Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label The Beatles. Show all posts
Showing posts with label The Beatles. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Rolling Stone's 100 Beatles songs of all time


Setuju tak setuju itu belakang kira. Yang menarik adalah komentari di setiap buah lagu. Bagaimana lagu dicipta, apa peristiwa disebalik lagu dan signifikan lagu kepada peminat muzik. Sangat membuka mata dan membuatkan saya ulang kembali dengar lagu tersebut untuk mendapatkan intipati sebenar. Termasuk dalam majalah ini, gambar-gambar yang rare.

Tak tau samada berada di pasaran Malaysia atau tidak kerana saya membeli di Washington Dulles Airport semasa pulang ke Malaysia. Kalau ada, walaupun anda bukanlah peminat The Beatles sangat, beli tanpa ragu-ragu.

1. A Day in the Life
2. I Want to Hold Your Hand
3. Strawberry Fields Forever
4. Yesterday
5. In My Life
6. Something
7. Hey Jude
8. Let it Be
9. Come Together
10. While My Guitar Gently Weeps
11. A Hard Day’s Night
12. Norwegian Wood (This Bird Has Flown)
13. Revolution
14. She Loves You
15. Help!
16. I Saw Her Standing There
17. Ticket to Ride
18. Tomorrow Never Knows
19. Lucy in the Sky With Diamonds
20. Please Please Me
21. All You Need is Love
22. Eleanor Rigby
23. Abbey Road Medley
24. Happiness is a Warm Gun
25. Here, There, and Everywhere
26. If I Fell
27. You’re Going to Lose That Girl
28. Here Comes the Sun
29. Can’t Buy Me Love
30. We Can Work it Out
31. You’ve Got to Hide Your Love Away
32. Penny Lane
33. I Am the Walrus
34. Eight Days a Week
35. Paperback Writer
36. I Should Have Known Better
37. She Said She Said (yayyy!!!!!)
38. Blackbird
39. Day Tripper
40. For No One
41. Get Back
42. I Feel Fine
43. Drive My Car
44. All My Loving
45. No Reply
46. Don’t Let Me Down
47. Things We Said Today
48. The Ballad of John and Yoko
49. The Night Before
50. Got to Get You Into My Life
51. If I Needed Someone
52. Helter Skelter
53. It Won’t Be Long
54. Two of Us
55. Taxman
56. I’m Down
57. I’m Only Sleeping
58. I’ve Just Seen a Face
59. I Want You (She’s So Heavy)
60. Sgt. Pepper’s Lonely Hearts Club Band
61. With a Little Help From My Friends
62. Girl (Lennon)
63. Dear Prudence
64. I’ve Got a Feeling
65. And I Love Her
66. Nowhere Man
67. Oh! Darling
68. Baby, You’re a Rich Man
69. Julia
70. You Can’t Do That
71. I’m a Loser
72. From Me to You
73. Everybody’s Got Something to Hide Except for Me and My Monkey
74. Yellow Submarine
75. Think for Yourself
76. Yer Blues
77. Because
78. And Your Bird Can Sing
79. I’ll Follow the Sun
80. Mother Nature’s Son
81. Hey Bulldog
82. She’s Leaving Home
83. I’m So Tired
84. Across the Universe
85. Back in the USSR
86. Lady Madonna
87. Love Me Do
88. Rain
89. Good Day Sunshine
90. The Long and Winding Road
91. Every Little Thing
92. Dig a Pony
93. Sexy Sadie
94. You Won’t See Me
95. Any Time at All
96. Within You Without You (
97. All I’ve Got to Do
98. Long, Long, Long
99. Yes It Is
100. Hello, Goodbye

Tuesday, July 16, 2013

Ulasan: THE BEATLES Please Please Me (1963)


The Beatles adalah fenomena muzik sepanjang zaman. Yang bersama dengan The Beatles sejak awal sudah dapat merasainya sejak single pertama Love Me Do dirilis pada tahun 1962. Diberitakan oleh seseorang pada awal sejarah persembahan mereka, jika pengacara mula menyebut nama John dan Paul untuk memperkenalkan band seterusnya, tepukan gemuruh akan mengiringi nama mereka. Nama mereka. Belum diberitahu pun nama band. Ini menunjukkan fenomena ini sudah bermula di kalangan pemuda pemudi di Britain tatkala rekod yang boleh dijual ketika itu adalah rekod easy listening instrumental dan nyanyian yang sophisticated. The Beatles memudahkan cara pendengaran dengan muzik pop yang bersahaja.

Produser, George Martin juga tidak mendapati apa-apa masalah dengan The Beatles kerana mereka datang dengan pakej lagu sekali terima kasih kepada gabungan penulis mantap John dan Paul. Sebab itu keseluruhan album ini dirakamkan dalam masa lebih kurang 25 jam saja dengan 8 dari 14 lagu adalah hasil ciptaan kombo tersebut. The Beatles memberi contoh kepada generasi muzik seterusnya tentang prinsip DIY. Bukan saja mereka menyediakan lagu-lagu bahkan konsep album, muzik latar, sediaan melodi vokal yang menyebabkan hasil mereka sangat original pada ketika itu dan tidak menyendeng kepada mana-mana produser. Produser sekadar merealisasikan agenda mereka.

Walaupun fenomena ini agak lewat untuk menyeberangi pasaran besar di US tetapi album ini bak kata orang adalah force to be reckon with.  Elemen agresif dan gelora nafsu pemuda pemudi dapat dirasai dari lagu pertama lagi, I Saw Her Standing Her yang penuh dengan nafsu itu menjadi juadah biasa The Beatles untuk tahun-tahun mendatang yang menyebabkan The Beatles dicop sebagai muzik syaitan oleh golongan tua.

CD ini menampilkan 14 lagu dalam bentuk stereo kecuali dua lagu Love Me Do dan P.S. I Love You. Cara rakaman produser pada asalnya memang memberi ruang untuk stereo dihasilkan kemudian. Ini adalah kerana pasaran muzik pada ketika itu terdiri dari dua, mono yang lebih popular disebabkan hardware yang lebih murah sedangkan stereo hanya tertumpu kepada hifi enthusiast. Ketika penggeledahan untuk versi remaster ini didapati bahawa sumber asal Love Me Do dan P.S. I Love You sudah musnah, dan walaupun bunyi stereo boleh dihasilkan dari sumber mono yang masih ada tetapi kualitinya tidak sama (dipanggil sebagai fake stereo). Oleh itu, keluaran ini mengekalkan bunyi mono untuk kedua lagu tersebut.


Friday, March 23, 2012

Ulasan: THE BEATLES Abbey Road

 Kulit album Abbey Road yang legendary dan iconic!

Siapa tak kenal The Beatles? Mungkin budak-budak generasi-Y. Malang bagi mereka.

Bagi saya, lagu-lagu seperti I Want To Hold Your Hand memang sudah hafal melodinya di kepala. Tetapi tidaklah sampai untuk membeli album The Beatles. Impression dari lagu tersebut ialah The Beatles sebuah band pop yeh yeh.

Malang bagi saya.

Disebabkan persepsi tersebut saya tidak ambil peduli tentang The Beatles. Saya tahu mereka adalah satu fenomena muzik tetapi saya tidak faham kenapa dengan lagu tersebut ia menjadi satu fenomena? Hinggalah tergerak hati saya membeli album Abbey Road ini di sebuah jualan car boot (kenapa anda menjualnya wahai pemilik asal?).

Dengan album ini baru saya faham. Rupa-rupanya The Beatles menjadi fenomena disebabkan jauhnya eksperimen mereka di dalam muzik pada zaman itu (tahun 60an).

Album ini adalah album kedua akhir menurut turutan (sebelum Let It Be) tetapi sebenarnya ia adalah rakaman terakhir mereka yang dirilis pada tahun 1969.

Lagu mula Come Together, membuatkan saya ternganga dan tertanya - ini The Beatles? Sungguh naif saya mengharapkan lagu pop yeh yeh. Sedangkan ia adalah sebuah bayangan hard rock progresif yang mula naik 30 tahun selepasnya.

Oh Darling pula menampilkan suara Paul McCartney yang keras. Menakjubkan. Ia adalah bayangan vokal hard rock cucuk bontot yang juga menjadi popular 30 tahun akan datang.

Kemudian I Want You (She's So Heavy) adalah sangat eksperimental dan progresif. Saya tepuk dahi berasa takjub dengan perjalanan lagu ini yang sangat kompleks. Ia adalah lagu yang paling berat di dalam album ini terima kasih kepada vokal John Lennon yang keras dan solo gitar beliau yang out-of-this-world (ketika itu).

Here Comes The Sun pula adalah sesuatu yang berlainan juga. Folkish dan lembut dengan suara George Harrison.

Apa jenis bunyi gitar mula untuk lagu Because tu? Aggh... takjub!

Saya sebenarnya tidak layak untuk mengulas album The Beatles.