Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Voivod. Show all posts
Showing posts with label Voivod. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

VINYL: VOIVOD-Dimension Hatross (1988)




THRASH METAL SERIES
VOIVOD-Dimension Hatross
Label: Noise International – N 0106-1
Format: Vinyl, LP, Album
Country: Germany
Released: 1988
Rating: 5/5

The technocrats... gua punya fav Voivod albam. (ulasan oleh: Beattle Black).

------------
Saya memiliki LP ini tetapi malang innersleeve (gambar ketiga) tiada. Aduh! Nampak gaya kena cari yang ada pulak dah. Selepas Nothing Face, album ini jadi no 2 pada saya.

Monday, February 24, 2014

Ulasan: VOIVOD Target Earth

Versi 2-LP (dari Hard Graft Records,PJ)

Versi CD, dibeli semasa trip USA tahun lepas
VOIVOD, selain dari RUSH adalah genius dari Canada yang saya ekori secara semi-fanatik. Jatuh cinta sejak album Nothing Face (1989) walaupun kaset pirate Dimension Hatross (1988) dijadikan tape dubbing sebab tak faham.

Untuk memahami VOIVOD, anda perlu berada di dimensi Stephen Hawking kerana muzik neo-Metal yang mereka bawa bukan boleh masuk dengan sekali dua dengar. Dengan kata lain, album-album mereka bukanlah ear candy. Ia memerlukan level pendengaran dimensi quantum.

Kematian gitaris-genius, Denis D'Amour (Piggy) – guitar (1982–2005), menjadikan peminat VOIVOD jadi sayu. Album Infini (2009) adalah album posthumous, menggunakan sisa-sisa rakaman dalam PC mendiang. Soalannya, bolehkah gitaris barunya, Daniel Mongrain (Chewy) – guitar (2008–present) menggantikan size kaki mendiang yang besar itu. Bayang-bayang ada nampak macam boleh melalui shows yang dimain oleh Chewy. Namun begitu, pemainan lagu-lagu Piggy tidak sesusah menggubah lagu baru untuk VOIVOD.

Persoalan terjawab dengan album ini. Nyata, yang dijanjikan, sebuah album yang menjadikan album Killing Technology (1987) hingga Nithing Face (1989) direalisasikan dengan baik sekali. Chord gitar dan progression Piggy dibayangkan dengan baik sekali dengan tidak mengabaikan idea original Chewy. Yang bagaimana? Yang kuantum itulah!

Sudah tentu produksinya lebih mantap ikut kesesuaian masa ini. Kalau ada komplen zaman 1987-1989 soundnya agak tipis dan nipis, ia telah diimbangi dengan produksi lebih berat millenium baru. Yang menarik, sentuhan pick bass meletup Blacky masih menjadi inti terpenting. Tidak dilupa, vokal kuantum Snake yang menjadi asas penting kepada VOIVOD. Saya adalah antara mereka yang tidak boleh menerima VOIVOD dalam bentuk Eric Forrest (E-Force) – vocals, bass (1994–2001).

Anda memerlukan mesin kuantum untuk mencerna muzik dan lirik VOIVOD.

Untuk mereka yang telah mencuba tetapi tidak dapat-dapat, maka album ini bukanlah menjadi pintu buka kepada anda untuk menjadi peminat VOIVOD. Tetapi bagi peminat lama VOIVOD, ini menjadi batu bersurat bahawa VOIVOD akan kekal seperti VOIVOD yang kita kenali selama ini.

Thursday, October 13, 2011

Ulasan: VOIVOD Katorz

Album ini secara amnya tiada banyak beza dengan album sebelumnya. Ia dipenuhi dengan gerak kerja gitar yang tipikal Voivod dengan susunan verse 1, verse 2, korus, ulang, solo gitar, ulang dan tamat. Kekuatan Voivod dari segi chord progression gitar Piggy masih menjadi trademark; jadi, walaupun susunan lagunya adalah standard susunan lagu kebiasaan, Voivod masih lagi menjadi sebuah band Metal yang lain dari yang lain. Cuma mungkin peminatnya berharap agar Voivod mengangkat diri mereka kepada satu level yang lebih mencabar kerana ini menjadi rutin. Apa-apa saja rutin, pasti akan membosankan satu hari nanti.

Friday, September 16, 2011

Ulasan: VOIVOD Infini

Ini adalah album posthumous Piggy kerana apabila album ini dirilis, beliau telahpun berada di alam barzakh (colon cancer). Untungnya, beliau sempat menyelesaikan track gitar beliau di dalam komputer peribadi beliau yang kemudian diproses untuk menjadi lagu-lagu yang cukup untuk memenuhi sebuah album. Saya rasakan ketepuan Voivod dengan acuan sebegini sejak album Angel Rat (1991) sudah menjadi tepu. Acuan sebegini sudah diteroka secara menyeluruh hingga tiada lagi elemen dan ruang yang baru yang boleh diteroka. Voivod telah mengecap mohor acuan ini - ianya cap mohor Voivod autentik. Mungkin untuk album seterusnya yang dijangka akan dirilis pada tahun 2012 dengan gitaris baru akan membuka tirai yang baru kepada Voivod. Biasanya ahli yang baru akan memberi nafas yang baru seperti mana kemasukan Eric Forrest dalam Voivod untuk album Negatron dan Phobos suatu ketika dahulu.

Wednesday, August 31, 2011

Ulasan: VOIVOD s/t

Selepas Phobos, aktiviti Voivod menjadi lembap. Mungkin disebabkan tidak keserasian dengan gaya Eric Forrest yang sedikit sebanyak menghilangkan niche Voivod. Penyudahnya, Voivod berehat selama dua tahun (2001-2002). Hanya selepas itu mereka bergabung kembali, tetapi tanpa Eric. Snake kembali mengambil takhtanya di bahagian vokal sementara Jason Newsted yang sudah tidak bersama Metallica, mengambil posisi bass - beliau adalah peminat Voivod. 6 tahun selepas Phobos, album ini dirilis tanpa tajuk seolah-olah memberi signal yang Voivod telah kembali. Saya bersetuju. Ia meneruskan arus yang telah dibawa semasa album Angel Rat dan The Outer Limits. Produksi pun bertenaga. Album ini agak besar impaknya kerana pembabitan Jason Newsted. Bahkan video We Carry On dari album ini menjadi putaran biasa di MTV.

Sunday, July 31, 2011

Ulasan: VOIVOD Phobos

Masih meneruskan konsep album sebelumnya Negatron, nampak gaya Voivod akan semakin dilupakan. Mungkin kelainan yang dicari tetapi malang sekali kelainan ini tiada isi; kosong. Inovasi yang hilang. Konsep Metal-moden-industri yang ditawarkan sangat tame jika dibandingkan dengan band yang sepertinya ketika ini. Album ini seperti album kembar Negatron. Jika lain pun mungkin dari segi produksi yang lebih baik dari sebelumnya. Peminat mula merindui Snake dan Blacky. Dengan dua album, ternyata pengaruh Eric Forest telah membawa Voivod ke satu landasan yang berlainan dari apa yang patut dibuat.

Saturday, July 30, 2011

Ulasan: VOIVOD Negatron

Dua album komersil tetapi masih artistik Angel Rat dan Outer Limits gagal memberi impak seperti yang diharapkan dan keluarnya dua komponen penting dalam kejayaan Voivod iaitu, vokalis Snake dan pemain bass, Blacky merubah terus hala tuju Voivod. Kini tinggal bertiga dengan kemasukan Eric Forest yang mengambil dua tanggungjawab; vokalis dan bassist. Voivod jatuh menjadi band yang generik. Metal moden-industrial tahap asas yang tiada daya penarik. Muzik mereka menjadi kaku, monotonous dan one-dimensional. Hilang segala inovasi yang pernah ditunjukkan sebelum ini. Voivod seperti akan berkubur tidak lama lagi sepertimana berkuburnya kebanyakan band Thrash Metal sekitar awal tahun 1990an.

Friday, July 29, 2011

Ulasan: VOIVOD The Outer Limits

Album ini, secara amnya lebih baik dari album sebelumnya, Angel Rat dari segi produksi. Mixnya lebih jelas, memberikan kepada kita sound yang jelas untuk setiap instrumen yang dimainkan. Bunyi gitar Piggy sangat lemak berkrim; chord minor pelik yang selalu diulitnya membelit jiwa. Begitu juga dengan drum Away yang moden bunyinya; bersih dan cantik susunannya. Vokal Snake juga tidak terlampau bersih seperti album sebelumnya. Cuma bass Blacky agak ke belakang tetapi ini bukan sebab beliau keluar dari Voivod selepas album ini - mungkin ada sebab lain yang lebih penting. Voivod bukan lagi menjadi hero ekstrim Metal seperti yang dikenali dahulu sebaliknya transformasi 3 album kebelakang ini menyusuri laluan yang lebih mainstream. Malang sekali ia tidak dipedulikan oleh sasaran pendengar mereka. Mungkin kurang promosi. Muzik sebegini baik ditambah dengan cover album yang 3D (edisi terhad CD ini datang bersama dengan cermin mata 3D) tidak cukup tanpa perisa terakhir yang paling penting iaitu nasib baik.

Thursday, July 28, 2011

Ulasan: VOIVOD Angel Rat

Tranformasi Voivod yang telah lengkap semasa album Nothingface diteruskan secara linear untuk album ini, menjadikan ia kurang thrill dan excitement. Voivod menggunakan khidmat produser yang pernah memproduce album Rush pada tahun 80an, iaitu Terry Brown. Rush dan Voivod berasal dari negara yang sama. Seperti ada kebetulannya di sini. Mungkin pengaruh Terry Brown atau keinginan nyata Voivod; yang menjadikan album ini menampakkan colekan Rush yang agak signifikan. Gitar Piggy bunyinya agak lain mengingatkan sound gitar Alex Lifeson dan pada beberapa tempat kedengaran bunyi synth menyulami lagu-lagu Voivod. Vokal Snake juga lebih bermelodi dan hilang kegarauan suara beliau. Bass Blacky yang sememangnya ke hadapan pada setiap album Voivod, kini mungkin kurang distortionnya. Walaupun secara logiknya, album ini sepatutnya membawa Voivod kepada pendengar yang lebih luas tetapi mungkin disebabkan asal Voivod yang ekstrim kurang memberi impak selain dari peminat asal mereka yang berbelah bahagi dalam menerima album yang sebegini bersih.

Wednesday, July 27, 2011

Ulasan: VOIVOD Killing Technology

Tidakkah pelik, Voivod mengambil masa 2 tahun untuk menjahanamkan diri sendiri melalui Rrröööaaarrr tetapi hanya mengambil masa setahun untuk menaikkan diri sendiri kepada satu band Metal yang paling elit (dari segi idea) melalui album ini? Perubahan dalam setahun ini memang sukar untuk dicerna oleh fikiran tetapi pastinya ramai antara kita berasa lega. Killing Technology merubah landasan muzik Metal dari segi ia mengeksploitasi metod progresif ke dalam muzik Metal ekstrim dan juga membawa elemen futuristik yang ketika itu (1986) tidak banyak (atau mungkin tiada) band yang seperti ini. Sememangnya ini semua sudah diramalkan dalam dua album sebelumnya melalui lukisan kulit album dan beberapa tajuk lagu yang futuristik (Warriors of Ice, Black City, Korgüll the Exterminator dan Build Your Weapons) tetapi ia masih samar-samar ketika itu. Walaupun begitu, Killing Technology bukanlah puncaknya tetapi iras dan ramalan itu menjadi semakin jelas. Tajuk lagu yang futuristik; Killing Technology, Forgotten In Space, Ravenous Medicine dan Cockroaches lebih jelas sinonimnya dengan riffs gitar Piggy yang unconventional dalam muzik ekstrim Metal. Video Ravenous Medicine memberi impak baru kepada fesyen muzik Metal - botak sebelah kepala - saya melihat senior saya di sekolah menirunya.

Tuesday, July 26, 2011

Ulasan: VOIVOD Rrröööaaarrr

Voivod masih celaru dengan album ini. Mungkin ini adalah lebihan dari album sebelumnya? Sebab itu album ini lebih teruk bunyinya dan juga ideanya. Mungkin juga tidak kerana ia dirilis 2 tahun selepas album War And Pain. Dan ia dirilis melalui label yang lebih besar iaitu Noise Records. Tidak kelihatan apa-apa perubahan langsung di dalam album ini. Produksinya, mungkin lebih buruk jika diambil pendapat beberapa pihak. Semua yang ada di dalam album War And Pain, ada juga di dalam album ini. Mungkin vokal Snake lebih kasar tetapi ini tidak mempengaruhi mood keseluruhan album ini. Yang mungkin menaikkan adrenalin (kepada peminat remaja mereka) ialah tajuk lagu-lagunya - F**k Off and Die, Slaughter in a Grave, Ripping Headaches dan To the Death - melihat tajuknya saja sudah cukup untuk menyebabkan mereka headbang. Itu belum dengar lagunya lagi tu.

Monday, July 25, 2011

Ulasan: VOIVOD War And Pain

Album pertama Voivod ini seperti mana band start-up yang lain ketika itu, kurang fokus, mementingkan lebih kepada ekstrism (siapa laju dia menang) dan tidak peduli apa nak jadi - janji rilis. Namun, ia tetap perlu dirilis sementara identiti yang dilahirkan dapat dididik dengan trial & error yang menjanjikan hala tuju yang lebih bermakna. Selain dari muzik Metal yang laju dan vokal yang boleh menjadikan ini sebuah album (jika tidak diselamatkan oleh chord gitar yang kompleks), album ini memberi petanda untuk rilisan yang akan datang. Ini banyak datangnya dari cara gitaris, Piggy menyusun note gitar beliau. Ia tidak seperti band Thrash (jika terma ini sudah wujud ketika itu) dan Speed Metal yang lain. Ianya anti-harmoni dengan unjuran chord minor yang jarang dimainkan oleh pemuzik Metal ketika itu. Namun untuk album ini, semuanya agak tidak jelas melainkan jika kita betul-betul memberi perhatian. Yang jelas, mesej di dalam album ini memang dibakulkan ke dalam hype ekstrim Metal ketika itu - Suck Your Bone, Iron Gang, Live for Violence dan Nuclear War antaranya. Permulaan yang OK tetapi impaknya kurang ketara, buat masa ini.

Monday, June 27, 2011

Ulasan: VOIVOD Dimension Hatröss

Album ini pelik, lebih pelik dari album sebelumnya, Killing Technology. Bukan saja dari segi riffs yang dicipta oleh gitaris, Piggy tetapi subjek dan predikat album ini. Ianya futuristik tetapi pada masa yang sama mundur dari segi emosi. Seolah-olah mengatakan bahawa masa hadapan yang futuristik itu bukan membawa kebahagiaan sejati. Ya, mungkin teknologi menyenangkan tetapi spiritual dan emosi bergelumang dengan kesedihan, depresi dan ketidaktentuan. Inilah atmosphere yang dibawa oleh Voivod dalam album ini. Pertama kali mendengarnya, ia ditolak dengan perkataan - apa ni? Ini tidak mungkin. Masa hadapan tidak mungkin begini tetapi perlahan-lahan ia akan meresapi ke dalam deria anda dan meyakinkan kita bahawa masa hadapan itu adalah morbid. Dengarkan Tribal Convictions, Chaosmonger, Technocratic Manipulations dan Cosmic Drama untuk mendapat gambaran sebenar berkenaan masa hadapan versi Voivod. Ironinya, lagu tema Batman bersifat kelakar kerana memang sepatutnya begitu kerana ia adalah komik. Komik mahu dianggap serius?



Monday, August 10, 2009

Ulasan: VOIVOD Nothingface CD




Camana nak klasifikasikan album ni? Metal? Prog Rock? Pening gak bila kita yang telah 'dididik' untuk melabel sesebuah album kepada satu genre. Nak lagi masa rilis album ni tahun 1989 di tengah-tengah kesibukan Thrash Metal dan ledakan Death Metal masa tu. Memang VOIVOD bermula dengan Speed Metal (atau Thrash?) untuk dua album pertama. Kemudia pada 2 album seterusnya Killing Technology dan Dimension Hatross, berlaku shape-shifting VOIVOD. Masa tu aku beli kaset Dimension Hatross, memang tak boleh masuk no matter how long I play it. Penyudahnya kaset tu aku dub lagu lain hahaha... (nasib baik kaset pirate).

Now, Nothingface is something different. Berbeza dengan 4 album sebelumnya. Bayangkan macamana pening kepala nak absorb muzik 'pelik' camni. Bertambah pelik, boleh pulak aku terima. Ni aku cerita masa tu, bukan sekarang.

Aku rasa, yang Metal dalam album ni cuma double bass drum je. Lain-lain dah tak Metal. Prog rock mungkin? OK, kita tinggalkan bab genre. Tak habis bila bicara genre untuk album ni.

Kriteria album ni: Vokal tidak menyanyi juga tidak growl. Rap dengan melodi? Mungkin. Gitar tidak guna power chord tetapi lebih kepada minor chord dan banyak memetik tali-tali di bawah. Drum Metal habis. Bass dengan distortion. Yang nyata, memang susah nak categorized.

Tapi asas pada album ni mungkin terlalu obvious apabila mereka mengkover PINK FLOYD Astronomy Domine. Tajuk lagu pun jadi pelik dan mungkin spacey sikit. Science fiction mungkin?

Apapun, album ni memang outstanding la masa rilis time tu. Eksperimental dan genre-bending. Mungkin bukan untuk santapan umum namun ini merupakan album VOIVOD paling berjaya, menduduki carta Billboard pada tangga 114 ketika rilisnya. Mungkin kepelikan itu boleh ditujukan kepada mat Metal. Nevertheless, VOIVOD telah mengorak langkah yang tak ramai berani memulakannya. Antara album tersohor dalam scene Metal dulu kini dan selamanya.

1. "The Unknown Knows" – 5:55
2. "Nothingface" – 4:14
3. "Astronomy Domine" (Barrett) – 5:30 (Pink Floyd cover)
4. "Missing Sequences" – 5:50
5. "X-Ray Mirror" – 4:28
6. "Inner Combustion" – 3:48
7. "Pre-Ignition" – 5:12
8. "Into My Hypercube" – 5:04
9. "Sub-Effect" – 4:30



The Unknown Knows


Astronomy Domine