sebenarnya saya nie tak pernah renew Mykad tue haaaa. buat masa umur 12 tahun. IC tue la yang pakai sampai umur nak masuk 26 tahun nie. kalau pergi mana-mana mesti orang tanya umur berapa tahun punya IC nie. =.= salah satu faktor yang malas nak buat IC baru takut cap jari susah nak detect lepas dah renew nanti.
trauma bila tengok orang lain susah nak kesan cop jari bila cucuk mykad dekat mana-mana mesin jabatan lain. tatau la salah jari mereka sendiri atau salah mesin masa awal-awal cop jari dekat jabatan pendaftaran. tapi disebabkan dah lama sangat mykad saya nie. dah tukar kaler kuning pun. cuti jumaat balik ipoh lepas ajak suami ke jabatan pendaftaran. kalau buat tangguh-tangguh ntah bila pulak nak buatnya.
ikut kan nak keluar lepas abis solat jumaat tapi biasa la ada anak kecik nie. nak bagi makan, bagi mandi, melayan emosi dia lagi. tiga lebih jugak baru keluarnya. nasib la jabatan pendaftaran tue 10 ke 15 minit je dari rumah mama papa.
sampai je kat situ, ambik nombor duduk sekejap dah kena panggil nombor. tak ramai sangat orang pun maybe sebab time waktu bekerja negeri perak. saya kan weekend jumaat sabtu. tue yang untuk weekend hari jumaat, balik kampung boleh settle banyak benda yang melibatkan ofis kerajaan dan bank nie. tak payah bazir cuti rehat yang tinggal sikit sahaja itu. hewhewhew.
had umur yang harus perbaharui mykad pada 18 tahun, 25 tahun dan seterusnya. disebabkan saya punya IC masa 12 tahun. kena kompaun RM30. caj proses RM10. tak pasal kena bayar RM40 grrrrrrrr takpe la sebab salah sendiri kan. redha aje la :p ajak suami renew sekali. suami kena RM10 aje pasal dia memang selalu berurusan dengan bank dulu, tak boleh kalau tak renew. baiklahhhhhh.
yang best masa tangkap gambar siap req kat staff tue nak tangkap lagi sekali pasal gambar first tak cantik. tapi suami tak boleh req pasal staff lain-lain. lelain emosi la gamaknya kahkahkah :p