MURTABAK INTI DAGING
Salam kembali!!
NAk cepat nii nak cepat :D Nmpk umah KAK AYU SAFIEZA yg jauhhh di padang pasirrr tuuuu selalu dtg sini dgn untanyer hihihi terus terbekenan, cuma utk resepi inti ajerr kita guna utk kulit dia guna resepi buat roti canai yg lepas nii.
Resepi inti dr MINAMI MyR dan utk kulit tu kita guna resepi buat roti canai yg terbaru nii dr NICEGHOST FNR, leh g kat SINI juga utk n3 yg lepas.. Terima kasih buat sume penyumbang2 resepi dan blogger2 jugak yg tak putus2 kongsi resepi tuk berbuka tahun ni!!! Selamat berpuasa buat semua!!
MURTABAK INTI DAGING
Untuk Kulit
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA
Bahan-bahan
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

- 3 cawan tepung gadum
- 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
- 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola
- Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
- Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
- Campur minyak masak
- Campur marjerin
- Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
- Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
- Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
- Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
- Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
- Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
Sedapppppp!!! mkn dgn kari bodo2 jerrr :D next time cuba buat guna kulit popia ya :D
Untuk Inti Daging
Resepi Asal: MURTABAK SEGERA MINAMI MyR
Bahan-bahan ( 6 keping )
- 100 g daging cincang
- 2 biji ubi kentang>>Yg ni kita kurangkan kepada 1 biji dan lebihkan daging cincang
- 1 sudu setengah rempah kari
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- daun sup
- minyak
- 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
- kulit popia
- 2 biji telur
Cara-cara
- mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
- apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati
- ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. >>yg ni guna kulit roti canai, canai mcm biasa
- cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.>>bungkus mcm biasa juga nak buat murtabak tuuu :D