Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Black Metal di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Black Metal di Malaysia. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

Introduksi kepada VENOM - Pemujaan syaitan di dalam muzik Heavy Metal

Di Ipoh, dua orang manusia yang sangat rapat dengan VENOM. Asri dan Man Burger. Mereka sentiasa berdua kemana-mana saja. Dan mereka juga bermain drum walaupun Asri lebih menyerlah dari segi permainannya. Sidekick mereka, Lan (gitar) dan seorang lagi yang saya tidak ingat namanya (kedua-duanya sekarang aktif dengan aktiviti Tabligh). Tiga orang ini (atau empat jika campur dengan Man Burger), selalu jamming di Superkinta. Saya kurang pasti kenapa mereka tidak memilih studio popular ketika itu, SYJ. Nama band mereka ialah VULGA.

Saya mengenali VENOM bukan melalui kaset cetak rompak VENOM, tetapi melalui VULGA. Adalah menjadi kebiasaan saya pada ketika itu (tahun 1989), mengekori senior Metal pada ketika itu di dalam sesi jamming mereka. VULGA hampir tidak memainkan lagu band lain (kecuali SODOM) dan memainkan VENOM, VENOM dan VENOM. Lagu 1000 Days In Sodom dan Countess Bathory saya pelajari chord gitarnya dari VULGA dan saya berupaya memainkannya dari A-Z. Ini semua dipelajari tanpa pernah mendengar dari VENOM sendiri!

Lain ceritanya apabila kaset pertama yang saya dengar dari VENOM, Official Bootleg (1986) yang dirakam secara kasar. Bunyinya sangat buruk dan hampir-hampir lagu-lagunya tidak dapat didengar. Ini menyebabkan saya melupakan terus VENOM walaupun naluri untuk mendekatinya agak kuat disebabkan imej memberontak mereka yang lebih menyerlah dari band lainnya ketika itu. Saya lebih selesa dengan VULGA dan saya rasa VULGA memainkan lagu-lagu VENOM lebih baik dari VENOM sendiri.

VENOM adalah sebuah band Heavy Metal yang ditubuhkan di England pada tahun 1978 oleh Cronos (bass/vocals), Mantas (gitar) dan Abaddon (drum). Muzik mereka agak sukar untuk dikategorikan secara sahih melainkan Heavy Metal yang laju dari lumrah yang biasa. Begitupun, gaya permainan muzik mereka tidak kemas dan agak bercelaru.

Namun begitu pengaruh muzik mereka sangat kuat kepada band yang bermain muzik Thrash Metal dan Black Metal. Band Metal terbesar dunia, METALLICA juga mendapat sedikit inspirasi dari album-album rilisan VENOM dan mereka pernah menjadi band pembuka kepada VENOM semasa awal karier mereka.

Namun, VENOM lebih dikenali sebagai band yang mempelopori terma Black Metal, yang merupakan tajuk album kedua mereka pada tahun 1982, selepas album Welcome To Hell (1981). Oleh sebab itu, kebanyakan band Black Metal sekarang akan meletakkan VENOM sebagai salah satu sumber inspirasi mereka. Lirik yang ditulis berkisar tentang pemujaan syaitan dan ejekan kepada agama Kristian menjadi asas kepada VENOM dan ini memberi kesan yang sangat besar kepada pergerakan muzik Black Metal antarabangsa.

Muzik Thrash Metal pula mendapat manfaat dari muzik VENOM yang pantas dan agresif. METALLICA secara terang-terangan mengambil manfaat dari muzik pantas VENOM dan diaplikasikan kedalam album Kill Em All. Selain dari itu, ANTHRAX, MEGADETH dan SLAYER (bersama METALLICA mereka dikategorikan sebagai Big Four Of Thrash) juga terpengaruh dengan muzik pantas VENOM.


Kontroversi mula timbul apabila berlakunya peristiwa pembakaran gereja dan pembunuhan oleh peminat muzik Black Metal di Norway pada awal tahun 1990an. Kebanyakan dari peminat Black Metal ini tidak berselindung dari menamakan VENOM sebagai sumber inspirasi mereka.


Walaubagaimanapun, ahli VENOM sendiri mengkritik keras tindakan peminat Black Metal Norway tersebut. VENOM menegaskan bahawa apa yang dibawa oleh VENOM hanyalah sandiwara hiburan sahaja dan mereka tidak mengambil serius terhadap apa yang mereka nyatakan di dalam kulit album Black Metal dan Welcome To Hell.

Di dalam senarai diskografi VENOM yang panjang, hanya dua buah album sahaja yang memberi kesan yang mendalam kepada muzik ekstrim Metal dunia iaitu Welcome To Hell dan Black Metal. Dari segi kualiti permainan instrumen, boleh dikatakan permainan mereka di bawah paras yang dikehendaki. Itu bukan masalah kerana mereka tidak pernah bergantung kepada permainan instrumen yang cantik dan bagus tetapi bergantung kepada imej kesyaitanan yang melampau atas dasar mahu membuat kejutan yang tak sepatutnya.


Album terakhir mereka bertajuk Hell (2008) dan dilaporkan sekarang mereka sedang dalam proses merilis album yang ke-15.

---------
Komentari:

Tonasi lirik VENOM memang berkisar tentang penyembahan syaitan dan pemberontakan terhadap agama Kristian. Ini jelas melalui lirik di dalam lagu seperti In League With Satan, Witching Hour, To Hell And BackSacrifice dan sebagainya. Topik lain termasuklah pelacuran (Red Light Fever), Hedonism (Live Like An Angel, Teacher's Pet) dan sejarah kezaliman manusia (Countess Bathory).

Di Malaysia, pengaruh muzik mereka juga tersebar. Namun begitu, majoriti peminatnya sekadar mengambil muzik dan gaya luarannya saja sepertimana yang dikehendaki oleh VENOM sendiri. Ia tidak lebih dari satu punca hiburan ekstrim (sepertimana sukan ekstrim). Ini berbeza dengan peminat di Barat yang mengambil idea VENOM ini secara serius dan menggunakannya sebagai sumber gaya hidup.

Namun timbul persoalan berkaitan akidah Islam yang boleh tercemar akibat menjadi peminat VENOM. JAKIM telah mengeluarkan fatwa yang berkaitannya:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
Persoalan yang selalu ditimbulkan oleh peminat VENOM adalah, jika sekadar mendengar muziknya tanpa terpengaruh dengan apa yang dihidangkan (sepertimana menonton filem seram) mungkin boleh diperhalusi lagi. Mungkin ianya akan terjawab apabila hasil kajian ini dibentangkan (SINI dan SINI dan SINI).

Seleksi album:
Welcome To Hell (1981)
Black Metal (1982)

Cadangan: Penulisan tentang Black Metal di Malaysia

Aku berkira-kira untuk menulis rencana ini dari perspektif peminat muzik Metal walaupun genre Black Metal bukanlah genre yang diminati sangat.

Pilihan kepada tajuk ini adalah kerana subjek Black Metal adalah subjek yang paling dikenali ramai selepas tersebarnya berita tentang pemujaan syaitan oleh peminat muzik Black Metal dalam dan luar negara.

Objektif tulisan ini adalah untuk menulis secara adil dan cuba merungkai segala permasalahan yang berkaitan dengan muzik Black Metal.

Mungkin ia akan menjadi satu tulisan yang panjang, maka ia akan dipecahkan kepada beberapa siri.

Mohon cadangan kerangka dari pembaca KRENMAUT tentang apa yang perlu ditulis supaya isinya mantap dan mencakupi semua aspek.

Artikel Black Metal di Utusan Malaysia 21/10/2010


Pengaruh black metal
REMAJA merupakan individu yang berumur antara 13 hingga 20 tahun. Ia merupakan peringkat antara alam kanak-kanak dengan alam dewasa.

Pada ketika ini, berlaku proses perubahan besar dari aspek fizikal, kognitif dan sosial selain kematangan seksual lebih ketara dan mencabar dalam peringkat peralihan ini.

Mengapa remaja terlibat?
  • Terdorong inginkan keseronokan
  • Pengalaman baru
  • Suka-suka
  • Unik
  • Cabaran baru
  • Kaitkan dengan minat genre muzik
  • Mencari keyakinan diri
  • Tingkatkan tahap kendiri



Black metal
Black Metal ditakrifkan kepada pelbagai penaksiran antaranya ialah black dan metal bermaksud hitam dan logam. Haris M. Berger dari universiti Indiana menakrifkan muzik metal sebagai muzik yang menggunakan gitar yang diubah dan mempamerkan kepandaian pemain secara individu dan bentuk muzik lagunya adalah kompleks.

Metal pula mempunyai pelbagai genre atau aliran muzik di dalamnya. Antaranya genre yang paling utama adalah Proto Metal, Heavy Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Death Metal, Progressive Metal dan Black Metal.

Istilah black yang digunakan dalam ungkapan ini difahamkan berasal dari asas ajaran Satanism di mana setiap dogma atau amalan yang diajar dalam setiap doktrin Satanism mestilah berbeza 100 peratus dengan doktrin yang hampir serupa dengan agama Kristian dan lain-lain agama.
Oleh yang demikian, mass di dalam gereja Katolik Rom disongsangkan perlaksanaannya sebagai Black Metal Mass di dalam ajaran Satanism. Manakala Pope menjadi Black Pope dan muziknya dipanggil Black Metal.

Black Metal ditarifkan sebagai kumpulan muzik yang mengadakan persembahan separuh gila, menggunakan senikata yang tidak difahami dan berunsur lucah dan kesyaitanan serta berpakaian ala syaitan dan hantu, seni katanya juga menjurus ke arah pemujaan iblis dan roh.

Sejarah penubuhan
Genre muzik Black Metal bermula dalam tiga peringkat fasa mengikut perubahan masa dan aliran kefahaman mereka yang terlibat.

Metal fasa pertama berkembang di sekitar tahun 1969 hingga 1983.

Fasa kedua bermula pada 1983 hingga 1988 yang bergerak selari dengan Perang Dingin. Ketika itu, Ideologi Black Metal dipengaruhi oleh budaya konsumer pada era 80-an.

Budaya konsumer ini memberi pengaruh kepada struktur konvensional kepada Speed Metal yang menjurus kepada nihilistik.

Fasa ketiga bermula pada 1988 hingga sekarang. Pada latar sejarahnya, ketika itu adalah era pasca-Perang Dingin yang penuh dengan kebosanan.

Bagaimana beroperasi
Pergerakan Black Metal dipengaruhi oleh Inner Circle yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya. Ia bermula di bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell).

Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions.

Mereka merakam lagu-lagu yang berunsur anti ketuhanan di lakasi tersebut. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan “menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna”.

Bagaimana tersebar
Black Metal tersebar melalui lirik lagu yang dicipta bagi tujuan menarik minat remaja agar memuja syaitan. Lirik-lirik lagu yang dicipta adalah berunsur kematian, anti-Tuhan, kebangkitan kembali dan penentangan.

Subjek bagi lirik yang terkandung dalam muzik mereka adalah darah, kematian, keganasan, kehidupan selepas mati dan banyak lagi.

Kumpulan Black Metal Barat yang paling ekstrem serta membawa fahaman kesyaitanan adalah seperti Mayhem, Burzum dan Immortal (Norway), Katatonia (Sweden) dan Thou ArtLord (Greece).
SUMBER

---------------------
Komentari:

PROF. MADYA DR. KHAIDZIR BIN HAJI ISMAIL ialah seorang pensyarah di  PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI & PEMBANGUNAN MANUSIA, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui email izay4559@gmail.com dan izay@ukm.my

Haris M. Berger adalah penulis buku Metal, Rock And Jazz: Perception and the Phenomenology of Musical Experience (boleh dibaca DI SINI).

Beliau (Khaidzir Ismail) meletakkan sub-genre Proto Metal yang merupakan satu istilah yang asing dalam genre dalam genre Metal.

Dalam sub-topik Bagaimana Beroperasi, beliau menulis tentang pergerakan Black Metal Norway di awal tahun 90an yang diketuai oleh mendiang Aarseth, yang telah dibunuh oleh Vikernes dalam situasi perebutan kuasa. Walaubagaimanapun, pergerakan ini setakat yang diketahui telah pun berkubur sebaik saja kematian Aarseth pada tahun 1993. Penulis mengatakan seolah-olah operasi Black Metal adalah berdasar kepada pergerakan Black Metal Norway sedangkan yang sebenarnya operasi sebenar Black Metal digerakkan oleh syarikat rakaman antarabangsa seperti Nuclear Blast, Osmose Prods dan sebagainya. Malahan, sekadar mengenalkan Aarseth dan kelompoknya tidak menghurai dengan fakta - bagaimana ia beroperasi - menyebarkan fahaman dan sebagainya.

Seterusnya, penulis mengatakan bahawa Katatonia (Sweden) adalah sebuah band Black Metal sedangkan mereka adalah band bergenre Doom Metal pada awal penubuhan dan sekarang genre mereka lebih cenderung kepada Post-Metal atau Avantgarde Metal. Ini sangat jelas jika kita mendengar album-album Katatonia.

Pada versi cetakan, artikel ini ada sisipan kedua. Ianya ditulis secara sangat longgar dan membuka kepada persepsi yang salah. Antara lain ia mengatakan bahawa:
"Perkara yang perlu dilalui oleh remaja yang berminat untuk menyertai kumpulan Black Metal adalah remaja atau bakal ahli perlu melepasi ritual pertama iaitu sujud kaki ketua kumpulan"

Ayat ini menunjukkan sesuatu yang lumrah bagi ahli kumpulan Black Metal (kumpulan Black Metal disini bermaksud band atau kugiran Black Metal), sedangkan mengikut pengalaman saya yang selama ini berkawan dengan pemuzik Black Metal, tidak pernah dibuat. Juga ritual ini tidak pernah dilaporkan oleh kumpulan Black Metal luar.

Tulisan seterusnya juga adalah janggal bagi mereka yang biasa dengan muzik Black Metal:
Ahli kumpulan akan diminta menyembah syaitan yang kesemuanya ada 9 dewa dan disuruh menghafal lirik-lirik dalam bahasa Arab walaupun maksud dan maknanya langsung tidak difahami oleh remaja.

Pada sub-tajuk Kumpulan yang popular di Malaysia, penulis tidak menulis menulis nama kumpulan yang dimaksudkan.

Tidak dipastikan samada sisipan kedua ini ditulis oleh penulis yang sama (Khaidzir Ismail) kerana ia merupakan kesalahan fakta yang berat.

Saya berpendapat bahawa artikel ini adalah sangat longgar dan tidak menggambarkan muzik Black Metal secara menyeluruh. Saya menjemput penulis untuk menajamkan lagi artikel yang berkait dengan muzik genre ini, terutamanya apabila mengulas tentang pergerakan muzik ini di Malaysia. Saya boleh dihubungi melalui email *thebentara@*gmail.*com (sila buang tanda *)