Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
yang sebenarnya pam pureen saya dah rosak. pam pureen kedua yang rosak. yang first dulu memang dah selamat masuk tong sampah dah. yang kedua pun nak kena campak jugak gamaknya. huhhh!!! kenapa beli pureen jugak kalau dah pertama dulu rosak? sebab masa tue tak terfikir nak servey ke ape. yang terlintas kat kepala je beli bila keadaan mendesak desak.
breast pump jenama Malish masih baru dalam malaysia (setakat ini lah) kalau pergi mana-mana kedai barang baby atau shopping mall memang tak jumpa (saya lah tue) mungkin kedai area KL dah masuk jenama Malish ini. saya jumpa dekat online je Marissa_Shoppe. IG dia. dengan harga promosi RM199 dapat lah satu set breast e-pump ini. e-pump pureen pun RM180 kauuuuu. harga asal Malish RM269.90 (ikut kat kotak). apa yang bestnya breast pump Malish?
- massage breast sama seperti Medela. saya pernah pinjam Medela opismate masa pam lama rosak jadi tau serba sikit macam mana Medela 'berkerja'. sampai level 4 massage breast. massage selama mana mahu, bila dah bersedia keluarkan susu boleh picit button yang ada gambar air menitik tue (sila rujuk kotak digambar pertama) sampai level 5 expression dia (sedutan seperti baby direct BF)
- part pam yang tidak terlalu banyak sehingga ambik masa untuk pasang sebelum proses pam. jimat masa sikit dekat situ.
- senyap tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat. macam vibrate handphone je bunyinya.
- built in battery. maksudnya bila nak guna tanpa elektrik pun boleh. cumanya kena cas sesiap pam tue. bateri macam bateri hp, tak pakai bateri sebijik bijik macam energizer ke ape ke.
- relaks sambil proses pam. boleh update blog atau reply wassap sesiapa :p
- ambik masa yang lebih sikit sebab pam single. kalau nak jimat masa, boleh beli double pump. Marissa_Shoppe akan keluarkan tak lama lagi. budget dalam RM3**.
- boleh bagi 5 bintang setakat yang saya guna nie.
- warranty satu tahun
kalau nak cari pam ala-ala Medela tapi budget yang rendah boleh try guna pam Malish. semoga Malish sudi berkawan baik dengan saya sampai bila-bila, sampai bila-bila tue maksudnya nak guna sampai anak-anak akan datang tau malishhhhh hahahahaha :p
oh ye sangat berpuas hati membeli dengan Marissa_Shoppe (IG dia) oder hari nie. bayar sebelum pukul 2pm. esok dah abang pos laju hantar dekat tangan. cepattttttt itu yang customer mahukan. terutama customer yang baru pertama kali beli dengan mereka ;)
kenapa beli mahal-mahal sebab anak dah 9 bulan, ada ke susu lagi? hello breast pump mana ada yang murah. susah nak jumpa yang bawah RM100 pun. lagi pun kan dah kata nak pakai sampai anak-anak akan datang apa salahnya alah membeli menang memakai kannnnn. alhamdulilah Fateh Uwais dah 9 bulan 19 hari masih dimurahkan rezeki dengan susu badan. moga makin dimurahkan rezeki sampai dia umur dua tahun nanti amin amin
kenapa beli mahal-mahal sebab anak dah 9 bulan, ada ke susu lagi? hello breast pump mana ada yang murah. susah nak jumpa yang bawah RM100 pun. lagi pun kan dah kata nak pakai sampai anak-anak akan datang apa salahnya alah membeli menang memakai kannnnn. alhamdulilah Fateh Uwais dah 9 bulan 19 hari masih dimurahkan rezeki dengan susu badan. moga makin dimurahkan rezeki sampai dia umur dua tahun nanti amin amin