Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

20 May 2014

Tak Jadi Bubble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 bos kecik hati banyak senang, abi jaga hari ahad

dah dua kali plan dengan Mummy GKSB nak deting keluarga kat Taman Jubli Emas Alor Setar. yang pertama dulu gagal pasal mummy nak balik perlis. plan semalam gagal jugak pasal hujan petang tue. keluar ofis dah berhenti hujan tapi sampai je kat depan taman jubli, hujan rintik-rintik turun balik. abi tak bagi bawak anak keluar.

Mummy Gk call kata hujan. ajak tukar tempat deting. iols nie kalau nak lepak kedai makan memang la mati kutu. bukan sebab ape, sebab nya tatau nak ajak orang makan kat mana. nak ajak tempat selalu makan, nun kat kuala kedah sana. kesian pulak ke diorang nak patah balik rumah nanti kata suami.

 anak bukan reti duduk diam nak bergambar, sibuk kejar botol air mineral dia =.=

Mummy ajak ke Ketiow Goreng Iman. ok lah jom lah kita ke sana kata suami. sampai je tengok Mummy dengan Abah Fateh Uwais pun baru sampai. sebelum sampai tue anak kemain eksaited. sembang sakan dalam kereta, jerit-jerit lagi tue. turun kereta masih dengan senyuman yang manis. tapi bila Mummy unjuk tangan nak ambik dia, terus pusing peluk ummi. aduhaiiii anak.

sembang lepak santai keluarga kecik kami je sebenarnya. Mummy rindu ke anak letewwww. ummi nie mesti dia tak rindu ermm ermm ermmm :p dalam kedai pun bila perot dah kenyang kemain Fateh Uwais jerit-jerit, kesian Kak Putri (adik GK), pekak telinga katanya hahaha. Uwais kalau jerit memang bengang rasa telinga. rasa nak geget je mulut dia tue kihkihkih :p


terima kasih MummyGK dan Abah Azrul sudi sayang Fateh Uwais ummi abi nie. ummi tak mintak pun orang belikan Fateh Uwais macam-macam hadiah. cukup sayang dan doa untuk dia. moga ukhwah kita berpanjangan hingga syurga. Mummy Gk cop Uwais jadi menantu katanya. pitam~~~~~~

moga impian Mummy untuk tak hidup pjj lagi dipermudah Allah amin. nanti insyaAllah kita jumpa lagi ek. terima kasih belanja makan. ummi sombong makan roti arab je. sudahnya tengah malam gigit roti keping coklat kismis. abi bangun terkejut tengok ummi menguyah. tanya ummi buat ape tue? tau la mamai pun tapi tak kan tak perasan kita tengah makan. abi nie :p 

*****
 PEMBETULAN


tq Putri untuk pencerahan dan pembetulan. kalau entry semalam saya ada kata sekiranya lewat buat Mykid anak selepas 14 hari kena datang ke hospital semula untuk ambik rujukan. Putri dah bagi pencerahan kat atas tue. sebenarnya misi dekat hospital yang cakap macam tue kat saya. mungkin dia saja nak gempar kami suami isteri supaya tak leka dan cuai bab pendaftaran anak nie. tq misi!!! :D

25 March 2014

Pesan Ustazah : Belajar Apa Yang Suami @ Isteri Suka

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pesan Ustazah : tips rumahtangga bahagia. Belajar apa yang suami atau isteri suka. kalau tak mampu belajar pun jadi pendengar setia setiap kali suami berkongsi kesukaan atau kegemaran dia.

kalau dulu sepatah haram tak paham bila suami cerita pasal dunia trade dia. tergaru-garu kepala setiap kali dia cerita. menguap pun ada kekadang kahkahkah (tak baik betoi :p) tapi cuba la jadi sesetia mungkin mendengar. karang kalau orang lain yang jadi pendengar setia ada pulak yang nak makan hati, beremosi huhuhu

alhamdulilah berkat sabar mendengar dan cuba fokus, dah mula faham apa itu floating, profit, SL, TP, EU, EJ dan bla bla bla. boleh la nak bahas balik bila suami berkongsi cerita. takde la jadi komunikasi sehala yang membosankan. suami pun jadi seronok nak kongsi cerita. cari kita dulu tiap kali nak kongsi sedih atau seronok.

dan dia pun jadi seronok nak dengar bila tiap kali saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan proses pam susu. dia pun dah boleh mula paham apa itu demand & supply (ibu2 mengandung paham sangat la bahasa nie). wujudlah komunikasi dua hala yang menyeronokkan.

pernikahan bukan hanya tuntutan seks semata. tapi saling melengkapi antara satu sama lain. saling berkongsi suka dan duka. moga baitulmuslim yang dibina mendapat keredhaan Allah SWT dan kekal mewangi hingga ke taman-taman syurgaNya amin amin amin

tapi kalau share cerita nak pasang pencawang lain memang ada yang berhajat tido kat kaki-kaki lima la gamaknya :p

**baru setahun jagung berkahwin tapi tak salah nak kongsi apa yang baik kan? ;)



mendoakan moga ada keajaiban pada MH370, kuasa Allah menandingi segalanya. bersabar dan bertabahlah pada keluarga mangsa yang terlibat. Allah lebih tahu. Al Fatihah

20 March 2014

Ummi Kawal Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ape? sejak bila ummi jadi queen control nie? hewhewhew. takde lah. last week suami ada la cerita MIL kata saya terlalu mengepung anak. maksudnya saya tak biarkan dia lepas bermain seorang diri. bila dia nanges saya angkat. bila nampak dia tak selesa saya ambik letak atas riba. nampak seperti saya terlalu manjakan anak. MIL dah biasa mengasuh bebudak kecik, mungkin cara mama dengan cara saya banyakkkk sangat beza kot itu yang MIL tegur.

saya senyum je dan terima setiap teguran. MIL lebih dulu makan garam dari saya, jadinya pasti dia lebih pakar dalam bab mendidik anak dari kecik nie. niatnya baik, mungkin tak nak anak terlalu manja dan tak boleh berdikari sendiri nanti. saya akui saya manjakan anak dan anak mata saya kawal tiap geri pergerakan dia. semua tue bersebab. sebab yang utama saya tak sanggup nak berjawab dengan Allah kalau-kalau terjadi apa-apa yang mudarat pada Fateh Uwais bila saya terlalu biarkan dia, anak tue amanah Allah. 

saya akui bila Fateh Uwais dah mula nangis saya terus angkat dan pujuk dia. saya memang tak suka biarkan dia menangis dan berhenti sendiri. sebab saya takmau dia fikir menangis adalah cara yang paling terbaik untuk tarik perhatian ummi abi. saya takmau dia mulakan fikiran dia dari kecik "buat hal untuk dapat perhatian" itu sebab utama saya selalu pujuk dan terangkan hal sebenar kenapa itu dan kenapa ini. saya tau walaupun dia masih baby tapi dia dah mula faham setiap hal yang jadi kat sekeliling dia. 

kenapa saya terlalu kawal pergerakan Fateh Uwais? sebab kat rumah MIL ada anak ngasuh kecik yang baru nak masuk 2 tahun. budak umur 2 tahun akal tak cerdik macam akal kita. bagi dia, pijak tangan adik bukan kesalahan, duduk atas adik jugak bukan satu kesalahan, dalam akal dia, semua tue cara untuk bermain dengan adik. kita yang dah ada akal waras nie la kena kawal supaya tak jadi apa-apa yang mudarat. buatnya patah tangan Fateh Uwais sape yang nak menangis meraung dulu? tapi jangan pulak ingat family mertua saya biarkan adik ngasuh tue 'buat' Fateh Uwais. diorang pun kawal ketat jugak hihi.

bila dekat rumah sewa saya memang biarkan Fateh Uwais main sorang diri, explore tiap apa yang dia nak buat. tapi tetap saya kawal sebab apa? sebab kat dalam bilik ada kipas yang boleh jatuh atas dia. walaupun saya teliti setiap benda yang ada dalam bilik supaya tak mengundang bahaya tapi tetap saya kawal dari jauh.

doa sangat moga dijauhkan anak saya dari pape yang mudarat, sebab itu biarlah saya usaha jaga dia sebaik mungkin, usaha untuk mengelak dari bahaya. satu hari nanti kalau jadi pape pada dia. semua akan tanya "apa dah jadi ummi?" "ummi ralit buat apa sampai anak jadi macam nie?" saya takmau masing-masing menunding jari menyalahkan satu sama lain.

anak itu amanah Allah, amanah Allah yang perlu digalas sebaik mungkin oleh ummi abi. insyaAllah sehabis baik ummi berusaha agar ummi tak ditanya diakhirat besok kiranya ummi lalai dan leka. setiap teguran dan nasihat saya terima. yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan :)

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

22 November 2012

Bila Dah Kawen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

terima kasih pada semua yang wish dan mendoakan pada entry yang lepas. saya hargainya terima kasih sangat :) saya heran betol bila ramai yang mai datang cakap kat saya "buah baru lagi wangi la, tunggu lama sikit"

tau tak apa maksud dorang? maksudnya sekarang nie saya di awal perkahwinan, masih dalam mood bulan madu sebab tue tengok hp pun senyum. tengok gambar pun nanges sebab rindu. kata dorang "alah baru lagi memang macam tue nanti dah lama-lama tak jadi apa dah"

saya senyum je malas nak buang air liur bertekak dengan orang macam tue tapi cepat-cepat doa dalam hati biarlah wangi dan indahnya ikatan perkahwinan saya hari ini dan semalam berpanjangan hingga ke syurga. confress dengan Jusiza, betol jugak kata dia "dah tue ampa yang kata dah lama tak wangi tue maknanya rumah tangga ampa skang nie dah tak indah macam baru kawen ritu la ye?" kan? setuju tak apa yang dia kata. saya setuju.

bangun dah ubahlah mind set tue. setiap kata yang keluar dari hati dan bibir adalah satu doa. apa salahnya kalau doakan yang baik untuk kengkawan ini tak ada pulak ada kata macam tue. sebelum kawen disogokkan dengan banyaknya masalah dalam rumah tangga. dah kawen dihidangkan pulak dengan cerita yang menakutkan. dah ada anak pulak nanti sibuk dok cucuk itu ini. nasihat boleh tapi bukan meletakkan keputusan dan sebeban masalah lain pada si empunya diri.

sebab apa ramai budak muda takut nak mendirikan rumah tangga? sebab ditakutkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang membebankan. sebab apa banyak masalah tak dapat diketahui punca sebab ramai yang tolong buat keputusan, sebab apa banyak kes cerai yang berlaku salah satunya kerana doa dari mereka yang sekeliling kita.

bukan saya menolakkan hukum takdir Allah. tak sama sekali. tapi lupakah kita yang takdir kita boleh diubah melainkan ajal. kalau tidak tak kan Dia sebut "Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri" jadi ubah cara bercakap dan berfikir. doakan yang baik, dedua dapat kebaikan kalau diizinkanNya. yang disana dapat rahmat Allah yang kita pun dapat rahmat Allah dengan beroleh pahala. wallahualam. 

lagi satu soklan yang paling benci saya nak dengar sekarang nie "dah ke belum?" paham paham jela bagi yang dah bernikah nie. jawapan saya "hal rumahtangga bukan boleh dijaja merata, tak kan nak cerita hal bilik tidur kat semua orang" lepas tue pakat semua orang buat muka kerang. sungguh meluat!!!!!


rini khamis boleh balik jumpa suami yeaayyyyy :p semoga indahnya hari kami, kukuhnya ikatan ini berpanjangan hingga ke syurga Amin. saya sayang suami saya dunia akhirat. #LapAyaqMata 

20 May 2012

Sayang perlu dilafaz? versi Kiera Sakura

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Iffah tanya perlu ke ungkapkan sayang?dan ada moral of the story dalam entry dia tue.. "..Akhirnya mereka tak jadi bercerai sebab si suami mengaku yang.." sambungan dekat sini...


bagi pandangan saya tetap saya pilih jawapan ya dan tidak. Tidak bagi yang belum ada ikatan sah kerana nak menjaga hati dari dihasut bisikan syaitan. menjaga kesucian perasaan, kesucian cinta seperti pecinta senyap Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. keduanya memilih mendiamkan rahsia hati kerana lebih memilih redha Allah. memilih mencintai Allah lebih dari dunia. tapi kerana mereka menjaga hubungan dengan Allah, Allah pelihara cinta suci mereka dari tercemar. akhirnya Allah satukan mereka dengan ikatan suci yang dipanggil pernikahan. indah kan bercinta sesudah halal.

sungguh saya dan awak semua bukanlah manusia yang lahir di zaman Rasulullah. tapi tak mustahil untuk kita jaga kemanisan cinta tue dari tercemar dan tidak melafazkan didepan orang yang kita sayang. kalau benar sayang, mohonlah pada Allah minta dipermudahkan urusan, bawalah keluarga awak berjumpa keluarga si dia, mintalah restu kedua orang tua, peliharalah keindahan cinta sebelum ikatan terbina. memang payah nak memelihara tapi tak mustahil untuk mencuba*nasihat untuk saya juga*

Perlu melafazkan macam contoh kat atas tue la lafazkan sayang dan cinta didepan Allah, didepan Keluarga. dan perlu lafazkan sayang dalam hubungan suami isteri. benar, awak memilih dia itu jer dah jadi bukti yang awak sayangkan dia. tapi lebih indah lebih manis kalau setiap hari awak baja ikatan itu dengan perkataan sayang cinta atau perkataan yang romantik. bukan kah berkasih sayang dengan pasangan dikira ibadah. pandang mata je pun dah dapat pahala. bukan minta awak dukung dia tiap hari *sekali sekala apa salahnya kan* hihihi..

tapi orang kata kalau sayang luahkan, kalau kena reject pun tak pe janji kita dah usahakan. tapi kalau tak kena reject jangan pulak melambatkan proses ikatan tue. Tak boleh ke nak lafazkan sayang walau sedikit? bagi hint sudahlah jangan pulak terlampau kerap.... ;)

29 April 2012

Satu perjalanan #8 versi Bersedia ke saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ramai yang tolong fikirkan bagi pihak saya apa yang bakal terjadi bila dah bergelar isteri orang nanti. ramai yang memberi kata semangat, panduan nasihat. tak kurang ramai juga yang menakutkan saya dengan kehidupan selepas bergelar isteri dan berkongsi hidup dengan suami nanti. ada pro dan kontra, saya gaulkan dan mula membuat teori dan konklusi saya sendiri. walau apa pun saya bersyukur berada dalam kelompok mereka yg sudah berkahwin. dari dulu saya memang suka berkawan dan rapat dengan mereka yg dah mendirikan rumah tangga.

memandang dari segala aspek, memilih positif dan negatifnya dari segala rencah hidup mereka. adat berteman, yang baik kita jadikan sempadan, yg buruk jadikan tauladan ye tak? ;)

ada yg berkata sebelum berkahwin dan semasa diawal perjalanan hidup memang indah belaka. kentut pun wangi sokmo. bila dah lama sikit berjalan mula terasa langkah diatur tak kena gaya. saya hanya memberikan senyuman, sengehan dan kelipan mata seakan-akan comel. yela apa lg yg saya boleh kata kerana saya belum melalui fasa hidup yang satu itu tapi saya juga tau tiap perjalanan hidup tak kira la bujang atau sudah berumah tangga pasti diuji dengan pelbagai bentuk dan rupa dari Maha Pencipta. bukankah ujian itu jalan mendekatiNya dan saya juga tahu Allah tak kan menguji diluar kemampuan umatNya. 

mengikut aturan Al Quran, menjejak langkah sunnah yang ditinggalkan. bagi saya itu adalah yg utama. berkata memang mudah, istiqamah itu yang payah. tapi kalau kita tak boleh buat semua, kita buat sedikit. dan berusaha menjadi lebih baik dan baik. mendaki tangga setapak dan setapak, insyaAllah Allah tak pernah kejam dengan hambaNya kan... tapi tak salah juga menerima buah fikiran dan pendapat dari keluarga dan teman rapat. itu kata saya, hanya pendapat saya. 

doa saya moga saya dan bakal Imam saya mampu meneruskan perjalanan mencari redha Allah.. mampu membawa pelayaran kami menuju destinasi dengan selamat kerana saya tahu pasti banyak angin taufan dan ribut yang akan menguji pelayaran kami nanti.

bersedia ke saya? kalau saya tak cuba berdiri dalam angin kuat menegakkan layar kapal saya sendiri agaknya bila kapal tue akan bergerak? atau saya hanya berserah, menangis ketakutan menanti kapal karam ditelan ombak ganas....

     #Ehh tetiba keluar doodle nie.. hihihi :p

29 December 2011

Tolong jaga hati dia

Assalamualaikum semua

bila dah berumah tangga suami isteri sama-samalah jaga amarah dan keaiban pasangan, kalau marah jangan ditunjukkan depan umum, kalau silap jangan ditengking di depan khalayak, simpan dulu amarah kamu, ingat syaitan mmg suka orang yang marah-marah nie.. terkinja-kinja die bila tengok kamu marah. 

kalau isteri buat salah, janganlah marah dia depan umum. kesian isteri tue malu die, kan salah satu rukun berumah tangga menjaga keaiban pasangan? tegur cara elok di bilik tidur kamu berdua. hanya bila kamu berdua!! terangkan mengapa tak boleh begitu begini, tegur dengan cara yang lembut.

sama juga bila suami buat salah. jangan dimarah tengah-tengah khalayak. jatuh maruah dia sebagai ketua keluarga, seorang lelaki bila maruah nya dijatuhkan die akan lebih beremosi, lebih ego, silap-silap kamu balik yang kene sembur. simpan tak puas hati tue sampai ke rumah. pilih masa yang sesuai baru diluahkan perasaan

hidup berumah tangga ada manis dan pahitnye. itu baru dinamakan kehidupan. samalah menjaga amarah, samalah menutup aib. jangan dicanang merata aib pasangan, berdosa dan burukkan ikatan je lagi. 

benar saya belum berumah tangga tapi tak salah kalau saya belajar dari kesilapan kamu, dan mengingatkan sesama kita. sbb manusia selalu lupa, seperti juga saya yang selalu lupa.

 YANG SEMPURNA HANYA DARI ALLAH SWT
DAN YANG BURUK DARI SAYA SENDIRI

**syukur Alhamdulilah pakcik imam selalu cuba memadamkan amarah saya bila saya buat silap. tegur saya bila saya tertewas dengan perasaan marah. terima kasih.

12 December 2011

Hanya kerna dia Imam

Assalamualaikum semua


.....Begitu juga dalam memilih pasangan. Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?.....

baca selanjutnya disini :)

10 December 2011

Sabar dan Syukur

Assalamualaikum semua..
 
><><><
 
saya Asiah. saya punya paras rupa yang elok. cantik rupawan. punya harta yang membolehkan saya membantu mereka yang kurang berdaya, Alhamdulilah. saya bersyukur dengan kurniaan dan nikmat yang Allah berikan ini.
 
saya Luqman. rupa saya tidak seindah mereka yang lain. sudah lah tiada rupa, tidak berharta. diri sendiri pun hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bagaiman mungkin saya bisa membantu mereka yang senasib atau lebih malang dari saya.. namun, saya redha dan bersabar dengan ujian Allah ini. pasti telah disediakan nikmat yang besar untuk saya kelak.

takdir Allah, berkahwinlah Asiah dan Luqman.

Asiah redha dan sesungguhnya saya bersabar dengan kekurangan suami saya. saya terima seadanya dia. kerana Allah mencipta manusia berpasang-pasangan, tiada satu pun yang sempurna untuk saling melengkapi apa yang kurang. 
 
Luqman bersyukur dengan amanah yang diberikan Allah buat dirinya. bersyukur punya isteri yang cukup serba serbi. menyempurnakan segala kekuranggannya.

berbahagialah mereka di dunia dengan kelebihan dan kekurangan keduanya. insyaAllah berbahagia juga mereka diakhirat kelak..


sumber : Tanyalah Ustazah, TV9

**jika ada yang salah, perbetulkanlah saya.. kerana yang buruk itu dari saya dan yang sempurna dari Yang Maha Kuasa

04 December 2011

Jalan menuju pernikahan

Assalamualaikum semua



saya khuatir andainya saya tak mampu membawa awk menuju ke destinasi yang kita pilih itu, saya rasa saya lemah, saya tak cukup kuat.
tak ada apa yang perlu dikhuatirkan kerana saya ada disini bersama awak, awak mungkin tak cukup kuat sekiranya memperjuangkannya sendiri tapi mungkin akan lebih kuat sekiranya kita bersama memperjuangkannya. 

saya tak sehebat Siti Khadijah mententeramkan ketika Rasulullah menerima wahyu pertama dari Allah, tapi insyaAllah saya akan menjadi ketenangan buat awak, yang sedaya upaya tersenyum andai ribut melanda perjalanan kita.

saya juga tidak sekuat Siti Fatimah yang membantu ketika perang uhud selesai, namun insyaAllah saya akan menjadi kekuatan awak, bukan saja kekuatan menjalani kehidupan kita di dunia tapi juga kekuatan mencari redha Allah. memperjuangkan agama yang kita cintai ini. 

saya akan berusaha supaya hari-hari yang mendatang hinggalah di akhirat, insyaAllah, saya akan menjadi kesayangan awak seperti mana sayangnya Rasulullah pada Ummul Mukminin, Siti Aisyah a.s 

*****
Perkahwinan itu ibadat, jihad menuju ke gerbang perkahwinan tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya diatas bahu bakal imam sesebuah keluarga. wahai bakal zaujah sekalian bantulah bakal zauj kamu. kerana jihad itu lebih indah, lebih kuat kiranya kamu bersama membantu. 

dan wahai bakal imam sekalian sekiranya kamu tidak kuat menghadapinya sendirian, khabarkan pada bakal makmum kamu. carilah penyelesaiannya yang terbaik pasti Allah bantu kalian menemui simpang keluar kebuntuan. jangan pernah berputus asa!!!! jangan diambil jalan singkat!!!

yang terbaik itu memang sukar untuk digapai, berusahalah...

yang terbaik tentulah dari Allah, yang lemah dari saya sendiri
peringatan yang utama untuk saya dan untuk anda juga 

 **insyaAllah, moga dipermudahkanNya, amin

23 November 2011

Antara faktor belum mempunyai cahaya mata


Assalamualaikum semua

Perghh tajuk dah serupa dokte sakit puan je dah… tak macam nie, tadi ada akak ofismate nie kata anak die keguguran. Baru 3 bulan. Hari tue pulak ada sorang akak ofismate nie kehilangan anak dia yang masa tue dah pown berusia 6 bulan dalam rahim, kembar lagi tue perempuan dua²… Inalilah waina lilahirajiun

Sedih tue memang sedih, sape yang tak sedih bila anak yang kita harap kehadiran dia diambil semula oleh pemilikNya. Atau pown Allah belum beri kita peluang untuk mendengar tawa seorang bayi yang bergelar anak.

Tapi kita kena Redha dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Mungkin Dia ambik anak kita atau belum beri kita rezeki sebab kita sendiri belum sediakan diri kita kearah itu. Menjadi seorang ibu atau ayah yang terbaik.

Contohnya kita sendiri belum punya cukup ilmu untuk mendidik anak kita dalam soal agama. Belum bersedia untuk berkorban masa dan tenaga buat seorang yang bergelar anak.

Dan sekiranya kita rasa diri kita tergolong dalam individu yang kira sebutkan tue, apa kata mulai saat nie kita mula mencari jalan dan belajar bagaimana untuk lebih dekat dengan Allah.

insyaAllah, kalau kita diberi peluang punya seorang anak nanti, sekurangnya kita dah boleh membentuk anak tue menjadi lebih baik dari ibu dan ayahnya. Yang mana islam bukan hanya pada ic, tapi islam yang padu didalam hati dan jiwanya.

Mungkin antara factor lain, anak yang kita kandung tue mungkin tidak sempurna fizikalnya sekiranya dia lahir nanti yang mana membuatkan ibu dan ayahnya tidak punya kekuatan menghadapi ujian itu kerana Allah itu Maha Mengetahui Maha Penyayang. Dan tidak akan memberi ujian diluar kemampuan umatNya.

Allah berfirman dalam surah Al Baqarah , ayat 286 ;

Allah tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya…

Jadi Redha dengan ketentuanNya dan bersangka baiklah pada Allah, positifkan fikiran agar kita tidak dibebani dengan belenggu ;

“kenapa aku yang diuji sebegini, kenapa aku yang harus menerima semua ini”

 iklan kejap.. saya rindu die, rindu nak gomol ciom2 die T_T

Pesanan bukan hanya untuk mereka yang sudah berumah tangga, tapi juga untuk saya sendiri, kamu yang belum berkahwin atau sesiapa sahaja yang merasakan dia layak menerima ingatan ini.

Yang baik dari Allah s.w.t dan yang buruk dari saya, Nur Syakira Yaakub

13 October 2011

Yang ditegur tak sentap, yang menegur tak kelat

Assalamualaikum semua


maksudnya... kita jangan mengiakan semua perkara... 
baik dipihak suami atau isteri atau konsep umum teman-teman sekeliling kalau salah seorang terlalai atau melakukan kesilapan beranilah untuk tegur kelalaian pihak satu lagi tue..

tegur bukan kerana benci tapi kerana sayang..

dan ingat, tegurlah lah dengan beradab.. 
yang menegur tak kelat, yang ditegur tak sentap, ..

 -yang baek datang dari Allah yang buruk dari saya sendiri-

**Alhamdulilah dia memang rajin menegur

05 October 2011

Persoalan Yang Menanti Jawapan


Assalamualaikum semua

Sebagai seorang yg bergelar perempuan adakalanya persoalan² kat bawah nie mengintai² lubuk hati dan fikiran sekiranya diri sudah disunting untuk dijadikan permaisuri..

Sesudah berumah tangga. Apabila disahkan mengandung dan mengalami alahan yang teruk. Mungkin alah pada bau suami, membuatkan membenci suami. Mungkin membenci selama 3 bulan 4 bulan atau 8 bulan lamanya. Mungkin anak kedua ketiga dan seterusnya tetap diuji dengan alahan yg sama.
-sabarkah engkau wahai suami dgn karenahku? Masihkah aku ini cintamu dikala itu?

Emosi semasa mengandung berubah, mengeluh sakit itu dan ini. Resah dan tak selesa selalu menghimpit si isteri yang mengandung.
-sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Semasa mengandung upaya melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa, sering hambar tiada penariknya. sehebat² mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sbg isterimu.
-masihkah aku buah hatimu?

Tahun awal berumah tangga diserikan dgn cahaya mata pertama pasti saat itu masih indah. Cahaya mata makin bertambah, kerjaya semakin b’kembang. Pendapatan b’tambah sesuai dgn bebanan juga yg makin b’tambah. Dalam suasana yg byk tekanan.
-apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dgn karenah anak² dan mama mereka? Mampukah engkau terus tersenyum menawarkan bahagia?

Atau mungkin setelah sekian lama aku masih belum mampu memberi zuriat padamu.
-masihkah aku ada tempat dilubuk cintamu?

Andai kita masih diuji, andai aku disahkan tak boleh merahimkan cahaya mata impian kita.
-apakah aku masih kekasih hatimu?

Andai Allah menguji dengan ujian yg lebih hebat, andai diujinya aku dgn barah payudara yg t’paksa mengorbankan salah satu atau keduanya. Kimoterapi yg meluruhkan rambutku yg dulunya menjadi belaianmu. Tubuh ini sentiasa lemah dlm pelukanmu, berak kencingku didalam kain batik pemberianmu.
-masihkah engkau mencintaiku?

Terkedu terkaku terkelu.. punya jawapan kah kita akan semua persoalan ini?


**Incik Imam punya jawapan tak?

SUMBER
 

14 September 2011

suami, kamu sebagai imam!!!

Assalamualaikum semua...

hari nie kira nak share ilmu yang kira dapat dari buku "Aku Terima Nikahnya"
tak semestinya nak kawen, baru nak menambah ilmu, sebelum akan atau sedang berkahwin pown kita dituntut untuk menuntut ilmu..

apa yang nak disharekan?
dalam sebuah rumah tangga, konsepnya sama dengan solat jemaah dimasjid
suami sebagai imam, isteri dan anak-anak sebagai makmum..

semua tau kan tanggungjawab dan peranan imam dan makmum
 so, x perlu la kira nk huraikan lagi kan..

ada ketika nya imam tersalah dalam mengetuai solat dan sbg makmum wajib menegur kesilapan imam tue, dan imam tue sendiri wajib menerima teguran makmumnya..

sama lah dengan rumah tangga, ada ketika suami t'lalai dan t'leka si isteri mahupun anak-anak wajib menegur perbuatannya tapi biarlah teguran tue dengan cara yang sopan dan berhemah. dan bagi suami pulak, jangan ingat anda ketua anda betul sentiasa. jangan meletakkan ego sentiasa didepan

terima setiap teguran, teliti dan perbaiki. sama bila mana seorang suami mengemudi bahtera rumah tangga, tanggungjawab suami membetulkan apa yang salah, dan isteri mahupun anak-anak kena terima teguran tue, teliti dan perbaiki juga sama seperti suami/ayah selagi tak bertentangan dengan syarak.

kerana itu Adam dan Hawa dicipta. bukan untuk menyaingi tapi untuk melengkapi..

rumah tangga bukan SAYA dan AWAK. Tapi KITA dan KAMi.. 

peringatan untuk kira sendiri dan untuk semua

yang baik dari Allah s.w.t dan yang buruk dari saya sendiri..
..sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...