Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
pagi ni baru lepas baca komen Puan Neesa, ibu si bambam omey Sheila Amina. katanya dia dilema nak bagi Sheila menyusu dalam botol susu. saya faham apa yang dia rasa sekarang. sebetulnya saya sendiri pernah ada dalam situasi dia. rasa bersalah yang amat nak bagi Uwais menyusu dalam botol susu. sebolehnya nak direct BF ke dia sepanjang masa. tapi kalah dengan tuntutan kerja. saya wanita yang berkerja mana mungkin saya punya banyak masa nak balik menyusukan anak dirumah. nak pulak anak duduk dirumah pengasuh takkan sepanjang masa saya nak ganggu mereka dirumah. lagi pula jarak office dengan rumah pengasuh bukannya dekat. melainkan pam susu di office dan bekalkan susu ke rumah pengasuh. itu yang terbaik.
sebaiknya bagi wanita yang berkerjaya mahupun suri rumah. ajarlah anak dengan menyusu botol. saya cuba senaraikan baiknya bila kita mengajar anak lebih awal menyusu botol
1) Ajal Maut Ditangan Allah
kenapa ini yang pertama? sebab kita tak tau bila masa nyawa kita akan ditarik Allah. boleh jadi hari ini, esok atau lusa. kes berlaku pada sahabat saya sendiri. umur baru 30-an, anak yang paling kecil usianya baru 6 atau 7 bulan. cuba bayang kalau arwah tak ajar anaknya menyusu botol macam mana nasib anak tu sendiri? sedih kan.
2) Mudahkan Pengasuh
pernah pengasuh Uwais cerita. ada sorang anak yang dia mengasuh dulu. ibu dia langsung tak ajar susu botol. first time nak menyusu botol dan dirumah pengasuh. hari yang pertama kalut pengasuh nak ajar dia menyusu, si baby dah menangis menjerit lapar. sebelah tangan pangku baby yang baru nak belajar berbotol dan sebelah lagi tangan memasak. sungguh kita bayar pada pengasuh tapi pengasuh jugak ada tuntutan tanggungjawab dia sendiri pada keluarga dia. jadi apa salah memudahkan urusan orang lain, orang yang memudahkan urusan orang lain nescaya Allah akan mudahkan urusannya pula. insyaAllah.
3) Ringankan Beban Si Ibu
kalau anak dah biasa belajar berbotol. mudah pulak si ayah menyusukan anak nanti. takde la si ibu terkejar-kejar nak potong bawang dekat dapur anak pulak menjerit lapar kat depan. ada botol, boleh lah ayah tolong-tolong mengasuh anak ye tak.
4) Tahu Setakat Mana Keperluan Anak
maksudnya bila kita dah mula bagi anak menyusu botol, makanya kita tau setakat mana dia boleh habiskan susu sekali minum. macam Uwais awal dulu dia cuma boleh minum takat 2oz sahaja, kalau bagi lebih memang tak habis. sekarang dah boleh minum sampai 4oz kalau cuba bagi 5oz memang dia takkan boleh habiskan. jadinya takde la membazir nanti kan ;)
Fateh Uwais kami sejak dah boleh mula makan dulu lebih selesa minum air masak dalam cawan, alhamdulilah
itu antara kebaikannya.tapi saya pasti antara kerisauan atau dilema para ibu
1) Lupa Pada Susu Badan
saya tahu kadang ibu dilema nak bagi botol takut anak takmau direct bf sebab lambat susu tu keluar berbanding botol yang lebih cepat. tapi percayalah anak tetap mahu direct bila nampak ibu dia dah ada depan mata. macam Uwais lepas je saya ambik dia balik. benda pertama yang dia akan cari. susu. walaupun pengasuh kata dia baru lepas menyusu tapi dia tetap akan cari. sebab? rindu dan bau badan ibu itu sendiri.
2) Selesa Dengan Puting Botol
dan lagi satu takut anak lupa bentuk nipple ibu tu sendiri. sekarang dah banyak brand susu yang menyerupai nipple ibu. Tommy Tippee , Tomo Como, macam-macam lah. cuma tinggal kita aje nak servey mana yang baik untuk anak.
3) Ketagih Pada Botol
3) Ketagih Pada Botol
dan lagi satu takut anak lambat berpisah dengan botol susu. ada kanak-kanak yang sampai masuk sekolah pun masih berbotol susu. takpe kita asuh perlahan-lahan tukar botol susu dengan cawan pegang. insyaAllah lama-lama nanti mesti diorang malu sendiri nak heret botol kemana-mana lagi.
tapi apa pun pilihan ditangan masing-masing. kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita kan ;)
tapi apa pun pilihan ditangan masing-masing. kita lebih tahu apa yang terbaik untuk anak kita kan ;)