Tadi baru lepas kuliah 1 jam Analysis of Determinate Structures.
Disebabkan kuliah ni start awal dari UK, maka tak perlu kelam kabut nak
habiskan silibus. Di UK, semester 12 minggu, di Malaysia 14 minggu. Kami
ada 2 minggu lebih di sini.
Saya pilih 1 jam ini untuk bagi
motivasi (kuliah falsafah tak rasmi). Saya mulakan dengan soalan, kenapa
korang semua datang belajar dalam universiti ni? Kalau tak boleh jawab,
cuba bagitau kenapa belajar dalam Civil Engineering? Kalau tak boleh
jawab juga, kenapa korang belajar subjek Analysis of Determinate
Structures ni?
Last2 sorang jawab nak dapatkan A.
Saya
kata, betul. In fact, setiap individu ada jawapan dan motif masing2.
Mungkin ada yang masuk sebab dah termasuk (accident) atau sebab mak
bapak suruh. Saya tak menghakimi motif anda.
Tapi apa kata kalau
kita analisa dan bincangkan sebab ini pula... "Saya datang kuliah subjek
ini sebabkan saya mahukan ilmu yang ada di dalam kuliah ini."
Sebabnya, motif akan mencorakkan perjalanan.
Saya bezakan dapat A sebagai materialistik dan ilmu sebagai holistik.
Apabila kita nak dapatkan A, kita akan gunakan apa saja untuk
mendapatkannya. Betul atau tidak, bukan masalah. Tiru exam, tiru report,
tiru kuiz etc.
Tapi nak dapatkan ilmu, takde cara lain. Korang
kena datang kelas, belajar dan mengajar (peer review). Kalau tipu, ilmu
dah tentu anda tak dapat, tapi A pun belum tentu. Kalau belajar sebab
nak dapatkan ilmu dengan betul, ilmu DAH TENTU dapat, A walaupun belum
tentu, tapi korang akan sangat puashati dengan ilmu yang dapat tu.
Kita perlu ada motivasi yang betul untuk setiap perkara. Kita perlu
perbetulkan diri kita dulu, sebelum kita boleh kata kat orang lain.
Saya ambil contoh perjalanan hidup Prof John Nash (US) dan Prof Alan
Turing (UK). Perjalanan mereka dalam menggali ilmu untuk KESEJAHTERAAN
manusia dan tamadun sangat sukar sampai Prof Nash jadi gila dan Prof
Turing bunuh diri. Tapi sekarang dah jadi filem dah kisah diorang tu
siap menang awards lagi (A Beautiful Life (2008) dan The Imitation Game
(2014)).
Saya ambil contoh sorang kawan di USA yang apabila
describe kehidupan dia sebagai Prof biasa di USA, rumah mampu ada,
kereta mampu ada tapi cash tak banyak sangat dan itu bukan jadi masalah
bagi dia. Masalah bagi dia ialah, APABILA AKU MATI NANTI APAKAH LEGASI
YANG AKAN AKU TINGGALKAN pada manusia hasil dari kerja beliau sebagai
seorang pensyarah. Dan dia ni unknown Prof... sape pun tak kenal. Kalau
tak sebab keje luar kat US, saya tak akan kenal pun siapa dia ni.
Tapi motif dia SAMA dengan Prof John Nash dan Prof Alan Turing. EXACTLY the same.
Itulah bezanya motif kita di Malaysia dibandingkan dengan motif mereka
ini. Dan ini jugalah gauge ketamadunan kita. Materialistik dan holistik.
CHANGE perlu berlaku sekarang. Pada korang semua. Pada korang yang 22
orang students dalam kelas ni. Saya tak perlu risau dengan sesiapa pun
luar dari kuliah ini kerana jika SEMUA 22 STUDENTS dalam kelas ini dapat
jadi agent of change, itu sudah cukup sempurna bagi saya.
Penghujungnya saya katakan bahawa motif yang saya bawa ini, adalah motif
kolektif sebahagian pensyarah2 di Malaysia ini. Kami mempunyai motif
yang sama, iaitu mengubah (change) atas kapasiti kami di dalam kelas
dengan harapan graduan-graduan yang keluar dari setiap IPT di Malaysia,
masing-masing akan menjadi agent of change.
Apabila ini berlaku,
kita tak perlu tuding2 jari dah. Kita akan bergerak secara kolektif
untuk mengasaskan masyarakat dan negara yang lebih baik dari sebelumnya.
We will be a better society and nation!
TO THE FUTURE!
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts
Tuesday, November 10, 2015
Thursday, October 29, 2015
Don’t hire foreigners to prepare food, eateries told
Dari http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/10/21/Dont-hire-foreigners-to-prepare-food-eateries-told/
Saya rasa bukan masalah gaji kecil tapi masalah persepsi yang menyebabkan rakyat Malaysia tak mau keje ni, dan keje2 lain yang berkaitan. Kaitannya apa? Kaitannya ialah pekerja asing.
Disebabkan kita dah saban hari menghina pekerja asing, maka bekerja dengan mereka sepanjang hari dilihat seolah2 bersama mereka yang hina. Siapakah yang dihina tu? Orang Bangla, Indonesia, Myanmar, Nepal, Pakistan etc. Walaupun dengan OT boleh cecah RM5K sebulan (seperti laporan akhbar dulu), jangan harap le.
Salah sendiri tapi marah kat mereka, dia, kamu dan lain2 kecuali diri sendiri.
Thursday, July 30, 2015
Dilema beli kereta baru
Masa beli Grand Livina pada tahun 2010 dulu; dah test drive Proton
Exora, Chery Eastar, Perodua Alza, Toyota Innova dan Avanza. Atas dasar
optimization, saya mulanya booking Avanza, bayar RM2k.
Lepas booking, terasa nak test drive Grand Livina (GL) pula. Sebabnya tak test drive sebelum ini sebab saya rasa harganya agak mahal dibanding dengan yang lain sedangkan saiznya kecil.
Ketika test drive mpv yang lain, hati tidaklah terpikat. Masih ada ruang ragu2 dalam hati. Keputusan beli Avanza semata2 keperluan dan optimization. Kepuasan memandu, tolak tepi dulu.
Apabila test drive GL, pada tekanan pedal pertama saya baru sedar bahawa inilah mpv yang patut saya beli. Tiada ragu2. Dan perbezaan harga antara Avanza dan GL telah dijustifikasikan pada ketika itu juga.
Pada hari yang sama saya booking Avanza, hari yang sama saya jatuh cinta dengan GL. Keesokan harinya saya kensel booking Avanza dan beralih kepada GL. And the rest is history. GL pun dah lunyai sekarang diguna sehabis mungkin. Umur 5 tahun odometer dah lepas 200k km perjalanan. Kepuasan penuh.
Moralnya: Apabila termenung tadi, maka dapat disimpulkan, ada sesetengah orang (seperti saya) yang tergolong kepada golongan "kepuasan memandu". Optimum dan keperluan adalah sesuatu yang penting juga tetapi "boleh" dijustifikasikan dengan kepuasan memandu. Gadgets juga bukan keperluan besar (sepertimana GL kalah dengan Alza; juga VW Passat kalah dengan Peugeot 508 dalam hal ini). Dan selalunya, apabila menjadikan kepuasan memandu sebagai turus terpenting, maka selalunya duit yang melayang tetapi of course, it is justified.
Terima kasih kerana membaca.
Lepas booking, terasa nak test drive Grand Livina (GL) pula. Sebabnya tak test drive sebelum ini sebab saya rasa harganya agak mahal dibanding dengan yang lain sedangkan saiznya kecil.
Ketika test drive mpv yang lain, hati tidaklah terpikat. Masih ada ruang ragu2 dalam hati. Keputusan beli Avanza semata2 keperluan dan optimization. Kepuasan memandu, tolak tepi dulu.
Apabila test drive GL, pada tekanan pedal pertama saya baru sedar bahawa inilah mpv yang patut saya beli. Tiada ragu2. Dan perbezaan harga antara Avanza dan GL telah dijustifikasikan pada ketika itu juga.
Pada hari yang sama saya booking Avanza, hari yang sama saya jatuh cinta dengan GL. Keesokan harinya saya kensel booking Avanza dan beralih kepada GL. And the rest is history. GL pun dah lunyai sekarang diguna sehabis mungkin. Umur 5 tahun odometer dah lepas 200k km perjalanan. Kepuasan penuh.
Moralnya: Apabila termenung tadi, maka dapat disimpulkan, ada sesetengah orang (seperti saya) yang tergolong kepada golongan "kepuasan memandu". Optimum dan keperluan adalah sesuatu yang penting juga tetapi "boleh" dijustifikasikan dengan kepuasan memandu. Gadgets juga bukan keperluan besar (sepertimana GL kalah dengan Alza; juga VW Passat kalah dengan Peugeot 508 dalam hal ini). Dan selalunya, apabila menjadikan kepuasan memandu sebagai turus terpenting, maka selalunya duit yang melayang tetapi of course, it is justified.
Terima kasih kerana membaca.
Friday, July 17, 2015
RM1 juta
Hulur telinga dengar senior2 sembang samada time pencen nanti duit
kat kwsp >RM1 juta atau tak. A kata dah cecah pun by the time dia
umur 50 tahun beberapa tahun lepas.
Tergamam pulak B yang umur 45... dia kata bila dia buat unjuran ke umur 50, tak cecah pun.
Logik la pun. Bezanya ialah A awal2 masuk keje kat sini umur about 40 pegang jawatan senior sampai sekarang. Sedangkan B join keje sebagai Tutor je 15 tahun lepas (ketika umur 30). Initial (permulaan) value gaji berbeza (B rendah, A tinggi) dan increment pun sudah tentulah berbeza. Keypoint sini ialah, "initial" value. Dengan anggapan unjuran adalah linear, maka initial yang tinggi juga akan menghasilkan akhir yang tinggi.
Tergamam pulak B yang umur 45... dia kata bila dia buat unjuran ke umur 50, tak cecah pun.
Logik la pun. Bezanya ialah A awal2 masuk keje kat sini umur about 40 pegang jawatan senior sampai sekarang. Sedangkan B join keje sebagai Tutor je 15 tahun lepas (ketika umur 30). Initial (permulaan) value gaji berbeza (B rendah, A tinggi) dan increment pun sudah tentulah berbeza. Keypoint sini ialah, "initial" value. Dengan anggapan unjuran adalah linear, maka initial yang tinggi juga akan menghasilkan akhir yang tinggi.
A nak pencen bila sampai masanya (tak mau keje on contract) sebab mau
join keje amal seperti join NGO Mercy atau Ikram etc. Duit KWSP cukup
untuk cover kehidupan di dunia sampai mati.
Tuesday, July 14, 2015
Kapitalis
Saya merasakan bahawa membeli dan menjual rumah untuk untung sampai harga spekulatif naik harga tak mampu milik adalah morally wrong. Tak kira pembuat untung adalah rakyat ataupun orang luar.
Mungkin dasar baru perlu ada seperti maksimun boleh milik dua rumah saja pada satu2 ketika. Nak beli lagi satu, kena jual salah satu dari 2 yang dimiliki sekarang.
Tapi susah juga sebab walaupun kita kata menentang kapitalis, diri sendiri pun nak jadi kapitalis kalau ada lobang kosong.
Monday, July 13, 2015
Bodoh @ tak cerdik
IPTA pun adalah bisnes. Kebanyakan orang yang datang, walaupun 10A, adalah bodoh @ tak cerdik. Bodoh @ tak cerdik dalam bidang yang mereka enrolled. Contohnya, si A adalah bodoh @ tak cerdik dalam bidang Economy. Maka si A akan belajar luar dalam ekonomi untuk dapatkan ijazah/diploma yang dia nak tu.
Kemasukan golongan seperti si A ini adalah merupakan satu bisnes kepada IPTA. Tetapi tidak pula IPTA mengambil kesempatan di atas bodoh @ tak cerdik itu untuk menipu si A. Kenapa? Sebabnya, ubat kepada bodoh @ tak cerdik adalah pandai @ cerdik. Dan apabila si A dan golongan2 seperti A jadi pandai, maka makin bertambahlah bisnes IPTA tadi.
Bodoh @ tak cerdik itu adalah asal. Pandai @ cerdik itu patut jadi matlamat. Apabila majoriti jadi pandai @ cerdik, maka berkembanglah sesuatu masyarakat itu. Mustahil sesuatu masyarakat jadi maju apabila majoritinya adalah bodoh @ tak cerdik.
Jadi saya tidak faham kenapa apabila seseorang itu bodoh @ tak cerdik, maka itu boleh dijadikan alasan untuk memadankan muka orang itu seperti, memang patut pun dia kena tipu sebab bodoh. Atau apabila berada di sesuatu situasi, si bodoh @ tak cerdik tadi perlu ada orang pandai @ cerdik disisinya untuk elak si A dari kena tipu.
Patutnya, beliau diajar supaya jadi pandai @ cerdik. Sebab itulah ciri-ciri masyarakat yang maju. Tak gitu?
Kemasukan golongan seperti si A ini adalah merupakan satu bisnes kepada IPTA. Tetapi tidak pula IPTA mengambil kesempatan di atas bodoh @ tak cerdik itu untuk menipu si A. Kenapa? Sebabnya, ubat kepada bodoh @ tak cerdik adalah pandai @ cerdik. Dan apabila si A dan golongan2 seperti A jadi pandai, maka makin bertambahlah bisnes IPTA tadi.
Bodoh @ tak cerdik itu adalah asal. Pandai @ cerdik itu patut jadi matlamat. Apabila majoriti jadi pandai @ cerdik, maka berkembanglah sesuatu masyarakat itu. Mustahil sesuatu masyarakat jadi maju apabila majoritinya adalah bodoh @ tak cerdik.
Jadi saya tidak faham kenapa apabila seseorang itu bodoh @ tak cerdik, maka itu boleh dijadikan alasan untuk memadankan muka orang itu seperti, memang patut pun dia kena tipu sebab bodoh. Atau apabila berada di sesuatu situasi, si bodoh @ tak cerdik tadi perlu ada orang pandai @ cerdik disisinya untuk elak si A dari kena tipu.
Patutnya, beliau diajar supaya jadi pandai @ cerdik. Sebab itulah ciri-ciri masyarakat yang maju. Tak gitu?
Thursday, April 30, 2015
Bootleg
Isu mat metal sekarang ialah bootleg (cetak rompak). Macam-macam alasan
diberi untuk membenarkannya (jual beli). Antaranya yang paling popular,
band tu dah kaya. Cuma yang tak pernah ditanya ialah kepada band yang
dibootleg samada mereka rela atau tidak.
Alasan kedua popular ialah merchandise band tersebut mahal tahap tak mampu beli. Carilah yang mampu beli sebab ada 36,761 band kat dunia ni. Kalau tak memiliki pun merchandise tu, tak mati, kan?
Alasan seterusnya ialah nak support band tersebut. Tapi beli bootleg (cetak rompak)? Ada suis tak on kot kalau camtu punya alasan.
Alasan kedua popular ialah merchandise band tersebut mahal tahap tak mampu beli. Carilah yang mampu beli sebab ada 36,761 band kat dunia ni. Kalau tak memiliki pun merchandise tu, tak mati, kan?
Alasan seterusnya ialah nak support band tersebut. Tapi beli bootleg (cetak rompak)? Ada suis tak on kot kalau camtu punya alasan.
Rip off semua orang dah faham. Isu bootleg mungkin 10 tahun lagi 20
tahun lagi atau generasi selepas ini baru akan faham. Masalah ini biasa
bagi penduduk negara 3rd world country macam kita.
BTW istilah bootleg ni kena faham definisi asalnya. Yang dimaksudkan dengan bootleg disini ialah cetak rompak (pirated). Cuba google maksud bootleg yang sebenarnya.
BTW istilah bootleg ni kena faham definisi asalnya. Yang dimaksudkan dengan bootleg disini ialah cetak rompak (pirated). Cuba google maksud bootleg yang sebenarnya.
Monday, April 27, 2015
Rungutan pemain piring hitam
Kadang-kadang kesian kat diri sendiri yang terjebak dengan piring hitam ni.
Konon nak dengar sound hebat dari piring hitam seperti kata kebanyakan orang.
Modal ciput maka sound system pun harap beli bajet dan 2nd hand pulak tu. Ruang nak dengar pun sempit. Nak pasang kuat-kuat supaya semua sound keluar pun tak boleh sebab takut ganggu ketenteraman awam (dan ahli keluarga yang lain). Piring hitam yang betul2 nak dengar, mahal pulak sampai berpeluh di dahi nak membelinya.
Penyudahnya jadi whiner je. Pressing tak bagus la, leceh la, malas nak cuci la, bungkusan datang piring hitam bengkok la.
Dah sebulan pasang cd je. Tiba-tiba jadi aman, tenteram boleh baring terlentang lama depan stereo dan dunia ni nampak ceria sikit dari dulu hahaha.
Dah sebulan pasang cd je. Tiba-tiba jadi aman, tenteram boleh baring terlentang lama depan stereo dan dunia ni nampak ceria sikit dari dulu hahaha.
Tuesday, March 17, 2015
What will be in the year 2042?
Letter section from RIP mag Dec 1988. The writer is now 67 years old. I wonder if he still thrash and rock around? I am exactly at his age in 1988 right now. Yes... 40.
Monday, December 01, 2014
Harga minyak turun ekonomi negara pun jatuh?
Musyrif Abu Bakar telah bertanya di fb beliau:
Ok benda ni aku tak belajar dulu.
Rupa-rupanya penurunan harga petrol bukan ssesuatu yang baik seperti yang semua orang sangka. Bakal mengundang inflasi.
Ada sapa-sapa boleh terangkan dalam penjelasan yang mudah difahami?
Saya menjawab ikut pemahaman saya seperti berikut:
Bahasa mudah cam ni kot... kalau keuntungan dari minyak tak berbaloi dengan usaha maka production pun tak banyak. Jualan sikit, tax sikit. Companies scale down employee (buang) untuk cut cost. Gomen yang 30-40% income dari royalti/tax minyak pun pasti akan suffer. Itu kot?
Ye la macam harga sawit atau getah la. Kalau harga jadi rendah. Boleh guna logik mudah camtu.
Saya dengar depa tengah push untuk shale gas. Shale gas ni paling banyak reserve kat North America dan China. Kat Arab yilek. We will wait and see.
Mungkin tak perang di China. Amerika dah menyampah kot perang kat tanah arab. Dari belanja berbilion perang baik belanja naik taraf exploration shale gas yang sebelum ini ditinggalkan.
Kami di UTP atas arahan Petronas telah awal lagi (sejak 2012) untuk terjun dalam teknologi shale gas. Kami telah establish working group bersama universiti dan companies di US untuk ini. Saya sendiri telah ikut trip ini 2 kali. Petronas telah invest di Canada. Ini adalah inisiatif Petronas dan mereka telah rasa bahangnya awal lagi.
Banyak mana PETRONAS dapat dari penjualan minyak akan beri kesan kepada pendapatan negara.
Malaysia's oil and gas production is depleting and sustaining production will become more challenging due to matured basins, technically challenging reserves and stranded marginal oil and gas fields.
To promote the development of new oil and gas resources, provide incentives to develop technical-challenging resources and to further stimulate domestic exploration activities, the Government gazetted the Petroleum Income Tax Act (2010).
The new incentives are expected increase petroleum revenue by RM58.2 billion to the Government over the next 20 years but a notional trade-off of RM8.1 billion from revenue foregone from investment tax allowances, reduced tax and export duty waiver for marginal fields.
Downstream activities are regulated by two ministries: the Ministry of International Trade and Industry is responsible for all licences relating to refining, processing and petrochemicals sectors, while the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs is responsible for licences to market and distribute petroleum products. http://www.mprc.gov.my/industry/history-of-oil-gas-in-malaysia
Dan hari ini, PETRONAS melaporkan;
SOALANNYA yang perlu dijawab oleh semua antara kita:
Apa tindakan anda? Menyusun kembali strategi masing-masing atau berdemo (di padang atau di fb)?
Friday, November 28, 2014
Dave Lombardo kata OK apa salahnya kalau join MEGADETH?
MEGADAVE hehehe...
Get it? Dave Mustaine, Dave (David) Ellefson, Dave Lombardo
Dengan perkataan Mr Lombardo sendiri,
How cool is that?'I know. I just heard. Dave [Mustaine] has my number, so I'm waiting.'
Apa-apa double paddle dalam lagu-lagu Megadeth yang lampau, mestilah akan kena tapau habis dengan Mr Lombardo, ye tak?
Performance wise... lagi la gempak. Triple times better than Drover hahaha...
Cuma lagu-lagu glam Megadeth nanti camana, kalau ditanya? Pada saya, tiada masalah juga sebab Mr Lombardo hanya drumming metal dalam kerja. Dalam hati, dia open-minded. Jazz pun dia main. Mr Colauita pun boleh main apa (dalam album The System Has Failed), takkan la Mr Lombardo tak boleh (takde kena mengena tapi saje letak).
Lombardo mentioned that he is self-taught, and a very open-minded musician. He grew up listening to jazz, classic R&B and Cuban music, to which he added fast beats by hitting pots and pans in the kitchen as a child. He mentioned that he began that particular day by listening to Andrea Bocelli. Lombardo in fact ended the clinic by adding double-bass and SLAYER-style drumming over a Ray Charles track.
Mr Lombardo pun pernah jadi drummer terjun dengan Metallica masa Lars Ulrich absent dulu. Apa ada hal?
Abang Mus, apa yang Abang perlu buat sekarang ialah call Abang Lombardo. Nombor kan ada. Ajak beliau makan chicken wings, lepas tu offer the contract. Offer la bagus sikit, jangan macam Slayer. Kami pun tau, takde siapa boleh tahan dengan ego dan pe'el Abang dan kami tak expect beliau akan kekal sampai liang lahad dengan Megadeth. Tapi dapat 1-2 album pun jadi la!
Eiii bestnya!
Monday, November 24, 2014
Analog vs digital, lagi.
Saya pakai prinsip mudah. Kalau zaman rekoding tu memang analog, maka worthy la beli 1st press sebab zaman tu memang 100% analog dari rekoding sampai la transfer.
Kalau zaman rekoding dah start digital, maka saya tak le beria-ia nak mencari 1st press. Principally, it is wrong. Kuat atau sebu itu mainan telinga saja (dan of course, the system that you are playing).
Dengan lain perkataan, saya dengar vinyl untuk dengar bunyi analog. Kalau source asal pun dah digital, apa yang nak didengar analog-nya?
Saya sangat skeptik apabila album rilisan tahun 2010 yang sumber rakamannya fully Pro-Tools kemudian press pada vinyl sound jadi sedap. Apatah lagi nak kata inilah sound analog. Secara prinsipnya, ia salah.
Prinsip ini nak memudahkan pencarian/pembelian. Boleh digunakan dalam majoriti keadaan. Kalau tidak, maka pencarian/pembelian dibeli dengan meraba-raba i.e. eh pressing ni sound sedap ke?
Contohnya album AC/DC ni originally recorded 1977. Digital pekebende zaman tu? Maka layaklah dicari 1st pressing sebab principally everything is correct. Dirakam analog, dan dicetak pun analog. Telinga pun tak boleh tipu bahawa ini adalah 100% analog.
Melainkan kalau memang kolek sesuatu band haaa itu lain cerita. Sebu
pun balown la beli. saya
beli recent reissue IRON MAIDEN picture disc dan black vinyl. Ada orang
tanya sedap tak sound, saya tak jawab sebab saya beli bukan pasal
sound, sebab saya kononnya peminat setia, kena la beli sedap ke tak
sedap sound. Picture disc memang cun. Presentation jacket, gatefold
semua pun cun. Kadang2 kita beli bukan pasal sound tu, tapi sebab
packaging. Dan of course, MINAT band tu. Sound, tolak tepi dulu.
Nak sedap dengar CD la. Woi, vinyl pun ada banyak buruknya la. Not everything vinyl is supreme.
Nak sedap dengar CD la. Woi, vinyl pun ada banyak buruknya la. Not everything vinyl is supreme.
Tuesday, September 09, 2014
Blog warm up...
Assalamuallaikum
I am guilty of not writing for almost a month. Need some push to write.
Let's do a warm up entry.
What number is this?
I am guilty of not writing for almost a month. Need some push to write.
Let's do a warm up entry.
What number is this?
Monday, June 09, 2014
Bahana rokok
Suatu
hari isteri bercerita tentang calon suami kepada adik perempuan beliau.
Beliau pun bercerita tentang calon A; kerja sekian sekian, perangai
sekian sekian, warna kulit sekian sekian, agamanya sekian sekian.
Selesai bercerita tentang calon A, beliau bercerita pasal calon B pula; kerja sekian sekian, perangai sekian sekian, warna kulit sekian sekian, agamanya sekian sekian.
Beliau bertanya kepada saya, agak mana paling sesuai.
"Alhamdulillah kedua-duanya nampak baik dan bagus... tetapi..."
Saya memandang jauh. Nampak keikhlasan di muka. Dahi dikerutkan sedikit. Sambil menghela nafas, kata-kata wisdom ini pun terbit dari mulut saya,
"Pilihlah di antara mereka, yang tidak merokok kerana merokok itu tabiat buruk dan dibenci generasi akan datang."
Alhamdulillah, mereka telah pun selamat menikah 6 bulan lepas, si dia yang tidak merokok bersama adik perempuan isteri saya.
Mereka yang merokok tetapi rasa macam lambat je jumpa calon, mungkin ada kena mengena dengan kisah benar ini :l
Selesai bercerita tentang calon A, beliau bercerita pasal calon B pula; kerja sekian sekian, perangai sekian sekian, warna kulit sekian sekian, agamanya sekian sekian.
Beliau bertanya kepada saya, agak mana paling sesuai.
"Alhamdulillah kedua-duanya nampak baik dan bagus... tetapi..."
Saya memandang jauh. Nampak keikhlasan di muka. Dahi dikerutkan sedikit. Sambil menghela nafas, kata-kata wisdom ini pun terbit dari mulut saya,
"Pilihlah di antara mereka, yang tidak merokok kerana merokok itu tabiat buruk dan dibenci generasi akan datang."
Alhamdulillah, mereka telah pun selamat menikah 6 bulan lepas, si dia yang tidak merokok bersama adik perempuan isteri saya.
Mereka yang merokok tetapi rasa macam lambat je jumpa calon, mungkin ada kena mengena dengan kisah benar ini :l
Tuesday, April 08, 2014
Maksud Record Store Day (RSD)
Sebagai pendengar muzik tegar, anda pasti aware dengan RECORD STORE DAY yang disambut pada Sabtu ke-3 bulan April setiap tahun. Ia dimulakan sejak tahun 2007.
Tahun ini ia jatuh pada 19th April.
Salah faham pada penyambut RSD ialah kerana adanya perkataan RECORD dalam RSD, maka mereka meraikan vinyl saje. Sedangkan tidak begitu. Ia bukan meraikan vinyl. Ia meraikan sub-culture pembelian medium muzik fizikal (kaset, CD, vinyl etc). MP3 tak masuk dalam RSD RSD BUKAN EVENT MERAIKAN VINYL SAJA!
Dan lebih utama ia juga meraikan kedai-kedai fizikal yang masih tegar menjual medium fizikal ini walaupun jualan tidak memberansangkan seperti dahulu. Kedai-kedai ini bukan sekadar kedai. Ia adalah sumber asal kepada muzik yang anda dengar sekarang.
Berapa banyak kedai yang menjual muzik sekarang. Boleh kira dengan jari kan? Nak mencarinya pun susah.
Berapa ramai individu yang MASIH membeli muzik dalam bentuk fizikal *tersedak dan terbatuk*?
Berapa ramai individu yang apabila mendengar pengumuman dari artis/band kegemaran beliau, akan berasa teruja dan tak sabar-sabar menunggu rilisnya album tersebut dan menjadi orang pertama untuk membelinya dalam BENTUK FIZIKAL?
Berapa ramai individu yang selepas membeli album tersebut, berangan-angan untuk balik ke rumah dan mendengarnya dengan pelbagai posisi duduk, meniarap, terlentang sambil kedua tangan membelek booklet, inlay dan mengkagumi/mengutuk artwork album tersebut?
Berapa ramai individu yang juga membaca thank list, kredit album, endrosement dalam booklet, inlay album tersebut?
Soalan-soalan di atas adalah relevan untuk RSD. Bahkan itulah maksudnya RSD.
Dan soalan terakhir... siapa yang ada koleksi CD, vinyl, kaset etc yang dah rupa record store?
Monday, April 07, 2014
CD vs Vinyl: Mana bagus sound kualiti berbanding kos?
Banyak debat mengenai ini. Tetapi secara saintifik, CD menang le dari segi berapa banyak detail an clarity yang anda boleh dengar. Vinyl menang dari segi warmth kata orang. Cuma untuk dapatkan warmth tu bukan boleh main pasang speaker, turntable dan amp dan anda akan dapatkan warmth tersebut secara automatik. Leceh punya kerja terutamanya kerana ia melibatkan sistem match dan upgrade yang MAHAL.
Pada saya, I don't buy the notation yang bila anda pasang je vinyl, taruk apa jenis turntable, speaker dan amp SUDAH TENTU sound vinyl tu akan lebih baik dari CD. I don't think ANY entry level turntable, amp dan speaker akan menghasilkan sound yang cukup bagus.
Kontranya, sistem CD yang minimal menghasilkan sound yang sudah cukup bagus dari segi deria dengar kita. Cukup dengan entry level CD player, amp dan speaker.
Saya rasa saya dah boleh buat perbandingan ini dari pembacaan dan juga pengalaman memiliki sistem entry level CD player dan turntable. Masa saya hadir hifi fest tahun lepas ada satu vendor main vinyl Metallica Black album dengan sistem yang agak boleh terbeliak mata tengok harga, soundnya tidaklah terbeliak telinga sangat. Rasa ada macam yang tak cukup.
Pada mereka yang berperasaan seperti saya, "eh... kata vinyl lagi sedap tapi apsal aku dengar CD lagi sedap?", sebabnya di atas le. Memang dari segi saintifik, clarity dan detail CD lebih (dan juga loudness). Untuk mendapatkan sound yang setara, memang le kena upgrade system and it is not cheap I tell you!
Lagi satu, oleh kerana asas sound itu berbeza untuk CD dan vinyl maka mastering yang dibuat fokus untuk medium tersebut saja. Contoh, satu album rilis dalam bentuk CD pada asalnya dan proses mastering dibuat, segala detail mastering itu fokus untuk CD itu. Jika beberapa bulan/tahun kemudian, mahu dirilis dalam bentuk vinyl, mastering baru harus dibuat jika tidak sound yang keluar dari vinyl tersebut tak akan mencapai kualiti yang diharapkan. MAJORITI vinyl rilisan terkini tidak ada mastering untuk vinyl.
Jadi, jangan le malu kalau anda hanya pendengar CD saja. Dan jangan gelojoh nak jadi vinyl enthusiast dengan harapan yang tinggi terhadap sound (jika bajet ciput).
Kesimpulan, untuk dapatkan output sound yang berkualiti:
- untuk CD, cukup dengan entry level saja.
- untuk vinyl, tidak cukup untuk entry level system. Perlu mix-match dengan kos yang tinggi. Dan vinyl yang dirilis pun ada macam-macam jenis untuk satu title yang sama, kena dapatkan pressing yang paling berkualiti.
Strategi saya ialah beli CD dulu kemudian kalau ada vinyl yang tak terlampau mahal berbanding dengan CD yang sama, belilah. Sebab vinyl ni ada kenikmatan yang lain (bukan sound).
*nota - ini mengenai sound against cost saje. Yang lain boleh bincang lain thread.
Thursday, March 20, 2014
Semua orang sibuk brader...
| Ofis sekitar 530pm |
Semua orang sibuk atau bak kata keretamayat.blogspot.com, perasan sibuk.
1.Consultation work, analysing and designing a gas platform/tower somewhere in Kerteh.
2. Two MSc thesis to be reviewed, one in UTP (as internal examiner) and one in UTHM (as external examiner)
3. Coordinating lectures for 200 students in Civil Engineering and Petroleum Engineering.
4. Supervising 4 MSc students and 3 FYP students.
5. various meetings and committees, sometimes ad-hoc.
dah penat, lepas tu nak shape badan kan, pegi gym at 930pm. Mana masa nak layan CD/LP yang melambak-lambak tu?
Kesimpulan, I need a bigger workstation and a bigger office! Bigger pay also!
Sunday, March 16, 2014
Mati kerana muzik
KUALA LUMPUR: Six people have died while three others are in critical condition due to methamphetamine overdose at the Future Music Festival Asia 2014 at Bukit Jalil Stadium.
City police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh said the nine, ages from 21 to 28, collapsed during Friday’s event after consuming drugs at around 1.30am.
One person died on the spot in Bukit Jalil while another died on the way to the hospital. Four others died at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) and Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM).
The six, who died were identified as Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, and Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Read: Music festival cancelled after drug overdose deaths, say organisers
Another four people, two of whom are in a coma, are in critical condition at both hospitals SDCP Mohmad said.
“All tested positive for high levels of drugs and the deaths have been classified as overdose.
“Throughout the two-days we arrested 22 people, three foreigners and seven locals, in possession of narcotics.
“In view of this incident and for the interest of public safety, we have advised the organisers to cancel Saturday’s event. Those who bought tickets should contact the organisers for refunds,” Mohmad said.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/15/Future-Music-Festival-Asia-2014-abruptly-ends-after-five-die/
-----------------------
Respons dari organizer
FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA – OFFICIAL STATEMENT – 15 MARCH 2014
This statement is in response to news reported in the media on the 5 alleged deaths associated with FMFA last night. As the health and safety of all festival goers are our primary concern, we have lodged an investigation into the media reports. As at 5.00PM on March 15, we can confirm that one death, and not five, took place on festival grounds on March 14. A police report has been filed and we are working very closely with all relevant authorities in examining and determining the cause of this very unfortunate incident.
FMFA underwent regular meetings with all agencies involved in the festival (including the Royal Malaysia Police, The Fire and Rescue Department of Malaysia, Bukit Jalil National stadium, Millennium Patriot Security, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) and our certified on-site medical doctor and paramedics) prior to and during the event.
In the interest of public safety we have heeded the authority’s advice to not proceed with Day-3 of Future Music Festival Asia 2014. This is also to help in the on-going investigation. We appreciate the understanding of all parties and will share updates on this matter as soon as possible.
Details of refunds will be announced within one week. Ticket buyers are urged to logon to www.futuremusicfestival.asia for refund details.
Source: https://www.facebook.com/futuremusicasia
-------------------------
Sebenornya dalam konsert Metal pun ada kes kematian. Antaranya, pemuzik kena tembak, mati melompat stagedive dan sebagainya. di luar konsert pula, insiden bakar gereja, tembak, tikam orang, bunuh diri dan macam-macam hal lagi. Cuma ini tidak/belum terjadi dalam negara kita.
Sebagai peminat muzik, saya bersimpati dengan kematian mereka dalam festival rave beberapa hari lepas. Saya cuba meletakkan diri saya dalam situasi tersebut.
Yang nyata, belah sana dan belah sini adalah peminat muzik. Kita paksa mereka minat Metal pun takkan jadi punya, begitulah sebaliknya.
Yang sahih, berpada-pada meminati muzik. Leceh sungguh kalau mati kerananya. Kita nak menjawab pun payah, mak bapak, anak bini nak menjawab pun payah.
Friday, March 07, 2014
Lagu bercinta
| Entah dia ingat ke tak ntah. Mu ingat dok *speaking ganu* |
Zaman bercinta dulu saya telah buat mix-tape. Mix-tape pun tak tau?
A mixtape or mixed-tape is the generic name given to any compilation of songs recorded onto any audio format.
A mixtape, which usually reflects the musical tastes of its compiler, can range from a casually selected list of favorite songs, to a conceptual mix of songs linked by a theme or mood, to a highly personal statement tailored to the tape's intended recipient. Essayist Geoffrey O'Brien has called the personal mix tape "the most widely practiced American art form", and many mix tape enthusiasts believe that by carefully selecting and ordering the tracks in a mix, an artistic statement can be created that is greater than the sum of its individual songs.
With the advent of affordable, consumer-level digital audio, creating and distributing mixes in the form of compact disc or MP3 playlists has become the contemporary method of choice, but the term mix tape is still commonly used, even for mixes in different media (for example, CD, MP3, MiniDisc, audio cassette 8 track). Video mixtapes have emerged as well.
Mixtape tu hantar kat awek la siapa lagi. That awek now my wife la.
Ada dua lagu dari album ni yang masuk dalam mixtape tu, Come Undone dan Ordinary World. Lagu tak pasti pasal apa tapi melodinya memang syahdu.
Pinjam kaset berkaitan dari kawan-kawan, lepas tu dub sendiri. Kerja susah tapi thrill dan puashati.
I wonder budak-budak zaman sekarang masih buat mixtape atau tak? Kalau pakai mp3, memang takde thrill langsung.
Wednesday, February 05, 2014
Syyhhh... be quiet!
Artikel dalam The Star hari ini tentang pengalaman haram jadah dalam panggung wayang amatlah penting untuk dibaca bagi mereka yang menonton filem di panggung wayang. Antara perangai haram jadahnya semasa tayangan adalah:
1. Membelek2 henfon/smartfon.
2. Menjawab henfon/smartfon
3. Berfb/sms
4. Tidak buat silence mode pada henfon/smartfon.
5. Bersembang/berbisik dengan rakan dalam jangkamasa yang lama walau atas topik berkaitan dengan filem yang ditonton.
6. Asyik tertendang kerusi di hadapan yang ada penonton sebab tak boleh duduk diam.
Anda bayar tiket bukan bermaksud panggung wayang tu bapak anda yang punya. Anda membayar untuk menonton dan juga hormat pada yang lain yang menonton bersama. Kalau tak faham dila ulang baca.
Bagi mereka2 ini yang tak boleh diajar, tak payah le tengok wayang dok rumah layan filem download sudah sebab komer memang cilakeeee!!!
P/s: saya pernah nampak ada orang bertablet semasa filem berjalan. Untuk orang macam ni $#@%£¥₩×÷&#*÷ go fffk yourself!
Subscribe to:
Posts (Atom)