Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sabtu 29 Ogos lepas ke Taiping. ada jemputan kawen kawan blogger. dah alang-alang ke sana suami kata jom la kita bawak anak pusing-pusing tasik taiping. masa ada jamuan raya dulu dah nak bawak anak pusing tapi sampai lewat sangat ke taiping nya. terus cancel.
itu pun ikutkan hampir cancel jugak ke taman tasik nya. hujan punya lebat. dekat sejam lebih sangkut rumah kenduri. keluar rumah kenduri pun dalam hujan renyai. cakap dekat suami kita cuba je pusing dulu ke tasik sana. kalau kata hujan tak payah la turun bawak anak main. rezeki Fateh Uwais. elok sampai hujan pun berhenti. alhamdulilah.
tapinya kami tersilap jalan. pegi raduk jalan depan khemah orang berjual. mana la nak tau situ tak boleh jalan. mujur jugak Nurul Iman tu kecik je. muat lah nak celah laluan sempit tu. silap dorang la jugak tak letak no entry dekat laluan nak masuk tu. kita ni walau orang perak tapi dah lama sangat tak ke taiping nun haaaa. haishhh
pandangan di tengah tasik taiping dari dalam paddle boat
pusing punya pusing last sekali suami decide nak main paddle boat dekat sini. sebenarnya dari Taman Tasik Jitra lagi abi teringin nak bawak anak dia main paddle boat tapi sebab ramai sangat orang terus tak jadi. tambah pulak badan letih masa tu.
| Harga tiket Paddle Boat Taman Tasik Taiping |
dan kami naik twin paddle boat je hari tu. sesuai untuk 2 adult dan 1 child. yang penting kepala boat tu bentuk itik. habis hati la budak kecik sorang tu dapat naik itik hewhewhew. balik rumah opah tok kemain mulut comel tu bercerita adik naik itik. adik naik itik. hihihihi
sebelum naik boat itik marilah menjamu mata tengok ikan koi berenang-renang
jeti ke paddle boat
budak eksaited tengok ada banyak boat itik. kemain mulut adik nak naik itik. nak naik itik. tak sabo-sabo pulak dia.
alhamdulilah mampu behave sepanjang ummi abi kayuh boat itik ni haaa. risau jugak buatnya dia hyper aktif dalam tu. dah la tengah tasik. haru biru pulak nanti. alhamdulilah mampu mendengar kata hihihi. cumanya dia teringin nak tolong kayuh itik. maaf la sayang. kaki awak pendek lagi. nanti cuba next time okey!!! paling tak tahan bila ummi abi rehat kaki sekejap kemain lagi suruh jalan. "jalan jalan" dia tatau orang ni lenguh sangat dah haaaaa =..="
ada stereng untuk kawal arah boat itik itu. pepandai la kome nak ke kiri ke kanan ke. stereng ni pun Fateh Uwais sibuk nak kawal jugak =..= ohh ye diorang bagi masa 30 minit setiap sesi. pusing la selagi mana mampu keliling tasik tu. tapi yang kawasan di tanda NO ENTRY tidak dibenarkan masuk ye. lagi satu, andai kata tengah kita kayuh dalam tasik hari hujan. dorang akan datang tarik kita dengan boat diorang. tak dibenarkan kayuh paddle boat ketika hari hujan. kalau masa tu tak cukup lagi 30 minit. masa yang kurang tu boleh repeat balik samada hari tu jugak atau hari lain. dalam tempoh 3 bulan. duit memang takkan boleh pulang balik.
kalau tak nak naik paddle boat. selain tengok dan bagi ikan makan. boleh jugak ceriakan hati anak dengan kereta menan bunyi-bunyi ni haaaa. asalkan mereka gembira ye dok??? ;)
kata pegi kenduri kawen tapi gambo pengantin takde pun ye dok? ekekekeke. selamat pengantin baru Reena dan suami. moga kekal bahagia sampai syurga. terima kasih atas jemputan. sedap lauk nasi kenduri. gambo gelap wuwuwuwuwuw ;(