Holy diver…you’ve been down too long in the midnight sea
Oh what’s becoming of me…
Ride the tiger – you can see his stripes but you know he’s clean
Oh don’t you see what I mean
Gotta get away – Holy Diver….
Aku memang tak hafal lirik ni. Tak pernah hafal. Masa kecik-kecik dulu kira german je la lirik janji bunyi hampir sama.
Anyway, album ni album pertama ‘solo’ Ronnie James Dio (RJD), the man with the golden voice selepas ‘ditendang’ dari Black Sabbath. Sebelum itu, beliau telah quit dari Rainbow with a hand shake. Anyway, Dio ialah satu band ikut kat RJD bukannnya band solo.
- 16-page full colour booklet – ada gambar-gambar lama tapi kualiti tak berapa cantik pulak. Macam amatur punya kerja. Cuma satu gambar je cantik dan ianya surprise, diambil oleh Ross Halfin. Juga ada keratan media tentang rilisan ini pada tahun 1983.
- Enhanced original artwork including hand writing lyrics - Aku takde original CD (pernah ada dulu tapi jual) tapi yang aku ingat memang cover ni lebih terang sikit. Hand writing lyrics cuma lagu Holy Diver. Cantik tulisan RJD ni kemas.
- Extended essay – oleh Dante Bonutto, penulis majalah Kerrang! Direview dalam isu 44 dan menjadi contender sebagai best album of the year. Hampir kesemua rakan-rakan dalam Kerrang! Bagi thumbs up bagi album ni.
- Exclusive RJD audio interview (2005) – interview dalam CD selepas at the end of 9th track, retrospektif kepada peristiwa beliau meninggalkan Black Sabbath hinggalah realisasi Dio.
1. Stand Up And Shout – lagu agresif yang kena dengan starting sound. Membuatkan kita bangun dan menjerit. Riff gitar kering berlemak dan ganas. Lagu ni kata RJD, adalah lagu paling last dia bikin. 5/5
2. Holy Diver – lagu klasik hard rock sepanjang zaman. Period.Lagu grandiose album ini sesuai dengan apa yang RJD bikin dengan Stargazer (Rainbow) dan Heaven & Hell (Black Sabbath). 5/5
3. Gypsy – lagu yang lebih ‘feel’ kata RJD. Sesuai sangat la dengan golden voice dia tu. Tapi kurang menangkap. 3/5
4. Caught In The Middle – agak tipikal hard rock punya track.. Tapi still rockin’. Lagu khas dedicate kepada engineer album ni Angelo Arcuri, yang selalu ‘caught in the middle’ of a problem. 4/5
5. Don’t Talk To Strangers – Nih lagi satu lagu klasik. Lagu yang ditulis oleh RJD. Trademark dia tu. Gila best. 5/5
6. Straight Through The Heart – Riffs bluesy pada aku. Pinching Vivian Campbell memang lemak berkrim. Lagu yang kata RJD, dating dari personal experiences dan feeling. 4/5
7. Invisible – Lagu yang start slow macam Don’t Talk To Strangers tapi kurang menangkap. 3/5
8. Rainbow In The Dark – Backing keyboard dalam album ni (yang dimainkan oleh RJD sendiri) best. Catchy habis, dari mula sampai habis. Supposedly to be the most commercial song in the album. Tapi masih mengekalkan trademark Dio. Pelik sekali RJD kata dia tak suka lagu ni mulanya, katanya terlalu ‘poppy’ huhuhu… 5/5
9. Shame On The Night – Best lagu mid pace ni. Suara RJD soaring high! 4/5
10-19. Interview RJD.
Album ni diremaster oleh Gary Moore. Tak tau la Gary Moore gitaris tu atau pelanduk dua nama serupa.