Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tido Malam Anak. Show all posts
Showing posts with label Tido Malam Anak. Show all posts

18 November 2015

Cara Awalkan Tido Malam Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




ini hanyalah cara ummi uwais. ikhtiar ummi uwais. dan mungkin jugak tak sesuai untuk anak korang. yela anak kita berbeza-beza. mungkin pendekatan yang saya buat tak releven pada anak korang. tapi kalau sesiapa yang belum pernah cuba cara saya, terasa nak cuba. dipersila :)

dulu kami suami isteri PJJ. masa pregnant banyak la momokan yang dengar. nanti kena berjaga malam anak takmo tido, anak merap menangis malam. dah ketaq dah wei. sape la tak ketaq tambah kita sorang je jaga anak dekat sini. abi dia waktu weekend je ada. 

masa pregnant kemain lagi doa kat Allah hari2. hari2 jugak cakap dengan uwais yang masa tu masih dalam perot. "anak ummi, nanti anak ummi kena tido malam tauuuuuu. malam masa untuk tido, rehat. siang2 takpe masa kita main2" bila anak dah lahir pun hari-hari cakap benda yang sama dengan dia. paham ke idak entah la. tapi rasanya paham la kot *syok sendiri* hewhewhew :p

masa dalam pantang ada la jugak jadi Fateh Uwais tak jerap tido malam, kejap jaga kejap lagi jaga. Opah dia la yang selalu berjaga malam tidokan Fateh Uwais. sebab saya dalam pantang, mama taknak saya beremosi nanti. yela dalam pantang badan tak kuat mana nya lagi. perubahan hormon. emosi terganggu. nanti berjaga malam anak takmo tido lagi jadi meroyan pulak. naya. huuuuu

dah habis pantang. alhamdulilah tak pernah jadi lagi kes anak nak main takmo tido. dari dia kecik baby born saya memang matikan semua lampu dalam bilik. tinggal lampu luar je yang masuk cahaya samar2 dalam bilik. Fateh Uwais memang takkan tido lena bila dalam bilik terang. sampai la sekarang ni. nak tido kena tutup lampu. biar bilik gelap. baruuuuuuuuuu nak tido. tido lena sampai pagi besok. pesen ummi yang tak boleh tido terang2 mihmihmih

ada jugak masanya yang dia ajak main. tambah bila waktu tido petang. ayat ummi senang je. nak main, main sorang2. ummi nak tido. jangan kacau ummi. tutup pintu bilik rapat jangan bagi dia keluar. lama-lama tido la dia bila bosan terkebil sorang-sorang. jenis Fateh Uwais bila main dia nak berteman. bila ummi masak dia main la sorang dia dekat dapur tu. janji dia tau kita ada. bila takde sape nak tengok dia, bosan dan naik tido sebelah hewhewhew

dan selalunya memang tak bagi dia tido petang lewat sangat. bila dah berhenti menyusu ni. tido siang memang satu sesi je. tengahari sampai dua petang lebih macam tu je. lepas pada tu memang aktiviti dia main makan main menyusu makan main main main sampai letih dan wajib mandi time nak mangrib atau lewat sikit. bagi badan segar sikit. 9 lebih macam tu dah get ready ajak dia tido. 

sekarang dah pandai tengok video dekat youtube. agak liat sikit nak ajak tido awal. tapi kerana kuasa veto ummi. hp ummi ambik dan tutup utube. kalau nanges sumbat botol susu. tepuk-tepuk habis susu. tido. kadang tak tepuk pun dia tido sendiri. sejak dah berhenti susu badan mudah sikit dia nak tido sorang dia. takyah merap sangat. alhamdulilah anak ummi jenis mudah adapt dengan suasana baru. 

ada jugak lagi satu kaedah. Malaikat kiri kanan. mudah mudahan sampai bila-bila Fateh Uwais jenis mudah tido malam awal. kalau tidak memang nanges oiiiii nak bangun pegi keja awal pagi dengan mata bengkak =..=


post signature
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...