Followers

Showing posts with label Selimut Tampal Cantum. Show all posts
Showing posts with label Selimut Tampal Cantum. Show all posts

Friday, March 8, 2019

Cervival Spondylosis dan Cervical Radiculopathy

Entri: # 233
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Koleksi Peribadi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Rejab, 01 1440H
Salam Kasih Sayang buat semua.

Hari ini cik azue sambung lagi menulis. Hari Rabu, 6 March yang lalu, cik azue kembali ke klinik Orthopedic Hospital Selayang.

Temujanji pada jam 2pm, jadi, cik azue terpaksa menggunakan perkhidmatan dari 'Grab Car' untuk pergi ke klinik pakar Hospital Selayang. 

Bagus pemandu ini. Bersih keretanya dan rupanya, beliau tinggal tak jauh pun dari taman perumahan yang cik azue duduk selama ini. Harga tambang pula sebanyak RM16.00 (harga bergantung jarak destinasi dan waktu tempahan).

Hihihi, sejak tidak boleh lagi memandu mahupun menunggang sendiri ini, cik azue terpaksa belajar menggunakan perkhidmatan grab dan teksi. Kalau dulu, jarang sekali menggunakan teksi, sekarang ini, boleh dikatakan setiap minggu kadang itu terpaksa menggunakan teksi atau grab untuk pergi atau balik dari hospital.

Sambung cerita  jumpa doktor pula.

Sebenarnya, kalau ikutkan jadual asal, sepatutnya cik azue kena jumpa doktor pakar tulang 'spine' pada bulan Julai nanti. Tapi dek kerana minggu lepas cik azue ada temujanji dengan Fisio tangan, (boleh rujuk sini) juru pulih di bilik tersebut minta cik azue tukar temujanji dan jumpa doktor pakar 'spine' lebih awal dari jadual kerana mengikut pengalaman beliau, kes cik azue adalah agak berlainan. Jadi, itu sebablah minggu ini cik azue kena mengadap doktor pakar kembali.

Tengok ni, bulan 3 nanti ada 2 lagi temujanji di hospital selayang ini. Temujanji bahagian Fisio tangan dah dikeluarkan, yang tinggal temujanji dengan bahagian OCCT dan kembali kepada Fisio Spine.

Selesai jumpa dengan doktor, doktor maklumkan yang cik azue sekarang ni mengalami 'Cervical Spondylosis' dan juga 'Cervical radiculopathy'.

Nanti bulan april nanti, di bahagian fisio spine, mereka akan cuba buat 'neck traction' iaitu teknik menarik tulang leher - katanya. Macam mana? Wallahu'alam, nanti dah rasa baru cik azue boleh cerita.

Ini pula ubat-ubat yang dibekalkan.
Eperisone itu adalah ubat untuk merehatkan otot. Mecobalamin tu pula adalah sejenis vitamin B untuk saraf.

Lagi satu yang atas sekali adalah krim untuk sapu pada kawasan yang sakit. Yang tiada dalam gambar, pil penahan sakit - celebrax, makan bila rasa nak makan je (sakit melampau je baru ambil gitu.)

Hurm.. itu lah dia kisah cik azue minggu ini.

Apa pun, tulang itu dah menjadi tua sejak akhir-akhir ini. Kita cuba sesuaikan dengan keadaan sekarang sahaja lah apa pun pekerjaan nya.

Yang nak tahu lebih lanjut tentang cervical spondylosis dan cervical radiculopathy tu, boleh google lah na..cik azue tak boleh nak menaip banyak nak cerita.

Berbalik kepada kehidupan kraf cik azue, selain daripada cik azue menyulam, cik azue perlahan-lahan, sambung menjahit selimut tampal cantum ini. 

Alhamdulillah, dah siap sepenuhnya untuk muka depan selimut ini. Saiz muka hadapan selimut ini adalah 90 inci X 105 inci.

gambar bentang nanti lah na.. sekarang ni tak larat bahu nak buka dan tebar kain ni. 

Oklah, sampai sini dulu ya untuk kali ini.
Hingga bertemu lagi,


Wasalam

Tuesday, May 8, 2018

Tutorial Blok Tampal Cantum - 'Blok Ikut Suka'

Entri: # 229
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang.

Wah kemain tajuk blok tampal cantum cik azue kali ini kan. 
Kenapa begitu? 
Ini kerana kita main jahit sajalah petak-petak kain yang ada sehingga mendapat saiz yang kita mahu.


Lihat gambar di atas. Sila ikut turutan nombor tertera pada gambar di atas, ya.

Sediaan:
Kain pilihan dipotong selebar saiz 5.5 inci mengikut panjang meter kain.
(Contoh: 1meter kain pilihan dengan kelebaran bidang kain sebanyak 45 inci, apabila dipotong secara memanjang, akan menghasilkan 8 helaian memanjang kain bersaiz kelebaran 5.5 inci.)

No.1 (pada gambar)
Saiz blok pertama adalah bersaiz 5.5 inci X 5.5 inci.

No.2 (pada gambar)
Saiz blok kedua juga adalah bersaiz 5.5 inci X 5.5 inci. 
Jumlah blok diperlukan adalah sebanyak 2 keping.
Setiap satu blok ini dijahitkan di kiri dan di kanan blok berlabel no 1 dalam gambar.

No.3 (pada gambar)
Kemudian, ambil satu lembaran kain dan dijahit merentasi petak-petak bernombor 1 dan 2 pada sisi atas dan bawah blok. Potong lebihan kain sama panjang dengan blok tersedia.

No.4 (pada gambar)
Lembaran kain yang berikut pula kemudiannya dijahit pula pada sisi tepi kiri dan kanan blok tersedia. Selepas dijahit, potong lebihan kain sama selari dengan saiz blok tersedia.

No.5 (pada gambar)
Ulang menambah saiz blok tersedia dengan menjahit seperti item no 3.

Cara-cara jahitan blok ini:

1) Jahit setapak (1/4 inci) untuk basi jahitan

1a) Sambung kain jika tidak cukup panjang.

2) Kain selepas dijahit, terdapat lebihan kain di situ

3) Potong kain sama panjang dengan blok asal

4) Selepas dipotong selari dengan blok asal.


Langkah pada no 3 dan no 4 (pada gambar pertama) akan terus diulang-ulang sehingga mencapai saiz akhir produk.

Saiz akhir selimut ini


Senang tak tutorial kali ini cik puan Wasima Omar


Maaf ya puan, baru sekarang cik azue ada masa menulis, sedangkan dah lama siap dah selimut tampal cantum ini. 
Sudah sampai ke tangan tuan dia kira-kira setahun nan lalu. 
Dan diharapkan tutorial ini dapat membantu cik puan hendaknya.

Oh ya, ini muka belakang selimut tampal cantum no 2 yang cik azue buat. Nak tengok selimut pertama, sila ke pautan ini; SELIMUT MAK TOK NO 1

Nak ke tutorial blok pertama, sila ikut pautan; Blok Tampal Cantum - 'The Flock'.

Oh ya, Tutorial asal blok ini ada di 'page' Selimut Mak Tok. Kalian boleh ke pautan asal dengan menekan pautan; 'Blok Ikut Suka' ini.

Sampai sini dulu lah ya untuk kali ini.

Nanti cik azue sambung lagi.


Wasalam.









Monday, September 22, 2014

Entri # 84: Blok Tampal Cantum - "The Flock"

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue sambung menulis tentang kraf seni jahitan tampal cantum. Masih ingat akan entri INI? Ya kesinambungan dari entri itu. Cik azue nak menulis tentang bagaimana nak hasilkan blok tampal cantum yang diberi nama "The Flock" sebagai rujukan bagi yang bertanya.
Apa yang cik azue tulis di sini adalah bagaimana cik azue buat blok ini ya. Buat kawan-kawan yang mahir dengan seni jahitan tampal cantum ni, jika ada yang terkurang tu, mohon diperbetulkan lah ya. Cik azue hasilkan bersandarkan kenangan pada hobi mak aja.

Baik. Ini paten dari buku mak yang dah dipilih tempoh hari.



Oh lupa nak ambil 2 keping kain atas dan bawah yang dilapis dua (depan bertemu depan) dan dijahit seperti gambar di atas.

Hasil dari jahitan di atas menjadi seperti ini apabila kita potong di tengah antara dua jahitan lurus yang telah dibuat tadi (rujuk gambar di atas tadi). Setelah diseterika, dijahit sebelah menyebelah seperti gambar.

Kemudian dari dua (gambar di atas) dicantum dan dijahit menjadi seperti gambar.

Blok ini dibuat sama seperti blok pertama (lupa nak ambil gambar, minta maaf ya) di jahit dan di potong tengah. Selepas itu di seterika seperti hasil dalam gambar di atas.

Blok ini dibuat dengan mencantum blok dari blok ke 3 dengan blok ke 4. Selepas jahit, diseterika seperti gambar.

Ini blok siap. Cantuman 2 blok dari blok ke 5 di atas.

saiz muka depan selimut berbanding haziq.
ini proses letak border

ini hasil selepas diletak border.

ini adalah rupa penjuru border ya. Bagaimana cik azue buat? Begini.

Pertama: jahit dulu border ditepi dengan tinggalkan lebihan kain di hujungnya (agak-agak aje)


dari pandangan muka belakang


dari pandangan muka hadapan


Kedua: temukan sisi ke sisi seperti gambar 


tandakan menyerong seperti ini

 Jahit di atas tanda tadi



guntingkan 

dan terbalikkan. Tada!


 Dapat tak? Kalau ada yang musykil, bagi tahu ya.

 Yang bawah ini pula proses jelujur atas dan bawah sebelum dijahit tindih dengan mesin. Lain-lain sambungan rujuk entri sebelum ini ya. 



Kalau ada yang kurang faham, maaf, cik azue tak pandai nak buat tutorial. In shaa Allah nanti cik azue cuba buat lebih baik untuk blok-blok jahitan yang akan datang. Hanya untuk kawan-kawan, jangan risau, tiada cas bayaran dikenakan.

Oklah, cik azue nak kena beransur dulu. Esok in shaa Allah, cik azue sambung lagi ya.

Wasalam