
Aku
mula jatuh cinta dengan muzik bising bernama Punk Rock sejak umur aku
16 tahun dan hingga hari ini muzik ni kekal jadi soundtrack hidup aku
sehari-hari. Senarai "ABC’s of Punk” ni bukanlah senarai muktahir untuk
muzik punk, hanya setitik rasa dari lautan genre muzik yang penuh
variasi dengan bands pelbagai aneka. Setiap budak punk ada senarai
tersendiri, cuma citarasa aku lebih ke arah muzik punk yang lebih
hardcore yang mungkin kurang mesra buat telinga pendengar baru. Senarai
ni hanyalah tribute aku kepada piring hitam dan muzik yang bukan saja
jadi peneman masa lapang aku, tapi pencorak identiti dan keperibadian
aku. Aku akhiri senarai ni dengan satu lagi piring hitam band hardcore
dari old school early 80’s US hardcore scene (my favourite stuff)
bernama ZERO BOYS. Tapi jangan hanya stop dengan huruf “Z”, bakar
senarai "ABC’s of Punk” ni dan pergi discover semua punk bands kat luar
sana dan bikin senarai "ABC’s of Punk” kau sendiri! Bak kata legend punk
Kuala Pilah, The Bollocks… VIVA LA PUNK!
Tahun aktif:
1979—1985, 1988—1993
Asal:
Indianapolis, Indiana, US
Stail muzik:
Punk Rock, Hardcore
Influences:
The Germs, The Dictators, The Stooges, MC5
Original line-up (1979):
Vocals - Paul Z Mahern, Guitars - Terry Hollywood, Bass - John Mitchell, Drums - Mark Cutsinger
Album/release paling best & wajib beli/download:
ZERO BOYS — Vicious Circle LP (Nimrod Records, 1981)
Lagu paling gempak:
“Amphetamine Addiction"
Trivia:
Zero Boys punya first 7” EP dari tahun 1980 masuk dalam senarai Top 10
piring hitam hardcore punk paling mahal dalam dunia. Kali terakhir ia
dijual pada bulan Februari tahun ni dengan harga USD1,800 (RM5,850).
Klik link ni untuk tengok piring hitam lain dalam senarai Top 10 ni: http://www.swedishpunkfanzines.com/?page_id=386
FAHMI REZA

YOUTH
OF TODAY ialah band 'straight edge’ atau “sXe" (nama singkatan
glamournya) yang paling besar pada era pertengahan ‘80an. Mereka juga
pioneer subgenre ‘Youth Crew’ hardcore (kadang-kadang dipanggil 88 style
hardcore) dengan bands madam Gorilla Biscuits, Bold, Straight Ahead,
Judge, Side By Side, Chain of Strength, Project X, Warzone dan Sick of
It All. Budak-budak youth crew ni lah yang mulakan trend conteng X kat
belakang telapak tangan, dan juga trend fesyen ‘youth crew’ dengan
rambut crewcut, pakai t-shirt besar, hoodie dan kasut sukan Nike bila
pergi gig. Budak-budak youth crew jugak obses dengan huruf “X” yang
mereka jadikan simbol untuk gaya hidup sihat mereka tanpa alkohol &
tanpa dadah. Selain conteng X dekat tangan, mereka juga suka pakai jam
Swatch yang ada X kat atas muka jam, lukis XXX kat atas flyers gig dan
t-shirt mereka, dan suka tulis nama mereka diapit dengan 2 huruf “X”.
XfahmirezaX
Tahun aktif:
1985—1990
Asal:
Connecticut, US
Stail muzik:
Youth Crew, Straight Edge Hardcore
Influences:
Minor Threat, 7 Seconds, Agnostic Front, Antidote
Original line-up (1985):
Vocals - Ray Cappo, Guitars - John Porcelly, Bass - Graham Phillips, Drums - Darren Pesce
Album/release paling best & wajib beli/download:
YOUTH OF TODAY — Break Down The Walls LP (Wishingwell Records, 1986)
Lagu paling gempak:
“Understand"
Trivia:
Sebelum Youth of Today, Ray Cappo (vokalis) pernah main drums dalam
band Violent Children dan juga vokalis untuk band Reflex From Pain masa
umur dia 17 tahun. Lepas Youth of Today berpecah, Ray Cappo dengan
gitaris John Porcelly jadi pengikut Hare Krishna dan tubuhkan band
Shelter yang jadi pioneer sub genre ‘Krishnacore’. Ray Cappo juga salah
seorang pengasas Revelation Records.
FAHMI REZA

X
ialah salah satu punk bands paling awal dalam Los Angeles punk scene di
U.S. lewat ‘70an seangkatan dengan bands macam The Germs, The Weirdos,
The Bags, The Dils, The Avengers dan Black Flag. Kau boleh tengok
footage dari tahun-tahun awal X dan L.A. punk scene dalam filem
dokumentari "The Decline of Western Civilization”. 7” EP pertama X
keluar tahun 1978 atas legendary punk label Dangerhouse Records. Album
pertama X bertajuk “Los Angeles” pulak diterbitkan oleh Ray Manzarek
dari The Doors yang kata X dia punya favourite L.A. band. X siap rakam
satu lagu cover The Doors dalam LP ni.
Tahun aktif:
1977—present
Asal:
Los Angeles, California, US
Stail muzik:
Punk Rock
Influences:
Sex Pistols, The Clash, Chuck Berry, The Doors, Gene Vincent
Original line-up (1977):
Vocals - Exene (21 tahun), Vocals & Bass - John Doe (21 tahun),
Guitars - Billy Zoom (29 tahun), Drums - Don Bonebreak (22 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
X — Los Angeles LP (Slash Records, 1980)
Lagu paling gempak:
“We’re Desperate"
Trivia:
Vokalis dan bassist X, John Doe juga seorang pelakon filem dan TV. Dia
pernah berlakon dalam berlambak filem Hollywood, antaranya filem “Boogie
Nights” (1997) arahan Paul Thomas Anderson.
FAHMI REZA

Dalam
sejarah awal muzik punk ada beribu-ribu bands yang datang dan pergi,
hilang sekelip mata tak sempat jadi “famous” atau tinggalkan kesan atau
pengaruh besar macam bands lain yang masuk dalam senarai "ABC’s of Punk”
ni. Semua bands obscure ni kadang-kadang hanya sempat rakam satu atau
dua piring hitam yang sekarang dah dianggap “rare". Dalam bahasa punk,
bands macam ni boleh dikategorikan sebagai KBD atau “Killed By Death”
(sempena nama satu siri bootleg compilation LPs of rare punk bands).
Cuba kau search “KBD” kat eBay dan tengok resultnya! Jadi untuk huruf
“W” ni aku tak nak letak band “famous” macam Warzone, Weirdos, Wire atau
Wasted Youth, tapi nak kongsi satu KBD punk band favourite aku dari
zaman old school early 80’s US hardcore, band dari New Jersey bernama
THE WORST. The Worst adalah band hardcore pertama yang muncul dalam NY
punk scene, sebelum NYHC bands macam Agnostic Front, Cro-Mags, Urban
Waste, Warzone, Murphy’s Law mula bangkit. Mereka hanya sempat keluarkan
satu 7” EP dan satu mini LP sebelum mampus. Aku jumpa piring hitam ni
dekat rak second hand kedai record dengan harga US$2.99 (RM9.80) lama
dulu. Walaupun band ni tak famous tapi album mereka ni aku letakkan sama
taraf dengan album-album klasik dari old school hardcore bands macam
Dead Kennedys, Black Flag, Minor Threat, Bad Brains, D.O.A, M.D.C dan
Negative Approach.
Tahun aktif:
1979—1984
Asal:
New Jersey, US
Stail muzik:
Hardcore
Influences:
Aku pun tak tahu
Original line-up (1979):
Vocals - Do It, Guitars - Trezza, Bass - Jerome, Drums - Sudz
Album/release paling best & wajib beli/download:
THE WORST — Expect The Worst LP (Mutha Records, 1983)
Lagu paling gempak:
“We Are Those"
Trivia:
The Worst punya band manager ialah Terry Ork, yang juga manager untuk
70’s punk band Television dan juga nama penting dalam scene punk kat
CBGB’s kat New York masa tu.
FAHMI REZA

Dalam
dunia punk yang sejak awal dilihat sebagai muzik agresif yang
didominasi lelaki, memang ramai tak nampak peranan wanita dalam sejarah
dan perkembangan muzik punk. Sejak tahun ‘70an lagi wanita dah berada di
barisan depan scene punk dan hardcore di semua tempat — bukan hanya
sebagai peminat, tapi sebagai vokalis, pemuzik, band manager, pemilik
record label, designer, jurugambar, pembikin zine dan gig organiser. Dan
sepanjang sejarah 4 dekad muzik punk telah bangkit ramai ikon-ikon punk
wanita yang berdiri sama tinggi dengan lelaki. Salah seorang ikon punk
yang muncul masa second wave UK punk scene pada awal ‘80an ialah Beki
Bondage, frontwoman dan vokalis untuk band VICE SQUAD yang diasaskannya
pada usia 15 tahun. Sebab tak jumpa record label yang nak release muzik
mereka, Beki dan Vice Squad tubuhkan record label mereka sendiri untuk
keluarkan piring hitam 7” single pertama mereka “Last Rockers” pada
tahun 1980. Nama label itu ialah Riot City Records yang kemudiannya
keluarkan piring hitam untuk banyak UK82 bands macam Chaos UK, Disorder,
Abrasive Wheels, Chaotic Dischord, Varukers, The Insane dan The
Ejected.
Tahun aktif:
1978—1985
Asal:
Bristol, England
Stail muzik:
Punk Rock, UK82
Influences:
X-Ray Spex, Penetration, The Clash
Original line-up (1978):
Vocals - Beki Bondage, Guitars - Dave Bateman, Bass - Mark Hambly, Drums - Shane Baldwin
Album/release paling best & wajib beli/download:
VICE SQUAD — Stand Strong Stand Proud LP (EMI Records, 1982)
Lagu paling gempak:
“Out Of Reach"
Trivia:
Pada tahun 1981, dua band members Vice Squad dengan dua roadies
tubuhkan satu band parody untuk buat lawak dan sindir bands noisecore
macam Disorder dan Chaos U.K. yang popular masa tu. Tapi ramai yang
ambik serius tak nampak lawak disebalik band ni, sampai mereka dapat
record deal, jual banyak piring hitam dan jadi famous macam Disorder dan
Chaos U.K! Nama band ni ialah Chaotic Dischord.
FAHMI REZA

Selain
Sweden, Finland dan Italy, early 80’s hardcore punk scene kat German
pun tak kurang hebatnya dengan bands macam Inferno, Malinheads,
Vorkriegsjugend, Razzia, Zerstörte Jugend, Blut + Eisen, Toxoplasma,
Wut, OHL, Chaos Z, Bluttat, Canal Terror, Boskops, Normahl, Neurotic
Arseholes, Spermbirds dan berlambak lagi. Salah satu bands paling
penting yang muncul dalam German hardcore “Deutschpunk” scene awal ‘80an
ialah UPRIGHT CITIZENS. Berbeza dengan bands lain, Upright Citizens
adalah Deutschpunk band pertama yang nyanyi dalam English dan band
pertama yang tour sampai US pada tahun ‘80an.
Tahun aktif:
1981—2003
Asal:
Bottrop, Germany
Stail muzik:
Deutschpunk, Hardcore
Influences:
Discharge, Social Distortion
Original line-up (1981):
Vocals & guitars - Anton, Guitars - Uli, Bass - Crocker, Drums - Mario
Album/release paling best & wajib beli/download:
UPRIGHT CITIZENS — Make The Future Mine And Yours LP (H'art Records 1983)
Lagu paling gempak:
“Stand Up"
Trivia:
Pada tahun 1984, Maximum Rock n Roll zine telah keluarkan satu
compilation LP bersejarah bertajuk “Welcome To 1984” yang merupakan LP
pertama yang mendokumentasikan first wave scene hardcore dari bands
seluruh dunia. Dengan nama-nama besar macam Terveet Kädet (Finland),
Olho Seco (Brazil), B.G.K. (Belanda), R.I.P. (Sepanyol), The Stalin
(Jepun), Raw Power (Itali), Huvudtvatt (Sweden) dan banyak lagi. Band
German yang diberi penghormatan untuk mewakili Germany dalam kompilasi
ini ialah Upright Citizens.
FAHMI REZA

TERVEET
KÄDET adalah salah satu bands hardcore pertama dan terbaik yang bangkit
dalam punk scene di Finland pada awal 1980an yang melahirkan legendary
Finnish Hardcore bands macam Rattus, Riistetyt, Bastards, Kaaos,
Appendix, Tampere SS & Kansan Uutiset. Selain Italy dan Sweden,
Finland punya punk scene awal ‘80an antara yang paling gempak kat
Eropah. Macam Swedish Hardcore bands, Terveet Kädet ambik pengaruh besar
dari Discharge, tapi pada masa yang sama tinggalkan pengaruh besar pada
banyak early hardcore bands kat Finland, Sweden dan Brazil. Bands metal
macam Sepultura pun selalu sebut nama Terveet Kädet sebagai pengaruh
besar pada muzik mereka. Pada tahun 1982, Terveet Kädet keluarkan piring
hitam 7” paling best dalam sejarah Finnish Hardcore... "Ääretön Joulu”
7” EP. (Piring hitam 12” LP Finnish Hardcore paling best jatuh kepada
Rattus - WC Räjähtää LP).
Tahun aktif:
1980—present
Asal:
Tornio, Finland
Stail muzik:
Finnish Hardcore
Influences:
Discharge
Original line-up (1980):
Vocals - Läjä, Guitars - Tiimo, Bass - Piäsky, Drums - Peedro
Album/release paling best & wajib beli/download:
TERVEET KÄDET — Ääretön Joulu 7” EP (Poko Records, 1982)
Lagu paling gempak:
“Tornion Kevät” (Spring of Tornio)
Trivia:
Nama Terveet Kädet bermaksud tangan sihat atau tangan bersih, nama
paling tak hardcore yang mereka pilih untuk membezakan mereka dari punk
bands lain.
FAHMI REZA

STIFF
LITTLE FINGERS adalah antara bands terbaik dari first wave UK punk
bands yang mula bangkit pada tahun 1977. Lupakan Sex Pistols - Never
Mind The Bollocks LP dan The Clash - The Clash LP... album punk paling
gempak dari zaman tu ialah album pertama SLF - Inflammable Material LP!
Raw punk songs, catchy melodies, angry vocals, political and sarcastic
lyrics, semua ada! Punk bands lain dari zaman tu hanya nyanyi pasal
perang, tapi SLF yang tinggal kat Belfast, Ireland Utara betul-betul
duduk kat tengah-tengah perang, konflik, rusuhan, tembak-menembak dan
letupan bom. Aku pernah baca Bono dari U2 (juga band dari Ireland),
pernah kata “One of the best rock ’n’ roll concerts I ever saw was Stiff
Little Fingers."
Tahun aktif:
1977–1982, 1987—present
Asal:
Belfast, Ireland Utara
Stail muzik:
Punk Rock
Influences:
The Clash
Original line-up (1977):
Vocals & Guitars - Jake Burns (19 tahun), Guitars - Henry Cluney
(20 tahun), Bass - Ali McMordie (18 tahun), Drums - Brian Faloon (19
tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
STIFF LITTLE FINGERS — Inflammable Material LP (Rough Trade Records, 1979)
Lagu paling gempak:
“Alternative Ulster"
Trivia:
Nama asal band ni ialah Highway Star yang awalnya main lagu-lagu cover
rock bands. Lepas mereka tukar stail main muzik punk, mereka tukar nama
band jadi Stiff Little Fingers yang dicuri dari tajuk lagu band punk The
Vibrators.
FAHMI REZA
Tidak akan lahir muzik punk di dunia tanpa THE RAMONES!
Tahun aktif:
1974–1996
Asal:
New York City, US
Stail muzik:
Punk Rock
Influences:
The Beatles, Beach Boys, The Who, The Kinks
Original line-up (1974):
Vocals - Joey Ramone (23 tahun), Guitars - Johnny Ramone (26 tahun),
Bass - Dee Dee Ramone (22 tahun), Drums - Tommy Ramone (25 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
RAMONES — Ramones LP (Sire Records, 1976)
Lagu paling gempak:
“Blitzkrieg Bop"
Trivia:
Pada 4 Julai 1976, The Ramones main satu gig dekat London. Lepas show
tu, budak-budak yang bersemangat lepas tengok The Ramones dapat
inspirasi untuk tubuhkan punk bands mereka sendiri… bands yang mereka
tubuhkan diberi nama The Clash, The Damned dan The Sex Pistols.
FAHMI REZA

THE
QUEER PILLS adalah nama samaran untuk band hardcore punk dari US
bernama ANGRY SAMOANS. Dari tahun 1980 sampai 1982, Angry Samoans kena
banned dan blacklisted dari hampir semua club dan venue gig di LA sebab
satu lagu yang mereka tulis bertajuk “Get Off The Air” yang kutuk sorang
DJ terkenal di LA bernama Rodney Bingenheimer. Angry Samoans juga kena
banned dari DJ Rodney punya radio show. Pada tahun 1981, Angry Samoans
keluarkan 7” ni bawah nama samaran “The Queer Pills” untuk trick DJ
Rodney untuk main lagu mereka keudara. Lagu The Queer Pills dari 7” ni
sempat dimainkan sekali-dua dalam radio sebelum mereka kantoi dan kena
banned sekali lagi!
Tahun aktif:
1978–present
Asal:
Van Nuys, California, US
Stail muzik:
Hardcore Punk
Influences:
Dictators, Black Sabbath
Original line-up (1978):
Vocals - Metal Mike Saunders, Guitars - Kevin Saunders, Bass - Todd Homer, Drums - Bill Vockeroth
Album/release paling best & wajib beli/download:
THE QUEERS PILLS — The Depraved 7” (Homophobic Records, 1981)
Lagu paling gempak:
“Todd Killings"
FAHMI REZA

POISON
IDEA ialah band punk dari Portland, US yang terkenal pada zaman awalnya
kerana muzik raw fast angry hardcore thrash mereka yang diinspirasi
oleh Black Flag dan Discharge. Poison Idea jugak famous sebab kegilaan
live shows mereka — penyanyinya suka telan suit syiling, suka toreh
kulit mereka dengan simbol dan perkataan, kencing dalam mulut orang,
pecahkan pentas, dan macam-macam lagi. Walaupun gila tapi muzik mereka
tetap jadi inspirasi pada macam-macam punk bands, termasuk bands di luar
punk scene macam Nirvana, Pantera, Machine Head dan Napalm Death. Tahun
1984 mereka keluarkan 2nd EP dengan tajuk sarkastik “Record Collectors
Are Pretentious Assholes” (dalam gambar ni), tapi yang ironiknya gambar
kat depan album cover tu adalah koleksi piring hitam gitaris Poison
Idea, Pig Champion yang juga seorang record collector!
Tahun aktif:
1980–1993, 1998–present
Asal:
Portland, Oregon, US
Stail muzik:
Hardcore
Influences:
The Germs, Black Flag, Discharge
Original line-up (1981):
Vocals - Jerry A. (18 tahun), Guitars - Tom "Pig Champion" Roberts (22
tahun), Bass - Chris Tense (18 tahun), Drums - Dan Johnson (18 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
POISON IDEA — Pick Your King 7” EP (Fatal Erection Records, 1983)
Lagu paling gempak:
"This Thing Called Progress"
Trivia:
Poison Idea ni terkenal dengan pendirian anti-straight edge mereka.
Pada tahun 1989, Poison Idea keluarkan satu piring hitam bertajuk “Ian
Mackaye” dengan gambar lubang bontot (asshole) kat depan cover.
FAHMI REZA

OPERATION
IVY ialah band punk pertama yang gabungkan muzik two-tone ska dengan
muzik punk/hardcore untuk melahirkan satu subgenre baru yang dipanggil
"ska-punk". Walaupun sebelum Op Ivy dah wujud bands macam The Clash dan
The Ruts yang dah campurkan muzik reggae/ska dengan punk, Op Ivy bikin
sound dan stail baru yang lebih up-tempo dan lebih moden. Walaupun band
ni hanya bertahan selama 2 tahun dan hanya sempat rakam satu 7” EP dan
satu LP, sampai hari ni Op Ivy jadi inspirasi kepada ratusan ska-punk
bands seluruh dunia yang muncul lepas mereka.
Tahun aktif:
1987–1989
Asal:
Berkeley, California, US
Stail muzik:
Punk rock, Ska-punk
Influences:
The Uptones, The Specials, The Clash
Original line-up (1987):
Vocals - Jesse Michaels (17 tahun), Guitars - Tim "Lint” Armstrong (22
tahun), Bass - Matt Freeman (21 tahun), Drums - Dave Mello (18 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
OPERATION IVY — Energy LP (Lookout Records, 1989)
Lagu paling gempak:
"Sound System"
Trivia:
Nama Operation Ivy ni dicuri dari nama asal yang digunakan oleh band
Isocracy yang ditubuhkan tahun 1986. "Operation Ivy” ni sebenarnya code
name yang digunakan oleh kerajaan US untuk projek testing bom nuklear
mereka pada tahun 1952. Lepas Op Ivy berpecah, Tim & Matt tubuhkan
band baru bernama Rancid. Lagu Rancid "Journey to the End of the East
Bay” ialah lagu pasal Op Ivy.
FAHMI REZA

Raw
Power, Wretched, Cheetah Chrome Motherfuckers, Declino, Indigesti,
Impact, I Refuse It!, Eu’s Arse, Contrazione, Underage, Upset Noise,
Peggio Punx adalah antara nama-nama bands yang lahir dari punk scene
paling gempak kat Eropah awal tahun ‘80an, Italian Hardcore Punk scene!
Berbeza dengan hardcore punk scene kat Sweden & Finland yang lebih
dipengaruhi Discharge & UK punk, Italian Hardcore scene lebih
dipengaruhi oleh US Hardcore bands. Dan nama paling penting dan hardcore
superstar band dalam scene tu ialah NEGAZIONE, yang lahir dari
Collettivo Punx Anarchici (Anarchist Punx Collective) yang aktif di
bandar Torino pada awal ‘80an.
Tahun aktif:
1983–1992
Asal:
Torino, Itali
Stail muzik:
Hardcore
Influences:
Minor Threat, Gang Green, M.D.C., Die Kreuzen, Verbal Abuse,
Original line-up (1983):
Vocals - Guido "Zazzo" Sassola, Guitars - Roberto "Tax" Farano, Bass - Marco Mathieu, Drums - Orlando Furioso
Album/release paling best & wajib beli/download:
NEGAZIONE — Lo Spirito Continua LP (De Konkurrent Records, 1986)
Lagu paling gempak:
“Diritto Contro Un Muro"
Trivia:
Band Itali yang mungkin lebih banyak korang kenal sekarang ialah
hardcore/grind band Cripple Bastards. Dalam Giulio the Bastard (vokalis)
punya senarai “Five Albums That Will Change You”, dia masukkan Napalm
Death — From Enslavement to Obliteration LP, Fear Of God – 21 Song EP,
Infest — Slave LP, Sarcófago — I.N.R.I. LP dan jugak album ni, Negazione
— Lo Spirito Continua LP.
FAHMI REZA

Kalau kau tak kenal siapa MINOR THREAT, memang kau tak punk. Haha.
Tahun aktif:
1980–1983
Asal:
Washington DC, US
Stail muzik:
Hardcore
Influences:
Bad Brains, Black Flag, Circle Jerks, Sex Pistols, The Damned
Original line-up (1980):
Vocals - Ian MacKaye (18 tahun), Guitars - Lyle Preslar (17 tahun),
Bass - Brian Baker (15 tahun), Drums - Jeff Nelson (18 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
MINOR THREAT — Out of Step 12” EP (Dischord Records, 1983)
Lagu paling gempak:
“Filler"
Trivia:
Nama asal band ni ialah Fifth Column. Pada penghujung tahun 1981 Minor
Threat berpecah lepas gitarisnya Lyle pergi masuk universiti sambung
belajar. Masa tu bassist Brian join band Government Issue, vokalis Ian
& drummer Jeff pulak tubuhkan band hardcore baru bernama Grand Union
(a.k.a Skewbald). Mereka tak pernah main gig tapi sempat rakam satu
demo tape (released on vinyl on Dischord in 1991). Lepas 6 bulan bosan
belajar kat universiti, Lyle drop out dan balik DC untuk hidupkan balik
Minor Threat pada bulan April 1982. Minor Threat akhirnya berpecah
semalamnya pada tahun 1983 lepas Lyle & Brian nak Minor Threat tukar
stail & start main muzik macam U2.
FAHMI REZA

LIP
CREAM ialah band hardcore dari Jepun dengan nama band yang langsung tak
punk, tapi dengan line-up all-star Japanese Hardcore… Naoki &
Minori (gitaris & bassist dari The Comes), Baki (vokalis dari The
Execute/Gastunk) dan Maru (drummer dari Aburadako). Setahun lepas
ditubuhkan Lip Cream dapat vokalis baru, Jha Jha (dari Dead Cops) dan
drummer baru, Pill (dari G-Zet). Line-up ni lah yang rakam album-album
masterpiece Lip Cream, “Kill Ugly Pop” LP dan “9 Shocks Terror” LP. Lip
Cream adalah salah satu bands yang featured dalam Earache Records punya
first release, "Anglican Scrape Attic” compilation 7” flexi pada tahun
1985.
Tahun aktif:
1984–1990
Asal:
Tokyo, Japan
Stail muzik:
Japanese Hardcore
Influences:
Discharge, Disorder, Bad Brains
Original line-up (1984):
Vocals - Baki, Guitars - Naoki, Bass - Minoru, Drums - Maru
Album/release paling best & wajib beli/download:
LIP CREAM — 9 Shocks Terror LP (Dynamite Records, 1987)
Lagu paling gempak:
“Terror"
Trivia:
Pada tahun 1999, vokalis Lip Cream, Jha Jha jadi vokalis “Burning
Spirit” hardcore band Judgement dengan Zigyaku (gitaris Bastard/Gudon),
Iizawa (bassist Bastard) dan Muka-Chin (drummer Death Side/Chicken
Bowels).
FAHMI REZA
KURO
ialah band hardcore dari Jepun yang memegang record sebagai band punk
Jepun yang piring hitamnya paling banyak kena bootleg (cetak rompak).
Piring hitam “Who The Helpless” berukuran 8 inci ni juga dianggap
sebagai piring hitam punk Jepun yang paling rare dalam dunia. Muzik
bising band ni meninggalkan legasi yang besar pada Japanese hardcore
bands yang lahir selepas mereka, dan juga kepada pioneer UK crust bands
macam Extreme Noise Terror yang sampai hari ni suka main lagu Kuro masa
konsert mereka.
Tahun aktif:
1981–1986
Asal:
Kyushu, Japan
Stail muzik:
Japanese Hardcore
Influences:
Discharge, Disorder
Original line-up (1981):
Vocals - Morikawa, Guitars - Hide, Bass - Manzi, Drums - Sugi
Album/release paling best & wajib beli/download:
KURO - Who The Helpless 8” EP (Blue Jug Records, 1984)
Lagu paling gempak:
“Selfish Cow"
Trivia:
Kuro bermaksud hitam dalam bahasa Jepun. Tapi simbol “白” yang selalu mereka gunakan dengan nama mereka bermaksud putih.
FAHMI REZA

JAWBREAKER
ialah antara band punk influential dari zaman ‘90an yang main
hardcore-influenced melodic punk rock. Band ni jadi pengaruh paling
besar dalam scene muzik “emo” era 2000an. Vokalis & gitaris band,
Blake Schwarzenbach siap diberi gelaran “Godfather of Emo”.
Peminat-peminat Jawbreaker siap sambut “Jawbreaker Day” pada 4hb Mei
setiap tahun, yang dipilih dari tajuk lagu Jawbreaker "Sluttering (May
4th)”.
Tahun aktif:
1986–1996
Asal:
New York & California, US
Stail muzik:
Punk rock
Influences:
Rites of Sping, Embrace, Hüsker Dü, Black Flag
Original line-up (1986):
Vocals & guitars - Blake Schwarzenbach, Bass - Chris Bauermeister, Drums - Adam Pfahler
Album/release paling best & wajib beli/download:
JAWBREAKER — 24 Hour Revenge Therapy LP (Tupelo/Communion Records, 1994)
Lagu paling gempak:
“Chesterfield King"
Trivia:
Vokalis Blake dah kenal drummer Adam sejak kecil dan pergi sekolah yang
sama dan universiti yang sama. Mereka tubuhkan Jawbreaker masa belajar
kat universiti dengan Chris yang belajar uni yang sama.
FAHMI REZA

INFEST
ialah band hardcore dari US yang diiktiraf sebagai pioneer subgenre
punk yang dipanggil “powerviolence” yang mula merebak pada awal ‘90an
dengan bands macam Crossed Out, Man Is The Bastard, No Comment,
Capitalist Casualties dan Spazz. Powerviolence bands macam Infest cuba
bawa hardcore ke tahap yang lebih extreme dengan lagu-lagu yang lebih
pendek, lebih laju, lebih bising, lebih brutal dan lebih agresif,
kadang-kadang dengan perubahan tempo yang mendadak — lagu yang start
slow gila babi tiba-tiba jadi laju nak mampos. Band powerviolence tak
lengkap kalau takde vocals macam "Cookie Monster” yang tengah mengamuk.
Tahun aktif:
1986–1991
Asal:
Valencia, California, US
Stail muzik:
Powerviolence, Hardcore
Influences:
Siege, Lärm, SS Decontrol, Negative Approach, Negative FX, Heresy
Original line-up (1986):
Vocals - Joe Denunzio, Guitars - Matt Domino, Bass - Dave Ring, Drums - Chris Clift
Album/release paling best & wajib beli/download:
INFEST — Slave LP (Off The Disk Records, 1988)
Lagu paling gempak:
“Which Side"
Trivia:
Walaupun lirik lagu-lagu Infest banyak bawak tema “straight edge” dan
boleh dengar pengaruh “youth crew” bands dalam muzik mereka, Infest tak
pernah anggap mereka band straight edge.
FAHMI REZA
HIS
HERO IS GONE ialah antara band hardcore paling influential pada zaman
‘90an. Muzik mereka menggabungkan elemen D-Beat & crust yang laju
& brutal dengan element sludge yang slow, heavy dan melodik,
melahirkan stail yang dilabel sebagai “dark crust” atau “epic crust".
Selepas His Hero Is Gone berpecah, 3 ahlinya meneruskan legasi crust
mereka dalam band baru bernama Tragedy.
Tahun aktif:
1995–1999
Asal:
Memphis, Tennessee, US
Stail muzik:
Crust, D-Beat
Influences:
Discharge, Gauze, Anti-Cimex, Neurosis
Original line-up (1995):
Vocals & guitars - Todd Burdette, Guitars - Pat Davis, Bass - Carl Auge, Drums - Paul Burdette
Album/release paling best & wajib beli/download:
HIS HERO IS GONE — Monuments To Thieves LP (Prank Records, 1997)
Lagu paling gempak:
“Chain of Command"
Trivia:
Ahli-ahli band His Hero Is Gone pernah tubuhkan satu side project band
yang berupa Discharge clone band. Aku dah lupa apa nama band tu, tapi
mereka hanya main beberapa local shows sebelum berpecah.
FAHMI REZA

GAUZE
adalah salah satu band Jepun paling influential bertaraf “cult”
seangkatan dengan punk bands Jepun macam The Stalin, Kuro, G.I.S.M,
Execute, Lip Cream, Confuse, Death Side dan Systematic Death. Ditubuhkan
pada tahun 1981, Gauze yang masih aktif sampai sekarang ialah band
Japanese hardcore yang paling lama bertahan. Matlamat penubuhan band ni
dari awal ialah untuk main muzik sepantas yang mereka boleh. Less
metallic guitar solos, more full speed thrash. Kebanyakan lagu-lagu
mereka panjangnya tak sampai satu minit.
Tahun aktif:
1981–present
Asal:
Tokyo, Japan
Stail muzik:
Japanese Hardcore
Influences:
Discharge, Chaos U.K, Disorder
Original line-up (1983):
Vocals - Fugu, Guitars - Momorin, Bass - Shin, Drums - Hiro
Album/release paling best & wajib beli/download:
GAUZE — Equalizing Distort LP (Selfish Records, 1986)
Lagu paling gempak:
“Crash The Pose"
Trivia:
Nama band ni sebenarnya disebut “gah-zei”, mengikut ejaannya dalam
tulisan Jepun (ガーゼ). Jadi next time kamu pergi record shop di Tokyo,
kamu tau apa nak sebut.
FAHMI REZA