Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Ketahui 11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.

Pokok Beringin




Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 

beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.

Pokok Sukun

 


Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

Pokok Ara

 


Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

Pokok Kekabu

 


Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.

Pokok Ciku

 


Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

Pokok Saga

 


Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat
hantu.

Pokok Asam Jawa

 


Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.

Pokok Pisang

 

 

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.

Pokok Buluh

 


Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh.

Pokok Nangka

 


Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.

Pokok Bacang

 


Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.


P.S /  Kat rumah aku dulu semua pokok2 nie ada..kaya aku klau aku kutip sewa kt semua hantu2 nie..mana leh duduk free je kat tanah kita orang..masuk tandas pun kena bayar tau..report polis baru tau hehe

Bab pokok pisang serumpun tu..aku rilek je dulu masa kecik2 aku main tumbuk2 batang pisang tu..praktis kungfu..ye lah masa kecik kan aku byk terpengaruh filem kungfu hehe..kengkadang aku praktis memanah..itu sbb terpengaruh ngn filem robin hood kihkih

Pokok beringin tu pulak aku memang tau berhantu sejak kecik lg sbb mak aku ckp..tapi bila aku tengok akar yg berjuntai2 tu..aku tak tahan lah..jadi tanpa memperdulikan semua tomahan buruk terhadap pokok tu aku ngn kengkawan aku main tarzan2 kt situ..gayut puas2..itu sbb terpengaruh filem tarzan plak hihi..

Takda apa yg berlaku cuma waktu malam aku cuma mengigau je..cakap time tido hehe..

Kesemua pokok dlm ni aku pernah tgk kecuali pokok bacang..pasal pokok nangka ngn ciku tak pernah dgr plak..aku rasa org tua2 dulu reka citer tak mau buah tu kena curi kot..

Twit-twit menarik di twitter tentang kisah rasuk di UITM Lendu







Sebab-sebab mengapa UITM lendu diganggu makhluk halus

Pertama kali aku nak cakap sbb2 ni hanya lah khabar2 angin semata2 dan buah2 mulut manusia yang bergerak seperti radio menyampaikan maklumat yg kurang sahih atau entah belum pasti kebenarannya...Jadi jgn percaya bulat2 ok..sapa percaya dia..isi kan tempat kosong hehehe

1. Kejadian gangguan di UITM lendu ada kaitan dengan saka sorang pelajar...Lebih menarik perhatian ada org ckp saka tu dah bergaduh teruk dengan makhlus halus kat UITM lendu tu..ishhh2..mcm tu plak jd nya...kiranya org duk ckp saka2 ni gaduh siap angkat geng jd datang menyerang secara berjamaaah..wow mitos yg sgt tak boleh diterima akal hehehe..

2. Ada kabar angin cakap persembahan ulik mayang adalah salah satu sbb gangguan ni..sumber lain plak ckp bukan ulik mayang tapi menora.persembahan yg berasal dari siam tu..yg pakai kuku panjang semua tu..arghhh..mana satu betul nie..conpiusssssss...

3. Pastu ada lg ckp sbb byk sgt aktiviti nyanyian dibuat dekat sgt dengan masjid..betul ke nie..pelajar uitm lendu sila komen cepat untuk menangkis kabar angin nie

4. Kabar angin lain ckp...org yang amal ilmu itam nak test power..test ilmu dia tp dia pilih uitm lendu..org ckp org tu org minyak..waaa takutnyaaaaaaa...pengsan jap

5. Sumber lain yg sgt tak boleh dipercayai plak ckp ada budak2 kt situ duk main2 belakon jd pocong nk takut kan kawan..jd makhluk2 halus kt situ marah sbb rasa dipermainkan..

6. Dengar kabar angin gak ada budak2 kt situ duk main spirit of the coins.entah betul ke tidak

7. Kabar angin yg paling tak leh blah plak sbb ada tarian Haka...tp dengar2 kes rasuk yg melibatkan dak laki..dak laki tu siap boleh terbang..believe it or not

8. Kolej yang teruk dilanda histeria tu sgt kotor..ada budak2 ckp budak2 kt situ kencing dlm botol pastu buang kt hutan sebelah..entah betul ke tidak..

P.S walau apa sebab sekalipun jom kita berdoa ramai2 semoga dorang selamat dan dijauhkan hendaknya dari bende2 tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

Gambar Lawak (835) Gambar Menarik (365) agama (269) Kisah Kelakar (245) ceritera hidup sang kumbang jingga (242) Berita (223) Info Berguna (74) Fakta Menarik (71) Dialog Kelakar (59) video kelakar (54) Politik (47) Ragam Manusia (35) Artis (29) Bola (23) Kisah Seram (23) Misteri (23) Kesihatan (22) Blogger (17) Science and Technology (17) Tips (17) perkahwinan (15) Flora (14) Kereta (14) Kewangan (14) video menarik (13) Fauna (11) Sejarah (11) korea (10) Wayang (9) Blogger Tutorial (7) Filem Review (7) Blogger Tips (6) Cerpen (6) Dialog Seram (6) Drama (6) Dunia (6) My Original Puisi (6) Pelik (6) bahasa arab (6) kreatif (6) Download (5) Macam-macam (5) Petua (5) resepi (5) sukan (5) Review Blogs (4) DIY (3) Food Review (3) IQ Test (3) Inspirasi (3) Malaysia (3) Seram (3) Wordless Wednesday (3) belajar bahasa korea (3) drama melayu (3) lawak raya (3) Badminton (2) Drama review (2) E-kad (2) Hiasan Rumah (2) Lawak Kampus (2) Logo (2) bahasa jepun (2) cinta (2) kad raya (2) kisah sedih (2) novel (2) product review (2) AES (1) Bahasa Ganu (1) Contest Dan Segmen (1) Fashion (1) Gitar Chord (1) Hadif (1) Kartun Lawak (1) Lirik Lagu (1) Nuffnang (1) Pelancongan (1) Pengalaman (1) Pesuruh jaya sumpah (1) Quiz (1) Review (1) SMS (1) Taman (1) UAI (1) Youtube (1) adam dan hawa (1) bahasa Thailand (1) bahasa penang hokkien (1) bayi (1) gadget (1) giveway (1) herba traditional (1) jdrama (1) jepun (1) kartun raya (1) keyword menarik (1) koleksi sms raya (1) lelaki (1) math (1) pacat (1) raya (1) segmen (1) sms raya (1) teknologi (1)