Followers

Showing posts with label Menu Bento. Show all posts
Showing posts with label Menu Bento. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

'Wrap' Roti untuk Bento Anakanda



Entri: # 122
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.
Entri laju-laju. Tidak boleh membuang masa, ada kali tempahan sulam tanda nama yang perlu cik azue selesaikan.

Tempahan personal juga tempahan pukal.
Alhamdulillah atas sokongan kalian. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat kalian kerana memanjangkan rezeki cik azue sekeluarga serta anak asnaf di bawah tanggungan cik azue.

Baik, berbalik kita pada tajuk entri hari ini. Dah lama cik azue tak berkongsi kisah-kisah bekal / bento anakanda dan chenta hati.

Hari ini cik azue kongsikan idea bento yang diambil dari rakan maya dari group bekal/bento malaysia, cik puan Zam Zariah


Bento ini menggunakan roti 'sandwich' sahaja. Intinya ikut suka hati - pilihan kita tentukan.

Orang kata nama menu ini 'wrap' tapi cik azue nampak macam ais krim calong sahaja.

Baik, bagaimana nak membuatnya?

Pertamanya, gelek kepingan roti sehingga betul-betul penyet. Kemudian, di 'gril' sehingga agak garing di permukaan.

Satu keping roti untuk 'wrap' dan satu keping lagi untuk dipotong memanjang menjadi tali pinggang.

Intinya, boleh kalian pelbagaikan. Untuk kali ini, cik azue guna daging masak lada hitam + karot + salad + mayonis + sos lada hitam. Gaul semua dan diletak di tengah roti.

Lipat roti pada sisi kiri dan kanan dan pakaikan gegelang roti sebagai tali pinggang, macam gambar. Boleh dicucuk dengan lidi atau tidak mengikut kesesuaian.

Ok, itu sahaja. Senangkan.

Terima kasih cik puan Zam Zariah atas perkongsian idea.

Selamat mencuba kawan-kawan ya.


Wasalam.



Wednesday, February 26, 2014

Rabu, 26 Februari 2014

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 


Apa khabar anda semua? sihat? cik azue sihat sahaja disini ditemani rutin kehidupan yang membuatkan kita seringkali berkejaran tidak kira tempat, masa dan dalam apa juga keadaan.

Baik, berbalik kepada situasi berkejaran tadi, saksikanlah hasil aktiviti kejar-mengejar cik azue dengan masa bermula malam tadi.

 Tempahan Nametag # KSN00046
Butir tempahan di sini: Keraih lengan Kuazue dan di Panduan Sulam Nametag
Terima kasih pada puan penempah. Nanti tempah lagi yer. Penghantaran / ambil boleh dilakukan hari ini.

Aktiviti pagi hari pula


Macam biasa, Bento buat chenta hati, tidak boleh berpisah nasi dan sambal belacan, buat makluman pada yang bertanya kenapa mesti ada sambal belacan.
menu hari ini adalah, Nasi Putih, sambal belacan dan kari daging kerisik. Resepi, tidak perlu barangkali, ini sudah pun menjadi resepi biasa-biasa sahaja.
Oh ya, nanti dikelapangan, cik azue masukkan koleksi gambar bento dari minggu ke minggu, semoga memberi idea buat anda juga diri cik azue yang selalu kepupusan idea nak masak apa.


Disebabkan kari daging kerisik, cik azue terus  buatkan roti canai segera tampal telur buat sarapan jejaka bertiga dirumah ini. "Allah huRabbi, dibahagian manakah hendak aku menidakkan akan kehebatan dan keagunganmu yang telah mengurniakan kami rezeki sedemikian ini.."

Oklah, cik azue nak gerak ke pejabat, hari-hari terakhir memegang jawatan disitu, namun, seperti dijangkakan, keputusan cik azue melepaskan jawatan sedia ada itu rupa-rupanya bukan sahaja memberi impak yang besar pada diri cik azue, malah juga kepada pihak pengurusan atasan. Namun, cik azue ada alasan yang tersendiri, walau seribu kali penyesalan yang diutarakan. Hidup perlu diteruskan. Perjuangan tidak akan pernah berakhir dalam konteks kehidupan cik azue. Berhenti di sana adalah demi memulakan satu PERMULAAN yang baharu yang man pasti lebih hebat cabaran  yang sedia menanti.

Allah, moga kawan-kawan, anda memberi sokongan di saat keyakinan berada di tahap genting suatu hari nanti yang kita tidak tahu entahkan jadi, entahkan tidak.

Dan cik azue yakin, selagi nawaitu yang ditanam adalah kerana ALLAH, Allah tidak akan sama sekali melupakan diri kita, cuma kitalah yang sering melalaikan diri sendiri.

esok cik azue cerita lagi. Hari ini juga ada suatu perkara yang harus diperdebatkan dengan pihak pengurusan atasan. Bukan mencari kesalahan, tapi mencari di mana salah diri sendir sehingga mereka tidak nampak siapa diri ini sehinggalah surat perletakkan itu diletakkan di hadapan mereka.
Kata eksekutif Pengurusan sumber Manusia, kes cik azue dah jadi kes berprofil tinggi di tempat kerja dan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk turut campur tangan.
Dan kerana itu, nampak nya, cuti berbaki itu tidak lah dapat cik azue ambil ... huhuhuh..


Wasalam

********************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue

Wednesday, March 30, 2011

Apam Eno dan Nasi Lemak Telur Puyoh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
IN THE NAME OF ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM….




Muahaha…. Jgn tak tau.. nie la bekpas kami pagi tadi..

Nasi lemak… 


n apam beras eno…

Apam beras tu wat sendiri.. sib baik senyum dgn cantek nya.. 




Nak Habaq kat kechaq.. kami dah tau wat apam beras hat buh  eno tuuuu…..


T nak wat apam beras lain plak… heheh guna nasi plak..

Nak resepi?

Nie resepi dia..

3 cwn tepung beras
1 cwn gula – org pakai ¾ cwn gula jer
1 sudu besar @ 1 pek 11g yis
Air agak2 jer.. dalam 2 – 2 ½ cwn air..

Bancuh semua nie mlm sebelum nak tidor.. or perapkan dlm 4 – 5 jam cam tu…
Esok pagi or selepas 4- 5 jam, panaskan kukusan dulu.. panaskan dgn acuan2 dia… sampai air mendidih…

Tepung yg diperap tu bahagi 3.. tiap satu kaler tambah 1 sudu kecil eno… kacau sebati or naik buih.. sendukkan dlm acuan, and kukus 15- 20 minit..

Boleh makan dgn kelapa parut or sambal tumis..

* nie peberet si HAZIQ.. sampai la org panggil dia dengan gelaran APAM sebab dia suka makan APAM waktu dia kecik2 dulu…

Yang nie plak... bekal @ BENTO abah 

K lah.. hingga lain kali yer..

Adios hasta la vista..

Wasalam..

Kuazue mohd.