Abi Uwais Menulis..

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

28 February 2022

Pengalaman EBM dengan 3 anak

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Disebabkan saya seorang ibu bekerja jadi dah terbiasa dengan uruskan EBM anak. Susah ke nak handle EBM? tengok pada kesungguhan sebenarnya. Kalau ada kesungguhan insyaAllah urusan tu kita rasa mudah je. Dan kalau dapat pengasuh yang nak uruskan EBM untuk anak dikira nikmat Allah yang tak boleh didustakan. Alhamdulilah saya dapat pengasuh yang boleh dan mahu uruskan EBM untuk anak anak. Dua anak saya duduk dengan pengasuh. Pengasuh lebih prefer EBM dari FM. Sebab dia sendiri akui bila anak susu EBM ni kurang nak boleh sakit tu. Selalunya sihat banyak dari sakit. Wallahualam, itu kata pengasuh mereka dahulu. Pengasuh Fateh Uwais dan Furqan Uqbah. Yang ketiga, Faiha Ulya bapak dia ngasuh dari keluar perut sampai sekarang dah tiga tahun jadi alhamdulilah takda masalah.


pam berjasa. Dari anak sulung sampai anak ke-3. Pam ke-4 beli lepas bebai 3kali beli pam tapi boleh sebulan sebulan je pakai. Kes bebai terus beli hat ni. Puas hati sampai 3 orang anak still boleh pakai. Cuma tukar aksesori je bukan sebab rosak tapi sebab nak naik berkulat kes susu flow back masuk dalam tiub.


sepanjang pengalaman EBM dengan anak anak ni. Tiga anak, tiga karenah yang berbeza. 


Yang sulung, Fateh Uwais

Hat ni paling mudah nak urus. Dia minum je EBM tu. Tak kisah la macam mana pun. Balik mesti habis semua susu dia. Susu pun ikut time. Badan pun tembun. Cuma rezeki dia ummi tak pandai nak banyakkan susu lagi. Jadi dia terpaksa campur susu masa awal 6 bulan. boleh dikatakan dalam 2 hari tu mesti akan susu FM sekali. Jenis kuat menyusu sama. Lepas 6 bulan baru tak campur FM, yela dah boleh makan pulak.


Nombor dua, Furqan Uqbah

Yang ni pening kepala. Susu banyak, melimpah ruah sampai terpaksa beli freezer sebab tak muat. Freezer pun tak muat sampai kena tanam susu yang stock lama sebab nak masuk stock baru pulak. Tapi..... dia tak berapa mau susu. reject susu EBM, reject jugak susu FM. Pening kepala. 

Rupanya dia tak nak frozen EBM dia cuma nak Chilled EBM. Susu yang hanya disimpan di dalam peti ais tanpa dibekukan. Esok nak minum panaskan dan terus minum. Habis!!! dia minum. Pulakkkk. Bila bagi chilled EBM barulah dia minum sampai habis. Susu yang hantar pengasuh hari2 pun habis. Makanya ke dalam tanah juga lah semua frozen EBM yang ada. Memang waktu tu kais semalam makan hari ni je konsep dia. Takda frozen dah. Freezer ummi pun jadi tempat letak barang basah jela.


Yang ketiga, Faiha Ulya

Yang ni pulak reject botol. Tatau la apa masalah dia. EBM taknak, FM taknak. Dia lebih sanggup tahan perut dari minum susu. Air masak je selalunya dia minum. Minum susu pun bila dah betul2 lapar. Suami yang mengasuh dia, waktu tu saya sambung belajar. Jadi ada masa balik awal, ada masa pukul 8 malam baru nak sampai rumah. Abi memang selalu bebai dengan dia. Dah perut lapar mestilah mengamuk tapi takmau minum susu.


Tapi nak jadi rezeki dia, saya extend satu sem masa lahirkan dia sampai la dia umur 6 bulan lebih. Jadi memang direct FM je. Masa semester 3 jela struggle rasanya, susah hati sebab dia takmau susu. Nak berulang habis kelas balik rumah pun tak boleh. Jauh kot Alor Setar-Merbok tu. 


Pertengahan semester 4 tak boleh masuk U, covid, PKP. Uitm start buat ODL sepanjang sem sampai la habis semester 5. Rezeki anak lagi sekali. Boleh direct FM. Membesarlah dia dengan susu ibu sahaja sampai 2 tahun lebih. 


Susah ke nak handle? Kalau ikut susah tu memang banyak ujian. Masa anak sulung dan kedua waktu tu kerja. Nak pam pun dekat meja sendiri sebab saya takda partner nak boleh ganti selalu. Pam jela di meja sendiri. Nasib kawan2 jenis memahami. Takda officemate jenis menggatal. Semua dah paham. 


Anak ketiga, bawak juga pam ke Uitm. Kalau petang sementara tunggu train, duduk surau KTM pam dulu siap2. Selalunya pam dekat Pusat Islam@Masjid Uitm. Simpan susu dalam peti ais Pusat Islam. Pesan dekat pakcik dan makcik cleaner yang bersihkan PI. Ini susu saya pam, saya tumpang dekat sini sementara habis kelas nanti balik saya ambik balik. Bukan takda adik adik student yang tengok masa pam tu. Tapi nak kisah apa. Beza umur saya dengan dorang 10 tahun. Usia mematangkan kehidupan. Haaa gitewwwwwww hihihihi

21 February 2017

Cara Bawak Pulang Stok EBM Dari Kampung Selepas Pantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk punya panjang hahahahaha. dah lama nak buat entry ni tapi macam biasa lah samada internet tak laju atau ralit tengok Running Man dekat youtube :p saya start buat stok susu masa dalam pantang lagi. awalnya dalam pantang ingat takmo la start buat stok dah. tapi alhamdulilah rezeki Furqan Uqbah susu badan banyak meriah sangat. kalau tak pam confirm kena bengkak susu. pam pun sehari sekali waktu subuh sebelum dia bangun. masa dalam pantang Furqan Uqbah jenis tido malam jarang menyusu. time malam memang susu banyak produce. bangun pagi kena pam dulu sesiap.



peti beku rumah mama kecik. tingkat bawah penuh dengan susu saya je. itu pun jenuh kena manage bagi muat. bila suami balik kampong naik kereta atau kereta ofis dia. tumpang bawak balik sekali. mulanya cuak jugak. takut susu rosak. nanges la hoiiiii. bukan senang nak dapat banyak cenggitu. perjalanan dari Ipoh-Alor setar. tu pun suami singgah sat dekat penang rumah mak dia masa tu. yeke? ke tak singgah entah. lupa dah. lama sangat. baby Furqan pun dah 9 bulan sekarang kofkofkof. total masa perjalanan dalam tiga hingga tiga jam setengah perjalanan dalam kereta.

sampai rumah sewa kami dekat Alor Setar suami kata susu elok lagi. masih kekal beku macam saya pack awal tadi. baik dalam botol atau plastic bag susu tu dedua masih keras membeku lagi. alhamdulilah leganyaaaaaa rasa hati. baru boleh duduk relaks tak susah hati dah hahaahhaa



cara saya. pakai kotak polistren yang biasa tu. ais kiub yang beli kat kedai tu. pakai ais kiub yang itu sebab ais tu tahan lama berbanding kalau ais kiub kita buat sendiri. dan jugak 3 hingga 5 bag ice pack yang khas untuk sejukkan stok EBM. saya punya brand autumz.




lapis bawah sekali taburkan ais kiub kedai. lapisan kedua susu EBM. lapis ketiga ais. lapis ke empat susu EBM dan begitulah seterusnya sampai penuh kotak polistren tu haaa. lapisan paling atas sebelum tutup kotak polistren. susun ice pack autumz penuh penuh. dan tutup kotak polistren rapat rapat dan kemas. saya hari tu ada susu dalam milk plastic bag dan ada jugak dalam storage milk bottles. storage milk bottles saya letak lapis paling atas sebelum lapisan ais kiub yang terakhir dan jugak ice pack autumz.

alhamdulilah sepanjang perjalanan susu balik dari kampung. masih terjaga elok kualitinya. tapi perasaan bahagia kan bila tengok stok susu EBM penuh kotak penuh peti ais. sekurang2nya boleh pergi kerja dengan tenang bila ada stok susu cukup. takde la rasa susah hati nak tinggal anak yang bf sepenuhnya ni. moga murah rezeki Furqan Uqbah menyusu badan penuh dua tahun amin amin  

17 November 2016

BreastMilk Plastic Storage



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Saya pejuang susu ibu!! Cehhhhh hahahahahaha. Tengah tengah boleh breastfeed anak ni memang AKAN banyak cerita pasal anak jela. Pasal segala journey terindah yang boleh dicatat. Nanti nanti bila ternampak pasal link ni entah tahun bila. Mesti akan klik baca dan senyum sorang sorang :D



Saya seorang yang cerewet. Ya diakui cerewet untuk sesetengah benda atau barang. Bab plastic beg susu ni pun cerewet la jugak hihihihi. Selama enam bulan berjuang menyusukan anak dengan susu badan ni. Dah banyak brand plastic susu yang saya beli dan guna. Saya bekerja dan saya perlu pam susu di ofis. Ada masanya guna storage bottle dan selalunnya guna storage plastic bags sebab nak minimumkan space dalam peti sejuk. Mujur abi dorang hadiahkan freezer kecik tu sempena besday bulan lepas lepas. Boleh lah letak banyak2 susu dalam tu. Nak beli segala mak nenek lauk pun tak risau dah. Kalau dulu nak beli ayam ke ikan ke udang ke pun terfikir2 sebab takut tak muat peti beku fridge tu huuuuu.



Autumz



Paling puas hati dengan brand Autumz. Plastic dia keras tebal, dan kalau dirikan plastic pun tegap takde lembik terjatuh kea pa. susu pun tak pernah keluar melimpah lagi. Saya suka beli plastic untuk 12oz terus. Bila beli yang besar terus walaupun sekali pam kadang dapat 5 atau 6oz susu dalam tu tak padat sangat dan dia ada ruang bila kita baringkan dalam peti sejuk. Takde la makan ruang jadinya. Harga yang biasa jumpa dekat kedai barangan bayi RM14.90 untuk 12oz/25paket dan RM14.50 untuk 5oz/25paket







 Bubbles



Yang ini beli sebab ada promotion dengan kad ahli dekat apple baby house. Harga asal lupa berapa tapi kalau ahli dapat lah RM10.50/25paket 12oz. kalau brand yang ini plastic dia lembik. Selalu kalau nak baringkan susu akan check betul2 dekat zip lock dulu. Pernah jugak bila cairkan susu dari keras. Plastic dia bocor. First time tak perasan. Habis melimpah susu dalam peti ais atas bila dia dah cair tu. Terus menangis hemak mengadu nasib dekat somi. Lepas pada tu bila nak defrose susu je mesti letak dalam Tupperware sesiap. Takut susu bocor lagi. Mak ngasuh dorang pun ada mentioned aritu plastic bocor. Huuuuu. yang itu bubbles kotak pink. kalau kotak biru tu plastik dia keras sama macam Autumz. beli borong dekat Lazada. 10 kotak RM108





Fiffy



Yang ni dapat free gift tak silapnya masa beli beg susu dekat manjaku dulu. Masa tu masih menyusukan Fateh Uwais. Tapi sebab susu masa tu tak semeriah sekarang. Plastic susu saya tak guna sangat. Lebih prefer storage bottles je. Yang ini pun okey jugak la. Plastic tak keras macam Autumz tapi masih boleh dikategorikan ok. Cumanya harga dia mahal sikit dari yang lain. Zaman ekonomi sekarang ni harus bijak berbelanja hihihihi.





Tiny Touch



Brand baru. Bubbles dah habis stock aritu. Makanya marilah kita mencari yang lebih murah. Autumz Cuma tinggal 7oz dekat kedai aritu, hemak tak suka beli 7oz nak 12oz terus sebab harga beza takat empat kupang je pun. RM14.90/25paket untuk 12oz. so far Tiny TOuch ni pun ok. plastik keras jugak. tapi tak sekeras plastik autumz. , bila dirikan plastik tak stabil sebab bawah dia macam mana entah. tapi so far tak pernah lah bocor lagi. kalau recycle tatau la boleh ke tidak hihihihi, 


 suka tengok storage bottles Tiny Touch ni. comelllll sangat!!



Storage Bottles



Saya sebenarnya lebih suka pakai botol. Walaupun masa nak beli awal tu lebih mahal dari plastic bags. Tapi botol boleh recycle banyak kali!!! Jimat hahahahaha. Plastic bag kalau ikut dia tulis dekat kotak tak boleh recycle dah. Tapi saya cuba jugak la recycle hahaha. Cuci bersih2 keringkan dan guna pakai balik. Hurmm bocor!!!!! Nanges tepi bahu tok laki lagiiiii. Yang tak bocor Cuma Autumz je itupun tengok nasib jugak. Kalau baringkan plastic tu mesti ada jugak keluar sikit2 dekat zip lock tu. Kalau brand lain. Dia bocor dekat bucu bawah plastic. Hukhukhuk. Cumanya kalau guna botol kena ada ruang yang lebih. Makan ruang sikit. Kalau guna plastic bags ni sekurang2nya kita boleh manage untuk minimakan penggunaan ruang dalam peti sejuk. 






Susu masa dalam pantang yang suami bawak balik alor setar dari ipoh. Masa ni simpan dalam storage botol. Rumah mama takde deep freezer, letak dalam peti beku peti ais dua pintu je. Dua tingkat. Belah bawah penuh dengan susu saya je. Belah atas letak ikan ayam daging segala. Sampai dah takde tempat nak letak dah terpaksa bagi somi bawak balik alor setar jugak. Risau dalam hati tu tersangat lah risau. Takut susu cair dan rosak tengah jalan. Tapi alhamdulilah dah sampai alor setar pun susu masih elok sejuk dan beku lagi. Menangis gembira Ummi FatehFurqan hihihihi. Cara nak bawak susu EBM pulang ke rumah dari rumah kampung. Bahagian bawah polistren box ni letak ais kiub, susu ebm, ais lagi, susu ebm, ais dan jugak ice pack yang duk ada tu. Masa suami saya bawak dari ipoh awal sebelum subuh. Sampai alor setar dalam pukul 8 lebih susu masih elok kondisinya katanya. Alhamdulilah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...