Followers

Showing posts with label Kelas Online. Show all posts
Showing posts with label Kelas Online. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

40 kata carian popular mengenai blog

Entri: # 134
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
Sumber: Google Statistik, Nuffnang, SEObook 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

Hari ini cik azue menulis tentang tugasan kelas online blog penulisan yang cik azue ikuti sekarang ini.
Blog penulisan cik azue itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, merupakan blog yang mengkhususkan hanya kepada sulaman dan seni kreatif yang cik azue lakukan saban hari semenjak bergelar WAHM. 
Kalian yang berminat dengan sulaman bolehlah mengikuti blog tersebut melalui pautan di bawah ini.


Di bawah ini adalah gambar yang mana kata carian itu boleh diambil daripada statistik carian google.


Selain itu, bagi memudahkan cik azue merujuk, cik azue juga menulis ke dalam buku nota khas pembelajaran cik azue di kelas online tersebut.


Bila menghadiri kelas penulisan ini, banyak juga perkara baru yang perlu cik azue semak. Banyak juga tabiat lama yang dibaik pulih oleh puan guru.
Terima kasih guru.
Apa pun, yang lebih utama, cik azue nak berterima kasih pada kalian yang mencari maklumat diblog ini.
Tanpa bantuan kalian, cik azue tidak dapat merealisasikan impian cik azue untuk membina satu blog yang khusus pada sulaman seperti sekarang.

Cik azue nak bergerak sekarang.
Ada kerja menanti di bilik sulam Keraih Lengan Kuazue


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ABDR menawarkan bantuan baik pulih penjenamaan diri di alam maya dengan menawarkan kelas-kelas asas blog penulisan atau asas blog bisnes.

Berminat untuk mendapatkan keterangan, boleh hubungi cik azue melalui 
FB: Azuriyah Mohamad 
atau 
Whatsapp ke no 013-2700020

Tuesday, January 13, 2015

ABDR: Kelas Online

Entri: # 115
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ada menawarkan kelas-kelas secara online bagi kalian yang berminat menambahkan ilmu lalu menambahkan pendapatan secara tidak langsung.


Pendaftaran bakal pelajar adalah setiap hari. Kelas-kelas yang ditawarkan adalah seperti berikut:


1. Kelas online asas bina blog penulisan
untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.


2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes
bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my
mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4.Kelas penulisan kreatif
bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil / WAHM SOHO
Khas untuk usahawan kecil / WAHM SOHO yang mahu belajar cara urus akaun dengan lebih sistematik. Insya Allah, kelas urus akaun bisnes akan dibuka Januari ini. Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang ini.




Jika kalian berminat untuk bersama cik azue dalam jaringan Akademi Bekerja Dari Rumah, kalian boleh hubungi cik azue di 




email: kuazue@gmail.com

atau 

WhatApps : 013-2700020








Friday, January 9, 2015

ABDR - Belajar Urus Akaun Bisnes (Bulan Januari)

Entri #: 114
Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam kasih sayang.

"Duit bisnes dan duit personal tidak boleh dicampur aduk.
Setiap sen yang mengalir perlu dicatat dalam buku 555 supaya kita tahu aliran wang keluar masuk." 

Di atas adalah kata guru yang mengajar cik azue dalam kelas asas urus akaun.
Bagi kalian yang tercari-cari bagaimana mahu mengurus akaun dengan baik. Berita baik, bagi tahun 2015, ABDR (Akademi Bekerja Dari Rumah) masih lagi ada menganjurkan kelas bagi kita mempelajari asas urus akaun bagi bisnes yang kita jalankan.

Yang bagusnya, kelas ini diadakan secara online dan juga offline. Belajar urus kewangan bisnes bersama trainer yang berpengalaman anjuran ABDR.

Berikut adalah kelas anjuran bagi bulan Januari 2015.



Kelas Asas Akaun Secara Online
***************************

Grup Coaching.
Tarikh: 17 Januari 2015, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)

Yuran : RM 250.00

Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)


Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan



GROUP COACHING AKAUN BISNES SECARA ONLINE 
*******************************************

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Tarikh : 19/1/2015 (Isnin)
Masa : 9.30-12.30 tengah hari
4-5 orang untuk satu sesi dalam group online di facebook


Bonus
1. Ebook 101 idea home based bisnes
2. Beriklan setahun di soho directory

Klik Pautan ini: ULASAN KELAS AKAUN ONLINE

Untuk daftar mana-mana kelas antara dua tarikh ini, kalian boleh hubungi cik azue melalui berikut

Email : kuazue@gmail.com
wsapp : 013-2700020

atau 
boleh PM ('private message') ke

Friday, June 27, 2014

Entri # 72: 100 Perkara boleh diBuat Jika Punya Wang Tanpa Had

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi Peribadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Salam kasih Sayang. Hari ini berkongsi sedikit ilmu yang didapati dari saudara Irfan Khairi. Kata beliau, kalau mahu kekayaan dalam hidup, mestilah terlebih dahulu kita punyai keingian untuk menjadi kaya itu sendiri kerana ini akan membakar semangat kita untuk mencapai matlamat keinginan tersebut.
Tetapi kenapa perlu sehingga 100 perkara? Ini kerana menurut beliau, semakin besar keinginan, semakin besarlah semangat yang akan membantu kita mencapai impian tersebut.

Jom kita senarai 100 perkara yang boleh kita perolehi sekiranya kita mempunyai wang yang tiada hadnya.

Selepas kita dah ada 100 perkara tersebut, kita bolehlah tetapkan matlamat kita ke arah apa yang kita mahu tadi. 

Bangun!, Bangun ! Bangun! Kawan-kawan, ayuh bermula sekarang - motivasi untuk diri sendiri juga ini. Kalau mana yang dah ada perniagaan online ini, mari kita kukuhkan perniagaan kita. Dan bagi mana-mana yang tiada sumber tu, boleh jenguk-jenguk baca tentang AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH (ABDR). Ada perkhidmatan doorship yang dijalankan. Dan sehubungan itu, nak bagi tahu ni, ABDR menawarkan kelas online dan offline seperti berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan

2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Tempahan blog bisnes- 5 hingga 7 hari siap
9. Beriklan dengan kami pautan 750 blog

Bagi yang mahu mencuba perniagaan dropship untuk tambah pendapatan, (sambil menambah ilmu mempelajari dunia blog untuk pemasaran) bolehlah pilih mana-mana  satu berikut yang memikat jiwa :

1. Bisnes makanan sunnah + borong runcit telekung solat
2. Bisnes makanan sunnah + projek duit raya
3. Bisnes makanan sunnah + produk islamik

Apa itu dropship ABDR?
5 langkah mudah
1. daftar
2. Blog bisnes
3. Fan page produk
4. Promo dan ambil komisyen
5. Urusan stok dan penghantaran diuruskan pasukan khas, 100 peratus online. Tidak ada COD. Tak perlu simpan stok.


Tepuk dada, tanya iman.. jom berusaha. jom bebas kewangan.

wasalam

Wednesday, May 7, 2014

Segmen Akademi Bekerja Di Rumah: Segmen Email Pilihan 1

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Carian Google
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Hari ini cik azue berkongsi email yang diterima oleh pihak akademi untuk tatapan bersama dan boleh juga kita bawa bincang bersama.


"Puan Alia Zahrah (bukan nama sebenar)

Boleh buat ulasan bagi seseorang yang sakit, terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan yang sangat-sangat merosot, tetapi keadaan kewangan adalah tidak stabil, tetapi tidak ada pilihan lain. Macam mana ya?"


Dan ini jawapan akademi (ABDR)


Situasi Puan Alia Zahrah



1. Terpaksa berhenti kerja kerana kesihatan merosot- Puan perlu mencari peluang menjana pendapatan yang baru dan pada masa yang saya perlu mengambil kira faktor kesihatan. Wang penting dan kesihatan juga sangat-sangat penting. Jadi usahakan sekarang fokus kepada jenis pendapatan yang tidak memberi kesan kepada kesihatan.

2. Kewangan tidak stabil- Umum mengetahui kerja dua orang lebih baik dari hasil seorang. Tetapi, Puan Alia masih ada suami untuk sumber yang pertama.

3.Tidak ada pilihan lain- Sekarang tidak ada pilihan lain, memang secara rasminya Alia bekerja dari rumah. Cari peluang yang boleh membantu jana pendapatan. Ini tidak mudah dan ia memang memberi cabaran besar kerana faktor kesihatan. Pun, begitu, kembali kepada Allah, diberikan sesuatu ujian dan hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Ujian kesakitan kerana Allah mahu Puan berehat di rumah dan ada lebih masa bersama keluarga.

Punca rezeki juga dari Allah, insya-allah tetapkan hati, rezeki ada di mana-mana. Gali semangat baru dan peluang baru. Mana tahukan rezeki yang akan datang lebih lumayan.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Kelas blog borong telekung solat
8. Kelas penulisan ebook

Servis yang kami tawarkan
1. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
2. Beriklan di soho directory


Itu email dan cadangan dari pihak akademi. Rasanya, ada juga di antara kita yang mengalami situasi yang sama kan. Jika ada yang mahu butiran lanjut tentang akademi, boleh email cik azue di 
kuazue@gmail.com

cik azue sedia membantu. 
Hingga itu, jaga diri, tingkatkan iman ya.

Wasalam
**********************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Thursday, April 24, 2014

Kraf Seni Jahitan & Sulaman: Kelas Blog Fanpage Borong Telekung Solat

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ADBR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 




Hari ini cik azue nak berkongsi dengan anda semua tentang cerita akademi bekerja di rumah pula. Kali ini cik azue berkongsi dengan anda tentang kelas blog fanpage borong telekung solat.
Salah satu kelas  yang ditawarkan untuk yang ingin bermula tetapi belum ada produk, yang belum tahu nak bermula dengan apa serta bagaimana hendak bermula. Cik azue berkongsi dengan kalian dua protege kelas ini yang telah mula mengorak langkah bersama akademi , walau hanya secara sambilan, namun mampu mereliasasikan impian masing-masing. 
Tahniah diucapkan pada rakan berdua. Jika anda ingin berkenalan, anda boleh lawati mereka di sini.

dan di sini

Baiklah, bagi anda pula, ADBR sedia melatih dengan menyediakan tapak bagi permulaan diri. ADBR memilih untuk menawarkan kelas blog fanpage borong telekung solat kerana apa? ianya adalah kerana telekung merupakan produk permintaan sangat tinggi menjelang musim-musim ibadah dan perayaan seperti Bulan Ramadhan, ibadat umrah dan haji serta hari raya. Malah boleh juga dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang. 

Jadi, kenapa perlu sertai kelas ini? Ini kerana;
* Dropship borong
* Dapat belajar buat blog khas untuk borong telekung
* Boleh terus mula promosi dan jual
* Tak perlu simpan stok telekung yang banyak
* Tak perlu uruskan penghantaran dan pengeposan pada pelanggan
* Kami yang akan uruskan penghantaran
* Selepas siap kedai blog, terus boleh mula jual dan ambil komisen
* Telekung pelbagai jenis yang sudah sedia ada stok.

Kelas Borong Telekung Solat
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Apa pula yang bakal anda dapat? InsyaAllah, Ilmu membina blog & fanpage niaga Blog yang menepati minat pembeli. Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online. Dan tawaran ini hanya dibuka untuk 30 orang sahaja!!!!
Siapa yang berminat cepat daftar, mula belajar, dan terus jual.

Bagi yang mahu ambil peluang untuk mula berbisnes, hubungi cik azue bagi keterangan lanjut.

email:kuazue@gmail.com
whatsapp:013-2700020

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue 

 Nak Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah, baca sini http://kuazue.blogspot.com/2014/04/akademi-bekerja-di-rumah-apakah-itu.html 

 Nak Belajar Cara Asas Urus Akaun, Lawati sini: 

Monday, March 24, 2014

Kelas Asas Urus Akaun Secara Online

Teks: KUAZUE MOHD
Foto: Koleksi ABDR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
 DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Salam kasih sayang buat semua. Ampun dan maaf di pinta dari semua pengunjung setia. Emosi cik azue terganggu dek MH370. Harapan masih berbunga agar yang dirindui pulang dengan selamatnya. Dan jika sebaliknya, mohon Allah permudahkan segala urusan termasuklah dengan urusan hati cik azue. Baik, mari kita lupakan kepedihan hati ini. Yakin akan ujian Allah melalui Qadok dan Qadarnya dan kita kena bergerak juga walau apa pun takdir yang telah pun tertulis.

Saudara saudari para pengunjung budiman, Mac hampir sampai ke penghujungnya. Hari ini adalah hari pertama minggu terakhir bagi bulan Mac. Alhamdulillah, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita.
Ya begitu banyak yang terjadi dalam hidup kita sedar atau pun tidak, apa pun yang telah berlaku telah menjadi suatu sejarah dalam hidup kita semua.

Dan kerana ingin mengubah sejarah hidup di masa akan datang, cik azue ingin kongsikan di sini tentang kelas Asas Urus Akaun Secara Online. Kenapa ONLINE? Kelas ini berlangsung secara online kerana target kelas adalah untuk para ibu atau bapa (barangkali ada) untuk turut serta mempelajari secara sambilan, dimana kita belajar sambil melihat anak-anak atau pun membuat perkara lain pada masa yang sama, tanpa perlu keluar daripada rumah.
Kenapa perlu pula kelas asas urus akaun? Ilmu mengurus sesuatu akaun samada akaun perniagaan mahupun persendirian adalah penting tambahan pula dengan masa-masa sekarang ini dimana nilai RM menjadi agak besar untuk dibazirkan sebegitu sahaja tanpa mendapat sebarang faedah. Dengan mempelajari ilmu ini, sekurang-kurang nya kita dapat menapis sebanyak mungkin kebocoran RM daripada hal-hal yang tidak sepatutnya.

Kelas ini berlangsung selama 3 jam sahaja dimana setiap kelas ada 4 atau 5 orang pelajar sahaja dan diseliakan oleh seorang guru profesional.

Berikut adalah modul bagi kelas asas urus akaun


Di dalam kelas ini akan diajar tentang bagaimana merekod buku simpan kira-kira. 
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya

-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Peserta juga akan mendapat:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes.
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.

Proses merekod setiap transaksi secara harian BOOK KEEPING.... DAILY TRANSACTION RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

Tarikh terkini:
 31 Mac 2014 (9.30-12.30t/h) Pendaftaran di buka sekarang. Tinggal 3 kekosongan sahaja lagi.
Seterusnya, 7, 14, 21 dan 28 April .

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Siapa cepat dia akan dimasukkan kedalam kelas terdahulu.

Hubungi cik azue bagi yang berminat dengan kelas asas urus akaun ini ya.

Nantikan sambungan cik azue tentang ulasan kelas asas urus akaun yang telah cik azue ikuti.

Wasalam


*****************************************************
Nak daftar KELAS ASAS URUS AKAUN

 Nak tengok lebih banyak hasil kerja tangan cik azue, jom lawati cik azue di sini; https://www.facebook.com/KrafTanganKuazue