Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kudis Api. Show all posts
Showing posts with label Kudis Api. Show all posts

26 May 2014

Kudis Api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

tak bagi orang sentuh telinga dia, kalau kata nak sapu ubat takpe.

hancur luluh sedih hati tengok anak kesayangan kena kudis api macam kat atas tue haaa. sikit je tue. kalau tengok belakang badan dia. atas kepala. banyak bintik-bintik merah. kat telinga paling ketara nampaknya. macam kena hiris je rupanya. sedih ummi. abi lagi sedih. dapat tengok ikut gambar je. bila balik khamis lepas, belek sendiri telinga Fateh Uwais terus terdiam abi dia.


memula kami ingatkan Fateh Uwais terkena menatang charlie. almaklum lah rumah dekat sawah bendang, duduk alor setar kan. keliling sawah bendang. pelik jugak sekarang tido dah pakai kelambu. tapi kalau dah nak terkena bukan time tido pun dia boleh datang gigit. lepas tengok makin merebak terus abi ajak ke klinik lepas maghrib khamis tue jugak. klinik pebret. Poliklinik Dr Marina. dokte pakar untuk O&G dan jugak kanak-kanak.

 dah beransur kering dan pulih

dokte tengok terus dia tanya. anak ada selsema tak? ye, Fateh Uwais selsema. check paru-paru dengan jantung Fateh Uwais alhamdulilah ok dan dia terus kata ini Kudis Api. ada la nama saintifiknya tapi lupa dah. berbelit lidah pulak kami nak sebut. Kudis Api mai dari bakteria akibat selsema. boleh jadi tangan anak atau tangan kami yang menjaganya pegang hingus dia dan lepas tue pegang pulak kulit Fateh Uwais sebab tue kulit dia terkena penyakit kudis api.


dokte bagi ubat selsema, antibiotik dan ubat sapu. insyaAllah lepas nie beransur pulih lah sakitnya kata dokte. selain tue saya sapu dengan minyak Malaleuca dengan balm melagel kat atas tue. alhamdulilah dalam seminggu beransur pulih dan kering. sebelum bawak jumpa dokte minyak tue la kawan baik ummi. kawan ummi sepanjang masa sebenarnya. moga Allah pelihara anak ummi Fateh Uwais dari sebarang bahaya dan derita. amin amin 

Alhamdulilah Fateh Uwais dah beransur sembuh dari kudis api :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...