Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Metallica. Show all posts
Showing posts with label Metallica. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Metallica: Hardwired (Official Music Video)



Not impressed.
 
Takut-takut keluar full album rupa-rupanya St Anger Pt 2 (dengan sound yang sedap sikit dari St Anger).

Monday, August 19, 2013

Soalan awesome untuk METALLICA

Soalan awesome untuk Metallica (kepada mereka yang sempat berinteraksi dengan depa nanti).

1. If Kirk Hammett dies or leave the band, would you have Dave Mustaine back into Metallica?

2. Similarly, if Rob dies or leave the band, would you have Jason Newsted back into Metallica?

Then you can add, if yes, you will have an awesome Metallica!!!

(dengan harapan anda tak kena flying kick oleh Kirk dan Rob di ketika itu)


p/s: Saya sekarang sedang berada di dalam kapalterbang menghala ke Newark Airport, USA. Ada kerja selama 10 hari di sana. Minta doakan keselamatan saya.

Friday, June 28, 2013

METALLICA Singapore II


Dalam benci pun ada sayang.

Beli ke tak ni? Hahaha... bagi saspen sikit.

Thursday, June 27, 2013

METALLICA Singapore

Setelah membuat perkiraan saya mengambil keputusan untuk tidak hadir ke konsert Metallica. Antara sebabnya Metallica ni banyak benda yang saya benci dari minat. Sekarang tengok muka James dengan Lars pun tak lalu ppfffttt. Lagipun since when I really care of Metallica after the black album? Load? Reload? Double pfffttt...Juga sebab album Lulu. Oleh itu saya tidak rela mengorbankan riban RM untuk tiket, flight dan stay.

Saya tahu ini adalah peluang 'experience' Metallica tetapi seperti yang dinyatakan rasa benci lebih dari sayang. 


Tapi perkiraan saya mungkin berubah apabila kos berubah, seperti contohnya Metallica datang menyembah main di Kuala Lumpur ;) 

Duit yang terselamat ini akan dikorbankan pula kepada perkara lebih bermanfaat seperti melengkapkan koleksi CD The Beatles, Pink Floyd dan Camel.

p/s: Pos berkaitan Antara IRON MAIDEN dan METALLICA 

Monday, October 24, 2011

LOU REED & METALLICA Lulu full album preview

Kepada mereka yang tak mengetahui, ketahuilah bahawa Metallica telah bergabung dengan Lou Reed untuk sebuah album.

Saya tidak mengetahui siapa itu Lou Reed walaupun sekali sekala pernah mendengar nama beliau. Saya rasa dia punya muzik ada lebih kurang macam Bob Dylan dan Johnny Cash (saya mungkin silap).

Anyway, mereka telah selesai rakaman album. Cuma menunggu masa untuk merilis album yang bertajuk Lulu pada 1 Nov ini. Untuk itu, mereka telah berbaik hati untuk memberikan prebiu keseluruhan album ini kepada kita untuk menilainya sebelum membeli.

Anda boleh pergi ke SINI untuk mendengarnya (cepat sebelum link padam).

Saya telah mendengarnya dan secara ringkas komen - pekeheinya Metallica buat album macam ni????

Tak kisah la walaupun Metallica tak mengaku ini adalah album rasmi Metallica tapi kan lebih baik menjuruskan tenaga kepada rilisan yang lebih bermanfaat?

Saturday, March 05, 2011

Flemming Rasmussen & Metallica

Phoenix New Times: "Master of Puppets" is widely regarded as one of the best heavy metal albums of all time. Did you know you were onto something special when you were working on it 25 years ago?

Flemming Rasmussen: Oh, yes. Right from the demos, we pretty much knew this was gonna be a killer album. I think we all felt that this was gonna be the best METALLICA album yet, as we had a bunch of really strong songs. Even the instrumentals were awesome. [SOURCE]

-------------
  • Flemming memang masuk list untuk rakaman album ...And Justice For All tapi beliau sibuk dengan projek lain masa tu. 
  • Flemming mengakui kehebatan produksi The Black album.
  • Tentang album Death Magnetic, beliau berkata "I think they should have called me. You know, if they want to do an album like that, why don't they just f**king call me?" (sumber - buku Enter Night)

Friday, March 04, 2011

METALLICA Enter Night: Jason Newsted Part 2


Kesinambungan dari kisah Jason Newsted yang lepas.

Hanya 5 minggu lepas kematian Cliff Burton, Metallica perlu ke Jepun bersama Jason Newsted. Masalahnya, mereka bertiga masih muda. Baru nak mengecap erti kehidupan. Kematian Cliff, belum habis sedihnya. Ditambah dengan abuse atas alkohol dan dadah, menambahkan lagi keperitan emosi. Dari luar nampak gahnya tetapi dalaman hancus.

Kesedihan, keperitan dan ketidakpercayaan terhadap kematian Cliff itu dibalas kepada Jason. Hanya beberapa hari selepas masuknya Jason secara rasmi, Lars mula berkata kepada pengurus Metallica untuk membuang Jason. Sudah tentu tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan, "Look... you have your bass player, get on with it!"

Jason pula mendapati sukar untuk beliau memasuki kelab 'elit' Metallica (Lars, James dan Kirk). Selalunya selepas show, mereka bertiga secara sengaja meninggalkan Jason terkontang-kanting di venue, tidak tau buat apa selepas itu.

Jason Newsted mula dikenali sebagai Jason Newkid.

Masalah utama Jason ialah beliau seorang peminat Metallica. Seorang yang menyanjungi Metallica. Walaupun dia seorang pemuzik tetapi secara realitinya beliau adalah seorang PEMINAT. Level beliau didalam Metallica tidak sama dengan yang lainnya, kerana beliau adalah peminat. Metallica tidak meminati Metallica, mereka berkuasa atas Metallica - sesuatu yang tidak pernah dikecapi oleh Jason hinggalah ke akhir hayat beliau di dalam Metallica. Sebab itu, beliau dilayan seperti seorang peminat oleh mereka bertiga. Jason hanya diperlukan apabila diperlukan contohnya dalam sesi foto dan show. Selepas dari itu, sebagai seorang peminat, beliau tidak diperlukan kerana peminat biasanya merimaskan band yang meningkat naik seperti Metallica ketika itu.

Sifat buli Metallica terhadap Jason berjangkit pula kepada crew. Crew Metallica sendiri melayan Jason seperti bukan ahli Metallica. Bilik Jason selalu dipunggah. Parti, huru hara dan kecoh semuanya dilakukan di dalam bilik hotel Jason. Tiga bulan pertama, Jason menghadapi masalah tidur yang teruk kerana biliknya selalu diterjah.

Apa reaksi Jason ketika mendapat layanan sebegitu. Sabar... kerana beliau merasakan dapat masuk Metallica pun dah syukur sangat!

Semasa rakaman ..And Justice For All, beliau disisih terus dari rakaman. Dalam satu temuramah selepas rakaman album tersebut, James bertanya kepada Lars apabila pemberita membuat komen tentang ketiadaan bunyi bass dalam album tersebut, "When do you think if a bass sounds too loud?", dengan gelak ketawa Lars menjawab, "When you can hear the bass!".

Hanya selepas rakaman Reload sahaja Jason baru terjumpa dengan keyakinan diri. Dalam 4 album yang mana Jason bersama Metallica, berapa lagu yang beliau memberi sumbangan? Antara 4-5 lagu saja dan semuanya lagu yang hampeh! Selepas Reload, Jason mula mengasingkan diri, yang akhirnya beliau keluar dengan rasmi sebelum rakaman St Anger.

Keluarnya Jason dari Metallica, agak mengejutkan juga impaknya. Metallica seperti digoncang badan untuk bangun. Wake Up! JASON DAH KELUAR! KORANG NAK BUAT APA SEKARANG?

James, Lars dan Kirk terdiam. Titik-titik penyesalan mula timbul tetapi cepat-cepat disembunyikan dari luar. Kami adalah Metallica wehhhh... mana boleh sedih-sedih ni. Menyesal? Kah kah kah... takde pasal.

Rakaman Some Kind Of Monster memburaikan segala-galanya, termasuklah hal Jason...

bersambung... (rasa malas dah nak sambung ni)

Friday, February 25, 2011

METALLICA Enter Night: Jason Newsted Part 1


Baca buku Enter Night masuk bab kemasukan Jason dalam Metallica.

Tour yang dirancang banyak dihadapan ketika Cliff meninggal dunia. European dan US tour boleh kensel tapi Japan, payah sikit sebab market besar. Management Q Prime suruh juga Lars dan James teruskan Japan tour tu, yang bermula lagi 5 minggu! Oleh sebab itu, mereka harus mencari pengganti Cliff sekarang juga.

Di Bay Area, seperti yang diperhatikan oleh Zazula (Megaforce), semua bassist dah mula praktis lagu Anesthesia (Pulling Teeth). Ramai juga yang terkenal masuk audition.

Jason memang peminat kental Metallica. Bersama Flotsam & Jetsam, mereka pasti akan memainkan lagu Whiplash sebagai lagu terakhir dengan Jason sebagai vokal. Pertama kali beliau menonton Metallica, beliau tercegat dan terpaku memandang Cliff. Jason memakai baju Metallica ketika itu.

Seperti Cliff, yang mencadangkan Jason kepada Metallica ialah Zazula juga. Zazula menelefon dan bertanya samada Jason mahu. Sudah tentu mahu! Berbekalkan duit pinjaman dari rakan-rakan, beliau terbang ke tempat audition Metallica. Di tempat audition, James bertanya lagu apa yang hendak dimainkan. Jason menjawab, apa-apa sahaja sebab semua lagu Metallica telah dihafal!

Selesai audition mereka mabuk-mabuk di bar (seperti biasa). Ketika James dan Lars di dalam tandas mereka bertanya sesama sendiri, "This is the guy, right?" Keluar dari tandas mereka terus bertanya kepada Jason, "Do you want the job?" Jason hampir pengsan.

Tetapi impian kecil Jason mula bertukar kepada mimpi ngeri beberapa hari selepas beliau diterima masuk ke dalam Metallica.

...bersambung

Thursday, February 24, 2011

METALLICA Enter Night: Cliff Burton


Baca buku Enter Night masuk bab kematian Cliff.

James, Lars dan Kirk semua trauma. Untuk hilangkan kesedihan mereka mabuk-mabuk. Kirk sampai lari keluar hotel tengah mabuk tu sambil jerit, "Cliff! Cliff! Where are you?"

Apapun, mengekor jejak langkah AC/DC yang kematian Bon Scott ketika nama dah naik di US dengan album Highway To Hell, mereka tak buang masa, ambil Brian Johnson dan beberapa bulan selepasnya merilis Back In Black yang lantas menjadi album paling laku dalam sejarah rock.

Anyway, apa ceritanya kalau Cliff masih hidup? Buku ini menjelaskan:

1. Walaupun Metallica adalah Lars dan James tetapi mereka masih memerlukan pengiktirafan dari Cliff. Dengan lain perkataan, Cliff memegang kata putus. Cliff, sifatnya ialah terbuka. Do what you want and don't bother for others. Berlawanan dengan prinsip industri muzik yang mementingkan sales.

2. Lars pula lebih jelas hala tujunya. Dia tau apa yang dia nak. Kalau dia kata dia nak jualan 5 juta unit album, maka dia akan plan menurut jalan itu. Jika perlu mengorbankan sesuatu, dia akan korbankan. Ini bercanggah dengan prinsip Cliff sedangkan Cliff ketika itu dianggap sebagai wiseman dalam Metallica.

3. Cliff dari segi muziknya, mempunyai background yang kuat. Beliau belajar teori muzik, boleh membaca note muzik dan mempunyai citarasa yang luas - diehard R.E.M., Lynyrd Skynyrd, ZZ Tops etc dan ini diterjemahkan ke dalam gaya permainan bass beliau yang langsung mempengaruhi lagu-lagu Metallica. Sedangkan Lars dan James begitu one-dimensional. Kita pun dah nampak - selepas Master Of Puppets (dan ..And Justice For All yang masih ada vibe Cliff), Metallica jatuh kepada one-dimensional - dari segi permainan muzik.

Interesting... (point 3 aku tambah sikit-sikit). Maksudnya, sukses Metallica hari ini mungkin tak jadi sukses andai Cliff masih hidup. Silap-silap terus jatuh.

p/s: Korang tau? Spekulasi kuat sebelum kematian Cliff, beliau dan James ada plan nak tendang Lars sebab Lars dilihat sebagai penghalang kepada perkembangan muzik Metallica... hahaha... (as written in the book - diakui sendiri oleh beberapa saksi antaranya Scott Ian, Malcolm Dome dan sebagainya).

Monday, February 21, 2011

Buku: METALLICA Enter Night oleh Mick Wall


Mick Wall, jurnalis rock feveret aku.

Baru separuh baca. Nanti selesai boleh rebiu. Ada siapa-siapa nak trade (lepas habis baca)? Aku nak baca Mustaine Memoir pulak.

Thursday, November 25, 2010

METALLICA Live in Adelaide 15th November 2010, Adelaide Entertainment Centre


Oleh: Lutfie

Setelah lebih 10 tahun aku mengidam untuk menonton hero (zaman kanak-kanak) aku, akhirnya pada tanggal 15 November 2010, impian tersebut tercapai. Berbekalkan tiket berharga $150 dolar(Gold reserve), aku dapat menonton Metallica di anjung duduk. Mula-mula aku rasa tempat aku agak jauh dari pentas, tapi sebenarnya taklah jauh sangat, tambahan lagi system bunyi yang cukup memuaskan hati untuk gig yang besar (kapasiti dlm 8000 orang) membuatkan aku rasa sangat puas hati dengan persembahan semua band.

Show pembukaan dirasmikan oleh Baroness. Sebuah band ‘Psychedelic Metal’-hanya menurut webzine yang terkenal, tapi aku tak berapa kisah, persembahan mereka amat menakjubkan bagi sebuah band opening. Agak berbaloi kalau aku bertanya pada diri sendiri tentang Baroness. Mereka band yang mantap dari semua segi. Walaupun aku tengok mereka ada dibayangi Mastodon, tapi aku lebih tertarik dengan Baroness. Aku hanya pernah dengar album terbaru mereka(yang Berjaya meyakinkan aku untuk menjadikan show Metallica lebih berbaloi) dan tak rasa nak dengar album-album yang lebih terdahulu. Baroness memulakan 

persembahan sekitar pukul 7.00 malam. Aku tidak pasti bila mereka patut mula, tapi aku masuk area lambat dan menyebabkan aku terlepas 2 lagu pertama mereka. Persembahan mereka berlanjutan sehingga 7.50 malam, agak pendek untuk satu-satu band tapi aku rasa puas. Biasanya, itulah tanda band yang ada material yang bagus dan berjaya mempersembahkannya dengan baik!

Band seterusnya adalah Lamb of God. Aku pernah minat mereka ni masa muda-muda kenal metal dulu. Tapi tak boleh dinafikan material mereka lepas satu-satu album, amat membosankan. Berat dan laju, tapi tak ada soul. Itu lah ciri-ciri tipikal ‘Pure American Metal’ yang dipersembahkan oleh Lamb of God. Setting stage untuk Lamb of God nampak lebih hebat dari Baroness yang hanya ‘menjajah’ satu bahagian stage je.Untuk pengetahuan pembaca, stage band-band yang main pada malam tersebut mengikut setting stage Metallica – ‘Centre Stage’ yang mana merupakan setting popular untuk  World Magnetic Tour ni. Lamb of God mengambil kesempatan menggunakan seluruh stage untuk persembahan mereka, dengan drum di penjuru pentas dan band members yang lain berterusan berkeliaran di atas stage semasa bermain.  System bunyi Lamb of God juga mantap dengan sedikit props di atas pentas (banner). Jelas sekali Lamb of God berjaya menarik minat budak-budak muda dalam persembahan mereka yang agresif dan bertenaga. Lepas setengah persembahan Lamb of God, aku keluar untuk ambil angin dan sedikit ‘refreshment’ untuk bersedia dengan persembahan Metallica.

Dalam masa setengah jam setting stage untuk Metallica, banyak persiapan yang dilakukan. Persiapan yang pada pendapat aku, hebat dan ‘appealing’. Untuk nama seperti Metallica, setting sedemikian bukan lagi suatu yang pelik tapi bagi aku; yang pertama-tama kali menyaksikan mereka di hadapan mata kepala sendiri, ianya bagai mimpi yang menjadi realiti! Ada juga krew-krew yang dihantar sehingga ke atas syiling dewan untuk memastikan penataan cahaya, bola-bola hitam yang akan dilepaskan di hujung persembahan, dipersiapkan sepenuhnya.

Selepas ‘soundtrack’ dewan ditutup, maka semua orang maklum bahawa Metallica akan mula beraksi. Intro lagu ‘That Was Just Your Life’ berkumandang dan aku yang duduk di atas anjung, memerhatikan pintu masuk band ke arah stage yang ditutup dengan kain hitam. Selang beberapa minit, kelihatan kelibat James Hetfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett dan Robert Trujillo diiringi beberapa krew masuk berlari-lari anak ke arah stage. Suasana ketika itu terlalu gelap dari apa yang aku masih ingat. Sebab aku tak nampak dengan jelas band yang cuba bersorak dengan crowd sekeliling. Setiap ahli band mengambil posisi masing-masing dan memulakan lagu ‘That was Just Your Life’. Permulaan lagu dari album terbaru Metallica adalah sesuatu yang aku jangka. Nama pun ‘World Magnetic Tour’, tapi personally, aku tak hadam lagi lagu-lagu dari album baru, kecuali beberapa yang ‘OK’ macam ‘The Day That Never Comes’ dan ‘The Unforgiven III’. Bila band mainkan lagu ni, tanggapan pertama aku adalah; tempo lagu memang jadi terlebih laju. Memang dah dijangka. Sekarang ni kalau tengok live show Metallica yang lain, memang jelas banyak lagu yang mereka main lari temponya dari album asal. Namun begitu, nampaknya tak ada kesilapan berlaku, yang mana aku perhatikan selalu terjadi pada Lars Ulrich (Drum) dalam mengendalikan lagu-lagu yang laju. Antara perkara lain yang aku terpesona paa masa tersebut, adalah lighting system yang terbaik. Aku masih ingat lagi penataan cahaya yang dating dari efek laser sangat mengagumkan. Sangat persis dan jelas formasinya, tetapi agak menenggelamkan band yang sedang bermain dalam kegelapan. Pada pendapat aku, bila terlalu gelap, aku agak hilang focus pada persembahan band yang ditenggelami efek lampu laser yang ‘overwhelming’.

Konsert Metallica sekarang sentiasa dijual dengan keberatan ke arah material-material lama mereka. Menurut setlist yang di-google, hanya ada beberapa lagu dari album ‘Death Magnetic’ dan selebihnya dari album-album ‘first four’. Sebenarnya, ada beberapa lagu yang aku berharap tinggi untuk dimainkan live oleh Metallica, contohnya ‘Creeping Death’,’Blackened’,’Dyers Eve’,’No Remorse’,’The Four Horsemen’, dan ‘Whiplash’ selain dari lagu-lagu wajib macam ‘Master of Puppets’ dan ‘Seek and Destroy’. Dengan setlist yang sangat tak dijangka malam tersebut, aku hanya ‘go with the flow’. Sepanjang persembahan tersebut tidak mengecewakan aku memandangkan lagu-lagu seperti ‘Nothing Else Matters’, ‘One’, ‘The Unforgiven’ dimainkan juga.

Antara perkara yang aku tertarik adalah setiap gerak-geri dan gimik Metallica semasa live show adalah sama dan konsisten dari satu konsert ke konsert yang lain. Segala impromptu dalam lagu-lagu jugak seakan-akan boleh dijangka. Mungkin aku ini dah terlebih menonton video live mereka, membuatkan aku terlalu peka dengan apa yang akan terjadi.

Tempat duduk aku(ya, tiket ‘Gold Reserve’ adalah tempat anjung duduk) adalah lokasi di mana system bunyi bagus dan memuaskan hati jika ingin dibandingkan dengan jarak visual. Dalam gambar mungkin tidak relatif dengan apa yang aku alami secara nyata, tapi pada pendapat aku, jarak visual bukan masalah pada malam itu. Boleh nampak jelas setiap ahli band, setiap gerak-geri Lars Ulrich semasa bermain drum, solo yang dilakukan oleh Kirk Hammett dan kumat-kamit mulut James Hetfield ketika menyanyi.

Persembahan Metallica pada keseluruhannya amat memuaskan. Sungguhpun pada mulanya suara James Hetfield kedengaran seperti sakit tekak (yang semestinya akibat tour yang dah berlangsung seminggu lebih awal di negeri-negeri lain; Brisbane dan Melbourne), beliau berjaya membawa show tersebut ke tahap yang bertenaga. Jika diperhatikan setiap individu dalam band ini, masing-masing sudah mencapai tahap umur yang lewat 40-an. Namun begitu, stamina masing-masing tidak kelihatan begitu luntur, Lars Ulrich kencang bermain drum secara laju sehingga lari dari tempo asal, Kirk maseh boleh bermain solo dengan penuh dan hebat Robert Trujillo jugak tidak ketinggalan dengan aksi extra-agresif beliau yang sudah menjadi ‘trademark’ baru dalam Metallica.

Secara keseluruhan, penantian selama hampir 10 tahun aku untuk menonton Metallica secara live amat memuaskan hati. Mungkin kini bukan lagi ‘Prime Time’ mereka, tapi sebagai sebuah band yang dikenali ramai sebagai antara pelopor ‘Thrash Metal’, mereka telah berjaya membawa apa yang mereka pernah berjaya cipta suatu masa dulu ke masa kini. Untuk aku juga, tiket bernilai $150 dolar merupakan antara pengalaman yang terbaik menonton sebuah band yang aku gilai tidak lama dahulu!


Setlist:
That Was Just Your Life
The End Of The Line
For Whom The Bell Tolls
Fuel
Fade To Black
Broken, Beat And Scarred
Wherever I May Roam
Sad But True
The Unforgiven
All Nightmare Long
One
Master Of Puppets
Fight Fire With Fire
Nothing Else Matters
Enter Sandman

Encore:
Am I Evil? (Diamond Head cover)
Hit The Lights
Seek & Destroy

 
 
 
 
 
 
 


 

Friday, December 26, 2008

Kerrang Legends issue: METALLICA

Selepas IRON MAIDEN, nampaknya METALLICA pulak jadi flavour of the month. Mana-mana je toleh, pasti nampak METALLICA. Especially majalah. METALLICA, METALLICA, METALLICA...

Majalah Kerrang! pun ambil kesempatan dengan publisiti tersebut, rilis sebuah isu khas untuk METALLICA. Kerrang! Legends bersama METALLICA.

Dalam isu khas ni, Kerrang! kupas dengan detail sejarah METALLICA sejak dari awal penubuhan sehingga berita mutakhir. Mungkin semuanya bukan original. Dan kalau die-hard, pastinya sudah tau kebanyakan cerita dalam kelambu METALLICA ni. Tapi bagi peminat amatur, pastinya ianya pembuka mata.

Evolusi METALLICA dari sebuah band garage menjadi band terbesar dunia pastinya satu keajaiban. Mereka bukan band tangkap muat seperti kebanyakan band yang dok ada sekarang ni. Mereka juga bukan band yang dicipta oleh produser dan syarikat rakaman. Mereka truely, ordinary guys... playing music. Alih-alih nasib menyebelahi mereka dan mereka jadi besar macam sekarang ni.

Of course, bukan nasib je. Usaha mereka pun dasat tu. Nak ikutkan Lars Ulrich tu senang-senang boleh ikut jejak langkah bapak dia jadi pemain tenis tersohor Denmark. Dan Hetfield errr... boleh jadi redneck koboi... Mustaine pula boleh stay jadi drug dealer sepenuh masa.

Pada aku, mereka begitu determined. Terutamanya dua teraju utamanya, Ulrich dan Hetfield.

First time METALLICA appear di Donington (Monster of Rock) di hadapan 80,000 penonton pada tahun 1985, diorang kena baling dengan botol dan sampah sarap dari crowd. Apa nak kata, headliner pun ZZ Top dan Bon Jovi. Muzik METALLICA masa tu kira alien. Nak pulak Hetfield jerit kat crowd, "If you came here to see spandex and f**kin' eye liner... this ain't the fuckin band!" Apa lagi... makin marah le crowd hehehe...

Sekarang amacam? Donington tu senang-senang je boleh kasi penuh dengan satu band je. METALLICA.

Of course kematian Cliff Burton adalah tragis. Boleh kata semuanya sepakat bahawa bangkitnya METALLICA sebagai fenomena kerana karisma beliau. Imej rebel dan don't care tu boleh kata banyak inspired dari beliau. Zaman tu, beliau pakai jaket jeans dan seluar bell bottom, sesuatu yang paling tak trendy masa tu. Nak ikut imej, memang tak sesuai. Tapi apa nak kata, beliau tak peduli apa orang kata.

Bayangkan album Load/Reload kalau Burton masih ada? Adakah beliau akan pakai ala mafia seperti bandmates yang lain?

Anyway, kemasukan Jason Newsted seolah-olah untuk meneruskan perjalanan METALLICA je. Tak lebih dari itu. Beliau masih jadi orang asing selepas beliau keluar dari METALLICA, 15 tahun kemudiannya. Album ...And Justice For All pun tak kedengaran langsung bassline Newsted.

Tapi lepas masuknya Newsted, nampak gaya memang METALLICA dah mula menjadi band paling besar di dunia. Main di arena. Dan masing-masing dok sebut nama METALLICA.

Namun pencapaian (jualan) album terbesar METALLICA sudah tentunya Black album. Terima kasih kepada produser Bob Rock. Of course, perubahan perlu dilakukan untuk dapat status macam tu seperti, Hetfield kena mula 'menyanyi' dan lagu-lagu yang lebih ear-friendly terpaksa dirakamkan.

Sell out? Mungkin ya, mungkin tidak. Terpulang kepada masing-masing nak buat kesimpulan.

Link luar yang paling kuat dan kontroversi, sudah tentunya dari Dave Mustaine (MEGADETH). Gitaris yang ditendang keluar kerana menumbuk Hetfield. Mustaine seolah-olah tidak dapat menerima keputusan dia dikeluarkan dan mana-mana bicara bila timbul pasal METALLICA, Mustaine dengan senang hati kasi sedas dua kat METALLICA.

Kalau 2-3 tahun mungkin la logik jugak. Ni sampai sekarang dok ada komentari begitu.

Jawab Mustaine mudah sekali, "Apsal korang tanya soalan tentang METALLICA? Aku jawab dengan honest la, kalau takde tanya, aku pun tak komen". Hehehe....


Experimental METALLICA, mula mendapat tentangan dari peminat setia mereka apabila rilisnya album Load dan Reload. Kalau setakat muzik aje boleh maaf lagi, tapi imej pun dah jadi macam band acapella, apa cerita?

Masuk album St Anger, baru la depa sedar balik. Ironinya, St Anger tu patut jadi album ganas balik tapi nampak tak menjadi. Bak kata Bob Rock, dia sendiri pun tak boleh buat apa, sebab apa yang METALLICA ada masa tu pun bukan worthy for release.

Tambah pula Ulrich dok nak saman semua yang download album METALLICA secara illegal melalui napster. Ia melonjakkan satu lagi status METALLICA selain the biggest band in the planet iaitu the most hated band in the planet.

Apapun, status mereka dari pemuzik garage kepada jutawan yang bermain muzik banyak menukar gaya hidup mereka dan apa persepsi mereka terhadap METALLICA sendiri. Ini terbukti dari mulut dan pe'el mereka sendiri seperti yang dinatijahkan dalam video Some Kind Of A Monster. Nak rakam album kena ada kaunselor yang dibayar US$40,000 sebulan? Huhuhu...

Memang sejarah METALLICA itu penuh dengan warna-warni. Tak tau warna apa selepas ini bila rilisnya album terbaru Death Magnetic dan masuknya bassist supremo, Rob Trujillo. Even bagi yang skeptik, masih boleh setuju yang dua perkara itu telah mengubah kembali METALLICA kepada landasan yang sepatutnya (terpulang kepada interpretasi masing-masing). But things look good...

Tuesday, October 07, 2008

METALLICA Death Magnetic CD MALAYSIAN pressed

Siap ada print Malaysian Edition tu...

simple banget!

Inlay yang sekeping je. Fold buka 4 m/s. Lirik yilek! Memang murahan gila sesuai dengan harga RM29.90 RRP.

Sesuai la untuk mereka yang membajet tetap berkeinginan nak beli juga Metallica yang ori. Kalau ada duit lebih beli yang proper sikit (gua suspek yang dijual di pasaran Malaysia, yang proper tu, adalah import berdasarkan harganya yang dekat RM60). Otherwise boleh beli yang lebih special iaitu versi digipak (seperti yang diulas DI SINI).

Nak special lagi? Beli KERANDA punya la harga mau RM600...

Sunday, September 14, 2008

METALLICA Death Magnetic CD digipak

Tanpa ragu-ragu lagi, Metallica adalah Metal biggest band. Not Iron Maiden, not Megadeth... no no...

Oh, Trivium IS DEFINITELY not Metal biggest band. Thank you.

Kepada mat Metal, sekali dua pasti pernah disentuh oleh Metallica, at least one of the albums. Baik yang mengharap, skeptik mahupun pembenci tersohor, mereka tak habis-habis berspekulasi dengan album terbaru ini. Yang membenci, tidak dapat melawan, keinginan senyap-senyap berita tentang rilisan ini tetap diikuti dari blabbermouth.net. Di mana-mana forum, pelbagai bahasa malah pelbagai genre, pastinya ada satu thread khas yang membicarakan tentang rilisan ini. Dan pastinya thread itu menjadi antara topik paling hangat di mana-mana forum. Yang defensive, yang constructive, yang offensive; cakap saja apa jenis perbincangan, pastinya berkerumun, berebut-rebut memberi pendapat tentang rilisan ini.

Rilisan ini - DEATH MAGNETIC.

Aku juga tak terkecuali. Pada hari pertama Metallica menghebahkan tentang rakaman album ini, aku telah menjejak setiap berita terkini tentangnya. Namun begitu aku tak ambil peduli pun tentang beberapa album sebelumnya, St. Anger. Mungkin apabila Metallica sendiri berikrar untuk rectify problem yang timbul semasa St. Anger; antara lain menjustifikasi album tersebut dengan hubungan sesama band yang renggang, aku agak excited. Nak-nak lagi, produser Rick Rubin menggantikan produser lama, Bob Rock.

Nah, sekarang CDnya di depan mata. Lagunya di dalam telinga. What is the verdict?

Definitely Death Magnetic > St Anger (simbol ">" bermaksud lebih bagus dari). Problem besar St Anger, antara lainnya produksi sound yang ntah apa-apa telah diperbetulkan 10 kali lebih baik dalam album ini. Solo Kirk Hammett juga kembali. Dan lagu-lagunya, lebih mirip Metallica di zaman mudanya.

Kepada yang mengharap, good news. They are back on track. Walaupun tetap ada cebisan Load/Reload dan sedikit snare drum St Anger, tetapi ke'agresif'an mereka kembali; at least lebih banyak cebisan di zaman ...And Justice For All (AJFA) dan The Black album. Produksi sound yang updated (oh, aku sungguh teruja dengan sound gitar yang raw dan serak itu! Bunyi 'twang' kedengaran pabila tali halus diseret). Trujillo banyak memberi manfaat apabila bass dikehadapankan, beliau memberikan line bass yang agak berbisa (maknanya tak rugi menggantikan beliau dengan Newsted).

Untuk yang sceptical dan offensive, well, kamu boleh katakan apa sahaja, but Metallica is really back on track! To expect Metallica kembali dengan album seperti Master of Puppets atau Kill 'Em All adalah seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ianya tak akan terjadi. Selagi itu yang kamu impikan, maka teruskan impian tersebut kerana ia tak akan berlaku. Mungkin yang patut dikritik ialah, apsal lagu-lagunya semua panjang sangat yang juga merupakan komplen utama aku.

Kesimpulannya, Metallica telah kembali di atas landasannya. Ianya bukan album terbaik mereka tetapi sekurang-kurangnya aku boleh melupakan Load/Reload/St Anger seolah-olah itu album Metallica yang tak pernah terjadi. Dari Black Album terus lompat kepada Death Magnetic.

1. "That Was Just Your Life" 7:08 - Lagu permulaan yang baik. A riff fest! Lagu ini pastinya, yang mengharap dan yang skeptikal akan setuju; lagu ini Metallica at it's highest form. Thrashy, raw and attacking sepertimana mould Metallica yang asalnya. Definitely the highlight of the album. Hetfield rules! 10/10

2. "The End of the Line" 7:52 - Ada rupa lagu-lagu dalam AJFA. Kombinasi lagu AJFA dan Harvester Of Sorrow rasanya. Main riffnya, yang melodi walaupun ada cebisan Load/Reload tetapi it was well-mingled with the rest menjadikan lagunya agak interesting. 8/10

3. "Broken, Beat & Scarred" 6:25 - Pattern lagu ni ada iras-iras seperti lagu sebelumnya. Keagresifan medium denagn main riffsnya agak Load/Reload (country) tetapi cepat-cepat dicelahi dengan riffs yang lebih 'Metallica'. Line bass Trujillo, walaupun agak di belakang tetapi apabila kedengaran memberikan kekuatan kepada lagu ini. 8/10

4. "The Day That Never Comes" 7:56 - Sebagai meneruskan tradisi yang tidak meninggalkan lagu ala-balada, kita disajikan dengan lagu ini. Feel lagu ini seperti lagu One dan Fade To Black. Lagu yang menarik dan meremangkan bulu roma apabila gitar pluckingnya enter frame diikuti dengan melodi vokal Hetfield. Seperti kedua lagu tersebut, gradually ia menjadi heavy at the middle dan berterusan hingga akhirnya. Juga, gitar solo Hammett yang agak 'repetitive' dalam album ini lebih agak menyerlah dalam lagu ini. 10/10

5. "All Nightmare Long" 7:57 - Lagu tak memberansangkan pada mulanya tetapi main melody/chorusnya best. Kalau diubah riffs yang lainnya, pasti lagu ini lebih mencengkam. 5/10

Lagu filler? Mungkin lagu-lagu yang panjang mengeringkan idea Lars/Hetfield. 5/10

6. "Cyanide" 6:39 - Agak berbelah bahagi tentang lagu ini. Antara best atau tak best pada aku. Mungkin pace lagunya yang agak sederhana sedangkan riffs dan attacknya dah menarik. 6/10

7. "The Unforgiven III" 7:46 - hmmm... tajuk lagu tak menarik. Aku rasa cukuplah ada satu lagu ala-balada dalam album ini, iaitu lagu The Day That Never Come. Tapi perasaanku merasakan lagu ini boleh tahan. Membawa tradisi lagu original The Unforgiven dari The Black Album tetapi tetap kalah dengan lagu asalnya. Verdict? Probably more of a filler. 6/10

8. "The Judas Kiss" 8:00 - Apsal nak panjang sangat ah? Lagu panjang ni masalahnya nak bagi tumpuan lepas tu nak memastikan semua riffs yang ada kena best belaka. Walaupun ada lagu-lagu yang kena dengan durasinya tapi kali ni kalah. Riffs yang tak cukup interesting untuk diberi tumpuan. 6/10

9. "Suicide & Redemption" 9:57 - Lagu paling panjang. Aduh. Instrumental. Mungkin pada asalnya ia mahu mengambil spirit lagu Orion ataupun To Live Is To Die tapi susah tu. Instrumental dan interesting. They proved it before tapi tak bermakna they can prove it evertime. Mungkin lagu ni mengambil masa untuk dihadam atau mungkin saja lagu ini semata-mata lagu filler atau usaha yang tak menjadi. 5/10

10. "My Apocalypse" 5:01 - Setuju dengan somebody out there yang kata ini lagu ambil berkat lagu Dyer's Eve. Antara lagu paling agresif dalam album ini. Durasi lagu juga yang terpendek dan aku rasa durasi macam ni paling sesuai untuk lagu Metallica. Kalau terlampau panjang, orang cepat hilang tumpuan. 10/10

On final note, versi yang ada padaku ialah digipak (limited edisi)- US pressed. Di Australia, selain dari versi standard, ada versi ini juga. Harganya AUS$27 (standard AUS$17). Komen aku, yang berbeza cuma packaging. Takde extra tracks ataupun video tracks. Rasa macam rugi. Lagipun kalau tengok balik pada booklet tu, 'potongan' keranda tu memotong lirik. Seolah-olah memang sengaja memotong layout lirik. Patutnya lirik tu di print ikut sempadan potongan la! Better beli standard version aku rasa. Takpe, aku rela jadi scapegoat dengan beli limited edisi ni.

p/s: Abang Mus (Megadeth) sudah pasti kena kerja keras untuk album akan datang dengan kembalinya Metallica into form ini ;)

Sunday, August 24, 2008

METALLICA - The Day That Never Comes (Single) (2008)

Dah dengar? Apa pendapat korang?

Pada aku, not bad. At least this track dari segi produksi better than St. Anger.

Lagunya pun not bad, in the vein of Black album. Mungkin part progresif tu ada fuse dengan zaman ...And Justice For All. Sikit. Otherwise banyaknya datang dari zaman Load dan Reload. Zaman first three albums tu takde la. So siapa-siapa expect fuse dari KEA/RTL/MOP punya albums, mungkin rasa kecewa.

Apapun, not bad a track for a single. Lagu Cianide yang ada orang posting kat youtube tu aku tak nak komen sebab low quality sangat rekoding tu. Tak boleh nak detail dengar.

What to expect with the new album? I'll reserve that comments until the actual release.

emmm... kalau rilis single ni kat sini, aku beli.

Sunday, June 15, 2008

METALLICA: New Album Title Revealed!

Anak yang bongsu, semoga Allah memberkati dia, meragam disebabkan tak sihat badan. Tidak mahu diletak, sentiasa mahu didakap. Pengalaman kami, dia la yang paling manja.

Cuaca hari ni lebih baik dari semalam. Matahari gah menyinarkan sinarnya. Boleh la pakaian yang disidai kering. Untuk keluarga besar macam kami, we do laundry everyday, out from a 7kg front loader washer machine. Kalau tak kering hari ni, esok dah kena tambah load baru. Bertambah day by day. Sinar mentari adalah rahmat bagi kami.

Sebut pasal LOAD, ada maksud lain berkaitan dengan LOAD. Album METALLICA yang aku gelarkan sebagai country Metal. Itulah LOAD dan kembarnya RELOAD. Ramai yang keciwa dengan album-album ini. Malah lebih ramai yang keciwa apabila rilisnya album St. Anger. Pendapat aku? Aku tak ambil peduli. Ketika itu, banyak lagi band dan album yang boleh aku beri perhatian. Metallica? I don't care.

Tetapi minatku kembali setelah menonton DVD mereka, Some Kind Of Monster. Then aku sedar, mereka juga manusia biasa. Yang terkesan dengan populariti, ego dan punya perasaan. I realize then, when you are at the top, the pressure is overwhelming. To prove. Apatah lagi the last few albums, mereka telah dikritik hebat.

Bacaanku dalam Classic Rock, yang menyelitkan temuramah Mick Wall bersama Lars Ulrich, ketika pembikinan album "The Black Album" bersama produser mega, Bob Rock juga menunjukkan konflik dalaman Lars, yang ketika itu sudah mula dihujani dengan dollar dan populariti disanjung manusia. Mick menulis; "Lars sudah berubah. Dulu apabila datang ke tempatku, dia akan singgah ke apartmenku. Sekarang dia datang (ke UK) untuk membeli lukisan-lukisan mahal untuk disimpan menjadi koleksi." Obviously, tambah Mick, Lars sekarang (Februari 1991) bukanlah Lars yang dikenali sebelumnya.

Now, a new album is in the making. Dan pagi tadi, melayari internet; kebetulan RSS feed di blog Krenmaut ada berita terbaru blabbermouth.net,dan beritanya Metallica telah announce tajuk album mereka yang terbaru.

Death Magnetic.
(cover album? tak pasti... Nampak menarik)



Hmmm... agak catchy. Macam album seminal mereka Kill 'Em All dan Master Of Puppets. Catchy juga seperti tajuk St. Anger. Persoalannya bukan tajuk yang catchy (walaupun ia membantu), tetapi yang lebih penting, contentnya.

Kepada mereka yang telah mengekori berita tentang album terbaru Metallica, pasti ingat yang mereka telah membuat sesi pradengar kepada wakil media rock/Metal antarabangsa; beberapa lagu yang belum diproses. Wakil-wakil media telah membuat ulasan. Majoritinya kata ianya lebih baik dari St Anger, tetapi unfortunately, nothing too exciting. Aku dah membacanya. Curiosity sekarang bertukar menjadi prejudice apabila management Metallica sekarang mengarahkan supaya semua ulasan tersebut ditarik balik dari disiarkan di internet dan media cetak.

I am sure, di mana-mana, perkhabaran album baru Metallica yang dijadualkan akan dirilis pada September ini, menjadi sebutan mat-mat Metal kental. XPDC pun boleh jadi, ternanti-nanti. Forum Metal tempatan, Metal to Metals juga hangat membicarakannya (walaupun banyak tersasar kepada isu-isu yang remeh).

Aku excited juga. Pada aku, Metallica bukan sekadar band yang seminal tetapi manusia di belakangnya, mewarnai apa yang dihasilkan. Buat masa ini ada isu yang lebih penting, yang memerlukan 100% perhatianku. Diapers anakku telah habis, kaput! Kena bersiap sekarang untuk membelinya!

Friday, January 18, 2008

Antara IRON MAIDEN dan METALLICA

Jangan terkejut dengan tajuk entry hari ni. Aku bukan nak compare dua Metal giants ni in terms of stail music ataupun berapa banyak dua-dua band ni jual album. Bukan juga aku nak compare peminat band mana lagi dedicated ataupun banyak mana merchandise mereka yang terjual. Tetapi aku terkedu dengan perkataan seorang sahabat, "Apasal lu minat IRON MAIDEN, sama je bunyi setiap album?" (lebih kurang).

Jadi, pada pendapat sahabat aku ni, album IRON MAIDEN bunyinya sama. Aku tak nak le selidik sejauh mana dia follow IRON MAIDEN ni tetapi aku ambil komen dia sebagai pendengar IRON MAIDEN kontemporari, yang menyangka lagu IRON MAIDEN yang hits sepanjang zaman ialah Fear of the Dark (hehehe...). Errr... tapi lagu tu memang best pun!

Anyway, IRON MAIDEN bukan hanya satu band yang dikatakan band yang bunyinya sama. AC/DC, JUDAS PRIEST, KISS, BOLT THROWER dan beberapa band gergasi lain juga boleh diletakkan di dalam kategori yang sama.

OK, bagaimana pula dengan band yang berbeza-beza stail setiap albumnya? Yang cepat terlintas dalam kepala aku, METALLICA. Dari album Kill Em All hinggalah St Anger, memang stail berbeza-beza. Maksud aku berbeza-beza bukanlah ekstrim melampau dari Metal terus tukar jadi hip hop. Tapi, korang faham kan? Dan METALLICA bukanlah hanya satu band dalam kategori ini. CARCASS, SLAYER dan beberapa band lain pun boleh diletakkan dalam kategori yang sama.

Eh... apa aku punya point eh?

Point aku ialah pada aku band seperti IRON MAIDEN sudah ada formula tertentu. Formula itu yang mana peminatnya akui, itulah IRON MAIDEN dan dengan sebab formula itu, peminatnya setia bersama mereka. Dan IRON MAIDEN tau, they do it best with that formula. Jadi kenapa perlu tukar?

Pada pendapat aku, kalau peminat IRON MAIDEN maukan kelainan dari segi 'bunyi' muzik, mereka bebas untuk mendengar band lain. Bayangkan kalau IRON MAIDEN tukar stail each albums, kalau peminatnya nak dengar IRON MAIDEN, dengar album yang satu tu je la. Album yang ada formula IRON MAIDEN tu.

Namun dalam album-album IRON MAIDEN pun bukanlah semuanya berbunyi sama. Ada variety. Tetapi masih berada dalam linkungan yang sama. Contoh, orang kata album paling punkish ialah album pertama dan kedua. Album paling sedih ialah album The X Factor. Malah ada juga album paling hambar seperti album Virtual XI.

Ada beza, acuan dan bunga sikit ada beza. Tapi semua orang tahu ianya IRON MAIDEN.

Bab METALLICA pulak... errr... lain kali punya entry hahaha... Senang cerita majoriti mintak nak album macam Master Of Puppets dan yang sebelumnya.

So boleh nampak perbezaannya?

Tuesday, September 05, 2006

METALLICA Some Kind Of Monster DVD


Apakah yang membuatkan seseorang itu, atau dalam kes ini, satu band ini menjadi raksasa? Adakah jualan keseluruhan album yang mencecah 85 juta unit seluruh dunia, ataupun ego yang melebihi segala ego yang ada? Kedua-duanya adalah jawaban yang betul dan ianya terjawab dengan DVD ini.

METALLICA, satu nama yang sudah memasuki semua lingkup ruang yang ada. Tiada tempat yang bebas dari nama ini. Baik yang tua maupun yang muda. Baik yang peminat setia, pembenci setia ataupun yang menyalah labelkan mereka sebagai pengasas muzik Black Metal. Semua kenal akan nama ini.

Persoalannya, sejauh manakah perkenalan itu?

DVD ini seolah-olah merangkap segala persoalan tentang band rock terbesar di dunia ini. Hubungan persahabatan bermula sejak album Kill Em All dengan persembahan kecil di pub-pub hinggalah melewati arena yang terbesar di dunia, etika sebagai satu band rock n roll, harapan golongan korporat untuk album batu yang bakal terjual sejumlah jutaan unit, krisis dalaman yang menghantui individu berkenaan dan, pelbagai lagi jenis persoalan (perkenalan); hampir terjawab dengan DVD ini.

Ini adalah dokumentari yang berkisar tentang pembikinan album St Anger yang samada percaya atau tidak mengambil masa hampir dua tahun untuk siap. Begitulah juga proses rakaman dokumentari ini mengambil masa yang sama. Dari permulaan studio yang dipilih di bangunan tentera, kemudian berpindah ke lokasi lain akibat vibe yang tidak selari dengan nafas Metallica, kita dibawa bersama untuk menikmati, hari-hari yang berlalu bersama mereka.


Produser dan orang tengah (seorang pakar motivasi, yang dilantik oleh label) menjadi ‘integral part’ di dalam Metallica. Walaupun ianya sebagai pelakon tambahan tetapi kemunculan mereka begitu penting sekali demi untuk siapnya album St Anger. Produser, Bob Rock juga meletakkan line bassnya dalam album ini sementara ‘pakar motivasi’ bertindak sebagai penyejuk bicara, juru runding dan tukang pujuk jika berlakunya perbalahan antara Lars dan Hetfield.

Hubungan persahabatan kadang-kadang boleh menjadi begitu ‘superficial’ seolah-seolah mereka tidak kenal-mengenal sesame sendiri walaupun berada di dalam sebuah band yang sama melebih 20 tahun akibat dari satu fitrah manusia, iaitu ego. Ego ini hampir memusnahkan band ini dan bagaimana ianya boleh menyebabkan kerosakan yang sebegitu besar, dapat dianalisis melalui DVD ini.

Manakan tidak, apabila menawarkan jawatan bassist sebagai pengganti Jason Newsted kepada Robert Trujillo, mereka meletakkan harga US$1 juta dengan selamba. Jika wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi kepada mereka, bolehlah kita agak-agak ego mereka sebesar mana.

Namun di sebalik itu, masih kelihatan semangat yang mendalam dalam diri mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada label yang mereka telah letakkan janji dan juga kepada peminat yang setia menunggu. Album St Anger, yang penuh dengan suka duka, termasuklah kehilangan hampir setahun Hetfield di dalam pusat pemulihan akhirnya terjual juga. Bolehlah dikatakan bahawa intipati album St Anger ini adalah kronologi kepada dua tahun pembikinannya dengan bayangan lebih dari 20 tahun evolusi band ini.

Konflik, suka duka, ego dan satu pencapaian adalah antara elemen yang boleh disimpulkan dalam DVD ini yang merungkai apa itu sebenarnya METALLICA!