Jika tiada internet yang mengatakan ini adalah album live 'palsu' sudah pasti tidak akan ada yang menolak superiority album ini. Hakikatnya, ia adalah album live juga cuma dirakamkan di dalam studio bukannya di atas pentas. Kita akan sedar apabila mendengar jeritan 'palsu' penonton, yang membongkar kemungkinan jumlah penonton yang hadir kemungkinan sekitar 20 orang saja.
Pertama kali berinteraksi dengan album ini, seperti biasa, melalui kaset cetak rompak. Dan seperti biasa juga, logo dan nama band yang ganas berserta dengan cover album yang mengerikan menjadi pemangkin kepada pembelian. Dan biasanya ketika itu, ia berbaloi. Ini adalah antara kaset yang lunyai dimainkan di dalam radio kaset.
Black Magic, lagu yang mendap dan kurang bertenaga di dalam album Show No Mercy berubah wajah secara total bila dimainkan live. Ianya bertenaga dan menjadi lagu pembuka yang menyelerakan. Dengan bait pembuka yang menggelikan hati dari Tom Araya "They said that the pen is mightier than the sword... well then f**k the pen... because they can Die By The Sword!", lagu Die By The Sword menjadi lagu kedua yang juga bertenaga. Dan apabila Captor Of Sin dimainkan, saya kira, mosh-pit sudah dipenuhi peluh sampai ke paras lutut. Dan lagu-lagu seterusnya mengerahkan tenaga akhir pendengar sebelum mereka berundur dengan kepuasan sonik yang tidak dapat ditulis dengan perkataan.
Untung album ini menawarkan 7 buah lagu saja. Ia pendek tetapi penuh dengan tenaga. Agresif dan tidak ada belas kasihan sepertimana track Show No Mercy yang menjadi lagu keenam di dalam album ini. Walaupun tenaga Slayer masih dinatijahkan di dalam setiap show mereka hingga ke hari ini tetapi kita tidak boleh menafikan yang tenaga sebenar tersebut bermula pada awalnya dan skala Richternya paling maksimum di zaman ini.
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Showing posts with label KLASSIKKK. Show all posts
Showing posts with label KLASSIKKK. Show all posts
Wednesday, February 16, 2011
Wednesday, February 09, 2011
Ulasan: OBITUARY Slowly We Rot CD
Peluang mendengar album ini ketika rilisnya adalah melalui kaset melalui tape-trading. Tiada gambar, tiada informasi. Yang ada sekadar kaset, tajuk album dan lagu yang didub bersama beberapa band lain. Mendengar Slowly We Rot membuatkan saya lupa terus apa band yang bersama dalam kaset tersebut.
Yang membuatkan ianya kekal dalam kepala sudah tentunya vokal, John Tardy yang mempunyai vokal paling inhuman - tiada unsur-unsur kemanusiaan langsung di dalam vokalnya. Vokal beliau seperti kerbau jantan yang sedang naik angin, mendengus, bermata merah dan bersedia untuk menanduk siapa saja yang mencabar. Hingga sekarang memang tiada tandingnya vokal beliau.
Menariknya, vokal beliau dinyanyikan tanpa lirik. Apa yang dinyanyikan? Ikut kesesuaian bunyi. Ada yang boleh didengar dengan jelas - banyaknya tidak difahami apa sebutan. Seperti biasa ia bukan masalah. Apa bunyi, dan bagaimana bunyi vokal itu diadun di dalam lagu yang lebih menjadi fokus. Memang fokus dalam album ini adalah vokal John Tardy. Muziknya memang sekadar pengiring, berat dengan chord gitar malas. Gitarnya berdistortion kuno tetapi berat, berkarat dan mempunyai bau hangit. Ia menyesakkan pernafasan juga mengeluarkan nanah dari telinga. Maka kesesuaiannya adalah dengan riffs yang berat tetapi mudah. Jika terlampau teknikal - sudah tentu ia akan menyebabkan hilangnya fokus.
Cover album yang selekeh seolah-olah dilukis oleh pelajar seni yang mendapat CGPA bawah 2.00 semasa pengajiannya memberikan ekspresi yang dalam. Ia memberikan petunjuk kepada apa yang dibawanya iaitu sesuatu yang mengerikan dan meremangkan bulu roma. Ini kerana perasaan begitu bukanlah indah dan pastinya ia akan bercanggah dengan isinya andaikata cover album cantik dan artsy.
Pengkritik meletakkan album ini sebagai satu turning point dalam sejarah muzik Death Metal dan ramai yang bersetuju termasuklah saya. Death Metal yang selekeh, mengerikan dan busuk pastinya akan mendasarkan sokongan mereka kepada album ini. Setakat ini memang tiada tandingannya. Bak kata filem Melayu, "... tapi suara John Tardy tetap menjadi pojaan hatiku!"

Tuesday, February 08, 2011
Ulasan: DIMMU BORGIR Enthrone Darkness Triumphant CD
Nuclear Blast bijak mengintai mereka. Setelah berjaya meletakkan asas yang kukuh melalui dua album sebelumnya, masanya telah tiba untuk mereka dilamar. Strategi Dimmu Borgir juga tepat, menyanyikan kesemua lagu di dalam album ini dengan English (sebelumnya Norwegian). Audiens yang besar memerlukan medium bahasa yang lebih global.
Album ini secara amnya, melonjakkan nama Dimmu Borgir. Dan mereka layak. Susunan lagunya kemas. Produksinya tip-top. Ia selama-lamanya membahagikan muzik Black Metal kepada dua generalization yang besar; Black Metal yang percaya kepada produksi yang minimal dan Black Metal yang percaya kepada produksi state-of-the-art.
Dimmu Borgir seperti yang dikenali ramai mencampurkan instrumen hakiki Metal iaitu gitar yang keras dan berkerak dengan kelembutan synth dan keyboards. Kombinasi ini dari segi sejarahnya memberi kesan baik ataupun buruk. Nyata, ia digunakan dengan baik sekali untuk album ini. Lagu pembuka, Mourning Palace dimulakan dengan kelembutan keyboards sebelum dibantu oleh gitar dan lainnya sekira-kira vokal memulakan peranan. Pada lagu-lagu yang lain antaranya In Death's Embrace dan Entrance; keyboards lebih memainkan peranan dan menggantikan gitar pada beberapa bahagian penting.
Sambutan amat menggalakkan. Album ini meloncat ke tangga ke-3 di carta muzik German. Dan kesannya kepada muzik Black Metal lebih dari itu, Dimmu Borgir mula menjadi inspirasi kepada banyak band yang mengadunkan keyboards di dalam komposisi lagu mereka. Jika ada yang ragu-ragu dengan album Dimmu Borgir yang lain pastinya tidak akan berperasan begitu dengan album ini.

Sunday, January 30, 2011
Ulasan: SABBAT Dreamweaver CD
Ada dua band dengan nama yang sama. Satu di Jepun dan satu lagi di UK. Yang ini, dari UK. Sebuah band Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1985, sempat merilis 3 buah album dan akhirnya berpecah dengan dua anggotanya meneruskan karier dalam muzik (agak berjaya). Martin Walkyier meneruskan bakat menyanyi beliau dengan band folk metal bernama Skyclad sementara gitaris Andy Sneap menjadi produser album Metal yang hangat sekarang ini.
Jika kita meneliti sejarah muzik Thrash Metal di UK, tidak banyak band yang boleh dikatakan menonjol. Yang terlintas di kepala Acid Reign, Onslaught dan Xentrix. Nyata, Sabbat lebih kuat dari segi ingatan mahupun pengaruhnya.
Dreamweaver adalah merupakan album kedua selepas album History Of A Time To Come yang mengerikan dengan mesej pro-syaitan yang agak deskriptif - sesuai dengan keupayaan penulisan lirik British oleh Martin. Album tersebut walaupun bait-bait liriknya disulam dengan baik tetapi agak kurang dari segi produksi.
Mengharapkan rilisan yang lebih baik dari segi produksi, saya agak kecewa. Dreamweaver seolah-olah makin buruk produksinya. Butiran note gitar yang dipetik begitu mendap dan sukar untuk dinotakan terutamanya apabila drum menjadi laju dan kuat serta rangkap menjadi pantas.
Walaupun begitu, dari segi struktur lagu dan idea, album ini bolehlah dikatakan sebagai klasik. Meninggalkan konsep kesyaitanan, Sabbat mengambil inspirasi dari novel "The Way of Wyrd: Tales of an Anglo-Saxon Sorcerer" yang dirungkai menjadi lirik yang sangat tinggi kualitinya dari segi nahu mahupun ungkapannya - hasil kerja Martin, begitu cantik menghiasi riffs yang disediakan oleh gitaris Andy dan Simon Jones. Landskapnya di zaman dongeng dan panglipurlara yang muziknya diadaptasi dengan baik sekali. Ingat, ini album Thrash Metal - bukannya Power Metal. Konsep yang sukar untuk dinatijahkan tetapi berjaya dilakukan oleh Sabbat.
Album remaster ini menampilkan beberapa buah lagu live. Terbukti Martin boleh menyanyikan lagu-lagu di dalam album - walaupun lelah di beberapa tempat. Martin menyanyi dengan kepantasan rapping dan ini memerlukan tenaga dalaman yang luarbiasa.
Friday, January 21, 2011
Ulasan: MASSACRE From Beyond CD
Gabungan Rick Rozz, Terry Butler dan Bill Andrews pernah membantu Death dalam usaha Chuck Schuldiner untuk betul-betul mendifinisikan genre Death Metal selepas album seminal Scream Bloody Gore. Dan mereka berjaya dengan album Leprosy. Apabila Rick Rozz keluar (atau dikeluarkan) pada album Spiritual Healing, dua pemuda yang tinggal memberikan kerjasama yang terbaik untuk album tersebut. Bantuan mereka menjadi ironi apabila untuk album seterusnya, kedua-dua mereka pula dikeluarkan. Itu adalah metod Chuck - dan sememangnya beliau berjaya dengan metod tersebut.
Ketiga-tiga pemuda ini, walaupun tidak puashati, itu tidak mematahkan semangat mereka. Malah mereka menggiatkan lagi penglibatan mereka dalam Massacre - sebuah band yang sudah ditubuhkan lama (1984) tetapi kurang bergerak secara positif. Tiga buah demo hanya tinggal sebagai demo. Hanya apabila ketiga-tiga alumni Death ini dikeluarkan maka barulah album Massacre akhirnya dirilis pada tahun 1990.
Samada setuju atau tidak, Massacre menerima tempias Death dalam komposisi lagu mereka. Ia adalah seperti album antara Leprosy dan Spiritual Healing, yang mana jalan lurus Death Metal diluruskan lagi yang Chuck Schuldiner agak berbeza pendapat. Bunyi gitar Rick Rozz juga lebih metallic - berpasir dan berat (menjadi idola band Death Metal dari Ipoh antaranya Necrotic Chaos dan Langsuyr satu ketika dahulu). Riffsnya banyak menggabungkan Death dan Thrash Metal. Drummingnya pula Death Metal autentik - tiada blast beat yang sudah terlebih guna dewasa ini.
Rilisan kembali ini menawarkan juga artwork kulit album dengan latar belakang berwarna biru (asal - merah). Ditambah dengan lagu-lagu dari Inhuman Condition EP (1992). Alangkah baiknya jika komentari dari ahli band ataupun jurnalis mengenai sejarah album ini disertakan bersama. Sekurang-kurangnya peminat lama dapat mengimbas kembali dan peminat baru dapat mengetahui sejarah Massacre.
1. Dawn Of Eternity 5:11
2. Cryptic Remains 4:52
3. Biohazard 4:41
4. Chamber Of Ages 4:50
5. From Beyond 4:28
6. Defeat Remains 4:17
7. Succubus 3:02
8. Symbolic Immortality 3:39
9. Corpse Grinder 3:20
10. Inhuman Condition 5:40
11. Plains Of Insanity 4:48
12. Warhead 5:16 (Venom cover with Cronos on vocals)
13. Provoked Accurser 5:16
Thursday, December 30, 2010
Ulasan: DEATH Individual Thought Patterns CD
Jika diselak diskografi DEATH, album ini seolah-olah dilupakan. Jarang sekali peminat Death menyebut nama album ini. Sebabnya saya kurang pasti. Yang pasti, pada saya, ini adalah album yang cemerlang. Saya letakkan ianya dibawah dalam lingkungan 3 album terbaik Death.
Sedangkan kewibawaan album ini diiktiraf oleh Metal-Rules.com sebagai antara album yang cemerlang. Majalah Guitar Player pun bersetuju dengan meletakkan album ini antara 20 album gitar-metal terbaik.
Cuma mungkin ada sedikit bias dari pihak saya. Saya adalah peminat gitaris Andy LaRocque yang menjadi gitaris utama untuk album ini. Andy LaRocque lebih dikenali sebagai gitaris yang setia di dalam King Diamond. Saya menyukai solo beliau yang bermelodik dan pantas itu. Selalunya saya akan mengambil masa sedikit untuk mendengar solo-solo beliau dengan cara pasang-ulang, berkali-kali.
Namun saya bersangka bahawa di dalam album ini, Andy sekadar meletakkan gitar solo saja. Yang selainnya dimainkan sepenuhnya oleh Chuck. Jadi, bias saya tiada pemberat. Ini memang album yang cemerlang!
Album ini dibuka dengan Overactive Imagination yang cemerlang. Riffnya adalah pesta Metal, melelehkan air liur yang disulam dengan silat Gene Hoglan di belakang drum dan ulitan bass yang kompleks oleh Steve Digiorgio. Solo Andy dalam lagu ini adalah TERBAIK!
In Human Form lebih santai pada mulanya tetapi sebaik saja Chuck membuka muluk, ia menjadi lagu yang mendebarkan dari segi riffs gitar dan hentakan padu drum Gene. Mendengar larian bass Steve meremangkan bulu roma. Solo Andy juga TERBAIK!
Jealousy adalah lebih teknikal walaupun tidak sepantas lagu pertama. Ini memaparkan kreativiti Chuck dalam mencanai riff yang jazzy kedalam muzik ekstrim Metal. Bahagian breaknya cantik dengan bass yang sengaja dikuatkan untuk lebih meremangkan bulu roma.
Begitulah seterusnya hingga lagu ke-10. Album ini dipenuhi dengan riffs yang mengancam dan susunan muzik yang sangat kompleks yang menyebabkan mereka yang sudah mempunyai band jamming menarik rambut kegeramaan. Kreativiti Chuck begitu menyerlah sekali dalam album ini.
TERBAIK!

- "Overactive Imagination" – 3:28
- "In Human Form" – 3:55
- "Jealousy" – 3:39
- "Trapped in a Corner" – 4:11
- "Nothing Is Everything" – 3:16
- "Mentally Blind" – 4:45
- "Individual Thought Patterns" – 4:00
- "Destiny" – 4:04
- "Out of Touch" – 4:19
- "The Philosopher" – 4:10
Thursday, December 02, 2010
Ulasan: KREATOR Extreme Aggression CD
KLASSIK!!!
Antara album paling kuat pengaruh kepada pergerakan muzik Thrash Metal di negara kita. Tiada penafian lagi.
Semasa rilisnya album ini, cover depan menjadi kegemaran mereka yang berbakat melukis, untuk melukis baju dengan tangan semata-mata; bukan silkscreen ataupun printing. Free hand!
Baju hitam, beg sekolah, topi dan mana-mana kain yang boleh dibuat pakaian, biasanya tidak lekang dengan logo Kreator.
Umumnya, album Endless Pain dan Pleasure to Kill juga boleh dikatakan sebagai album klasik Kreator, namun seperti yang saya katakan tadi, pengaruhnya, sekurang-kurangnya di Malaysia amat kuat. Ditambah dengan produksi album yang lebih mantap dan kualiti lagu-lagu yang ditawarkan adalah lebih bervariasi jika dibandingkan dengan kedua-dua album yang disebutkan tadi.
Album ini secara umumnya adalah kesinambungan dari album Terrible Certainty yang teknikal dan tidak straight-forward seperti dua album yang pertama. Nampak sungguh skil permainan instrumen masing-masing dah bertambah. Juga, ini adalah album yang mana buat pertama kali, drummer, Ventor, tidak menyumbangkan suaranya pada mana-mana lagu (dalam album Terrible Certainty, cuma satu lagu je). Memang patut pun. Beliau kena beri perhatian yang lebih kepada permainan drum disebabkan tambahnilai teknikaliti album ini.
Liriknya? Anti-establishment. Memang rebel!
Apabila kita terfikir tentang Kreator, pastinya album ini yang mula-mula terbayang di kepala. Sekurang-kurangnya, untuk mereka yang sudah berThrash-Metal pada masa album ini dirilis pada tahun 1989.
1. "Extreme Aggression" – 4:44
Riff 'ulat' yang hebat. Jari-jemari akan menyusuri neck gitar dengan pantas. Drum yang berdentum dan vokal yang keras. Penuh dengan kemarahan. Lagu yang perfect untuk sesi mengThrashing-Metal dan juga apabila kita rasa nak menengking seseorang.10/10
2. "No Reason to Exist" – 4:37
Satu lagi lagu yang terbaik. Satu perkara: intermission ketika solo gitar untuk setiap lagu Kreator dibuat dengan begitu baik sekali, memberi peluang kepada pendengar untuk melonjak kegembiraan mendengar riff gitar yang padu. Serupa dengan lagu ini. 10/10
3. "Love Us or Hate Us" – 3:42
Sebelum George Bush mengatakan: with us or against us, Kreator telah mula menggunakannya. Mungkin Bush mendengar lagu ini ketika zaman muda beliau. Namun intipati liriknya berbeza. Ia berkaitan dengan muzik yang diminati dan diperjuang oleh Kreator. Hang tak suka, hang boleh belah (ikut terjemahan Thrasher Penang). 10/10
4. "Stream of Consciousness" – 3:53
Lagu yang kurang menarik mungkin kerana kurang teknikaliti. Kurang mencengkam tetapi tak perlu diloncat untuk lagu seterusnya. 8/10
5. "Some Pain Will Last" – 5:39
Green technology? Sustainability? Lama dah Kreator perjuangkan, at least, dalam lirik lagu ni. Lagunya, memang best walaupun temponya diperlahankan. 10/10
6. "Betrayer" – 3:59
Ada band Malaysia otai yang bernama Betrayer, tau tak? Kenapa? Sebab lagu ni memang tendang buntut (kick ass). Seperti lagu Extreme Aggression, ia dipenuhi dengan riffs 'ulat' dengan jari-jemari menari di atas neck gitar. Perkataan Betrayer disebut dengan penuh semangat dan kebencian. Memang lagu ini maki hamun kepada mereka yang dibenci. Rasanya sesuai untuk mereka yang kerja dalam pejabat hehehe... 10/10
7. "Don't Trust" – 3:43
Meneruskan elemen rasa tidak percaya kepada manusia (memang kadang-kadang perlu ada perasaan begini), lagu ini mengisahkan perasaan rakyat marhaen berkolar biru, yang tidak dipedulikan. Mungkin dipedulikan - tetapi hanya selepas perkara yang "lebih" penting diselesaikan. Menyebabkan, perasaan kebencian dan ketidakpercayaan makin menebal. Habis tu, kalau semua tak boleh dipercayai, siapa lagi? Percaya diri sendiri! 10/10
8. "Bringer of Torture" – 2:15
Pedophilia atau kedurjanaan bapa makan anak. Memang patut kena ada lagu macam ni lebih-lebih lagi sekarang banyak kes. Namun begitu, lagu ada kureng sikit. 8/10
9. "Fatal Energy" – 4:57
Sesuai sebagai lagu terakhir, ianya tidak terlampau hebat maupun terlampau boring. Sesuai untuk menamatkan sesuatu kisah. 8/10

Sunday, November 28, 2010
Ulasan: SAXON Power And The Glory CD
Antara album Heavy Metal yang pertama aku dengar ketika berumur 10 tahun.
Dan antara sebab saya menjadi peminat genre ini, dan juga SAXON.
Ia begitu sebati. Lagu yang tak berapa sedap pun menjadi sedap. Zaman dulu, memiliki album dalam bentuk kaset adalah suatu kemewahan. Bukan senang dan sebagai pelajar sekolah rendah, banyak mana kaset yang boleh dibeli. Sekarang lain - ada mp3.
Untuk itu, setiap kaset didengar berulang-ulang. Yang tak sedap pun jadi sedap.
Tapi itu bukan alasan kenapa album ini sedap. Kerana memangpun ianya sedap. Sound yang betul-betul heavy ikut standard zaman tu. Bunyi gitar Graham Oliver dan Paul Quinn yang keras, berkerak dan berkarat. Paluan drum Nigel Glockler yang padu dengan iringan bass Steve Dawson. Ah, nak cerita apa lagi tentang vokal Biff Byford yang legend? Suara beliau memang unik dan begitu British kita boleh mendengarnya hanya dengan mendengar tiupan nafas beliau.
1. "Power and the Glory" 5:57
Gila semangat ini lagu. Rasa nak melonjak dari kerusi dan melontarkan kedua-dua tangan ke udara sambil menyanyikan bersama korus! Riff mula sekali dengar macam 2 Minutes To Midnight (IRON MAIDEN) tetapi riff ni lagi kencang (sori peminat IRON MAIDEN - SAXON menang dalam hal ini).
2. "Redline" 3:38
Bunyi pinching (satu teknik memetik gitar) dalam riff utama lagu ini membuatkan kita mengenyit sebelah mata tanda kesedapan.
3. "Warrior" 3:47
Lagu paling bestest! Riffnya berat dan notenya seperti tanda-tanda muzik Death Metal. Motif liriknya pun menambahkan semangat mendengar lagu ini. Muzik semangat tambah lirik mengenai pahlawan yang mahu menakluki sesebuah kawasan - tak tau apa lagi jenis muzik yang boleh menaikkan adrenalin seperti lagu ini.
4. "Nightmare" 4:25
Tiga lagu berat sebelumnya, maka sesuai sangat diturunkan sedikit adrenalin. Lagu yang lebih slow tetapi tidak meninggalkan beratnya. Saya suka sangat bunyi gitar dalam album ini. Melekat setiap notenya. Lemak dan berkrim.
5. "This Town Rocks" 3:58
"This is rock n roll!" kata Ozzy. Heavy Metal adalah asasnya rock n roll. Jadi tidak hairan, rock n roll dijadikan tema dalam lagu ini. Cuma ini adalah rock n roll dengan berat berkilo-kilo. Intro drum double paddle sudah cukup untuk menggegarkan jantung.
6. "Watching the Sky" 3:43
Riff intro best, macam lagu pertama. Rasa mahu sekarang juga plug gitar kepada amplifier dan memainkan riffs ini. Korus yang lembut, bermelodik tetapi menggesa kita menggoyangkan bahu sambil menyanyikan bait lirik bersama.
7. "Midas Touch" 4:13
Aduh... album ini adalah pesta riffs! Satu lagi riffs yang menusuk ke kalbu. Bermula dengan riffs yang meleleh, disambut dengan plucking gitar ketika Biff menyanyikan bait liriknya. Kena dengan motif liriknya, penyesalan Midas yang mahukan kekayaan dunia - moralnya - jangan tertipu dengan dunia.
8. "The Eagle Has Landed" 6:56
Lagu feveret SAXON yang dimainkan selalu dalam sesi live mereka. Ianya bluesy, rileks (dalam ruang lingkup Heavy Metal - bukan Kenny G). Bermula dengan perlahan tetapi berakhir dengan peluh menitik di dahi - so heavy dan bluesy.
Tuesday, November 17, 2009
Ulasan: MIDAS TOUCH Presage of Disaster CD
Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.
------------------------------------------------------------------
[23/30]
Kalau cari info mengenai band ni, memang tak jumpa yang in-depth. Takat gitu-gitu je. CD yang dijual di pasaran pun mahal maklumlah benda susah nak dapat. Lagipun cuma ada satu pressing je yang wujud. Itulah pressing Noise Records (Germany). Untung aku dapat dengan harga yang 4 kali lagi murah dari harga pasaran di eBay. Tips di eBay, kena sabar.
MIDAS TOUCH adalah sebuah band technical Thrash Metal dari Sweden. Presage of Disaster adalah satu-satu je album dari band ni pada tahun 1989. Itu yang aku pelik. Memanglah pada tahun 1989 gelombang Thrash Metal telahpun malap dan diganti dengan gelombang Death Metal tapi album ini adalah berbeza dengan yang lain.
Ahli-ahli MIDAS TOUCH selain dari vokalis dan bassistnya lenyap tanpa dikesan. Vokalisnya selepas MIDAS TOUCH buat band Misery Loves Co. pun lenyap. Begitu juga dengan bassistnya. Dah fedap mungkin?
Yang membuatkan album Presage Of Disaster ni klasik ialah cara susunan muzik dan pattern gitarnya yang teknikal. Ada iras-iras macam Death Metal yang laju-laju sekarang cuma sound gitar yang thrashy. Aku mula suspek pattern yang Deicide gunakan untuk album-album mereka tu ada inspirasinya dari MIDAS TOUCH (mungkin tidak).
Teknikaliti muzik Thrash Metal album ni boleh la dikatakan diambil inspirasi dari MEGADETH Killing is My Business dan Peace Sells... dan FAITH OR FEAR mungkin? Tapi album FAITH OR FEAR (Punishment Area) di rilis pada tahun yang sama. Mungkin kebetulan. Lagipun Punishment Area gagal dari segi elemen kesegaran.
Konsep lirik mereka adalah rebellious dan bersifat politikal. Contohnya lirik Forcibly Incarcerated menceritakan tentang pesakit Mental yang disumbat ke dalam asylum. Sinking Censorship dan True Believers Inc. pula adalah protes mereka terhadap fenomena censorship (gam di Malaysia) yang hebat ketika itu yang dipelopori oleh PMRC di US (aku percaya di Sweden juga ada isu yang sama). When The Boot Comes Down adalah mengenai sistem undang-undang tangkap-seksa sementara lagu-lagu seterusnya adalah protes politik.

Pujian untuk album ini sudah semestinya diberikan kepada susunan lagu Thrash Metal yang teknikal dan menyegarkan ketika itu tatkala gelombang Thrash Metal sudah mula malap. Dan kalau tak salah ketika itu Sweden sudah menggegarkan scene Metal dunia dengan gelombang Swedish Death Metal. MIDAS TOUCH adalah one-of-a-kind mungkin di Sweden. Dan sifat one-of-a-kind ini jugalah yang mungkin menyebabkan kematian mereka. Mana boleh nak hidup sorang-sorang, kan?
1. The Arrival 01:10
2. Forcibly Incarcerated 03:57
3. Sinking Censorship 03:46
4. When the Boat Comes Down 04:21
5. True Believers Inc. 03:27
6. Reminiscence 01:20
7. Sepulchral Epitaph 04:03
8. Lost Paradise 01:16
9. Acessory Before the Fact 05:31
10. Aceldalma - Terminal Breath 03:55
11. Subhumanity (A New Cycle) 02:46
Total playing time 35:32
------------------------------------------------------------------
[23/30]
Kalau cari info mengenai band ni, memang tak jumpa yang in-depth. Takat gitu-gitu je. CD yang dijual di pasaran pun mahal maklumlah benda susah nak dapat. Lagipun cuma ada satu pressing je yang wujud. Itulah pressing Noise Records (Germany). Untung aku dapat dengan harga yang 4 kali lagi murah dari harga pasaran di eBay. Tips di eBay, kena sabar.
MIDAS TOUCH adalah sebuah band technical Thrash Metal dari Sweden. Presage of Disaster adalah satu-satu je album dari band ni pada tahun 1989. Itu yang aku pelik. Memanglah pada tahun 1989 gelombang Thrash Metal telahpun malap dan diganti dengan gelombang Death Metal tapi album ini adalah berbeza dengan yang lain.
Ahli-ahli MIDAS TOUCH selain dari vokalis dan bassistnya lenyap tanpa dikesan. Vokalisnya selepas MIDAS TOUCH buat band Misery Loves Co. pun lenyap. Begitu juga dengan bassistnya. Dah fedap mungkin?
Teknikaliti muzik Thrash Metal album ni boleh la dikatakan diambil inspirasi dari MEGADETH Killing is My Business dan Peace Sells... dan FAITH OR FEAR mungkin? Tapi album FAITH OR FEAR (Punishment Area) di rilis pada tahun yang sama. Mungkin kebetulan. Lagipun Punishment Area gagal dari segi elemen kesegaran.
Konsep lirik mereka adalah rebellious dan bersifat politikal. Contohnya lirik Forcibly Incarcerated menceritakan tentang pesakit Mental yang disumbat ke dalam asylum. Sinking Censorship dan True Believers Inc. pula adalah protes mereka terhadap fenomena censorship (gam di Malaysia) yang hebat ketika itu yang dipelopori oleh PMRC di US (aku percaya di Sweden juga ada isu yang sama). When The Boot Comes Down adalah mengenai sistem undang-undang tangkap-seksa sementara lagu-lagu seterusnya adalah protes politik.
Pujian untuk album ini sudah semestinya diberikan kepada susunan lagu Thrash Metal yang teknikal dan menyegarkan ketika itu tatkala gelombang Thrash Metal sudah mula malap. Dan kalau tak salah ketika itu Sweden sudah menggegarkan scene Metal dunia dengan gelombang Swedish Death Metal. MIDAS TOUCH adalah one-of-a-kind mungkin di Sweden. Dan sifat one-of-a-kind ini jugalah yang mungkin menyebabkan kematian mereka. Mana boleh nak hidup sorang-sorang, kan?
1. The Arrival 01:10
2. Forcibly Incarcerated 03:57
3. Sinking Censorship 03:46
4. When the Boat Comes Down 04:21
5. True Believers Inc. 03:27
6. Reminiscence 01:20
7. Sepulchral Epitaph 04:03
8. Lost Paradise 01:16
9. Acessory Before the Fact 05:31
10. Aceldalma - Terminal Breath 03:55
11. Subhumanity (A New Cycle) 02:46
Total playing time 35:32
Labels:
1entry=1hari =1Malaysia,
KLASSIKKK,
Ulasan
Tuesday, August 18, 2009
Ulasan: FLOTSAM & JETSAM No Place For Disgrace CD
Kekuatan album ini sangat bergantung kepada kekuatan melodi rhythm gitarisnya Edward Carlson dan Michael Gilbert. Padu dan melodik. Ditambah dengan suara Eric AK yang mempunyai tone yang strong. Beliau memang boleh menyanyi. Bukan setakat sekadar menjerit malah boleh mencapai pitch yang tinggi tanpa hilang tune. Pada aku ini elemen yang sangat kritikal pada masa itu. Lambakan band Thrash Metal yang subpar, dengan melodi plagiat dan vokal yang tak kena menyebabkan scene Thrash Metal pada masa tu menjadi tepu.
Album ini konsisten dengan lagu-lagu yang menarik. Takde lagu filler. Kalau ada pun mungkin cover lagu Elton John, Saturday Night's Alright for Fighting, yang seolah-olah tak masuk frame album ni. Kenapa FLOTSAM & JETSAM memilih lagu ini untuk dimasukkan ke dalam album tak dapat nak dijawab. Namun tolak lagu tersebut, album ni memang konsisten.
FLOTSAM & JETSAM di dalam album ini bijak meletakkan part Thrash Metal dengan part slow intermediate di dalam lagu-lagunya. Kena sungguh. Menjadikan lagu-lagunya konsisten dan flow jadi cantik. Untuk itu kena dengar lagu No Place for Disgrace, Dreams of Death, Escape From Within dan Misguided Fortune.
Juga, jangan lupa untuk beri perhatian lebih kepada double lead guitar solo dari Michael dan Edward. Sedap sungguh!
1. "No Place for Disgrace"– 6:13
2. "Dreams of Death" – 5:39
3. "N.E. Terror" – 5:57
4. "Escape from Within"– 6:47
5. "Saturday Night's Alright for Fighting" – 3:52
6. "Hard on You"– 4:50
7. "I Live You Die" – 5:49
8. "Misguided Fortune" – 5:41
9. "P.A.A.B." – 5:32
10. "The Jones" – 4:07
Monday, August 10, 2009
Ulasan: VOIVOD Nothingface CD
Now, Nothingface is something different. Berbeza dengan 4 album sebelumnya. Bayangkan macamana pening kepala nak absorb muzik 'pelik' camni. Bertambah pelik, boleh pulak aku terima. Ni aku cerita masa tu, bukan sekarang.
Aku rasa, yang Metal dalam album ni cuma double bass drum je. Lain-lain dah tak Metal. Prog rock mungkin? OK, kita tinggalkan bab genre. Tak habis bila bicara genre untuk album ni.
Kriteria album ni: Vokal tidak menyanyi juga tidak growl. Rap dengan melodi? Mungkin. Gitar tidak guna power chord tetapi lebih kepada minor chord dan banyak memetik tali-tali di bawah. Drum Metal habis. Bass dengan distortion. Yang nyata, memang susah nak categorized.
Tapi asas pada album ni mungkin terlalu obvious apabila mereka mengkover PINK FLOYD Astronomy Domine. Tajuk lagu pun jadi pelik dan mungkin spacey sikit. Science fiction mungkin?
Apapun, album ni memang outstanding la masa rilis time tu. Eksperimental dan genre-bending. Mungkin bukan untuk santapan umum namun ini merupakan album VOIVOD paling berjaya, menduduki carta Billboard pada tangga 114 ketika rilisnya. Mungkin kepelikan itu boleh ditujukan kepada mat Metal. Nevertheless, VOIVOD telah mengorak langkah yang tak ramai berani memulakannya. Antara album tersohor dalam scene Metal dulu kini dan selamanya.
1. "The Unknown Knows" – 5:55
2. "Nothingface" – 4:14
3. "Astronomy Domine" (Barrett) – 5:30 (Pink Floyd cover)
4. "Missing Sequences" – 5:50
5. "X-Ray Mirror" – 4:28
6. "Inner Combustion" – 3:48
7. "Pre-Ignition" – 5:12
8. "Into My Hypercube" – 5:04
9. "Sub-Effect" – 4:30
The Unknown Knows
Astronomy Domine
Sunday, July 05, 2009
Ulasan: RATT Dancing Undercover CD
Album Dancing Undercover tersemat di hati disebabkan ianya adalah album pertama RATT yang aku miliki sekitar tahun 1987 dahulu. Ya, seperti lazimnya, kaset original. Death to pirates!
Mungkin otai-otai akan mengatakan bahawa album sebelumnya Out Of The Cellar dan Invasion of the Privacy adalah lebih baik dari yang ini. Aku, beg to differ. Kedua album itu memang ada kuatnya terutama lagu klasik seperti Round And Round, Wanted Man, You're In Love namun album Dancing Undercover lebih konsisten. Dan produksi yang lebih baik.
Suara Stephen Pearcy juga memainkan peranan yang penting yang menyebabkan RATT outstanding dari lambakan band glam ketika itu. Suara beliau adalah gabungan suara lelaki dan wanita. Sesuai sangatlah dengan konsep glam yang dimainkan. Kalau terlampau wanita, bunyi mengada-ngada (tetapi MOTLEY CRUE berjaya dalam hal ini). Kalau terlampau lelaki, tak berapa glam la pulak.
Lirik tak payah pikir panjang. Pasal awek, pasal dominasi lelaki terhadap wanita dengan taburan janji yang melampau. Kalau tengok cerita teenager tahun 80an, itulah intipati lirik RATT. No brainer kata orang. Ketika itu siapa yang kisah dengan politik, masalah alam sekitar ataupun ideologi. Semuanya hanya kerana rock n roll!
1. "Dance" (Pearcy, Crosby, Demartini/Hill) – 4:17
2. "One Good Lover" (Pearcy, Crosby) – 3:06
3. "Drive Me Crazy" (Pearcy, Crosby, Demartini, Blotzer) – 3:42
4. "Slip of the Lip" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:15
5. "Body Talk" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:44
6. "Looking for Love" (Pearcy, Crosby, Croucier) – 3:09
7. "Seventh Avenue" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:11
8. "It Doesn't Matter" (Pearcy, Croucier) – 3:08
9. "Take a Chance" (Pearcy, Demartini, Croucier) – 4:00
10. "Enough Is Enough" (Pearcy, Crosby, Demartini/Croucier) – 3:23
Dance
Slip Of The Lip
Sunday, May 03, 2009
Klassik!!! KING'S X Ear Candy (1996)
Pengalaman pertama aku bersama KING'S X mungkin ketika aku balik sekolah. Singgah sebentar di kedai buku/majalah dan membelek majalah Metal Hammer dan Kerrang! Sekitar tahun 1989/1990 mungkin.Doug Pinnick, vokal/bass menarik perhatian aku. First of all, dia seorang African American. Ye lah, masa tu nak jumpa AA dalam majalah Metal memang sukar. Metal seolah-olah exclusive Caucassian. Dan paling menarik, stail rambut dia tu (lihat gambar bawah). Zaman remaja dan otak rebellious; stail Doug ni memang menarik. Walaupun tak pernah dengar lagi lagu macam mana. Nak dengar macam mana, bukan ada internet masa tu. Kaset pun takde jual, hatta yang cetak rompak pun.
Mesti kena cari album KING'S X macam ni, dalam fikiranku...
KING'S X ni sebenarnya bukanlah band Metal walaupun mereka pernah bersama dengan Metal Blade Records dan banyak terpampang dalam majalah-majalah Metal terkenal. Sebaliknya, mereka ni memainkan konsep progresif rock yang mungkin lebih berat jika dibandingkan dengan band progresif rock yang lainnya.
Walaupun Doug merupakan vokalis utama namun dua yang lainnya juga mempunyai suara yang merdu dan ini terbukti, mereka juga menjadi vokalis utama untuk beberapa buat lagu. Mungkin kerana lebih mudah untuk memainkan gitar bass dan menjadi vokalis, menjadikan Doug penyanyi untuk kebanyakan lagu.
Ear Candy, sesuai dengan tajuknya sememangnya halwa telinga. Lagu-lagu yang merdu dan well-executed. Mungkin kurang tahap 'progresif'nya tetapi bukan juga seperti lagu-lagu di dalam radio mainstream.
Kalau anda hendak mencuba KING'S X, maka inilah album yang patut anda mulakan.
1. "The Train" – 3:08
2. "(Thinking and Wondering) What I'm Gonna Do" – 3:41
3. "Sometime" – 3:47
4. "A Box" – 4:39
5. "Looking for Love" – 2:58
6. "Mississippi Moon" – 3:11
7. "67" – 4:41
8. "Lies in the Sand (The Ballad Of...)" – 3:53
9. "Run" – 3:27
10. "Fathers" – 3:21
11. "American Cheese (Jerry's Pianto)" – 2:54
12. "Picture" – 5:34
13. "Life Going By" – 4:04
(yang dibold tu lagu yang menarik pada hemat aku)
All songs written by Pinnick, Tabor and Gaskill.
Maaf kat youtube yang ada cuma live version je. Nevertheless, A BOX is a very nice song (versi live ni extended mid section dengan tambahan instrumental)
Monday, March 09, 2009
CROMOK Image Of Purity demo 1990
Diorang punya hype masa tu, student kat Australia buat album thrash. Gua dah thrash dah masa tu even sebelum masuk MRSM lagi. Itu sebab nick gua kat MRSM ialah Thrash @ Thrasher. Tapi sebab kejahilan budak-budak masa tu, selalu tulis nick gua as Trash. Ada beza tu woooo... Gua selalu betulkan ejaan mereka.
Cuma bila gua selidik dengan senior thrasher @ mat underground kat KL, CROMOK ni kira asing. Sebab? CROMOK tak pernah join mat underground kat sana. Nak join camana, depa kat Australia ye dak?
Macam-macam la diorang kata pasal CROMOK ni. Gua tak korek dalam-dalam. Tapi sure best punya dengar real story masa tu. Apsal mat underground tak suka CROMOK dan kenapa CROMOK jadi lone ranger?
Mungkin tanpa sedar ia memberi inspirasi dan idea kepada gua untuk meng'timur'kan band gua masa tu, LANGSUYR. Ye lah, zaman tu (awal 90an), Metal underground tempatan banyak copy dari Barat. Bunyi kasar sikit ye tak? Tapi begitulah realiti masa tu. Cuma gua push sikit boundary tu dengan lirik Melayu dalam lagu Tangisan Embun Pagi. At the same time, SIL KHANNAZ pun keluarkan Pendita Gila yang berbahasa Melayu. As Sahar pulak merilis album berkonsepkan mistik Melayu.
Ya mereka merilis sebuah demotape dengan tajuk yang sama. Demotape inilah yang memikat syarikat rakaman VSP untuk merilis album mereka di Malaysia.
Menuju kepada maksud artikel ini. Gua memiliki demotape Image Of Purity. Bukan dari rakyat Malaysia tapi rakyat Australia. Ditanya kepada penjual samada beliau mengenali CROMOK secara personal atau tidak, beliau menjawab tidak. Tetapi beliau mengingati CROMOK sebagai sebuah band yang sangat bagus persembahan live mereka di sekitar litar-litar persembahan di Sydney ketika itu.
Namun begitu, malang juga bagi gua. Gua takde kaset player hahaha... So gua tak boleh nak dengar demotape ni. Sound macamana? Produksi macamana? Ada beza tak lagu dalam demotape ni dengan lagu dalam album (senarai lagu sama je)? Macam-macam persoalan yang tak terjawab.
Ini khazanah negara ni. Demotape ni dicetak tahun 1990, bermaksud dah umur 19 tahun tape ni. Kalau baby, dah jadi teruna/anak dara. Kalau Muzium Negara nak, gua boleh bagi.
Wednesday, January 14, 2009
ANTHRAX Among The Living CD
Malangnya scene Thrash Metal di Ipoh ketika itu (late 80s - early 90s) kurang bagi perhatian kepada band Thrash Metal US. Yang ada cuma Metallica, other than that, nothing else. Mungkin masa tu, German Thrash Metal lebih popular i.e. Kreator, Destruction dan Sodom.
Tapi aku peminat ANTHRAX sungguh ketika itu. Dengan topi, even pakai seluar beach takat lutut tu. Seorang senior tolak printed shirt ANTHRAX gambar kartun bandboys masa tu, aku pakai dengan bangganya masa daftar kat MRSM Muar nak masuk Form 4 (1991). Mungkin for that reason, aku dapat nickname "Thrash".
Anyway, Among The Living adalah album tersohor ANTHRAX. Dalam poll METAL HAMMER's Thrash special issue, album ni dapat nombor 9 dalam senarai 50 album terbaik. Aku harap dapat tinggi sikit tapi saingan tinggi; SLAYER Reign In Blood (no 1), MEGADETH Rust In Peace etc... OK la tu no 9.
Yang menarik tentang album ni ialah kesemua lagunya catchy. Riffs gitar memang thrash kental. Dan kesemua lagunya memang ditulis untuk stage show, fist flying, headbanging and mosh breaking anthems. Dengan erti kata lain, Thrash Metal in its perfect form. Cuma satu komplen, panjang sangat (lebih 5 minit) dan aku terpikir-pikir, jenuh juga dalam show ketika tu mamat yang pergi gig nak banging.
Bila selak di wikipedia baru perasan yang album ini didedikasikan kepada mendiang Cliff Burton (METALLICA). Memang ramai orang sayang mendiang ni. Selain ANTHRAX, Dave Mustaine (MEGADETH) juga mendedikasikan lagu In My Darkest Hour (So Far, So Good... So What!) kepada mendiang.
Show dalam tour album ni pun gila best. Aku pernah memiliki videotape (Speedy Video), tour ANTHRAX ketika album ni. Of course, sekarang dah hilang ke mana. Kalau tak hilang pun, sure berkulat (maklumlah, videotape). Antara lagu yang aku ulang-ulang tengok dalam video tu, Caught In A Mosh.
Highlight show tu sudah pastinya Scott Ian (gitaris). Masa tu aku rasa dialah paling menggila atas pentas. Tak pasti sekarang usia dah lanjut masih agresif ke tak macam dulu.
1. "Among the Living" (Anthrax) – 5:16
2. "Caught in a Mosh" (Anthrax) – 4:59
3. "I Am the Law" (Anthrax, Danny Lilker) – 5:57 <-- lagu sempena watak komik Judge Dredd 4. "Efilnikufesin (N.F.L.)" (Anthrax) – 4:54 5. "A Skeleton in the Closet" (Anthrax) – 5:32 6. "Indians" (Anthrax) – 5:40 7. "One World" (Anthrax) – 5:56 8. "A.D.I./Horror of It All" (Anthrax) – 7:49 9. "Imitation of Life" (Anthrax, Lilker) – 4:22 Oh nak tau kenapa Dan Spitz (gitaris) quit main dengan ANTHRAX? Beliau mahu meneruskan minat kembar beliau, iaitu pembikin jam KAT SINI.
Friday, November 28, 2008
FLOTSAM AND JETSAM Doomsday for the Deceiver CD DVD
FLOTSAM AND JETSAM. Kalau bukak kamus...
Apa speselnya band ni. Banyak spesel, tapi antara yang paling spesel, mamat ni pernah main dengan band ni. In fact, dia la penggerak utama.
Ye... Jason Newsted (ex-Metallica)
Semuanya bermula dengan FLOTSAM AND JETSAM. Band beliau. Maybe for the better of himself, beliau masuk Metallica. Sementara FLOTSAM AND JETSAM, pada pandanganku, menarik hanya setakat dua album pertama je; Doomsday For The Deceiver dan No Disgrace For The Deceiver. Aku berkira-kira bahawa No Disgrace adalah album yang lebih strong tapi for the sake of taking Jason Newsted into the picture (dan juga rilisnya special edition CD), album ini ku pilih untuk tatapan semua.

Sempena menyambut ulangtahun ke-20 album ini, maka Metal Blade pun riliskan album ini kembali dengan tons of special things (tahun asal album -1986). Jenuh la jugak nak mengabihkan dengar. My priority is of course, DVD seksyen.
CD1
1. "Hammerhead" – 6:15
2. "Iron Tears" – 3:52
3. "Desecrator" – 3:49
4. "Fade to Black" – 2:05
5. "Doomsday for the Deceiver" – 9:12
6. "Metal Shock" – 8:17
7. "She Took an Axe" – 5:15
8. "U.L.S.W." – 4:22
9. "Der Führer" – 5:46
10. "Flotzilla" – 6:07
From Iron Tears Demo
11. "Iron Tears" – 4:05
12. "I Live You Die" – 6:06
CD2
1. Hammerhead [Remixed and Remastered]
2. Iron Tears [Remixed and Remastered]
3. Desecrator [Remixed and Remastered]
4. Fade to Black [Remixed and Remastered]
5. Doomsday for the Deceiver [Remixed and Remastered]
6. Metalshock [Remixed and Remastered]
7. She Took an Axe [Remixed and Remastered]
8. U.L.S.W. [Remixed and Remastered]
9. Der Fuhrer [Remixed and Remastered]
10. Flotzilla [Remixed and Remastered]
11. Hammerhead [Remixed and Remastered]
From 1985's Metal Shock
12. Evil Sheik
13. I Live You Die
14. Beast Within
DVD
1. Iron Tears
2. Fade to Black
3. Metal Shock
4. She Took an Axe
5. Children of the Night
6. Executioner
7. Those Who Defy
8. On the Attack
9. I Live You Die
10. Hammerhead
11. Beast Within
12. Hammerhead
13. She Took an Axe
p/s: Fade to Black is also the name of a song by Metallica on Ride the Lightning, and like Metallica's version, it stands at number four in the track listing of the album. Jason Newsted juga mengaku beliau adalah die hard Metallica sebelum rezeki dia jadi bandmember.
Compare dengan Metallica? Hmmm... walaupun dua-dua band pada zaman tu main Thrash Metal namun perbezaannya agak ketara. First of all, FLOTSAM AND JETSAM guna dedicated vocalist (unlike Metallica, Hetfield vokal/gitar) so of course suara beliau lebih rangenya. Lepas tu dari segi muzik, of course Metallica lebih baik dengan album Master Of Puppets yang keluar pada tahun yang sama. Namun, FLOTSAM AND JETSAM mungkin menang dari segi raw energynya. Gitar bunyi berat beb!
Namun bila matinya Cliff Burton, Metallica in desperate need for a bass player pun buat la audition. Ikut kata Metallica juga, Jason Newsted dipilih secara sebulat suara. It just clicked and they found the right guy.
Muzik FLOTSAM AND JETSAM jenis Thrash Metal yang laju. Memang laju tahap gaban la kalau nak kira masa tu. Lepas tu chordingnya yang berselirat tu menambahkan kompleksiti lagu-lagunya. Peranan Jason Newsted pun agak besar yang mana beliau menulis hampir kesemua lirik dalam album ni; satu benda yang beliau dipinggirkan ketika beliau bersama Metallica.
Walaupun muzik FLOTSAM AND JETSAM dikatakan sebagai Thrash Metal, tetapi elemen 'glam' tu tetap menyerlah. Mungkin, Heavy Metal yang dilajukan. Ini sangat obvious bila menonton DVD yang disertakan. Certain footage dalam DVD itu menunjukkan mereka dengan spandex (sesuatu yang popular tahun 80an dahulu tapi menjadi gelak ketawa sekarang - tapi popular dengan band glam rock masa tu).
Nice work Jason!
FLOTSAM AND JETSAM Hammerhead
MeaningKalau tak pasal ada nama band nama macam ni, memang tak akan tahu le apa maksudnya. Nasib ada band nama macam ni.
Ships' goods which are lost at sea. Also used figuratively in non-nautical contexts to means odds and ends, bits and pieces. source.
Apa speselnya band ni. Banyak spesel, tapi antara yang paling spesel, mamat ni pernah main dengan band ni. In fact, dia la penggerak utama.
Semuanya bermula dengan FLOTSAM AND JETSAM. Band beliau. Maybe for the better of himself, beliau masuk Metallica. Sementara FLOTSAM AND JETSAM, pada pandanganku, menarik hanya setakat dua album pertama je; Doomsday For The Deceiver dan No Disgrace For The Deceiver. Aku berkira-kira bahawa No Disgrace adalah album yang lebih strong tapi for the sake of taking Jason Newsted into the picture (dan juga rilisnya special edition CD), album ini ku pilih untuk tatapan semua.
2 CD + DVD special edition.
CD1
1. "Hammerhead" – 6:15
2. "Iron Tears" – 3:52
3. "Desecrator" – 3:49
4. "Fade to Black" – 2:05
5. "Doomsday for the Deceiver" – 9:12
6. "Metal Shock" – 8:17
7. "She Took an Axe" – 5:15
8. "U.L.S.W." – 4:22
9. "Der Führer" – 5:46
10. "Flotzilla" – 6:07
From Iron Tears Demo
11. "Iron Tears" – 4:05
12. "I Live You Die" – 6:06
CD2
1. Hammerhead [Remixed and Remastered]
2. Iron Tears [Remixed and Remastered]
3. Desecrator [Remixed and Remastered]
4. Fade to Black [Remixed and Remastered]
5. Doomsday for the Deceiver [Remixed and Remastered]
6. Metalshock [Remixed and Remastered]
7. She Took an Axe [Remixed and Remastered]
8. U.L.S.W. [Remixed and Remastered]
9. Der Fuhrer [Remixed and Remastered]
10. Flotzilla [Remixed and Remastered]
11. Hammerhead [Remixed and Remastered]
From 1985's Metal Shock
12. Evil Sheik
13. I Live You Die
14. Beast Within
DVD
1. Iron Tears
2. Fade to Black
3. Metal Shock
4. She Took an Axe
5. Children of the Night
6. Executioner
7. Those Who Defy
8. On the Attack
9. I Live You Die
10. Hammerhead
11. Beast Within
12. Hammerhead
13. She Took an Axe
p/s: Fade to Black is also the name of a song by Metallica on Ride the Lightning, and like Metallica's version, it stands at number four in the track listing of the album. Jason Newsted juga mengaku beliau adalah die hard Metallica sebelum rezeki dia jadi bandmember.
Nice work Jason!
FLOTSAM AND JETSAM Hammerhead
Sunday, November 16, 2008
IRON MAIDEN Powerslave
Album Powerslave merupakan album IRON MAIDEN yang pertama yang aku beli sekitar tahun 1985 dalam bentuk kaset. Ketika itu aku di dalam Darjah 4 dan bersekolah di SRK St Michael, Ipoh. Sebelum kaset ini dibeli, pada Hari Raya, aku mahukan baju dengan artwork ini sebagai baju hari raya. Sudah dibelek dan ditanya malangnya tiada saiz ketika itu walaupun saiz S, tak muat!
Seingat aku, album ni boleh kata hampir semua liriknya aku hafal masa mula aku beli dulu. Impressive? Memang. Lepas sekolah, tunggu bas aku melalak lagu-lagu dari album ni sampai senior2 yang kutu rock (Form4-5) semua jeles je nengok.
Immediately selepas rekoding album ni, IRON MAIDEN mulakan tour lagenda mereka, World Slavery Tour. Dikatakan tour yang sold out worldwide tu bermula even before album Powerslave tu rilis. Lepas tu banyak pulak lagu dari album ni dimainkan tapi fans macam faham je. Rasanya sekarang takde band berani buat tu. Main majoriti lagu yang unreleased. Mesti terpinga-pinga fans dok dengar.
Lirik Powerslave? Pasal Firaun...
CHORUSManusia is a mere mortal. Walaupun rasa macam berkuasa satu dunia, last-last mati le jugak. Cuma part last lirik tu kata; Shell of a man God preserved-a thousand ages
Tell me why I had to be a powerslave
I don't wanna die, I'm a god, why can't I live on?
When the Life Giver dies, all around is laid waste.
And in my last hour,
I'm a slave to the power of death.
But open the gates of my hell-I will strike from the grave. Jadi mummia hehehe... Lirik ni dikerjakan oleh Bruce Dickinson, vokalis.
Sejarah album ni banyak revealed dalam Live After Death DVD. Walaupun ramai fans boleh bangkang album ni sebagai album yang terbaik dari IRON MAIDEN tapi majoriti setuju kalau aku katakan ini antara Top 3 atau 5 album terbaik. Kalau tanya aku, dalam kelompok Top 3 tu; Powerslave, Somewhere In Time, 7th Son of a 7th Son.
Seperti biasa, kulit album "dilukis" oleh Derek Riggs. Dan biasanya bila melukis beliau pasti menyelitkan benda-benda yang interesting. Kadang-kadang kelakar, kadang-kadang ada unsur sejarah. Tu pasal puas beli rekod ni sebab puas tengok artwork. Saiz about 12 inci x 12 inci. Kalau CD, kena strain la sikit mata tu.
Some of the hieroglyphs on the album cover have a modern twist to them. The details are easier to see on the vinyl record cover than the CD, due to the larger size:
- The album cover was the first to have the "Iron Maiden"-logotype in a smaller size, just covering the upper left corner.
- On the bottom left corner of the cover, just behind the first lion are the words "Indiana Jones was here 1941"
- Next to that is a drawing of Mickey Mouse
- Above that (past the statues' heads) are the words "WOT A LOAD OF CRAP"
- On the bottom right of the cover, just below the right foot of the large seated lion, we see a drawing of Chad peering over the wall, with the words "WOT? NO GUINESS"
- Also on the right side, above the statues' heads, the word "BOLLOCKS" appears.
- At the pyramid's entrance, Derek Riggs' insignia appears right where Eddie's crotch should be.
1. Aces High (Harris) - Lagu klasik! Memang 'blast' habis. Lagu tentang peperangan udara World War II dari perspektif, pilot. Lirik memang feel habis. Kalau sambil dengar sambil follow lirik, memang semangat habis. Macam tengok filem perang wooo... Lagu ni countless bands dok cover. Tapi setakat yang aku dengar, nothing beats the original (who does anyway?) 5/5
Move in to fire at the mainstream of bombers,
Let off a sharp burst and then turn away.
Roll over, spin round to come in behind them,
Move to their blindsides and firing again.
2. 2 Minutes to Midnight (Smith, Dickinson) - Lagi satu lagu klasik. Siapa boleh lupa tengok TV Dari Panggung Anniversari dulu, SEARCH cover lagu ni. Walaupun bukan feveret sangat lagu ni tapi impaknya kuat tu. Dan part solo gitar memang best. Attack Murray/Smith. 4/5
Interesting dalam klip ni. Part menyolo Dave Murray, Hillary ambil sedangkan part Adrian Smith, Din ambil. Din memang guitarist yang boleh menyolo ikut kata mereka yang rapat dengan dia cuma dia ni olskool. Kalau rhythm guitar, kena stay rhythm.
3. Losfer Words (Big 'Orra) (Harris) - Antara beberapa lagu instrumental IRON MAIDEN. Feveret aku ni! Guitar works banyak layered lepas tu banyak lari-lari. At the same time, sangat melodik dan infectious!Losfer Words = Lost For Words, ikut lidah British. Blank kot masa nak bagi tajuk lagu. Diikuti dengan Big 'Orra = Big Horror. Hehehe... IRON MAIDEN juga dikenali dengan sense of humour sejati. Nak lagi bila drummer, Nicko McBrain masuk campur. 5/5
4. Flash Of The Blade (Dickinson) - Lagu underrated. Ikut kata, IRON MAIDEN sendiri tak pernah bawak lagu ni live? Tak pasti. Yang pasti, ramai fans dok request dari dulu sampai sekarang supaya IRON MAIDEN cover lagu ni. Seperti lagu Losfer Words, ianya dipenuhi dengan guitar works yang excellent dan melodi yang infectious. Liriknya berkisar tentang pemain pedang. Lihat pengubahnya, ye, Bruce Dickinson. Antara kelebihan beliau yang multi-talented tu ialah beliau ialah seorang ahli 'fencing' berkaliber tahap Olimpik. Sesuai sangat la pun lagu ni. 5/5
5. The Duellists (Harris) - Seperti tidak mahu kalah, Harris pun buat lagu ala-ala Flash of the Blade juga. Inspired dari filem dengan tajuk yang sama oleh Ridley Scott (1978) - nak kena cari filem ni. Lagu ni kurang sikit tapi still fans mau IRON MAIDEN main time live. Dua-dua lagu Flash dan Duellist ni mempunyai part instrumental yang sangat best. 4/5
6. Back In The Village (Smith, Dickinson) - Lagu paling kompleks untuk album ni, in terms of guitar work. Dan lagu paling laju? Feel lagu ni macam 2 lagu sebelumnya. Intricate and complex guitar works. Juga underrated sebab IRON MAIDEN tak pernah bawak lagu ni live. My theory, bukan pasal tak best tapi susah nak bawak live kot. Sebab dengar je dah tau lagu ni susah nak bawak. 4/5
7. Powerslave (Dickinson) - Lagu klasik. Problemnya cuma satu, agak panjang. Cecah 8 minit. Tapi perlu, sebab nak bawak elemen 'epic'. Manakan tidak epik, lagu ni mengenai Firaun yang dari dulu menjadi subjek hangat dalam bidang sejarah dan antropologi. Musicwise, diberi suntikan Phyrgian dalam chord progression. Rasanya dah takde lagu IRON MAIDEN yang ala-ala lagu padang pasir ni. 5/5
Taken from Live After Death DVD. Perhatikan masa tengah-tengah tu, Eddie muncul kat stage. Zaman tu memang eye candy sungguh la. Antara sebab live IRON MAIDEN best, banyak benda surprising boleh keluar. Dari kacamata fans, Eddie la siapa lagi! Even sekarang pun, klimaksnya bila Eddie masuk stage.
8. Rime Of The Ancient Mariner (Harris) - TRULY KLASSIK!!! Aku siap cari buku poem ni kat library masa tu, yang menjadi inspirasi kepada lagu ni, karya Samuel Taylor Coleridge. Of course, poem tu memang tak boleh faham le, high standard literature. Epic lagu ni, lebih 13 minit. Part solo guitar dan instrumental lagu ini, pada aku, antara yang terbaik dari IRON MAIDEN. Aku boleh dengar part tu ulang-ulang sampai tertidur. Ralit sungguh. Dan sebagai homage kepada lagu ni, lagu Asyik (Langsuyr) yang durasinya 17 minit tu, adalah directly inspired by this song. Of course, mana boleh nak celen the klasik kan? 6/5
The mariner's bound to tell of his story
To tell this tale wherever he goes
To teach God's word by his own example
That we must love all things that God made.
Klip part kedua (sebelumnya dah 7 minit). Seperti dinyatakan, part ni mengandungi solo dan instrumental yang sangat-sangat menarik. It's unspeakable!
A truly klasik album I say. Kalau nak belajar minat IRON MAIDEN, boleh cuba album ni cuma kalau tak biasa dengan lagu-lagu yang kompleks dan intricate, mungkin ada problem nak devour la pulak.
Oh, I'm so stoked for IRON MAIDEN New Zealand. Esok pagi tiket keluar for fans only!
Thursday, October 23, 2008
MOTLEY CRUE Too Fast For Love CD remastered
Tapi in the end, boleh tahan jugak suara dia ni. Infact, ianya infectious! Too fast... too fast for love... too fast... too fast for love... ah tidakkkkk!!!
No wonder masa zaman letupan rock kangkang 80an dahulu, banyak band rock kangkang Malaysia ambil influence directly dari Motley Crue. Paling klasik, SYJ. Tak kenal SYJ? Sila tanya pakcik-pakcik kamu yang pernah rock dulu.
Penulis pun terikut sama. Minat. Zaman tu Mingguan Malaysia tiap-tiap minggu akan bagi pin up poster dalam Pancaindera. Of course, tiap-tiap minggu keluar poster band rock kangkang. Penulis kumpul masa tu. yang cun-cun, diselit kat luar folder file - pergi library, dan tayang. Ganas. Motley Crue kat sebelah, kat sebelah lagi W.A.S.P. Sekitar zaman penulis mengambil SRP.
Muzik yang dimainkan oleh Motley Crue ni dinamakan glam rock. Gaya fesyennya suka berpakaian macam perempuan. Namun begitu sangat kontra, mereka adalah womanizer paling bermaharajalela. Maybe perempuan zaman tu suka kot lelaki macam perempuan. That's anybody guess. Take note, drummer Tommy Lee adalah bekas suami Pamela Anderson. Ye, Pamela Anderson tu... (Alamak, jadi macam URTV balik).
Walaupun pada zaman ini, album sebegini dianggap sebagai pussy dan wimp tetapi pada zamannya ia memeningkan kepala mak bapak. Bayangkan anak jantan berpakaian macam perempuan. Siap dengan maskara dan gincu semua. Ini adalah muzik rebel pada masa itu sepertimana Elvis Presley pernah memeningkan kepala bapak kepada bapak kita dulu. Apabila munculnya muzik Thrash Metal; glam rock semakin ditinggalkan kerana glam rock kalah ganas.
Nasib baik pada zaman rock kangkang tu, penulis masih waras dan tidak memakai gincu atau maskara. Kalau dibuat juga, alamatnya kena halau dari rumah.
Klasiknya album ni bukan menyeluruh. Pada pandangan penulis, hanya beberapa lagu je yang outstanding tetapi influence beberapa lagu tu kepada scene rock kangkang masa tu tersangatlah besarnya. 3 lagu kvlt dalam album ni, penulis telah letakkan samplenya di bawah: Live Wire, Take Me To The Top dan Too Fast For Love. Ah, mendengar kembali suara gedik Vince Neil dalam lagu Too Fast For Love membuatkan penulis mengerut dahi dan mengetap bibir. Mahukah diberi penampar? Tapi sedap gitu....
All songs were written by Nikki Sixx, except where noted.
1. "Live Wire" – 3:14
2. "Come On and Dance" – 2:47
3. "Public Enemy #1" (Sixx, Lizzie Grey) – 4:21
4. "Merry-Go-Round" – 3:22
5. "Take Me to the Top" – 3:43
6. "Piece of Your Action" (Vince Neil, Sixx) – 4:39
7. "Starry Eyes" – 4:28
8. "Too Fast for Love" – 3:22
9. "On With the Show" (Neil, Sixx) – 4:07
That re-release would be the "popular" version of the album for the next 17 years, until it was re-released again in 1999 with bonus tracks, along with all their 80's albums.
10. "Toast of the Town" - 3:35
11. "Tonight" [Previously Unreleased] - 4:27
12. "Too Fast for Love" [Alternate Take] - 4:19
13. "Stick to Your Guns" - 4:23
14. "Merry-Go-Round" [Live In San Antonio, TX] - 3:56
15. "Live Wire" [Video] - 3:14
Cadangnya nak letak klip live performance, tapi memandangkan biasanya suara Vince Neil hancur bila live, penulis ambil sample dari album je la. In the end, penulis dengar lagunya je bukan nak tengok live pun. So, hakimi sendiri samada nak diberi penampar atau tak.
Live Wire
Take Me To The Top
Too Fast For Love
Subscribe to:
Posts (Atom)