Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Manowar. Show all posts
Showing posts with label Manowar. Show all posts

Thursday, April 23, 2015

Ulasan: MANOWAR Kings Of Metal MMXIV CD


Sedikit ulangkaji. Album ini asalnya dirakam pada tahun 1988 dan album terakhir menampilkan gitaris Ross The Boss kerana mahu kembali kepada band punk-rock beliau, The Dictators. Beliau keluar tanpa masuk-masuk kembali. Ia juga adalah album terakhir drummer Scott Columbus (beliau kembali untuk album Louder Than Hell pada tahun 1996 dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 2011).

Ditanya kepada Joey DeMaio kenapa rakaman semula untuk album ini dibuat, beliau menjawab,

"Well, it’s the twenty-fifth anniversary of the release of the record, and it’s the record people all over the world love, and we love it, too. We played the songs over the last 25 years which have matured and changed, and we wanted to also give the current band members the chance to record the songs that they love so much." [SOURCE]

Ini adalah benar kerana pada rakaman terbaru ini, hanya beliau dan Eric Adams (vokal) saja yang original. Lagi dua, Karl Logan (gitar) dan Donnie Hamzik (drum) adalah muka baru dalam rakaman ini. Sebenarnya Karl Logan telah menyertai MANOWAR sejak album Louder Than Hell (1996) lagi sementara Donnie Hamzik adalah drummer album pertama, Battle Hymns (1982).

Secara amnya, ini adalah album kekeluargaan MANOWAR kerana setiap ahlinya adalah ahli MANOWAR juga.

Yang menjadi tandatanya dan juga masalah adalah, adakah album ini dapat menyaingi rakaman asal album tersebut? Soalan ini biasanya dikategorikan dalam soalan bodoh. Mana mungkin album rakaman semula boleh menyaingi album asal? Mungkin dari segi kualiti rakaman namun emosi, memori dan originaliti, memang tidak terlawan.

Soalan seterusnya ialah, soalan apa yang nak ditanya? Tiada soalan yang perlu ditanya. Anggaplah ia sebagai album yang dipenuhi dengan tandatanya. Namun banding-membanding tidak boleh dielakkan.

Paling nyata dalam album ini ialah nyanyian Eric Adams nampak usianya. Banyak tempat yang mana nyanyian pitch tinggi dalam album asal terpaksa dijeritkan dengan garau dalam album ini.

Dan sudah tentunya gitaris Karl Logan menyuntik sentuhan solo gitar beliau walaupun selalunya melodi asal dikekalkan. Sound gitar beliau adalah unik Karl Logan. Ini memberikan keunikan khusus untuk album ini.

Paling menonjol, dalam track A Warrior’s Prayer MMXIV di mana naratif asal dibuat oleh Arthur Pendragon Wilshire sedangkan untuk album ini oleh Brian Blessed. Saya agak selesa dengan naratif asal. Saya rasakan Brian Blessed agak over dalam naratif beliau.

Dalam bass solo Sting Of The Bumblebee, Jeoy DeMaio cuba untuk menonjolkan kembali kenapa ianya istimewa selain dari beat-per-minute yang mencapai nilai 300. Untuk itu bunyi metronome sengaja diperdengarkan sekali dengan solo bass. Tetapi mengapa track ini dipendekkan, tidak dinyatakan sebabnya.

Soalan paling patut dijawab ialah adakah album ini perlu dimiliki. Sudah tentulah! Terutamanya jika anda adalah peminat MANOWAR atau sekurang-kurangnya peminat kepada album Kings Of Metal.

Ditambah pula album ini datang dengan fatbox jewel case, dua booklet, dua CD dan gambar-gambar menarik. MANOWAR memang tidak pernah menghampakan peminatnya.

HAIL AND KILL!

Tracks 10 and 11 on disk 1 are listed as bonus tracks.
CD 1
No. Title Writer(s) Length
1. "Hail and Kill MMXIV"     06:13
2. "Kings of Metal MMXIV"     03:42
3. "The Heart of Steel MMXIV" (Acoustic Intro)   05:09
4. "A Warrior’s Prayer MMXIV"     05:44
5. "The Blood of the Kings MMXIV"     08:01
6. "Thy Kingdom Come MMXIV"     04:06
7. "The Sting of the Bumblebee MMXIV"     01:16
8. "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Orchestral Version)   04:57
9. "On Wheels of Fire MMXIV"     04:14
10. "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Metal Version)   04:57
11. "The Heart of Steel MMXIV" (Guitar Instrumental)   04:50
Total length:
53:09
CD 2
No. Title Writer(s) Length
1. "Hail and Kill MMXIV" (Instrumental)   06:13
2. "Kings of Metal MMXIV" (Instrumental)   03:42
3. "The Heart of Steel MMXIV" (Orchestral Intro Version – Instrumental)   04:50
4. "The Blood of the Kings MMXIV" (Instrumental)   08:01
5. "Thy Kingdom Come MMXIV" (Instrumental)   04:07
6. "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Orchestral Version – Instrumental)   04:57
7. "On Wheels of Fire MMXIV" (Instrumental)   04:14
Total length:
36:04

Joey DeMaio 1988. Sila perhatikan tiada penimbulan bicep dan tricep.


Penyataan Joey kenapa Kings Of Metal MMXIV perlu dirakam.

Dah tua memang menyebabkan memori silam makin menggamit.

Eric Adams 1988.

Montaj gambar rakaman 1988.

Testimoni mixer.

Tidak ketinggalan, testimoni  dari krew.

Scott Columbus, you will be missed!!!
Dua booklet, yeay!

Karl Logan.

Kings Of Metal MMXIV

Saturday, July 23, 2011

Ulasan: MANOWAR Warriors Of The World

Enam tahun menunggu album ini selepas Louder Than Hell yang saya rasa sangat bagus itu memang menyeksakan. Karl Logan, gitaris yang menggantikan David Schankle untuk album LTH memang tidak menghampakan. Solo gitar beliau lunak dan kena pada suasana setiap lagu. Kata orang, penantian itu penyeksaan. Warriors of The World, mempunyai elemen-elemen Manowar yang tipikal tetapi dinafsukan oleh peminat mereka tetapi ada sesuatu yang lain dalam album ini. Ya, Metal, macho dan kebanggaan itu masih menjadi topik utama. Namun bermula dengan Call To Arms yang memanggil barisan lurus dan tegak bersama semangat perwira hinggalah ke lagu Warriors of the World, antaranya adalah lagu yang secara kasarnya bolehlah dikatakan terlampau lembik untuk dikatakan sebagai Heavy Metal. Lagu-lagu tersebut seperti opera, orkestratik dan mendayu. Manowar sudah menunjukkan satu paradigm shift. Heavy Metal bukan melalui gitar yang distorted saja tetapi juga dengan suasana dan mereka menggunakannya secara literal. Malang sekali jika ia diteruskan untuk album seterusnya. Lagu-lagu tipikal Manowar, seperti lagu mula, Warriors of the World, Hand Of Doom, House of Death (ada iras lagu Power dalam album LTH) dan Fight Until We Die memang efeknya ialah tangan kita menumbuk ke udara. Namun tidaklah saya mengatakan lagu-lagu yang lembik itu tidak bagus - ambil contoh Nessum Dorma, The Fight for Freedom - tetapi jika ia dikurangkan jumlahnya, ia lebih baik.

Wednesday, July 20, 2011

Ulasan: MANOWAR Fighting The World

Album ini dibanggakan oleh Manowar kerana buat pertama kalinya mereka menggunakan rakaman secara digital. Tahun 1987. Sekarang sudah menyeluruh rakaman sebegini dan rakaman analog pula yang menjadi sesuatu yang rare. Malang sekali, rakaman digital menghilangkan segala bentuk warmth pada album ini. Bunyinya nipis dan kering. Lemaknya hilang. Ia seperti memakan daging steak yang terlampau masak - hilang segala juice yang manis itu. Akibat dari ini, ia memberi kesan kepada lagu-lagu di dalam album ini. Elemen gloomy lenyap tetapi pada masa yang sama, lagu neo-balada menjadi senjata baru kepada Manowar seperti lagu Defender dan Carry On. Sementara keseluruhan album lebih uplifting (suka sangat dapat rekod digital kot?). Dengan Blow Your Speaker, Manowar membangga diri sebagai sebuah band paling kuat di dunia seperti yang telah diiktiraf oleh Guiness World Book Of Records.

Tuesday, July 19, 2011

Ulasan: MANOWAR The Triumph Of Steel

Dua ahli baru di dalam album ini yang juga merupakan satu-satunya menampilkan mereka berdua iaitu David Shankle (gitar) dan Rhino (drum). Dari segi teknikaliti, mereka berdua lebih mahir dari Ross The Boss dan Scott Columbus. Menyedari akan ini, DeMaio menggunakan mereka berdua ini dengan sepenuhnya. Album ini dimulakan dengan sebuah lagu epik sepanjang 28 minit bertajuk Achilles, Agony and Ecstasy in Eight Parts yang kalau didengar dengan betul, mempunyai semua elemen yang patut ada di dalam sebuah lagu; rancak, balada, sedih, girang dan sebagainya. Lagu ini sudah cukup untuk mewakili album ini kerana lagu-lagu yang lainnya secara komparatif kedengaran kurang efektif kecuali lagu Metal Warriors dan Master Of The Winds. Ini adalah antara album paling kreatif merangkap album terkuat dalam sejarah album mereka.

Tuesday, July 12, 2011

Ulasan: MANOWAR Sign Of The Hammer

Album keempat ini lebih simple cover albumnya. Mungkin bercita-cita menjadikan ikon tukul dan kepak sebagai ikon seperti Eddie (Iron Maiden)? Sign Of The Hammer mempunyai produksi yang agak lebih kurang sama dengan Into Glory Ride. Moodnya munkin dicampurkan antara dua album sebelumnya. Lagu yang lebih gloomy seperti dalam album Into Glory Ride boleh didengar dalam lagu Mountains, Sign Of The Hammer dan Guyana sementara lagu yang lebih uplifting seperti dalam album Hail To England, kedengaran pada Thor, Animals dan The Oath. Jika membuat unjuran dari album yang pertama, nampak gaya keseluruhan album ini kalah kepada Hail To England tetapi lebih menarik dari Into Glory Ride. Mungkin ini semua salah produksi album yang seolah-olah seperti sudah tepu menjadikan mood antara ketiga-tiga album ini sukar untuk dibezakan.

Monday, July 11, 2011

Ulasan: MANOWAR Hail To England

Mungkin kecewa dengan sambutan yang kurang menggalakkan dari pendengar dari US, Manowar sengaja menggunakan nama album ini untuk memikat peminat mereka di Eropah, bermula dengan England. Berbeza sungguh dengan uruf yang biasa di England. Contohnya, kebanyakan pemuzik dan band di England (atau UK) mahu memecah tembok US seperti Def Leppard (dengan single Hello America) dan Iron Maiden (dengan tour jelajah US). Inilah yang dikatakan strategi dan telah terbukti pun yang mereka mempunyai peminat yang lebih ramai di Eropah. Apapun, album ini menunjukkan progres yang lebih baik dari album sebelumnya. Lagu-lagunya lebih bersemangat. Blood Of My Enemies menyuntik darah kepahlawanan begitu juga dengan Each Dawn I Die. Kill With Power dan Hail To England memang semata-mata menggeletek pendengar Metal untuk beraksi seolah-olah mereka sedang memegang pedang dan perisai; bersedia untuk arahan "maju" ke hadapan. Album ini diakhiri dengan epik yang monumental, Bridge Of Death - yang meremangkan bulu roma. Dengan album ini, Manowar melangkah dengan lebih maju.

Sunday, July 10, 2011

Ulasan: MANOWAR Into Glory Ride

Album kedua ini memaparkan penampilan pertama kali bagi Scott Columbus. Beliau bukanlah drummer yang hebat dari segi teknikal, tetapi dari segi ketuk, memang kuat dan precision memang on the dot. Beliau adalah pemain drum yang berdisiplin dalam memainkan lagu-lagu di dalam album. Apa yang didengar di dalam album, itulah yang didengar semasa live. Dari segi kekuatan album, tidaklah sekuat album pertama. Beberapa lagunya mungkin terlampau lemah dan suasananya tidak memberansangkan seperti lagu Revenge, Revelation (Death's Angel) dan March for Revenge (By the Soldiers of Death) iaitu tiga lagu terakhir di dalam album ini. Tetapi empat lagu yang lainnya memang bertenaga. Ambil contoh lagu Gloves Of Metal yang mempunyai suasana yang berkabus, sejuk tetapi memaparkan semangat keperwiraan di dalam liriknya. Begitu juga Warlord, yang intronya agak tidak seronok didengar bagi bapa yang mempunyai anak dara, tetapi ia memaparkan imej Metal yang bebas dengan tradisi memberontak rock n roll. Namun begitu, ini masih album yang agak lemah.

Ulasan: MANOWAR Kings Of Metal

Kings of Metal bukan saja menjadi tajuk album, bahkan menjadi sanjungan yang diberi sendiri oleh Manowar kepada diri sendiri (kes masuk dalam bakul angkat sendiri). Tapi bila dah dengar album ni, nak bangkang camana lagi? Semua lengkap. Cover album yang super-Metal. Lagu yang bunyi, bau, rasa dan beraknya Metal. Liriknya? Semua yang menaik semangat Mat Metal yang mendengarnya. Tengok saja tajuk lagunya; Kings Of Metal, Heart Of Steel, Hail And Kill, Blood Of The Kings dan lain-lainnya. Dengan kriteria sebegini maka saya mengiktiraf Manowar sebagai Kings Of Metal. Tetapi pengiktirafan ini hanya valid untuk album ini saja. Pastinya ada saingannya, kan? Kita tunggu dan lihat untuk album-album selepasnya samada mereka masih berada di takhta tersebut.

Friday, June 03, 2011

Ulasan: MANOWAR Louder Than Hell

Ini mungkin album Manowar yang paling mudah dan tidak ada banyak pening seolah-olah mengimbas kembali Battle Hymns. Jika ada pun kompleksiti, ianya mungkin lagu Today Is Good Day To Die yang melangkau 9 minit panjangnya tetapi ini adalah lagu instrumental kurang pemberat jika ditimbang dengan lagu yang relatifnya panjang seperti Achilles, Agony and Ecstasy in Eight Parts (album Triumph of Steel). Disebalik kritikan itu, album ini masih lagi album Manowar dan lagu-lagu seperti Return Of The Warlord, Brothers Of Metal Pt 1, Courage dan The Power tetap mengasyikkan. Return Of The Warlord sebagai contoh adalah rock n roll tulen membodek penunggang Harley Davidson yang Metal sedangkan Brothers Of Metal adalah pembodek Mat Metal tanpa sembunyi, seperti kebiasaan Manowar sebelum-sebelum ini. Jika anda mempunyai CD cetakan Malaysia yang mempunyai tajuk Louder (kes self-censorship), maka ketahuilah bahawa CD tersebut bernilai tinggi di pasaran antarabangsa.

Thursday, June 02, 2011

Ulasan: MANOWAR Battle Hymns

Seperti kebanyakan band yang lain, album pertama bukanlah album sebenar yang menunjukkan potensi sesuatu band. Dan kebanyakan label pada masa itu faham, band perlukan masa untuk menunjukkan potensi sebenar - bukan seperti sekarang - album pertama mesti meletup atau kau akan dibuang kontrak. Ya, benar, Battle Hymns bukanlah album yang akan kita perkenalkan kepada mereka yang mahukan intipati Manowar dalam satu album. Sebab utamanya adalah kerana - kurangnya lagu-lagu epik walaupun tema kepahlawanan itu sudah samar-samar kelihatan seperti di dalam lagu Dark Avenger, William's Tale dan Battle Hymns. Album ini lebih bersifat rock n roll yang dikeraskan dalam bentuk Heavy Metal. Namun, sukar untuk menidakkan kekuatan lagu Death Tone, Metal Daze dan Manowar sebagai lagu yang memang mensimulasikan adrenalin di bahagian tengkuk untuk kita hayun kepala. Battle Hymns bukanlah album yang agak menonjol dalam diskografi Manowar tetapi bagi mereka yang sudah melekat dengan album ini pastinya tidak akan terkesan dengan kritikan sebegini. Yang pasti lagu Battle Hymns akan menyebabkan kita berlakon seolah-olah pedang ada tersemat di pinggang.

Thursday, August 06, 2009

Ulasan: MANOWAR Gods Of War CD (Steel Slipcase Edition)

MANOWAR punya principal, aku rasa sama macam PETRONAS. Apa-apa yang nak ditayang kat orang, mesti on high calibre, canggih dan grand. Tengok le KLCC Twin Towers dan UTP. Memang grand punya architecture. MANOWAR pun sama. Semenjak dua menjak ni, sejak MANOWAR dah ada badan korporat sendiri (Magic Circle), rilisannya mesti mau grand.

Album Gods Of War ni selain dari versi standard biasa, edisi istimewa juga tak ketinggalan. Gods Of War was also released as a limited edition in an embossed metal slipcase containing a high grade mediabook bound in leather. Ulang balik: 1. embossed metal slipcase dan 2. high grade mediabook bound in leather (kulit woii kulit!!!). Aku kalau rilisan special macam ni, selalu meleleh air liur.

Album ni ramai orang komplen sebab terlalu banyak symphony dan narration macam baca buku cerita. Lagu yang betul-betul lagu, kurang. Dari 16 buah lagu yang dipaparkan, hampir separuh je lagu yang proper. Dengan nada defensif, MANOWAR pula jawab, symphony tu pun kira Metal apa? Metal pebendenya yeop! Sikit-sikit sudah le.

Mungkin nak kenakan dengan konsep album kot yang merupakan the first of a series of concept albums dedicated to different war gods from various mythologies. Tak kisah la. Ni bukan kitab nak dibaca. Orang nak headbang sambil dengar Metal woiii...

Apapun, lagu yang proper dalam album ni tak berapa strong. Tapi apa yang buat taik telinga cair dengar ialah apabila dengar gitar solo Karl Logan. Memang gila improve dia punya solo album ni. Best gilos! Cuma potong stim, bila tengok DVD yang disertakan sekali dalam edisi ini, Karl Logan memperkenalkan gitar baru dia, yang dibuat sendiri oleh Magic Circle. Buruk seh bentuknya. Tak caya korang video tengok. Better dia stick pada Flying V dia tu.

Edisi ni memang grand la. Casing besi embossed dengan logo MANOWAR. Lepas tu buku kulit. Cuma yang tak paham tu tulisan-tulisan dalam tu pakai lettering Greek ke apa. Tak boleh baca! Cis! Apa la nak susahkan orang. Tulis huruf biasa sudah la kan. Ni sape nak translate pulak dah...

Kadang-kadang nak bagi grand tu boleh jadi silap kalau terover self-indulgence. Ye la, label pun sendiri. Sendiri bos, sendiri rilis. Takde sapa nak tegur. Kot dengan EMI atau WARNER ke, ada la yang maki-maki dulu ke sebelum rilis. Tersedar la sikit.

Apapun, album baru pun dah nak rilis. Special edition macam ni pastikan dirilis juga. Walaupun mahal, mesti ada jalan untuk dapatkan dengan murah. Deal dia, sabar dan always look around. Macam CD ni, aku trade dengan 2 CD yang aku tak nak je.

1. "Overture to the Hymn of the Immortal Warriors" – 6:19
2. "The Ascension" – 2:30
3. "King of Kings" – 4:17
4. "Army of the Dead, Part I" – 1:58
5. "Sleipnir" – 5:13
6. "Loki God of Fire" – 3:49
7. "Blood Brothers" – 4:54
8. "Overture to Odin" – 3:41
9. "The Blood of Odin" – 3:57
10. "The Sons of Odin" – 6:23
11. "Glory Majesty Unity" – 4:41
12. "Gods of War" – 7:25
13. "Army of the Dead, Part II" – 2:20
14. "Odin" – 5:26
15. "Hymn of the Immortal Warriors" – 5:29
16. "Die for Metal" (Bonus Track) – 5:16