2 sudu besar air panas)>>sama mcm ross
1 sudu kecil serbuk agar-agar ( ros ganti dengan 1 sudu besar gelatin) Sama mcm ross jugak :D



_DSC0898_DSC0897


Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.(untuk yg ni kita buat layer yg bwh letak swiss roll cake, spraykan dgn air bancuhan kopi, tuang keju dan lapisan ke3 letak biscotti yg telah dispraykan dgn air kopi juga kaedah spray lg bagus untuk dapatkan tekstur biskut yg lembut BUKAN benyek! :D) step seterusnyer buat sampai habis :)
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan>>kita ayak serbuk koko van houten

_DSC0055
seeeee.... :D